Site logo

Pandemik Mencabar Kesihatan Mental Golongan Muda Di Malaysia

Walaupun terdapat peningkatan dari segi kesedaran berkenaan isu kesihatan mental akibat COVID-19, kebanyakannya lebih tertumpu kepada golongan orang dewasa dan pekerja. Namun, perlulah diketahui bahawa isu kesihatan mental tidak mendiskriminasi – seperti golongan dewasa, golongan muda juga amat terkesan baik secara mental dan emosi akibat pandemik.

Mengikut angka yang dikeluarkan polis, sejumlah 872 remaja berusia 15 sehingga 18 telah membunuh diri dari Januari 2019 sehingga Mei 2021. Ini adalah 51% dari jumlah keseluruhan 1,708 kes bunuh diri pada waktu tersebut[1]

Angka ini boleh dikaitkan dengan hasil sebuah kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Malaya. Terdapat peningkatan yang konsisten dari segi simptom kemurungan, ‘anxious’ dan tekanan yang dilaporkan oleh 1,163 responden sepanjang empat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan[2]

Source: The Star

Peningkatan mendadak isu kesihatan mental dalam kalangan belia (didefinisikan oleh United Nations sebagai individu berusia 15 sehingga 24 tahun) amatlah merisaukan kerana purata kebangsaan pakar psikiatri di Malaysia hanyalah 1.27 pakar untuk setiap 100,000 individu. Angka ini amatlah rendah jika dibandingkan dengan cadangan WHO yang mana nisbah satu pakar psikiatri adalah untuk 10,000 orang[3]. Tambahan pula, isu kesihatan mental semasa muda mendatangkan kesan jangka masa panjang yang boleh dibawa sehingga dewasa[3].

[Penyebab kesihatan mental] semasa tempoh muda boleh menyebabkan kesan jangka masa pendek dan panjang dari segi fungsi psikososial dan kehidupan seharian. Ini termasuk persembahan akademik, hubungan, moral dan lain-lain.[3] – Dr Arman Rashid, Pengarah Kajian & Sokongan SOLS Health  

Kemerosotan Emosi Disebabkan Kurangnya Perhubungan Sosial Akibat Penutupan Sekolah

Sekolah merupakan fasa penting dalam tumbesaran seseorang dan bukan hanya dari segi akademik semata-mata. Di sekolah, kanak-kanak menjalinkan persahabatan dan sistem sokongan yang menjadi langkah untuk mereka memenuhi keperluan sosio-emosi[3]. Remaja selalunya memilih untuk berhubung dengan dunia sekeliling mereka secara bebas dan lebih gemar meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding keluarga[4]

Source: Pexels

Namun, akibat peralihan sistem pembelajaran ke alam maya kerana COVID, interaksi mereka sosial mereka terganggu. Tahap penting dalam perkembangan mereka kini berubah ke ruang maya yang mana memberi impak negatif terhadap kesihatan emosi mereka. Hal ini kerana mereka tidak boleh lagi bergaul seperti situasi biasa di sekolah. Akibatnya, perasaan sunyi telah menebal seiring dengan langkah ‘lockdown’. Kekurangan sokongan emosi daripada guru dan rakan-rakan telah menyebabkan ramai pelajar berasa terasing dan keseorangan[3]

Lockdown’ yang telah berpanjangan telah menjauhkan golongan muda daripada hubungan sosial yang amat penting pada usia mereka.[1] – Encik Rashed Mustafa Sarwar, Wakil UNICEF Malaysia

Bertahan Dengan ‘Open And Distance Learning’ (ODL)

Pembelajaran dalam talian juga telah menghakis garis sempadan antara waktu peribadi dan persekolahan. Ramai pelajar menghadapi tahap ‘anxiety’ yang tinggi kerana mempunyai pelbagai tugasan sekolah yang perlu diselesaikan. Ditambah dengan tempoh melihat skrin komputer yang panjang, perkara ini telah menganggu rutin harian dan waktu tidur mereka[5]

Kelas dalam talian lebih memenatkan dari kelas secara fizikal. Saya hanya tidur selama beberapa jam disebabkan tugasan sekolah yang sangat banyak. Kami terpaksa menggunakan komputer riba dari awal pagi sehingga tengah malam. Hal ini menyebabkan kami berasa kurang bertenaga.[5]

Source: Pexels

Menjaga adik-beradik dan membuat kerja rumah di samping menghadiri kelas dalam talian pada waktu yang sama telah menyumbangkan kepada tahap tekanan yang melampau dalam kalangan pelajar, terutamanya bagi mereka yang berasal daripada keluar miskin[5]. Mereka sering terpaksa menggunakan telefon pintar dan berkongsi peranti dengan adik-beradik lain yang masih bersekolah. Jurang digital yang melanda pelajar B40 ini lebih parah bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman. Yang memburukkan lagi keadaan ialah kekurangan fasiliti pembelajaran di rumah, dan perkara ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran[6].

