Pada awal tahun 1970an, Malaysia menghadapi kebangkitan semula pemberontakan komunis, dikenali sebagai Darurat Kedua. Ia bermula dengan satu peristiwa penting pada 17hb Jun, 1968, apabila pemberontak komunis menyerang anggota keselamatan di sepanjang jalan Kroh-Betong di Perak.
Mendapat ilham daripada kemenangan pihak Komunis dalam Perang Vietnam, mereka memberi tamparan hebat, dan telah mengorbankan 17 orang anggota keselamatan[1]. Walaupun Darurat Malaya pertama secara rasmi berakhir pada tahun 1960, beberapa kumpulan gerila komunis masih kekal, terutamanya di kawasan hutan terpencil di sepanjang sempadan Malaysia-Thai.
Walaupun Malaysia berusaha untuk mempromosikan perpaduan di kalangan kumpulan etnik dan meningkatkan ekonomi, negara sekali lagi berhadapan dengan ancaman keselamatan yang serius. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyenaraikan pegawai terbaik mereka, termasuk bekas inspektor polis Paul Kiong, yang telah menunjukkan keberanian luar biasa.
Perjalanan Berani Superintenden Paul Kiong
Memulakan misi yang mencabar, Superintendan Paul Kiong tidak gentar menyusup ke dalam barisan pemberontak dalam Operasi Catfish: Stoke Coffin Camp[2]. Selama enam tahun, beliau bertindak secara rahsia di kalangan barisan pemberontak, menyamar sebagai pihak komunis. Mendapat kepercayaan mereka, beliau mengumpul vital intelligence atau maklumat penting untuk negara menentang kebangkitan semula .
Untuk memberkas komunis secara aman, beliau menghalang bekalan makanan mereka, dengan menggunakan taktik psikologi untuk membawa mereka keluar daripada persembunyian disebabkan kelaparan. Dengan bantuan rakan sekerja, beliau berjaya memberkas beberapa orang anggota pemberontak.
Keazaman yang tidak berbelah bahaginya akhirnya membuahkan hasil dengan penangkapan beberapa pemberontak, dengan bantuan yang sangat berharga dari rakan sekerjanya.
Misi berbahaya ini bermaksud bermakna nyawa beliau tergantung pada tali, dan beliau mendapat gelaran “The Infiltrator”. Menyedari akan risiko tersebut, superintendan Paul memahami bahawa tindakan beliau bukan sahaja membahayakan nyawanya sendiri malahan juga kesejahteraan keluarganya. Isteri beliau, yang menyedari bahaya tersebut, menahan diri dari bertanya tentang kepulangan suaminya atau sama ada beliau akan pulang sama sekali.
Saya memberitahu ketua saya, saya merasa nyawa saya terancam namun saya terpaksa melakukannya. Jika saya mati, bermaksud hanya saya seorang sahaja yang mati, namun jika berjaya, kita boleh menyelamatkan nyawa anggota keselamatan… Jika kita tidak mengambil risiko ini, bagaimana kita akan mencapai keamanan yang kita kecapi hari ini?– Superintendan Paul Kiong[3]
Tindakan beliau amat penting ditengah-tengah usaha giat Malaysia untuk membanteras pemberontak komunis menerusi operasi ketenteraan, perhimpunan intelligence (pengumpulan maklumat), dan kawalan keselamatan yang ketat seperti penapisan akhbar dan perluasan pihak polis. Semangat Superintendan Paul yang tiada batas, ditonjolkan oleh peranan penting beliau dalam memberkas secara aman 43 orang pemberontak komunis[4].
Secara serentak, program pembangunan sosial dan ekonomi, termasuk inisiatif seperti KESBAN dan projek-projek besar seperti pembinaan jalan raya dan kemudahan, memperkukuh kemajuan Malaysia dan ketahanannya terhadap pemberontakan.
Dalam landskap yang mencabar ini, ketabahan dan pengorbanan tanpa rasa takut Superintenden Paul menjadi mercu tanda harapan, melambangkan komitmen yang teguh untuk memelihara keselamatan dan kemakmuran negara.
Di Mana Superintenden Paul Kiong Berada Kini?
Dikenali kerana keberaniannya yang luar biasa dan dedikasinya, beliau adalah antara 11 individu yang dianugerahkan dengan anugerah tertinggi Malaysia pada tahun 1980-an: Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Keberanian Handal Perak pada tahun 1988[5].
Anugerah SP, dikenali sebagai Grand Knight Valour Malaysia, mempunyai makna yang amat besar, malahan mengatasi gelaran Datuk, Tan Sri,atau Tun[6]. Akta 1990 Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Manfaat Tambahan) merupakan langkah terpuji dalam menyediakan bantuan kewangan penting kepada penerima dan keluarga mereka[7].
Walau bagaimanapun, walaupun pertempurannya yang berpanjangan dan pengorbanan yang besar, persaraan sering tidak memenuhi harapan untuk veteran seperti Superintenden Paul. Dalam satu temu bual baru-baru ini, beliau menekankan cabaran yang dihadapi oleh penerima anugerah SP yang bersara, menekankan kegagalan kerajaan untuk memelihara kesejahteraan mereka dengan sewajarnya.
Kejadian-kejadian baru-baru ini di mana veteran ditolak keistimewaan khusus di klinik[8] merupakan peringatan tegas tentang kepayahan yang mereka lalui, lazimnya menerima layanan perkhidmatan dibawah taraf sementara pilihan yang lebih baik tidak boleh diperolehi oleh mereka.
