Site logo

Mengapa Komputer Riba Masih Belum Sampai Kepada Pelajar B40?

Sebuah tinjauan yang dilakukan pada tahun 2020 telah mendapati bahawa terdapat kira-kira 900,000 pelajar yang tidak memiliki sebarang peranti dan tidak dapat mengikuti norma pendidikan baru yang dikenali sebagai e-pembelajaran[1]. Pelajar lain pula harus menghadiri kelas, membuat kerja rumah, dan mengambil peperiksaan dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka[2]. Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan pelajar ini perlu berkongsi satu alat peranti di antara ahli keluarga yang juga memerlukan telefon pintar[2]. Hal ini mengakibatkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran mereka dan ramai yang tidak dapat mengikuti kelas sehingga terpaksa berhenti[2].

Oleh itu, apabila belanjawan negara 2021 menjanjikan 150,000 komputer riba untuk pelajar B40 di 500 sekolah, ramai mempunyai harapan yang tinggi. Janji yang dibuat di bawah inisiatif CERDIK[3] ini telah memberi harapan kepada semua yang berdepan dengan masalah ketiadaan alat peranti. Sayangnya, sudah enam bulan telah berlalu dan tidak banyak berita mengenai pelaksanaannya, yang akhirnya menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin telah memaklumkan kepada media bahawa hanya 21,555 dari jumlah yang dijanjikan telah diedarkan pada 10 Jun 2021 dan kenyataan ini telah membuatkan ramai rakyat Malaysia langsung tidak berpuas hati[4]. Beliau menyatakan bahawa 31,558 unit lagi akan dihantar sepenuhnya pada 12 Jun dan 96,823 selebihnya akan dihantar pada akhir bulan September[4]

Device distribution status as seen on Cerdik’s website. Source: Cerdik

Walaupun terdapat kemajuan, masih banyak yang mempersoalkan mengapa pengedarannya begitu perlahan. Oleh itu, mari kita lihat apa yang berlaku di sebalik pengedaran komputer riba kepada orang ramai.

Proses Perniagaan Kepada Kerajaan

Sebelum kerajaan dapat mengedarkan komputer-komputer riba, mereka perlu memperoleh jumlah keseluruhan komputer riba tersebut. Untuk ini, mereka mesti mendapatkan sebut harga secara langsung dari syarikat komputer riba ataupun pengeluar, bertanya tentang stok yang tersedia (di gudang tempatan dan kawasan berdekatan) dan berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan stok selebihnya. Pesanan sebesar ini tidak dapat dipenuhi hanya dalam satu pesanan. Biasanya, untuk urus niaga jenis ini, mereka akan mengikuti pendekatan B2G.

B2G (Business to Government) adalah model perniagaan yang melibatkan perniagaan yang menjual produk, perkhidmatan ataupun maklumat kepada kerajaan ataupun agensi kerajaan[5]. Perniagaan iaitu pengeluar komputer riba, akan menawarkan penawaran harga, dan jangka waktu untuk memenuhi syarat kerajaan. Rundingan harga komputer riba juga memerlukan masa. Melihat anggaran 150,000 komputer riba, kosnya dianggar kira-kira RM150 juta dan kos setiap komputer riba adalah kira-kira RM1,000 (termasuk perisian dan logistik)[6]. Syarikat dengan tawaran terbaik akan dipilih untuk menjadi sebahagian daripada projek ini.

Logistik Dan Pengangkutan

Setelah perjanjian dimeterai dan kontrak ditandatangani, ianya terpulang kepada pengeluar untuk menghantar barangan tersebut. Menurut pengedar, pesanan pukal besar seperti ini tidak dihantar dalam satu penghantaran. Syarikat biasanya menghantar dalam jumlah yang lebih kecil secara berkali-kali (bergantung pada stok dan bahagian yang ada). Seorang perunding dari syarikat komputer riba memberitahu Wiki Impact bahawa penghantaran komputer riba pertama mengambil masa kira-kira 3 – 4 bulan untuk tiba, tidak termasuk cabaran logistik yang tidak dijangka. Ianya penting untuk mengingati bahawa masalah logistik bukan hanya melibatkan pengangkutan komputer riba.

Source: PPD Rompin | You Tube

Mungkin terdapat masalah penawaran dan permintaan. Pengilang komputer riba bergantung kepada pelbagai vendor untuk komponen-komponen komputer riba yang berlainan. Kekurangan yang terdapat pada mana-mana bahagian komputer riba akan melambatkan keseluruhan rantaian bekalan. 

