Site logo

Pakar Kesihatan Mental Di Sekolah: Kekurangan Kakitangan, Permintaan Tinggi

Awal tahun ini, apabila cubaan membunuh diri masih dianggap sebagai satu jenayah, ibu bapa kepada anak remaja yang cuba membunuh diri melalui pengambilan ubat berlebihan menyatakan bahawa hospital kerajaan menggesa laporan polis dibuat sebagai sebahagian daripada prosedur.

“PIHAK POLIS DATANG DENGAN KEADAAN SEGERA UNTUK TEMUDUGA ANAK SAYA, TETAPI SAYA BERJAYA MENYAKINKAN MEREKA ITU BUKAN CUBAAN MEMBUNUH DIRI TETAPI PERMINTAAN UNTUK PERTOLONGAN SEMATA-MATA,”IBU BAPA YANG ENGGAN NAMANYA DIDEDAHKAN.[1]

Tajuk berita selalunya mengentengahkan nasib pelajar universiti yang menghadapi kesukaran untuk mengendalikan tekanan hidup seperti tekanan rakan sebaya, menyesuaikan diri dan peperiksaan. Walau bagaimanapun, isu kesihatan mental bukan sahaja berleluasa di kalangan belia, tetapi juga kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Kanak-kanak menderita dalam diam dan data menunjukkannya:

  • Menurut tinjauan National Health and Morbidity Survey (NHMS), 2019, ia menggariskan bahawa seramai 424,000 kanak-kanak dan remaja mengalami masalah kesihatan mental di Malaysia. [2]
  • 2-3% kanak-kanak berumur 6-12 tahun berpotensi untuk mengalami kemurungan. [3]
  • Sekurang-kurangnya 1-2% kanak-kanak seawal usia 3 tahun kemurungan. [3]
  • Lebih 7% daripada kanak-kanak berusia 3-7 tahun mengalami gangguan kebimbangan (anxiety disorder). [3]
Sumber: Unsplash

Dengan pembukaan semula sekolah, kehidupan kanak-kanak turut berubah, penyesuaian diri terhadap persekitaran baharu berpotensi menjadikan kebanyakan mereka merasa terbeban.

KESELURUHAN SISTEM PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA DILIHAT KETINGGALAN ZAMAN. Dr. Alvin Ng, DEKAN BERSEKUTU (ANTARABANGSA) SEKOLAH PERUBATAN DAN SAINS KEHIDUPAN, UNIVERSITI SUNWAY, MALAYSIA.. [4]

Dua musuh yang diketahui: Stigma dan Kekurangan Kakitangan

Isu kesihatan mental di Malaysia telah tersebar luas di suapan berita dan sebahagian daripada media arus perdana. Mungkin, perjuangan berterusan untuk menangani stigma dan memastikan populasi dewasa mendapatkan bantuan telah membayangi keparahannya di kalangan belia. Pada masa yang sama, kita sering mendengar frasa acuh tak acuh seperti, “Oh, awak masih membesar, awak akan dapat atasinya,” atau “Mengalami tekanan adalah perkara biasa” apabila kanak-kanak dan remaja berkongsi masalah mereka.

Kanak-kanak dan remaja yang memerlukan bantuan kesihatan mental tidak semestinya dapat mencapainya di kawasan sekolah kerana wujud stigma terhadap pengunjung unit kaunseling adalah pelajar yang bermasalah.Untuk mendapatkan rawatan di hospital, kanak-kanak atau remaja memerlukan persetujuan ibu bapa dan perasaan malu yang masyarakat kaitkan dengan kesihatan mental  menyebabkan mereka teragak-agak untuk mendapatkan bantuan yang amat diperlukan.

MEREKA TIDAK MAHU DILIHAT KELUAR MASUK DARI PUSAT KESIHATAN MENTAL Simpson Khoo Sing Shern,  PEKERJA PENDIDIKAN KOMUNITI. [5]

Dalam menangani isu kesihatan mental, perjuangan berterusan kita juga adalah untuk menangani isu kekurangan pengamal kesihatan mental yang berkelayakan.

