Site logo

Pekerja Bergaji Rendah Dan Pekerjaan Mereka Yang Berbahaya

Pada waktu ini, tidak ada definisi ‘pekerjaan berbahaya‘ (precarious employment) yang diterima secara umum. Hai ini kerana ianya melibatkan pelbagai budaya sosial dan ekonomi dalam dunia pekerjaan hari ini.

Apabila diamalkan, pekerjaan berbahaya biasanya membabitkan pekerja yang mempunyai kontrak jangka pendek ataupun jangka tetap yang tidak dikawal selia, tidak konsisten, dan tidak selari dengan piawaian kerja yang boleh diterima[1]. Pekerja yang terlibat seringkali lebih terdedah kepada bahaya, dibayar gaji yang lebih rendah serta menghadapi kesukaran dan ketidaksamaan dalam menjalankan hak asasi mereka[1].

Source: East Asia Forum

Sebelum ini, pekerjaan berbahaya hanya dikaitkan dengan pekerjaan yang memudaratkan kesihatan dan membahayakan keselamatan pekerjaan – tetapi sekarang, perkara ini dianalisiskan melalui kerjaya dengan hasil kerja dan hasil bukan kerja seperti ketidakselesaan pekerjaan; kecukupan pendapatan; kekurangan hak dan perlindungan serta keadaan hidup, antara yang lain[2][3].

Disebabkan itu, pekerjaan berbahaya sudah semestinya berkait rapat dengan kemiskinan multidimensi.

Keadaan Kerja Berbahaya Untuk Gaji Rendah

Impak pekerjaan berbahaya bergantung kepada industri dan lokasi. Dari sektor pertanian ke sektor perindustrian dan perkhidmatan, pekerja-pekerja mempunyai pengalaman yang berbeza. Sebuah kajian 2014 yang telah dilakukan ke atas keadaan kerja yang berbahaya di ladang kelapa sawit, menekankan bahawa majoriti pekerja ditugaskan untuk bekerja di lokasi-lokasi terpencil selama berjam-jam lamanya, tanpa waktu rehat makan tengahari yang rasmi dan sering ditinggalkan bersendirian tanpa kehadiran penyelia[4].

Source: Malay Mail

Mereka yang cukup bertuah untuk bekerja di ladang-ladang besar dapat menerima gaji yang adil beserta dengan kemudahan kebajikan lain.

Mereka yang bekerja di ladang-ladang kecil memperoleh pendapatan kira-kira RM500-RM600 sebulan tanpa pendapatan ataupun faedah tambahan[4]. Selain daripada tugas berat dan buruh berbahaya untuk jangka masa yang panjang, pekerja-pekerja ini biasanya tertakluk kepada penderaan lisan dan fizikal oleh orang atasan mereka[4].

Pada tahun 2020, pelarian Rohingya yang bekerja sebagai pekerja pembinaan memperoleh pendapatan yang agak tinggi. Sebagai pekerja pembinaan, mereka memperoleh RM67 sehari secara purata pada tahun 2017[5]. Walau bagaimanapun, gaji yang lebih tinggi tidak menjamin keadaan kerja yang selamat dan kondusif.

Source: Free Malaysia Today

Sebuah wawancara menjelaskan bahawa pekerja terpaksa melakukan tugas mereka di bawah panas terik dan tidak mempunyai piawaian keselamatan yang diperlukan. Mereka bukan sahaja terdedah kepada penderaan lisan dan fizikal yang serupa seperti yang ada dalam sektor pertanian, tetapi majikan juga tidak pernah dipertanggungjawabkan untuk kecederaan di tempat kerja[5].

Kerja saya berbahaya kerana saya bekerja di tempat tinggi. Ianya sangat berbahaya … kerana saya tidak mempunyai apa-apa. Saya tidak mempunyai majikan saya. Jika apa-apa berlaku, tiada siapa yang akan bertanggungjawab untuk saya. Saya bertanggungjawab untuk diri saya sendiri. – Pelarian Rohingya, pekerja pembinaan[5]

Walaupun gaji dalam sektor pembinaan adalah lebih tinggi, pembayarannya tidak konsisten dan sering lewat. Walaupun dengan adanya gaji, tiada kewujudan keselamatan pekerjaan dan pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa notis pada bila-bila masa[5]. Pelbagai cerita peribadi mendedahkan perkara ini:

Saya pernah mempunyai masalah dengan bos saya. Saya bekerja selama sebulan dan dia masih tidak membayar saya. – Pelarian Rohingya, pekerja pembinaan[5]

Bos sewenang-wenangya menendang saya keluar dari pekerjaan sebaik sahaja saya selesai dengan tugas saya. Bos itu berkata tidak ada lagi pekerjaan. Saya sedang mencari pekerjaan lain buat sementara waktu. – Pelarian Rohingya, pekerja pembinaan[5]

Keadaan Hidup Padat Dan Tidak Bersih

Saya tidak suka (bekerja di Malaysia). Saya hampir tidak boleh tidur … Bilik saya terlalu kecil. Terdapat kutu dan lipas. Terlalu banyak, saya tidak boleh tidur.[5]

Kuarters kediaman kotor yang disediakan di tapak pembinaan oleh majikan sering tidak mencukupi dari segi ruang dan kemudahan[4][6]. Keadaan kehidupan di tapak-tapak ini adalah terpencil, tidak selamat, dan tidak bersih. Pakar-pakar selalu mengulas mengenai kekurangan kebersihan yang betul di lokasi-lokasi ini, serta isu-isu lain seperti kekurangan air bersih kepada kemudahan perumahan ini[4].