Sebagai contoh, Taiwan iaitu pengeluar semikonduktor terbesar di dunia, kini menghadapi peningkatan kes COVID-19[7]. Dengan keadaan negara yang juga menghadapi defisit vaksin, kemungkinan besar jangkitan boleh memberi kesan kepada syarikat teknologi utama seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC)[7]. Hal ini akan menyebabkan kekurangan bekalan global cip seterusnya menyukarkan pengeluaran komputer riba[7]

Cabaran lain termasuk sekatan ‘lockdown’ yang selalu berubah-ubah di Malaysia. Oleh kerana pengedar elektronik dan gudang tidak disenaraikan di antara perkhidmatan penting, mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa[8]. Maka terdapatlah jangkaan kelewatan penghantaran, terutamanya antara negeri.

Prosedur Dan Protokol Untuk Menghantar Komputer Riba Kepada Pelajar

Oleh kerana inisiatif ini mensasarkan 500 sekolah di seluruh negara, koordinasi pengedaran komputer riba pada peringkat daerah akan melibatkan kerjasama dengan badan kerajaan daerah.

Sebagai contoh, pada bulan Mei 2021, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur, bekerjasama dengan PDRM dan JAKOA tempatan untuk mengedarkan komputer riba kepada murid-murid SK Kedaik[9]

Source: PPD Rompin | You Tube

Para pelajar yang telah terpilih untuk menerima komputer riba diperuntukkan slot waktu untuk mengambil komputer riba mereka, serta menandatangani dokumen “Aku Janji Penerimaan”[9]. Setiap komputer riba telah ditandakan dengan tepat dan maklumat pelajar didaftarkan[9]. Perkara ini dilakukan untuk memastikan bahawa pelajar yang betul mendapat komputer riba dan meminimumkan risiko komputer riba dijual semula untuk keuntungan peribadi – seperti apa yang pernah berlaku dengan komputer riba 1Malaysia[10]

Para penerima juga diberikan kad sim untuk kemudahan akses internet[9], di mana kelajuan internet diuji terlebih dahulu. Prosedur penting yang lain ialah pegawai akan mengajar pelajar dan ibu bapa ataupun penjaga mereka tentang asas-asas penggunaan komputer riba[9]. It is definitely more than just passing the laptop and going. Proses ini bukan sahaja tentang menyampaikan komputer riba kepada pelajar dan habis di situ sahaja.  

Source: Free Malaysia Today

Sebuah Perspektif Seimbang

Secara keseluruhannya, pembelajaran dalam talian merupakan salah satu daripada banyak perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Setiap industri mempunyai kesan dan implikasi tersendiri. Sementara usaha untuk mengatasi rintangan ini sedang berlangsung, hal ini memerlukan masa. Kedua-dua kumpulan kerajaan dan bukan kerajaan mempunyai tugas masing-masing untuk dipikul. 

Sebagai rakyat, kita harus meneliti janji-janji yang dilakukan pihak kerajaan. Namun, untuk memahami sesuatu masalah, ianya lebih baik untuk mengetahui secara lebih mendalam dan dengan adanya empati dan maklumat, kita akan lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak yang berkepentingan.

Intihanya, rakyat berharap bahawa anak-anak yang memerlukan akan menerima komputer riba yang dijanjikan kepada mereka dan menebus masa yang hilang dalam tahun persekolahan mereka.

Explore Our Sources:

  1.  Wiki Impact. (2020). Can the Students of Malaysia Keep Up with E – Learning. Link. 
  2. UNICEF. (2021). Families on the Edge. Issue 4: Two Steps Forward, One Step Back: The New Normal For Malaysia’s urban Poor? Link.
  3. CERDIK. (n. d). Link.
  4. CERDIK. (2021). Status Agihan Peranti Sehingga 5 Jun 2021. Link.
  5. Techopedia. (n.d). Business to Government (B2G). Link.
  6. Kementrian Kewangan. (2021). Infografik Belanjawan 2021. Link.
  7. V. Sankaran. (2021). Global computer chip shortage may worsen unless Taiwan gets vaccines. Independent. Link.
  8. A. N. Idris. (2021). Government names sectors, services that are allowed to operate under total lockdown. The Edge Market. Link.
  9. PPD Rompin MOE. (2021). MAJLIS PENYERAHAN PERANTI INISIATIF CERDIK DI SK KEDAIK. Youtube. Link. 
  10. MStar. (2010). SKMM Siasat Penjualan Haram Notebook 1Malaysia. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?