Site logo

Melakukan Lebih Dari Pemberian Bantuan

Kita tidak boleh membasmi kemiskinan dengan memberi wang kepada orang miskin. Ini tidak akan menjadikan mereka kaya. Sebaliknya, selama mereka menerima bantuan, mereka akan tetap miskin…

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri

Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di negara ini, terdapat juga perdebatan yang berterusan mengenai kaedah yang “betul” untuk melaksanakannya. Adakah lebih baik memberi masyarakat lebih kepada “kebendaan” (handouts) atau “pemerkasaan” (hand-ups)?

Oleh yang demikian, konsep kemiskinan sangat kompleks dan tidak dapat ditelusuri hanya dengan satu punca, namun, penyelesaian ini tidak dapat dijelaskan dengan hanya satu jawapan yang mudah. Setiap kemiskinan mempunyai intervensi yang berbeza untuk membawa perubahan dalam jangka masa yang pendek dan panjang.

Penyelesaian pantas: “KEBENDAAN” (HANDOUTS)

Perubahan mendadak dalam ketidakstabilan kewangan seseorang akan lebih cenderung kepada permasalahan.. Contohnya, dipecat dari kerja; kematian ketua isi rumah; berlakunya bencana alam atau pelaksanaan perintah berkurung boleh menyebabkan kekangan kewangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Kebiasaanya, keadaan ini tidak dapat dielakkan dan ianya di luar kawalan seseorang itu. Namun begitu,syukur di sebalik permulaan yang mengejutkan apabila seseorang perlu menyesuaikan perbelanjaan untuk sementara waktu, kebanyakan senario ini hanya bersifat sementara atau seharusnya dijadikan sebagai pengukur kemampuan untuk mengatasi masalah ini.

Pada masa genting ini, masyarakatmemerlukan pertolongan segera dandisini bermulanya, kerajaan tempatan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil peluang ini untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.Bantuan kepada masyarakat bolehdiberikan dalam bentuk wang tunai, makanan, pakaian dan keperluan asas. Keadaan ini berlaku tanpa syarat dan kebanyakan bantuanhanya berlaku pada satu masa atau jangka masa yang pendek.

Low income families. Sumber: Charity Right Malaysia

Contohnya, ketiika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dilaksanakan pada bulan Mac 2020 yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan pembayaran tunai untuk kumpulan B40 dan M40 bagi mengurangkan masalah  kewangan ketika PKP

Bantuan kewangan berdasarkan pendapatan adalah seperti berikut:

BPN 1.0 based on income size and family group. Source: irujukan

Bantuan kewangan ini hanya berjumlah RM10 bilion[1].

Pada masa yang sama, pelbagai NGO telah mengambil tanggungjawab untuk memberi makan kepada mereka yang memerlukan, menyumbang pakaian, membantu pembelajaran secara atas talian dan memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya. Ini bukan perkara buruk! Kebanyakan daripada kita memuji tindakan amal jariah seperti menderma kepada orang miskin, memasak untuk golongan gelandangan dan rakyat Malaysia juga amat menghargai bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

Walaupun bantuan tersebut dianggap sebagai bantuan yang baik, namun begitu, pertolongan ini tidak dapat membantu semua orang dalam jangka panjang. Malahan, terdapat beberapa kes yang melampau boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penerima biasa.

Malaysians queuing up for cash handouts. Sumber: Malaysiakini

Misalnya, pengajaran boleh diambil ketika berlakunya pandermik ini.Kesannya, ramai yang masih menganggur.Kebanyakan pekerjaan yang dikekalkan terpaksa menghadapi pemotongan gaji yang besar. Terdapat juga perniagaan yang masih ditutup. Tambahan pula, bayaran satu kali kurang dari RM2,000 bagi setiap isi rumah tidak dapat menyelesaikan masalah kecuali dibayar dengan kerap,namun, pihak kerajaan tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pembiayaan ini.

Sudah terlalu lama, kelemahan pada awalnya telah dimulakan dengan menganggap bahawa kerja amal mampu membantu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan,

-Josie Fernandez, wakil khas Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS) [2]

Pada penghujung hari, penyelesaian jangka pendek umpama seperti meletakkan plaster untuk merawat luka kemiskinan. Seeloknya, bantuan jangka panjang diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini.

Rawatan Jangka Panjang: Pemerkasaan (“Hand-ups”)

Pertolongan adalah baik dapat:

  1. Mengurangkan masalah kegawatan ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah berpendapatan rendah, buat sementara waktu
  2. Memperoleh sokongan orang ramai.
  3. Membantu untuk menstabilkan sesebuah kerajaan yang baharu[3]

Masalah kemiskinan masih wujud dan meluas. Dari semasa ke semasa, kurang penekanan terhadap kebajikan kebendaan (handouts) sebagai kaedah untuk membasmi kemiskinan kecuali golongan miskin tegar yang tidak dapat mencari pekerjaan, seperti golongan tua dan orang kurang upaya[4]

Bagi penyelesaiaan jangka pendek, bantuan tersebut amat diperlukan untuk membantu masyarakat bertahan dalam masa yang sama.Namun begitu, ia hanyalah bersifat sementara dan berjangka pendek. Bagi mencapai kestabilan tersebut, jalan penyelesaian untuk jangka masa yang panjang harus segera dilaksanakan,atau masyarakat akan menderita kelak.

Food Aid for those in need. Source: Optionstheedge

Untuk membasmi kemiskinan dalam jangka panjang, pelbagai strategi perlu dipertimbangkan bagi semua lapisan masyarakat. Kemudahan pendidikan, pemantauan makanan, tempat tinggal yang selamat, meningkatkan peluang pekerjaan dan kenaikan gaji minimum merupakan faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Sebahagian besarnya adalah tanggungjawab pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun,masyarakat mestlah sanggup untuk belajar dan menjalankan tugasnya.