Memandangkan sistem penjagaan kesihatan mental kita masih di keadaan yang memprihatinkan, mangsanya adalah golongan muda hari ini yang akses kepada penjagaan kesihatan mental adalah sebuah perjuangan yang mereka harus lalui. Bilangan kaunselor sekolah adalah terhad; barisan pertahanan pertama yang boleh memastikan kanak-kanak dan remaja menerima bantuan untuk tekanan harian mereka. Bilangan barisan hadapan penjagaan kesihatan mental yang berkelayakan dan dilengkapi untuk campur tangan dalam isu kesihatan mental generasi muda kita memberikan gambaran yang suram:

  • Nisbah semasa pelajar kepada kaunselor sekolah di sekolah rendah ialah 350:1 dan di sekolah menengah 500:1.[6].  Pada tahun 2019, dilaporkan terdapat 9,522 kaunselor di sekolah dengan tambahan 326 di pejabat pendidikan di seluruh negara. [7]
  • Terdapat 309 pakar psikiatri di Malaysia, tetapi hanya 30 pakar dalam bidang penjagaan kanak-kanak serta remaja dan kebanyakannya berada di Lembah Klang [8] 
  • Terdapat kira-kira 300 ahli psikologi klinikal yang berkelayakan, tetapi hanya 200 yang aktif pada masa ini memberikan nisbah 1: 980,000 warganegara, apabila nisbah yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organisation (WHO) ialah 1:5,000[9].

Kaunselor Sekolah Harus Menjadi Barisan Pertahanan Pertama

Seorang kaunselor sering ditemui oleh golongan masyarakat apabila ia berkaitan dengan masalah umum hidup, contohnya masalah perhubungan, mengendalikan kesedihan atau pengurusan kemarahan. Meletakkan mereka di barisan hadapan dalam rantaian penjagaan kesihatan mental, seorang pelajar akan dapat mempelajari cara-cara menghadapi cabaran hidup dengan lebih baik, bukan hanya dengan perundingan antara kaunselor dan pelajar, tetapi juga melalui penerapan celik isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah.

Diperkukuh dengan mekanisme pencegahan dan pengurusan tekanan yang lebih baik, adalah selamat untuk mengatakan pelajar akan dapat mengatasi masalah kesihatan mental yang lebih besar seperti kemurungan atau kebimbangan.

TENAGA PENGAJAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MESTI MAMPU MENGESAN MASALAH YANG SEDANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK, MEREKA MESTI MEMPUNYAI ILMU DAN KEMAHIRAN UNTUK MENANGANINYA DAN DAPAT MEMBERITAHU IBU BAPA DENGAN LEBIH AWAL UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. YANG PALING MENYEDIHKAN HARI INI ADALAH APABILA REMAJA MENGHADAPI MASALAH, MEREKA TIDAK DAPAT MENGHAMPIRI KAUNSELOR KERANA PERASAAN TIDAK BERDAYA DAN RENDAH DIRI.”– Professor Datuk Dr Chiam Heng Keng, TOKOH TERKEMUKA DALAM BIDANG PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN REMAJA SERTA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.[10]

Walau bagaimanapun, kaunselor sekolah yang sedia ada berkhidmat kepada sebilangan besar pelajar di sebuah sekolah, dengan seorang kaunselor ditugaskan kepada 350 pelajar di sekolah rendah dan 500 pelajar di sekolah menengah. Walaupun terdapat seruan untuk meningkatkan kaunselor yang lebih berkelayakan dan berkualiti – kita masih berhadapan dengan kekurangan kaunselor.

Sumber: LIM BENG TATT/The Star.

Pada tahun 2019, Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), lembaga pengelola kaunselor berlesen dan berdaftar di Malaysia gagal mencapai sasaran 11,000 kaunselor berlesen di Malaysia di mana terdapat kekurangan sebanyak 2,945 kaunselor.[11] Pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan kerana bilangan pelajar lepasan ijazah dalam bidang kaunseling yang dibenarkan menamatkan pengajian tepat pada masanya adalah lebih rendah di atas desakan Lembaga Pengarah yang hanya akan mengiktiraf jam latihan secara bersemuka. 

United Kingdom telah pun beralih kepada kaedah kaunseling secara dalam talian untuk menangani isu kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi dengan penutupan sekolah, di manakah pelajar boleh mendapatkan bantuan kesihatan mental daripada pihak profesional?