Emosi Pelajar Universiti Berada Dalam Keadaan Yang Kritikal 

Isu kesihatan mental bagi pelajar universiti amatlah membimbangkan. Pada bulan Julai, dua pelajar UiTM telah meninggal dunia kerana pembuluh darah pecah. Kejadian ini dilaporkan terjadi kerana tekanan yang melampau berpunca daripada pembelajaran dalam talian[7]. Mereka berdua berusia awal 20-an.

Source: Kosmo

Kejadian yang menggemparkan ini mencetuskan perbincangan mengenai tahap kesihatan pelajar semasa COVID, yang mana lebih ramai pelajar meminta supaya langkah-langkah proaktif dilaksanakan oleh kementerian dan institusi pendidikan untuk menjaga kesihatan mental para pelajar[8]. Namun, peningkatan kes secara langsung telah menyukarkan pelajar untuk berfikiran positif atau mengharapkan keadaan akan pulih seperti biasa.

Penat disebabkan tugasan akademik dan ketidakpastian mengenai masa hadapan pembelajaran dan pekerjaan mereka, para pelajar sememangnya berdepan cabaran besar dalam memastikan emosi mereka sentiasa terkawal semasa COVID.

Sejak pelaksanaan sistem pembelajaran dalam talian, universiti saya memberikan tugasan secara mingguan dan terdapat juga tugasan lain yang telah dirancang dari awal. Tarikh untuk menghantar tugasan amatlah singkat. Sekarang, amatlah sukar untuk melaksanakan tugasan universiti, kajian dan kerja-kerja lain.[8] – Nur Aiza Rafiqah, a local university student.

Anxiety’ Berpunca Daripada Penggunaan Media Sosial

Untuk mengatasi emosi yang berpunca daripada kebosanan, ramai pelajar beralih ke media sosial. Namun, peningkatan penggunaan skrin ada kesan buruknya.

Source: SCL Health

Dalam kajian terkini, pelajar berusia 17 sehingga 18 tahun telah diketahui lebih ‘anxious’ atau resah jika dibandingkan dengan mereka yang lebih berusia[5]. Kajian tersebut mencadangkan yang kebergantungan mereka terhadap media sosial telah memainkan peranan yang penting dalam peningkatan tahap ‘anxiety’.

Tidak dapat disangkal bahawa amatlah penting untuk kita mengetahui perkembangan semasa terutamanya ketika ‘lockdown’. Walau bagaimanapun, sikap “always-on” bagi penggunaan media sosial boleh menyebabkan tekanan emosi terhadap golongan muda. Kerisauan mengenai jangkitan wabak meningkat kerana golongan muda sentiasa terdedah kepada berita negatif berkenaan COVID-19, yang meningkatkan lagi ‘anxiety’. Tambahan pula, liputan media 24/7 berkenaan isu COVID-19 boleh menyebabkan golongan muda berasa terganggu dan bimbang.

Apabila Rumah Bukan Lagi Sebuah Tempat Berlindung

Persekitaran rumah juga mendatangkan impak yang besar terhadap kesihatan mental seseorang. Diketahui umum bahawa tahap kewangan yang tidak menentu, potongan gaji dan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan dewasa. Namun, apa yang kurang diketahui adalah tekanan emosi ini terpalit kepada anak-anak mereka juga.

Remaja juga sebenarnya terkesan akibat beban kewangan dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka. Kanak-kanak sering dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan[9], maka tidak menjadi kejutan jika anak-anak daripada isi rumah sebegini akan mengalami masalah kesihatan mental[10]

Source: Positive Parenting

Saya bergelut dengan situasi di rumah kerana bukan semua orang mempunyai keluarga yang stabil dan bahagia. Saya harus belajar untuk menghadapi keadaan tersebut.[5] 

Talian WAO untuk keganasan rumah tangga mendedahkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak empat kali ganda dari bilangan panggilan yang dibuat semasa PKP 1.0[11]. Sejumlah 4,349 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2020 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat[12].

Peningkatan konflik dalam kalangan keluarga amat merisaukan kerana lebih ramai anak-anak menjadi mangsa pengabaian, penderaan dan kemarahan. 

Source: VNExpress

Dalam waktu mencabar sebegini, amatlah penting untuk kita mengetahui bahawa bukan semua orang dikurniakan dengan keluarga yang sihat dan stabil. Kita haruslah memainkan peranan kita dalam menjaga rakan-rakan kita dan menghulurkan sokongan apabila mereka memerlukannya.

