Site logo

Mampukah Vaksin Untuk Kawasan Pedalaman Tiba Tepat Pada Masanya?

Semua orang sedang menunggu-nunggukan hari apabila mereka menerima vaksin COVID-19. Sehingga April 4, 2021, sebanyak 801,773 dos suntikan vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia[1]. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan pemberian suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia akan tertangguh buat sementara waktu. Hal ini tidak disebabkan oleh ketidakpercayaan terhadap vaksin tersebut tetapi kerana sebilangan rakyat Malaysia tinggal jauh di pedalaman.

Distance Is A Real Issue

Walaupun akses kesihatan sejagat negara Malaysia adalah sesuatu yang dikagumi, 6.5% daripada populasi negara tinggal lebih 5km dari pusat kesihatan yang berdekatan[2]. Angka ini jauh lebih tinggi di negeri Sabah dan Sarawak kerana satu pertiga daripada populasinya tinggal di kawasan pedalam yang mempunyai bentuk muka bumi yang tidak rata[3].

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 mendapati bahawa perjalanan ke hospital untuk penduduk kawasan pedalaman mengambil masa 30.65 minit secara purata berbanding dengan 16.71 minit untuk penduduk kawasan bandar[4].

Sumber: The Star

Faktor-faktor seperti keadaan jalan, pengangkutan dan cuaca menentukan samada mereka akan ke hospital ataupun tidak. Sekiranya berlaku kecemasaan, hal ini akan menjadi penentu hidup dan mati. Perkara ini juga bermaksud pesakit, pakar perubatan dan juga alat-alat perubatan akan memakan lebih masa untuk sampai ke pusat perubatan yang berdekatan kawasan pedalaman.

Kekurangan Staf Perubatan

Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam hal pengedaran vaksin ini ialah kekurangan pakar perubatan di negeri Sabah dan Sarawak.

Negeri-negeri tersebut mempunyai nisbah doktor-kepada-pesakit yang amat tinggi (1:1357 dan 1:957 untuk negeri masing-masing) berbanding 1:633 untuk seluruh Malaysia[5].

Hospital-hospital di Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman sudah semestinya akan mengalami lebih banyak kesulitan dengan sumber tenaga kerja yang tidak mencukupi.

Sumber: The Sun Daily

Lebih Kompleks Berbanding Pengagihan Vaksin Polio

Sewaktu berlakunya wabak polio di Sabah yang telah menjangkiti seramai empat orang kanak-kanak, kerajaan Malaysia hanya mengambil masa yang singkat untuk menghantar staf perubatan ke Sabah untuk memulakan semula kempen imunisasi[6].

Sumber: Code Blue

Pusat suntikan vaksin, kawasan pandu-lalu, kempen imunisasi di sekolah serta lawatan rumah ke rumah telah diadakan sewaktu kempen imunisasi polio ini. Di Sabah, mereka juga menggerakkan “The Flying Doctor Service” untuk memastikan penduduk kawasan-kawasan pedalaman tidak ketinggalan dalam menerima suntikan vaksin[7].

…pekerja barisan hadapan menjadikannya misi mereka untuk memastikan setiap kanak-kanak menerima vaksin polio. Mereka sanggup mendaki gunung, meredah lautan dan memandu melalui jalan berbonggol untuk menghentikan penularan wabak polio di Malaysia,” kata Dr Lo Ying-Ru Jacqueline, Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura[7].

Sehingga Oktober 2020, kempen vaksin polio (bOPV) dos pertama dan kedua masing-masing berjaya mencapai liputan sebanyak 98% dan 96%. [7]

Jikalau para pakar perubatan boleh melakukannya untuk polio, kenapa tidak untuk wabak COVID-19?

Syarat Penyimpanan yang Ekstrem

Vaksin COVID-19 mempunyai tahap pemeliharaan yang amat tinggi dan tidak akan bertahan lama sekiranya disimpan di dalam kondisi yang tidak mencapai tahap memuaskan.

Buat masa sekarang, vaksin yang sedang diagihkan ke seluruh Malaysia adalah berjenama Pfizer BioNTech, Moderna and Sinovac. Walaupun beribu-ribu penduduk Sabah dan Sarawak telah menerima suntikan vaksin pertama dan kedua mereka, logistik untuk menghantar vaksin tersebut bukan sesuatu kerja yang mudah.
Penghantaran vaksin tersebut memerlukan rantaian sejuk yang berterusan. Sekiranya keperluan ini tidak dilaksanakan maka kecekapan vaksin ini akan terkesan.