Di bawah Akta ini, pemegang PGB layak menerima elaun pencen bulanan sebanyak RM1,500, manakala pemegang SP menerima RM2,000[9]. Walaupun terdapat kenaikan tahunan sebanyak 2% secara nominal, peningkatan ini gagal mengekalkan selaras dengan keperluan yang semakin berkembang bagi penerima[10].
Bagi anugerah SP, kami menerima elaun sebanyak RM2,000 sebulan, dan jumlah tersebut kali terakhir disemak pada tahun 2009….. Sekiranya mereka membuat semakan (menaikkan elaun), ini membuktikan bahawa kerajaan peka akan isu yang melibatkan golongan pesara seperti kami.- – Superintenden Paul Kiong[11]
The Veteran’s Scene in Malaysia
Veteran lain di Malaysia juga menghadapi cabaran yang serupa dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di mana mereka dibahagikan kepada dua kategori yang berbeza: Veteran Pencen ATM dan Veteran Tidak Pencen ATM. Bagi Veteran Pencen ATM, persaraan menandakan permulaan ganjaran yang layak, dengan pembayaran pencen berkala berdasarkan pangkat dan tahun perkhidmatan mereka[12].
Walau bagaimanapun, pencen ini hanya tertakluk kepada mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun, meninggalkan ramai yang bersara sebelum tahun 2013 dengan pencen bulanan yang sederhana antara RM500 hingga RM2,000.
Usaha untuk menyokong veteran ATM termasuk inisiatif MyWIRA Veteran yang bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan di sektor swasta. Walaupun pada awalnya bermitra dengan Micron, menawarkan 25 pekerjaan dengan gaji yang kompetitif, ini mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semua veteran[13].
Dengan platform terhad untuk menyuarakan kebimbangan mereka, veteran mengambil inisiatif sendiri. Pada Jun 2022, kira-kira 2,000 veteran berkumpul di Tugu Negara[14] untuk menuntut semakan kadar pencen bagi mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun.
Kami hanya ingin menyuarakan hak kami. Kami telah berkorban untuk negara ini semasa Darurat. Kami telah melindungi negara ini daripada komunis, dan adakah begini caranya kami diperlakukan ? Ia adalah tidak wajar untuk memperlakukan veteran sebegini.– Mior Rosli Mior Jaafar, veteran Tentera[15]
Hasilnya, veteran bukan ATM mulai menerima pencen bulanan sebanyak RM300 di bawah inisiatif Bantuan Sara Hidup (BSH)[16]. Bagaimanapun, peristiwa ini menekankan kesulitan berterusan yang dihadapi oleh semua veteran pelbagai sektor di Malaysia, dengan pencen yang sedikit untuk menangani perbelanjaan asas kehidupan.
Penghormatan Kepada Pahlawan kita : Merapatkan Jurang Dalam Sokongan Kepada Veteran
Di tengah-tengah dasar yang berbeza mengenai pencen bagi penerima anugerah dan veteran Angkatan Tentera, terdapat jurang yang ketara dalam menyokong veteran yang tidak layak untuk pencen anugerah SP dan PGB.
Veteran seperti Superintenden Paul mencerminkan hakikat negara kita pada hari ini. Pengorbanan mereka telah membentuk masyarakat di seluruh Malaysia dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara kita.
Untuk terus bergerak maju, amatlah penting untuk menyediakan inisiatif sebagai penghormatan untuk menghargai pahlawan-pahlawan negara ini. Sekadar penghargaan sahaja tidak mencukupi; tindakan yang nyata diperlukan untuk memastikan mereka disokong dengan baik semasa persaraan. Hanya dengan memuliakan para pahlawan kita, kita dapat benar-benar mencerminkan nilai-nilai kesyukuran dan penghargaan yang menentukan identiti kita sebagai sebuah negara.
Terjemahan oleh: Norazah Nizar
Explore our sources:
- Talib, N. B. (2005). Malaysia’s experience in war against Communist insurgency … Malaysia’s Experience In War Against Communist Insurgency And Its Relevance To The Present Situation In Iraq. Link
- The Sun. (2021). National heroes share success in fight against the Communists. Link
- Asyraf, F. (2022). Sb man who sabotaged crack terrorist unit, and lived. Free Malaysia Today. Link
- Marhaen, S. T. (2020). Datuk Paul Kiong – Menundukkan k0munis tanpa pertumpahan d4rah. The Patriots. Link
- Borneo Post. (2020). Ngalinuh a recipient of the nation’s highest gallantry award passes away. Link
- NAZARI, T. (2020). “Tun” Isn’t Even The Top 3 Highest Awards in Malaysia. The Rakyat Post. Link
- Laws of Malaysia. (2013). Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Remembrance Allowance) Act 1990. Link
- AHMAD, H. (2023). Turning away a veteran at Govt Hospital is indeed sacrilegious. New Straits Times. Link
- Borneo Post. (2013). Next of Kin Should Continue to Receive Pension Allowance. Link
- Ong, A. (2024). Veterans of the past under appreciated. Harapan Daily. Link
- Iskandar, I. M., & Rahmat, N. N. M. (2024). Veterans deserve more, says recipient of Nation’s Top Gallantry Award: New Straits Times. NST Online. Link
- Service pension. (2023) Pautan Pantas Jabatan Hal Ehwal Veteran. Link
- Dermawan, A. (2024, January 22). Veteran MYWIRA initiative to pave sustainable post-retirement careers and upskilling for Armed Forces veterans. New Straits Times. Link
- Free Malaysia Today. (2023). Army veterans walk from Perak to Putrajaya to demand pension review. Link
- The Rakyat Post. (2022). Armed Forces Veterans Say They Received Approval For Demonstration & Question Police Probe. Link
- LEONG, A. (2023). RM300 BSH for non-pensionable veterans from age 60 starts in September. The Rakyat Post. Link