Penginapan di tempat ini kebiasaannya sesak.

Sebuah kajian mengenal pasti bahawa 67% pekerja asing berkongsi bilik dengan sekurang-kurangnya enam hingga sepuluh orang. 24% tinggal dengan sebelas ataupun lebih orang di sebuah apartmen dan hanya 9% pekerja berkongsi ruang tamu dengan satu hingga lima orang[6].

Source: The Straits Times

Pekerja mempunyai pendapat positif mengenai bekalan elektrik, bagaimanapun ini perkara biasa untuk majikan tidak menyediakan kemudahan asas seperti kipas, perabot, peti sejuk, mesin basuh, peralatan memasak, tikar, dan televisyen[6].

Sesetengah pekerja asing yang tinggal di sana bergantung sepenuhnya kepada majikan mereka untuk mengekalkan mata pencarian mereka dan memastikan bahawa mereka terus mempunyai permit kerja yang sah untuk bekerja di Malaysia. Pakar-pakar mengulas bahawa pekerja asing ini terpaksa menempuhi kehidupan dan keadaan kerja yang dieksploitasi oleh pihak pengurusan ladang[4].

Siapa Yang Paling Terdedah Kepada Bahaya?

Walaupun pekerjaan ini sangat membebankan ke atas semua orang yang terlibat, mereka yang paling berisiko adalah pekerja asing. Biasanya mereka datang ke Malaysia untuk mencari masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri, dan peluang untuk mendapatkan lebih banyak wang untuk keluarga mereka, pekerja asing dan pelarian pastinya yang paling terdedah kepada bahaya hasil daripada pekerjaan yang merbahaya ini.

Bukan sahaja mereka dieksploitasi, tetapi kebanyakan mereka kurang dibayar, dipaksa ke tempat tinggal yang sangat teruk. Namun, mereka tidak dapat menuntut hak mereka kerana takut diganggu oleh pihak imigresen.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Source: The Star

Malaysia tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai tenaga kerja tidak formal. Hal ini amat mengejutkan melihat kira-kira satu dalam empat rakyat Malaysia diambil untuk bekerja secara tidak rasmi[7].

Terdapat keperluan untuk mula mengumpul data mengenai pekerjaan yang tidak standard dan untuk memastikan bahawa keperluan pekerja-pekerja ini disediakan. Keperluan pekerja mesti ditangani melalui perubahan ‘top-down’ yang bekerja ke arah jangka pendek dan jangka panjang. Kerajaan harus mengetatkan garis panduan untuk pekerja yang terdedah kepada bahaya ataupun menyediakan latihan untuk alternatif sama sekali.

Secara keseluruhan, keadaan semasa pekerjaan berbahaya ini menjejaskan semua pekerja yang terlibat. Bukan sahaja mereka bersemuka dengan keadaan kerja yang teruk, tetapi mereka juga terperangkap dalam bahaya perumahan yang sesak. Dalam jangka masa panjang, kerja berbahaya, ataupun bekerja tanpa kontrak dan pembayaran tunai di tangan, menjadikannya sukar untuk melepaskan diri daripada kemiskinan. 

Pekerjaan berpendapatan rendah sering mendorong kepada bekerja lebih jam untuk membayar pampasan bagi kegoyahan kewangan. Namun, pembayaran yang tidak konsisten dan ketidakupayaan untuk mendokumentasikan sejarah pekerjaan untuk prospek pekerjaan masa depan membuatkan pekerja-pekerja tidak mampu mencari cara kerja yang lebih baik. Akhirnya, merangkap pekerja tersebut dalam kemiskinan multidimensi.

Explore Our Sources:

  1. N. Hussein, N. A. Ishak, I. A. Hussain. (2018). Precarious Work Behaviour among Millennial Generation in Malaysia: A Preliminary Investigation. The Turkish Online Journal of Design, Art and Communication. Link. 
  2. M. Quilan. C. Mayhew. P. Bohle. (2001). The global expansion of precarious employment, work disorganization, and consequences for occupational health: a review of recent research. Int J Health Serv. Link. 
  3. B. Kreshpaj. et al. (2020). What is precarious employment? A systematic review of definitions and operationalizations from quantitative and qualitative studies. Scand J Work Environ Health. Link.
  4. D. Kumar. M, N. A. Ismail, N. S. Govindarajo. (2014). Way to Measure The Concept Precarious Working Conditions in Oil Palm Plantations. Link.
  5. M. Nungsari, H. Y. Chuah, S. Flanders. (2020). Poverty and precarious employment: the case of Rohingya refugee construction workers in Peninsular Malaysia. Link
  6. M. S. Uddin & A. A. Mohammed. (2020). Exploration of Migrants’ Social Life: A Case Study on Bangladeshi Temporary Contract Worker’s in Malaysia. International Journal of Human Resource Studies. Link. 
  7. Department of Statistics Malaysia (2019). Press Release Informal Sector Work Force Survey Report Malaysia. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?