Saya tidak mampu menjauhi ibu bapa mereka apabila mereka mula bergaduh. Mereka bertengkar dengan sangat banyak terutamanya apabila ‘lockdown’ bermula. Secara jujur, mereka masih sukar untuk berbaik sesama sendiri.[1] Seorang perempuan berusia 17 tahun

Strategi Untuk Menghadapi ‘Anxieties’ Akibat Pandemik Dan Isu Kesihatan Mental

Terbuktilah bahawa situasi pandemik bukanlah mudah untuk ramai orang, termasuk golongan muda. Jika anda secara peribadi mengalami isu kesihatan mental pada waktu ini, berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk bertahan dan mengawal emosi anda.

#1: Sentiasa berhubung dengan orang

Mengekalkan hubungan yang sihat dengan mereka yang kita percayai sangat penting untuk kesihatan mental kita. Kita hendaklah berasa terhubung – tidak kiralah mereka yang sentiasa kita jumpa atau kawan-kawan lama, susunlah jadual supaya pada setiap minggu anda boleh menghubungi satu sama lain.

#2: Luahkan kerisauan anda

Pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang kita pernah hadapi sebelum ini dan amatlah normal sekiranya kita berasa risau, takut atau kehilangan upaya. Ingatlah, tidak mengapa untuk berkongsi kerisauan anda dengan orang yang dipercayai dan mungkin dengan melakukannya, anda juga membantu mereka.

Jika anda tidak mampu untuk bercakap dengan seseorang yang anda kenali atau ianya tidak berkesan, anda boleh cuba menghubungi talian kesihatan mental seperti Befrienders (03-76272929) dan Talian Kasih (15999 atau 019 261-5999 di Whatsapp).

#3: Kurangkan penerimaan berita

Untuk sentiasa berpengetahuan amatlah baik, tetapi jika anda sering mendengar mengenai pandemik, anda mungkin akan merasa risau. Cuba hadkan melayari laman sosial atau berita kepada beberapa kali sahaja sehari. Tutup telefon, tv dan komputer untuk seketika.

Sentiasa beringat untuk mendapatkan berita daripada sumber yang boleh dipercayai seperti JKJAV dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

#4: Perhatikan kesihatan fizikal anda

Kesihatan fizikal kita juga membawa impak yang besar terhadap kesihatan mental kita. Amatlah penting untuk kita mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya emosi kita tidak terganggu. Cubalah untuk makan makanan yang seimbang, minum air yang mencukupi dan bersenam secara kerap. Tidur yang berkualiti juga boleh membawa perubahan yang besar dalam kesihatan mental dan fizikal. Jangan lupa untuk dapatkan rehat yang mencukupi.

#5: Mendapatkan bantuan profesional sebelum terlambat

Jika keadaan tidak terkawal dan anda merasakan diri anda bergelut untuk menghadapi kehidupan seharian, cuba pertimbangkan untuk berjumpa doktor atau pakar kesihatan mental. Penting untuk kita ingat bahawa mencari pertolongan bukanlah satu tanda kelemahan tetapi satu langkap yang besar dalam penjagaan diri. Lebih cepat anda mendapatkan bantuan, lebih cepat anda dapat kembali ke kehidupan normal anda.

Kini, bantuan profesional lebih mudah didapati dan harganya juga berpatutan. Ini adalah senarai perkhidmatan kesihatan mental yang percuma dan berpatutan di Malaysia. 

Explore Our Sources:

  1. ​​The Straits Times. (2021). Covid-19 lockdown sees rising mental health concerns among teens in Malaysia. Link
  2. Malaysiakini. (2021). Harapan health committee warns of looming mental illness crisis in Malaysia. Link
  3. The Star. (2021). Suffering in silence. Link
  4. Frontiers. (2021). The Impact of Unplanned School Closures on Adolescent Behavioral Health During the Covid-19 Pandemic in Malaysia. Link
  5. Researchgate. (2021). Psychological Impact of COVID-19 and Lockdown among University Students in Malaysia: Implications and Policy Recommendations. Link
  6. The Star. (2020). MCO: Impact of digital divide deepens with e-learning. Link
  7. Says.com. (2021). 2 UiTM Students Died Over The Weekend Due To Ruptured Blood Vessels. Link
  8. FreeMalaysiaToday. (2021). After 2 deaths, undergrads plead for solutions over coursework. Link
  9. The Star. (2020). Mental Health: Prioritising children and adolescents. Link
  10. MDPI. (2021). Factors Associated with Mental Health Problems among Malaysian Children: A Large Population-Based Study. Link
  11. Tengku Nur Qistina. (2020). Community responses to Gendered issues during Malaysia’s fight against COVID-19. The London School of Economics and Political Science. Link
  12. Hasbullah, N.E. & Chong, S. (2021). Do more to protect women, children from abuse during lockdown. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?