Site logo

Pendapat Pakar Mengenai Cara Mengatasi Tekanan Mental Apabila Berdepan Pengangguran

Sebelum pandemik, kebanyakan dari kita akan meraikan hujung minggu di mana kita akan berada di rumah. Tidak perlu bekerja dan tidak perlu berdepan kesesakan lalu lintas. Kita berasa gembira dengan masa yang diluangkan secara sendirian dan untuk istirahat sebelum kembali berhempas-pulas dengan tanggungjawab sehari-hari. 

Pandemik yang melanda telah menguji kita dalam segala aspek kehidupan. Di mana sesetengah dijangkiti virus dan menghadapi kesan sampingan dari segi fizikal, kebanyakan pula kehilangan sumber kewangan untuk kelangsungan hidup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’. Satu ingatan yang perlu disemat dalam fikiran masing-masing adalah bukan semua kesusahan dan keperitan dapat dilihat dengan mata kasar dan COVID-19 boleh membunuh kita bukan hanya dari jangkitan virus tersebut.

Masalah kesihatan mental, tekanan (stress), ‘anxiety’, kemurungan (depression), penyalahgunaan (abuse) dan kecenderungan untuk membunuh diri (suicidal tendencies) adalah contoh epidemik yang telah menunjukkan peningkatan kes sejak pandemik melanda. Satu demi satu ‘lockdown’ yang dilaksanakan telah memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan ramai menemui jalan buntu.

Di antara Januari sehingga Disember 2020, sejumlah 1080 orang sedang dirawat setelah melakukan percubaan membunuh diri[1]. Di dalam masa tersebut, terdapat 631 kes bunuh diri[2]. Malangnya, bilangan ini terus meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahawa terdapat purata empat kes dalam sehari sejak tiga bulan pertama tahun 2021[2].

Bilangan kes yang dinyatakan adalah melebihi separuh daripada bilangan kes yang dilaporkan sepanjang tahun 2020[2] dan tahun 2021 belum melabuhkan tirai lagi.  

Sebanyak 122,328 panggilan telah dibuat kepada KKM dari 1 Januari hingga 18 Jun 2021[3]. 109,806 (89%) panggilan daripada jumlah tersebut adalah panggilan untuk meminta bantuan dari segi emosi dan mental[3].

Hospital Kuala Lumpur melihat peningkatan sebanyak 20% di dalam bilangan pesakit psikiatri, kesemuanya terdesak dalam mendapatkan rawatan yang mereka perlukan[4]. Walau bagaimanapun, jika ‘lockdown’ diteruskan, masalah ini mungkin mustahil untuk diselesaikan meskipun segala bantuan dan rawatan telah diberikan.

Source: Malaysian Global Business Forum

Dr. Amarpreet Kaur, Pakar Psikiatri dan Ahli Hipnoterapi Klinikal dari Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya telah memberikan pandangan dalam mekanisme untuk mengawal emosi dalam kalangan penganggur. Dr. Amarpeet Kaur telah memberikan analisis kesan psikologi setelah seseorang kehilangan pekerjaan, di mana tahap kesihatan mental seseorang boleh dipengaruhi dan juga menyediakan cara-cara untuk memastikan keputusan untuk membunuh diri dapat dielakkan. 

Seberapa Terukkah Krisis Kesihatan Mental? 

Bunuh diri adalah faktor utama kematian dalam kalangan dewasa. Setiap tahun, kita kehilangan dalam anggaran 800,000 nyawa akibat bunuh diri secara global[5].

Lebih menyedihkan, untuk setiap nyawa yang hilang kerana bunuh diri, masih terdapat 20 puluh lagi individu yang mencuba untuk mencabut nyawa mereka sendiri[5].  

