Kita sebagai rakyat Malaysia suka teh tarik kita. Tetapi tidak apabila ia dikeluarkan dari kepala paip.
Namun, ia berlaku di Kelantan mana rakyat bersuara tentang air yang berlumpur dan berwarna seperti teh-tarik mengalir keluar dari paip di rumah mereka.
Memburukkan lagi keadaan, di kalangan ramai yang terdedah kepada air yang tercemar ini menderita dengan penyakit kulit.
Apa yang sedang berlaku di Kelantan sekarang?
Teh Tarik Yang Tiada Sesiapa Suka
Bertahun-tahun, jika tidak berdekad-dekad, rakyat Kelantan telahpun mengeluh tentang kualiti air yang rendah di negeri tersebut. Malah, menurut bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man, hanya 71.7% daripada 1.7 juta penduduk yang menetap di Kelantan mempunyai akses kepada bekalan air yang bersih[1].
Bulan September 2022 menyaksikan masalah ini mencapai kemuncaknya apabila rakyat Kelantan mendapati paip-paip mengalir dengan air berwarna perang, seperti air kegemaran Malaysia. Lebih teruk lagi, penduduk yang didedahkan kepada air yang tercemar ini menghidap penyakit kulit, dan pendedahan selanjutnya akan membawa kepada penularan penyakit bawaan air berjangkit seperti taun, cirit-birit, disentri, hepatitis A, kepialu, dan polio[2].
Kecewa dengan sikap tidak peduli pihak berkuasa tempatan terhadap isu ini, ramai rakyat Kelantan telah menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk menyuarakan aduan dan kegelisahan mereka tentang bekalan air yang tercemar[2].
‘’Tengoklah kopi latte cirito ini…aliran percuma dan ditambah dengan lendir…. ‘’ , pengguna Twitter
Hafiz D. menyindir.
Pengguna Twitter lain @Veiledcaramel mengeluh tentang ‘Kopi Kaw Extra’ yang berada di dalam tab mandinya.
Serta Pak Ngah terdapat kejutan yang teruk ketika menyediakan makanan, “Insyaallah dia dah janji 30 tahun lagi. Boleh lah pakoh PAH semular PRU depey ni”.
OH! Media juga telah mendedahkan masalah membasuh pakaian dengan air yang kotor ini.
Ramai penduduk di Kelantan juga mulai bergantung kepada mesin yang menjual air untuk bekalan mereka. Mesin-mesin ini biasanya terletak agak jauh dari rumah kebanyakan mereka, yang menjadi masalah bagi yang warga emas dan berkurang upaya yang mungkin tiada kekuatan untuk berjalan dalam jarak yang jauh.
Menurut sesetengah pengguna, air yang didapati dari mesin air itu hanya bertahan untuk sehari sahaja. Pengguna lain mempunyai keraguan tentang kualiti air yang disediakan oleh mesin-mesin ini, dengan ramai yang memilih untuk membayar tambahan untuk sebotol air mineral[2].
Lebih memburukkan keadaan, pihak berkuasa telah merampas beberapa mesin layan diri ini kerana ianya tidak berlesen.
Sumber Masalah Ini
Apa yang kami mahu tahu adalah, mengapa rakyat Kelantan belum mendapat bekalan air? Ini yang kami mahu siasat, Rakyat Kelantan sepatutnya diberikan penjelasan.– Datuk Husam Musa, pengerusi Save Kelantan[3]
Walaupun rakyat Kelantan cepat dalam meletakkan menyalahkan pihak berkuasa dan ketidakcekapan mereka, kebenarannya jauh lebih rumit.
Kebanyakan masalah bekalan air di negeri tersebut boleh dirujuk kepada sistem yang ketinggalan zaman dan kurang memuaskan, bergantung kepada sumber air bawah tanah. Dianggarkan 4,006 km paip perlu diganti. Oleh kerana paip-paip lama ini, 52% daripada air paip gagal sampai kepada para pengguna[4].
Loji rawatan air negeri itu juga gagal beroperasi pada kapasiti penuh, hanya menghasilkan 458 juta liter sehari, berbanding 512 juta liter sehari yang diperlukan[4]. Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan bahawa 15 daripada 36 loji rawatan tersebut di Kelantan tidak beroperasi pada kapasiti penuh.