Kekurangan professional kesihatan mental secara menyeluruh

Sekiranya isu kesihatan mental berada di luar skop kaunselor sekolah, tindakan disiplin pelbagai perlu dilaksanakan, melibatkan ibu bapa, guru, kaunselor, ahli psikologi dan bergantung kepada keparahannya; terutamanya penglibatan pakar psikiatri jika ubat diperlukan dalam menangani isu tersebut. 

Walau bagaimanapun, hospital kita hanya mempunyai bilangan pakar psikiatri dan psikologi klinikal yang terhad. Bukan itu sahaja, pakar kesihatan mental kita juga mengalami keletihan kerana permintaan meningkat secara mendadak kerana ramai yang bergelut menghadapi halangan yang tidak dijangka yang ditimbulkan oleh COVID-19.

Kebanyakan pakar psikiatri dan pakar psikologi mungkin juga menjalankan perkhidmatan persendirian mereka di kawasan bandar iaitu di Lembah Klang, perkhidmatan mereka menjadi sukar untuk diakses dan mampu dibayar oleh mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Kekurangan pakar psikiatri di Malaysia mengakibatkan kepada bilangan psikiatri kanak-kanak yang terhad. Walau bagaimanapun, ianya disebabkan oleh kekurangan minat oleh doktor sendiri semasa pemilihan kepakaran mereka. 

BANYAK PREJUDIS, TABOO DAN STIGMA TERHADAP BIDANG PSIKIATRI YANG DATANG DARIPADA AHLI KELUARGA DAN KUMPULAN PENJAGAAN KESIHATAN SECARA UMUMNYA. BUKAN MUDAH UNTUK MENCARI MEREKA YANG BENAR-BENAR BERMINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG PSIKITIARI. ADA YANG BERFIKIR BAHAWA PAKAR BEDAH BERADA DI TANGGA KERJAYA YANG UNGGUL, DAN PSIKIATRI BERADA DI ANAK TANGGA YANG TERBAWAH. ITU MERUPAKAN SATU PERSEPSI. – Professor  Phillip George, HKETUA PERUBATAN PSIKOLOGI DI UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA[12]

Sumber: The Star

Kekurangan pakar psikologi klinikal di pusat kemudahan yang dikendalikan kerajaan adalah kerana hanya kuota yang ditetapkan iaitu hanya sebanyak 15 pakar psikologi klinikal sahaja  sedangkan terdapat 45 hospital kerajaan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan psikiatri.[4]Pakar psikologi klinikal menyediakan penilaian dan rawatan di peringkat awal yang boleh membantu mengawal keadaan apabila ia datang dan mengurangkan kemeleratannya.  

Dengan hanya seorang ahli psikologi klinikal atau “pegawai psikologi” di pusat kemudahan yang dikendalikan kerajaan, terdapat banyak kes yang perlu ditangani. Selalunya mereka yang mengalami gejala teruk akan ditangani terlebih dahulu dan meninggalkan mereka yang dianggap sederhana, memanjangkan lagi rintihan dalam diam mereka untuk mendapatkan bantuan.

SAYA SECARA PERIBADI PERNAH MELIHAT PESAKIT MENGALAMI GEJALA YANG LEBIH SERIUS, YANG BOLEH DIHALANG ATAU [MENDAPAT] HASIL RAWATAN YANG LEBIH BAIK JIKA PENILAIAN, RAWATAN ATAU INTERVENSI DIBERIKAN LEBIH AWAL” -ELLISHA OTHMAN, PENGARAH SOLS HEALTH [4]

Semua pihak perlu melibatkan diri

Apa yang kita sedang hadapi, dan juga ditunjukkan oleh  angka, adalah akibat kekurangan pakar dalam semua bidang dan pada masa yang sama terdapat permintaan yang tinggi untuk pengamal penjagaan kesihatan mental seperti kaunselor sekolah, pakar psikiatri kanak-kanak dan psikologi klinikal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak atau remaja mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah kesihatan mental. Sekiranya mereka mengetahuinya sekali pun, mereka juga masih memerlukan bantuan orang lain.