Source: Malaysiakini

Kesihatan mental tidak mengira individu, begitu juga dengan percubaan membunuh diri. Wanita adalah golongan yang lebih cenderung untuk membunuh diri, namun lelaki lebih berkemungkinan untuk berjaya melakukannya[5]. Apa yang membuatkan masalah ini lebih sukar untuk diatasi adalah kesukaran untuk melihat keadaan mereka yang terjejas malah kebanyakannya bertindak untuk menyimpan sendiri dan tidak meminta pertolongan sekeliling.

Apabila kita mengetahui keadaan sebenar, semuanya sudah terlewat.

Apakah Yang Menyebabkan Peningkatan Masalah Kesihatan Mental?

Para pakar telah menyatakan ini adalah krisis dalam krisis. Pada masa kini, kadar pengangguran adalah setinggi ketika negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997. Berdasarkan sejarah, kemelesatan ekonomi sering sahaja dikaitkan dengan masalah kesihatan mental dan kadar bunuh diri[5]

Antara faktor penyumbang kenaikan kadar masalah kesihatan mental adalah hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan, konflik keluarga, masalah hubungan peribadi, stigma dan kekurangan akses kepada khidmat yang diperlukan. Masyarakat bukan sahaja kehilangan pekerjaan dan pendapatan tetapi juga tempat bergantung, harta benda dan juga identiti. ‘Lockdown’ yang berterusan adalah campuran pelbagai senario.

Source: Yahoo News

Untuk segelintir, ‘lockdown’ boleh menjurus kepada pergaduhan sesama ahli keluarga, meningkatkan konflik dan berkemungkinan penderaan. Sesetengah pula terpisah jauh dari keluarga dan tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengasingan yang tiada henti adalah antara situasi tekanan tinggi yang akan mempengaruhi kemurungan, ‘anxiety’, kecelaruan panik (‘panic disorders’) dan lain-lain.

Saya tidak maju hidup. Saya sudah pada tahap saya penat untuk meneruskan hidup. Saya terfikir jika saya mati hari ini, sekurang-kurangnya saya tidak perlu menghadapi masalah ini esoknya.[4]

Bagaimanakah Segelintir Dapat Menghadapi Situasi Pemberhentian Pekerja Oleh Majikan?

Apabila kita berbicara mengenai kehilangan pekerjaan, ia bukan sahaja berkisar mengenai kehilangan sumber pendapatan. Untuk majoriti, ia adalah kehilangan kerjaya yang susah payah diusahakan, pekerjaan idaman dan cita-cita mereka. Diarahkan untuk mengambil cuti tanpa kata putus atau diberhentikan boleh menyebabkan segala tindak balas emosi bertindak. Dr. Kaur menyatakan bahawa individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan secara tiba-tiba dapat mengelakkan impak psikologi yang berpanjangan.  

Masyarakat dipaksa ke dalam rutin yang berlainan, ketidakpastian yang berterusan dan keresahan mengenai kehidupan masing-masing ditambah dengan pengasingan yang berpanjangan dan kewujudan masalah kesihatan mental. Di dalam temubual bersama Dr. Kaur, beliau telah telah berkongsi sedikit cara untuk meningkatkan penyesuaian diri dalam kehidupan setelah berhadapan pemberhentian pekerjaan:

  1. Berikan sedikit masa kepada diri untuk bersedih.  
  2. Cuba untuk berfikiran bahawa perkara yang terjadi merupakan sementara. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya dan semua perkara yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. 
  3. Cuba untuk membina hubungan baru dan mengembangkan rangkaian kenalan anda. Hal ini kerana cara ini bagus untuk mancari sokongan yang betul setelah hilang pekerjaan dan membuka ruang kepada pelbagai peluang. Sentiasa terbuka untuk berkomunikasi adalah penting.
  4. Jaga diri anda sebaiknya. Penjagaan diri yang rapi adalah kunci untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik. Dapatkan tidur yang mencukupi, bersenam dan makan makanan yang sihat[5].  