Apabila loji rawatan air tersebut telah dibina, bekalan tidak dapat sampai ke orang ramai. Itu yang terjadi di kampung Teluk. Selepas suntikan berjumlah RM4.82 juta, loji itu sepatutnya menghasilkan 32 juta liter air sehari. Tetapi hari ini ia cuma dapat mengeluarkan 10 juta liter air sehari . – Datuk Husam Musa, pengerusi Save Kelantan[3]
Pencemaran sumber air juga merupakan punca lain disebalik gangguan bekalan air di Kelantan
Pada awal Februari 2022i, bekalan air di Kota Bharu telah dicemari oleh penerobosan air masin ke Sungai Pengkalan Datu. Air payau menyebabkan gangguan bekalan air di loji rawatan air (LRA) Chicha[5].
Tindakan Yang Sedang Diambil
Menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan telah menjadi suatu tugasan yang berterusan untuk pihak berkuasa negeri itu. Dan sama seperti puncanya, penyelesaiannya seringkali memerlukan pertimbangan dari segenap aspek.
Sementara menggantikan paip adalah jelas, ia juga agak rumit daripada apa yang terlihat. Kerajaan negeri mungkin hanya dapat menggantikannya sehingga had yang dibenarkan oleh Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi tempoh 2021-2023, kerajaan negeri itu hanya boleh menggantikan sehingga ke paip 343km, amat kecil dibandingkan 4,006km paip lama yang perlu diganti[4].
Penyelesaian lain adalah pembinaan loji rawatan air tambahan untuk meningkatkan produktiviti dan kapasiti air yang dihasilkan. Lima loji rawatan air mini sedang di bina, dengan PAAB memperuntukkan sekitar RM471 juta untuk membangunkan 10 lagi loji rawatan air baharu di Kelantan. 10 loji rawatan air baharu ini dijangka akan menghasilkan 150 juta liter bekalan air sehari dan dijangka siap secara berperingkat antara 2024-2026[4].
Untuk penyelesaian jangka panjang, Putrajaya berhasrat untuk memanfaatkan sumber air di permukaan Kelantan yang melimpah ruah sebagai satu alternatif kepada sumber air bawah tanah semasa.
Tetapi di sebalik krisis air yang berterusan, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah telah menyatakan bahawa masalahnya bukan kekurangan air, tetapi kekurangan tempat untuk menyimpan air[6].
Air di sini melebihi keperluan kami. Kami mempunyainya di bawah tanah, di sungai, air hujan, semuanya berlebihan. Tetapi kami tidak boleh menyimpannya, kami tidak mempunyai tempat yang sesuai. – Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan MB Kelantan[6]
Kementerian Alam Sekitar dan Air telah mencari jalan untuk memperbetulkan kekurangan kapasiti storan air di Kelantan melalui pembangunan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), takungan air terbesar negeri itu, di Machang. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berharap bahawa takungan ini dapat mengatasi isu bekalan air negeri tersebut[7].
Dengan TAPS serta loji-loji yang wujud dan juga yang akan dibina pada masa depan, Insyaallah, masalah air di Kelantan akan selesai. – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air[7]
Hanya masa akan menentukan sama ada projek ini serta projek-projek lain akhirnya akan menangani masalah air di Kelantan.
Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri
Explore our sources:
- N. Chung (2021) Only 71% of Kelantan folk have access to clean water, says minister. FMT. Link.
- F. Fong (2022) Kelantan Folks Get Skin Diseases From Dirty Water Supply, Anger Boils Over On Social Media. MSN. Link.
- A. Yeong (2022) Husam tells PAS-led Kelantan to resolve state water woes instead of passing buck to Putrajaya. Malaymail. Link.
- M.N. Zulkifli (2022) Water supply in Kelantan: Important facts and numbers. Harakahdaily. Link.
- Bernama (2022) Air Kelantan: Brackish tap water due to saltwater intrusion. The Star. Link.
- H. Hassan (2022) Kelantan’s Dept MB Claims That The State Has a Lot of Water, But Nowhere to Store it. World of Buzz. Link.
- Bernama (2022) RM1.3bil water reservoir project will resolve Kelantan water woes, says Tuan Ibrahim. The Star. Link.