Dengan ini, langkah utama untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak dan remaja adalah daripada pihak yang paling rapat dengan mereka. Ibu bapa dan guru adalah golongan yang  menghabiskan banyak masa bersama anak-anak dan remaja di sekolah dan di rumah. Adalah menjadi semakin penting bagi ibu bapa dan guru untuk berwaspada dengan perubahan secara emosi dan sosial kanak-kanak. Masalah kesihatan mental sukar untuk dikesan walaupun pada orang dewasa biasa, apatah lagi untuk mengenal pasti jika kanak-kanak atau remaja memerlukan bantuan profesional.

Sumber: SOLS Health, retrieved from Southeast Asia Global

IBU BAPA PERLU MEMPERHATIKAN CORAK TINGKAH LAKU ANAK-ANAK MEREKA. APABILA ANDA MERASAI ADA SESUATU YANG TIDAK KENA, JANGAN CUBA UNTUK MENCUNGKIL MAKLUMAT ITU DARIPADA ANAK ANDA. PERLAHAN-PERLAHAN PUJUK MEREKA UNTUK BERSUARA; SEKIRANYA TIDAK, MEREKA AKAN ENGGAN UNTUK BERCERITA TENTANG APA YANG MEREKA HADAPI.– Peggy Ho, PENDAPAT IBU TUNGGAL TERHADAP PERANAN IBU BAPA DALAM ISU KESIHATAN MENTAL[5]

TheJumlah yang perlu diingat ialah: terdapat sekurang-kurangnya 424,000 kanak-kanak dan remaja Malaysia di luar sana mengalami masalah kesihatan mental. [2]Apa yang kita tidak tahu ialah berapa ramai lagi di luar sana yang tanpa disedari menjerit meminta pertolongan di dalam bilik tidur mereka – sehingga ianya sudah terlambat. Isu kesihatan mental boleh menimpa sesiapa sahaja dan kita harus bersedia, demi diri kita sendiri dan orang yang kita sayangi.

Jika anda seorang guru atau ahli keluarga yang prihatin dengan keadaan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja di sekeliling anda, perkukuhkan diri anda dengan pengetahuan tentang isu kesihatan mental. Bantuan hanya dengan satu klik sahaja!

Artikel ini membincangkan tentang keparahan keadaan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak sekolah dan kekurangan pakar kesihatan mental yang secara menyeluruh. Di bahagian kedua, kami meneroka kesiapsiagaan kemudahan sekolah dalam menangani isu kesihatan mental selain daripada isu kekurangan pakar kesihatan mental melalui perbualan kami dengan kaunselor sekolah. Pada masa yang sama, ibu bapa akan memperoleh manfaat dalam memahami tanda-tanda yang perlu diberi perhatian apabila masalah kesihatan mental wujud dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Diterjermahkan oleh: Qistina Balqis

Sumber:

  1.  H. Hassan. (2021). Malaysia sees rise in suicides and calls to helplines amid Covid-19 pandemic. The Straits Times. Link
  2. Ministry of Health Malaysia (2019). National Health and Morbidity Survey 2019. Link
  3. P.Klass. (2021). How to Spot Depression in Young Children. The New York Times. Link
  4. L.M.Foong. (2018). Behind The Times: Malaysia’s failing mental healthcare system. SouthEast Asia Globe. Link 
  5. M.Chiew. (2011). A cry for help. The Star. Link
  6.  R. Rajaendram. (2019). More counsellors needed at schools. The Star. Link
  7. N.Daim. (2019). Education Ministry to increase counselors to help teachers, students deal with stress. New Straits Times. Link
  8. The Star. (2021). One psychiatrist for 100,000 people in Malaysia now, says Health DG. The Star. Link 
  9. Starpicks. (2017). Clinical psychologists: The future of mental health care in Malaysia. The Star. Link 
  10. S.Pillay. (2017). Suicide on the rise among Malaysian youth. New Straits Times. Link
  11.  K.Iman. (2021). The Sad Reason Why Malaysia Faces A Shortage Of Mental Health Counsellors… Again. CiliSos. Link
  12.  J. Thomas. (2021). Psychiatrists explain why their numbers are low. Free Malaysia Today. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?