Diterjemahkan daripada versi BI oleh Maisarah M.
Sekiranya anda penduduk bandar yang tinggal di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, anda pasti akan kenal nama Kechara Soup Kitchen (KSK), NGO yang terkenal kerana memberi bantuan makanan kepada golongan kurang senang. Semuanya bermula pada tahun 2006, apabila sekumpulan pelajar terharu untuk memberi bantuan makan kepada golongan kurang senang di jalanan di Kuala Lumpur. Mereka meluangkan malam Sabtu mereka dengan menyediakan makanan dan mengedarkannya kepada para gelandangan di Bukit Bintang.
Ideanya tidak revolusioner atau megah, tapi sekadar jujur dan ikhlas. Dua puluh bungkus makanan kepada para gelandangan yang pada waktu itu terpaksa mengharungi beberapa hari tanpa makanan. Sebilangan besar daripada kita akan mengalami rasa lapar, tetapi bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dan tanpa wang tunai – rasa sakit kelaparan itu berpanjangan, diabaikan atau digantikan dengan tidur.
Perbuatan baik hati ini mula tersebar. Lebih ramai rakan dan orang asing ingin membantu. Semakin masa berlalu, usaha pun semakin meningkat dan lebih banyak jumlah bungkusan makanan diedarkan. Pada masa ini, KSK mempunyai tiga pejabat utama di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
BANTUAN MAKANAN KEPADA GOLONGAN KURANG SENANG TIDAK MEMADAI
Sebilangan besar program pengagihan makanan tetap kekal sebagai program pengagihan makanan selama bertahun-tahun. Walaupun ini adalah usaha yang diperlukan dan penyelesaian jangka pendek untuk meminimumkan masalah kelaparan, ia tidak memberikan penyelesaian untuk membantu golongan kurang senang daripada melepaskan diri dari garis kemiskinan atau “poverty trap”.
Saban tahun, sukarelawan KSK tanpa lelah mengetuk pintu, mengagihkan makanan dan bersahabat dengan golongan kurang senang. Mereka meluangkan masa mereka untuk mengenali kisah kehidupan mereka seperti tentang keluarga mereka, bagaimana golongan ini berakhir menjadi susah dan apa yang mereka perlukan selain bantuan makanan. KSK berazam untuk membantu golongan ini bangkit semula dan memulakan kehidupan baru yang lebih baik dan senang.
Pada tahun 2012, mereka membuat program bank makanan untuk mengagihkan peruntukan makanan kering bulanan kepada keluarga kurang senang. Mereka berharap wang yang dapat dijimatkan oleh keluarga ini dari kos makanan dapat disalurkan kepada urusan yang lebih penting seperti pendidikan untuk anak-anak mereka. Sehingga kini, program ini telah diperluas untuk keluarga ‘berisiko’ untuk membantu mengurangkan risiko mereka jatuh ke dalam kemiskinan.
BUKAN SEKADAR MAKANAN
Pada tahun 2017, profil KSK mendapati bahawa kebanyakan golongan kurang senang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan. Sebilangan besar daripada mereka adalah ibu tunggal, suri rumah dan mereka yang mempunyai tanggungjawab di rumah yang tidak membenarkan mereka tinggal rumah. KSK sekali lagi melihat peluang selain daripada peruntukan makanan. Mereka mula mengajar wanita-wanita tersebut kemahiran yang berpotensi menjana pendapatan mereka. Kemahiran yang dikira sebagai kebiasaan bagi wanita seperti menjahit dan membuat kuih muih.
KAJIAN MENDALAM TENTANG GOLONGAN KURANG SENANG / PERHATIAN TERPERINCI TENTANG GOLONGAN KURANG SENANG
Menurut penemuan KSK tahun 2011, terdapat kira-kira 2000 orang kehilangan tempat tinggal yang tinggal di jalan-jalan di Malaysia (termasuk mereka yang berada di bandar-bandar kecil dan pinggiran bandar). Jumlah ini berubah-ubah setiap hari kerana para gelandangan diketahui bergerak. Kita tahu bahawa kelaparan masih menjadi masalah di Malaysia. [1]
Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa 3% rakyat Malaysia kelaparan setiap hari. [2] Anggaran ini adalah sebanyak 900,000 orang.