Tidak seperti bantuan kebendaan (handouts) yang datang tanpa terma dan syarat, pemerkasaan (“hand-ups”) memerlukan banyak usaha untuk para penerima. Walaupun terdapatbanyak perniagaan baru yang ditubuhkan dan ribuan pekerjaan dalam bidang industri, tidak ada gunanya jika demografi “miskin” pada masa kini tidak memenuhi syarat untuk melaksanakannya. 

Walau bagaimanapun,masyarakat mestlah sanggup untuk belajar dan menjalankan tugasnya.

Tidak seperti bantuan kebendaan (handouts) yang datang tanpa terma dan syarat, pemerkasaan (“hand-ups”) memerlukan banyak usaha untuk para penerima. Walaupun terdapatbanyak perniagaan baru yang ditubuhkan dan ribuan pekerjaan dalam bidang industri, tidak ada gunanya jika demografi “miskin” pada masa kini tidak memenuhi syarat untuk melaksanakannya. 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Randstad, 89% responden Malaysia bersetuju bahawa mereka memerlukan kemahiran baru untuk bekerja dalam persekitaran digital[5]. Dunia pekerjaan baharu memerlukan kemahiran sebelum dijanjikan kestabilan pekerjaan.

Source: Malaysiakini

Menurut Bank Dunia, “kekurangan kemahiran akan meneruskan kemiskinan dan ketidaksamaan. Pemerkasaan kemahiran dapat mengurangkan pengangguran, meningkatkan pendapatan, dan meningkatkan taraf hidup.Hal ini turut membantu anak muda mengembangkan kemahiran mereka selaras dengan ekonomi terkini.[6]

Mereka yang berada dalam kemiskinan harus mempunyai dorongan untuk keluar dari kemiskinan, atau setidaknya tidak meneruskannya. Ibu bapa dari keluarga berpendapatan rendah perlu menekankan pentingnya pendidikan asas dan kemahiran insaniah untuk anak-anak mereka. Pada tahun 2018, kadar kemerosotan Malaysia untuk sekolah rendah dan menengah adalah 0.15% dan 1.21%[7]. Walaupun jumlah ini semakin menurun dari tahun ke tahun, sekitar 85% yang mengalami kemerosotan sekolah berasal dari keluarga berpendapatan rendah dari negeri-negeri yang kurang kemajuan di Malaysia[8]. Tidak dapat dinafikan lagi, perhatian yang besar perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah mengenai pentingnya pendidikan dan merebut peluang yang ada untuk mencapai kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

Pendaftaran sekolah adalah suatu kewajipan pada zaman ini, kerana hakikatnya, rakyat Malaysia diwajibkan secara sah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah bagi tahun 1 – 6. Bagi mereka yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran, terdapat beberapa program kemahiran (upskill) dimana pihak kerajaan telah membiayai termasuklah program yang dilaksanakan secara talian. 

MDEC upskilling program. Source: Digital News Asia

Titik penting dalam intervensi pemerkasaan (“hand-ups”) adalah penegasan bahawa semua manusia mempunyai hak untuk memilih masa depan mereka inginkan, mereka juga bernilai, berhak dan mempunyai maruah. Mereka harus diberi peluang yang sama untuk berjaya atau gagal.

Bak kata pepatah Melayu

“Memberi pancing adalah lebih baik daripada memberi ikannya.”

Pada penghujung hari, kedua-dua pemberian berbentuk kebendaan atau kemahiran (handouts dan hand-ups) adalah diperlukan bagi membasmi kemiskinan. Sementara menunggu hasil jangka panjang seperti kemahiran (hand-ups), mereka yang mengalami kemiskinan pada masa ini amat memerlukan kaedah untuk mendapatkannya. Oleh itu, penyampaian kebendaan (handouts) masih diperlukan.

*Nota khas: Campur tangan secara intervensi bagi keluarga yang berpendapatan rendah adalah jauh dan meluas. Kami berharap dapat meneroka dan memaparkan lebih banyak perkara pada masa hadapan. Kami memahami bahawa kemiskinan adalah masalah yang kompleks dan tidak ada kaedah penyelesaian yang sesuai untuk semua orang. Portfolio bagi instrumen dan program membasmi kemiskinan mestilah dilihat sebagai menyeluruh dari pelbagai aspek, lestari dan konsisten dalam menyokong mereka yang hidup dalam kitaran kemiskinan ini.

Rujukan: 

  1.  A. Aziz. (2020). Covid-19 stimulus package: One-off cash payout totalling RM10b for M40 and B40. The Edge Market Link. 
  2. L. C. Ying. (2014). Poverty: Hope Beyond Handouts. The Star. Link. 
  3. B. K. K. Kwong. (2013). A Comparative Analysis of the Cash Handout Policy of Hong Kong and Macau, in Journal of Current Chinese Affairs. Link. 
  4. UNDP. (2005). Strengthening Capacity in Policy Formulation Monitoring and Evaluation for Poverty Eradication. Malaysia.  Link. 
  5. Kam, P. (2021). Adapting to the new job market with training and development in Malaysia. Learn Tech Asia. Link. 
  6. World Bank. (2017). Skills Development. Link.
  7. Ministry of Education Malaysia. (2018). Malaysia Education Blueprint 2013-2025. Link.
  8. Millennium Development Goals for Malaysia. Link

Diterjermah oleh: Nursahira Sahiba. Versi BI di sini

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?