Bagaimanakah Cara Untuk Anda Membantu Seseorang Yang Sedang Diuji?

Source: Unsplash

Kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar tetapi ia boleh merosakkan individu dari dalam dan berkemungkinan boleh membawa maut. Walaupun kita bukanlah pakar atau dilatih secara profesional untuk mengenal pasti tanda-tanda awal bunuh diri atau penyakit mental, kita boleh membantu dengan sentiasa mengambil tahu.   

Sedikit perbualan dan usaha boleh memberikan kesan yang besar. Jika anda mengenali seseorang yang sedang bergelut, langkah yang paling mudah adalah untuk berasa di sisi mereka. Dengarlah masalah mereka dan tunjukkan ihsan anda. Ini adalah pergelutan mereka.

Sebagai orang yang dekat dengan mereka, anda boleh menasihati mereka untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian sepertimana kecederaan fizikal yang lain. Segala jenis bentuk penghakiman perlu dielakkan sepenuhnya.

 Jika anda tidak pasti, anda boleh melihat kepada tanda-tanda kecil.  

Beri Perhatian Kepada Tanda-Tanda Kecil

Walaupun COVID-19 susah untuk dikenalpasti, terdapat beberapa simptom yang boleh dikenal pasti. Selesema, demam dan kehilangan deria rasa adalah antara tanda seseorang dijangkiti wabak COVID-19. Walaubagaimanapun, tidak ada tanda-tanda besar apabila mengenal pasti penyakit mental.  

Seseorang boleh menunjukkan tanda-tanda amaran bahawa mereka memikirkan untuk membunuh diri. Tanda-tanda tersebut boleh ditunjukkan secara lisan, bukan lisan, perlakuan dan keadaan[6]. Kebanyakan masa, tanda amaran ini tidak diendahkan. Sebagai contoh, kata-kata mudah seperti, “Saya tidak mampu lagi bertahan”, “Mereka lebih baik jika saya tiada”, “Jika saya pergi sekarang, semua orang akan senang” adalah antara tanda-tanda seseorang memikirkan untuk membunuh diri[6]

Bahasa badan dan perlakuan juga boleh menjadi tanda-tanda amaran. Sikap tertutup, kemurungan, emosi yang diekspresikan secara tiba-tiba, pengabaian dari segi penampilan atau kesihatan, pola tidur yang melampau, penggunaan bahan berbahaya adalah contoh-contohnya. Terdapat juga sesetengah yang tiba-tiba memberikan hadiah sebagai tanda-tanda awal[6].  

Mengikut Dr. Noor Hisham, sesiapa sahaja yang menunjukkan simptom-simptom yang dinyatakan perlulah merujuk pakar untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin[2]. Untuk mereka yang sedang bergelut dengan masalah mental, anda bukanlah berseorangan. Jika anda mahu didengari, usahlah ragu-ragu untuk menghubungi talian yang tertera di bawah:

  • Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS): 03-29359935 atau 014-3223392  
  • Talian Kasih: 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999  
  • Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (JAKIM): WhatsApp ke 0111-9598214  
  • Befrienders Kuala Lumpur: 03-76272929 

Explore Our Sources

  1. Bernama. (2021). Covid-19 Pandemic:85.5% of Distress Calls Involved Mental Health Issues – MOH. The Sun Daily. Link.  
  2. Free Malaysia Today. (2021). A Shocking Statistic – Four Suicide Cases A Day in First Three Months. Link
  3. Bernama. (2021). Lebih 120,000 Panggilan Minta Bantuan Sokongan Emosi Diterima KKM. Free Malaysia Today. Link
  4. TV3. (2021). Kesihatan Mental: Kes Di HKL Dilapor Meningkat 20%. Link. 
  5. A. Kaur. (n.d). In Conversation with Doctors: Coping Mentally When Unemployed. UM Specialist Center. Link.  
  6. United Way. (n.d). Suicide: Warning Signs and What to Do. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?