KSK memberikan gambaran mengenai 9000 orang yang ada dalam senarai jagaan mereka.
“80% daripada mereka hidup dalam kemiskinan. Sebilangan besar daripada mereka tidak berpeluang untuk mendapatkan didikan yang baik dan telah mengakibatkan jumlah kes pelajar tercicir daripada sekolahsemakin meningkat. Lebih daripada 50% belia di isi rumah tidak dapat menyertai sekolah menengah. Hasil daripada faktor-faktor ini, mereka tidak dapat melepaskan diri daripada lingkaran kemiskinan. Mereka memerlukan bantuan untuk melepaskan diri daripada kemiskinan”
Justin Cheah, Director of Operations, Kechara Soup Kitchen
HARAPAN TIDAK TERPUTUS
Keperluannya tidak pernah berakhir, tetapi KSK telah memenuhi kepuasan untuk melihat keluarga berubah. Anak-anak kembali ke sekolah dan wanita memperoleh pendapatan untuk menyara keluarga mereka. Hasilnya telah mengambil bertahun-tahun untuk dilihatkan.
Ketika pertama kali turun ke jalanan pada tahun 2006, mereka menemui lebih dari 1300 orang yang lapar di jalan-jalan Kuala Lumpur. Dengan komitmen bertahun-tahun, dan pasukan petugas tanpa henti berusaha untuk membantu, jumlah ini kini menurun kepada 500-600 orang.
MEMENUHI KEPERLUAN GOLONGAN YANG TERJEJAS OLEH PANDEMIK
Tidak kebal terhadap masalah wabak tersebut, KSK menghadapi beberapa cabaran akibat sekatan yang berlaku dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kekurangan penajaan sementara. Jumlah sukarelawan juga mengalami penurunan kerana orang ramai lebih berhati-hati untuk keluar dari rumah.
Walaupun terdapat rintangan yang perlu dilalui, KSK telah meneruskan program pengedaran makanan mereka dan menginovasikan aliran pengedaran mereka untuk memastikan bahawa sukarelawan mereka selamat semasa memenuhi keperluan golongan kurang senang. Lima ratus keluarga di Lembah Klang menjadi penerima bank makanan atau “food bank” KSK setiap bulan. Usaha serupa ini juga dijalankan di Pulau Pinang dan Johor juga.
MENGHAPUSKAN MASALAH KELAPARAN
Walaupun KSK bermula dengan usaha yang sederhana dan ikhlas, mereka berkembang dalam visi mereka untuk melihat masalah kelaparan dihapuskan di Malaysia. Tujuan utama mereka adalah untuk membentuk Jaringan Bank Makanan Nasional dengan wakil di setiap negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Usaha mereka untuk menguasakan keluarga miskin dan ‘berisiko’ akan berterusan kerana mereka percaya pada peribahasa lama,
“Beri seseorang seekor ikan dia akan makan untuk sehari, ajar seseorang memancing ikan dia akan makan untuk seumur hidup.”
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Kechara Soup Kitchen berharap agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap golongan kurang senang, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Mereka mengalu-alukan lebih banyak bantuan untuk menolong mereka dalam usaha untuk menhapuskan masalah kelaparan, dan apa jua sumber daya tidak akan ditolak.
Seperti yang kita dapati daripada asal usul KSK yang rendah hati, membuat perbezaan tidak perlu bermula sebagai idea yang menakjubkan, tetapi harus bermula daripada hati yang ikhlas. Ini mungkin sesuatu idea yang ringkas seperti mengadakan perjumpaan bersama beberapa rakan pada Sabtu malam untuk menyediakan makanan untuk diberikan kepada orang miskin.
Hubungi Kechara Soup Kitchen dan ikuti mereka di Instagram @kecharasoupkitchensociety. Anda juga dapat mencari organisasi luar biasa lain yang membantu mengurangkan kemiskinan di Peta Changemakers kami.
Hubungi kami untuk memperbaiki senarai ini!