Sumber: Nikkei Asia

Dalam sebuah webinar yang membincangkan tentang logistik vaksin Pfizer-BioNTech, Presiden Alvin Chua, (Federation of Malaysian Freight Forwarders (FMFF)) telah menyatakan bahawa vaksin Pfizer dan Moderna tidak sesuai untuk dibawa ke Sabah dan Sarawak[8].

Terdapat sejumlah lima buah gudang untuk penyimpanan vaksin di seluruh Malaysia. Di dalam gudang-gudang tersebut, vaksin akan melalui proses pembungkusan semula dan dihantar ke hospital dan klinik-klinik yang terlibat di setiap negeri. Sepanjang perjalanan ini, vaksin tersebut harus disimpan dalam kondisi suhu sub-sifar. Namun begitu, kondisi ini amat susah untuk dikekalkan apabila penghantaran dilakukan ke kawasan-kawasan pedalaman.[8].

Sebagai contoh, terdapat 75 klinik terpencil di Sarawak yang hanya boleh diakses melalui jalan sungai dan langsung tiada jalan daratan yang boleh diambil. Logistik ke klinik-klinik ini akan menjadi suatu cabaran.

…penghantaran darat ke kawasan-kawasan terpencil dari Kuching ke Kota Kinabalu akan memakan masa hampir 12 jam…pertukaran iklim, kondisi jalan, banjir ataupun keadaan cuaca akan mempengaruhi proses penghantaran darat.” – Ts Hj. Ramli Bin Amir, president of The Chartered Institute of Logistics & Transport (Malaysia).

Untuk mengatasi masalah ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa penduduk kawasan pedalaman berkemungkinan besar akan menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca. Vaksin ini boleh diagihkan menggunakan logistik yang sedia ada dan boleh disimpan di dalam peti sejuk biasa. Namun demikian, vaksin ini hanya akan diagihkan pada suku tahun kedua 2021 yang bermaksud akan terdapat penangguhan dalam penghantaran vaksin[3].

Sumber: Nikkei Asia

Kesimpulannya, usaha-usaha pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap COVID-19 akan mengambil masa yang lama, terutamanya untuk penduduk kawasan pedalaman. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan bentuk muka bumi yang tidak rata serta infrastruktur yang kurang efisien akan menyulitkan lagi usaha pengagihan vaksin. Bukan sahaja masa yang diambli untuk menghantar staf dan alat perubatan serta pesakit akan mengambil masa yang lebih panjang tetapi hospital-hospital di sini juga tidak mempunyai fasiliti penstoran sejuk yang diperlukan untuk menyimpan vaksin.

Malaysia menjangkakan hampir 27 juta rakyatnya akan divaksin menjelang March 2022. Untuk memastikan pelan tersebut dilaksanakan, EMIR Research telah menyediakan beberapa buah cadangan[3].

  1. Memastikan staf perubatan yang baru diambil bekerja dihantar juga ke kawasan Sabah dan Sarawak.
  2. Memastikan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat agar usaha penghantaran dapat dilakukan.
  3. Pembiayaan “Flying Doctor Services” agar dapat vaksin dapat disampaikan ke kawasan-kawasan pedalaman dengan lebih cepat.

Kami berharap semua rakyat Malaysia, luar bandar atau bandar diberi peluang yang saksama untuk menerima vaksinasi mereka tepat pada waktunya.

Rujukan:

  1. JKJAVMY. (2021). Daily Report Vaccine Doses Administered by State, 4 April 2021. Link.
  2.  Khazanah Research Institute. (2020). SOCIAL INEQUALITIES AND HEALTH IN MALAYSIA THE STATE OF HOUSEHOLDS 2020 PART III. Link.
  3. A. Yeo. (2021). Vaccination Challenges In Rural Sabah & Sarawak. Emir Research. Link.
  4. Ministry of Health. (2012). National Health And Morbidity Survey 2011 Volume III Healthcare Demand and Out-of-Pocket Health Expenditure. Link.
  5. Bahardin, A. (2016). Suturing the gap – the urban-rural health dilemma. Malaysiakini. Link.
  6. V. Pillai & A. Thanaraju. (2020). Fourth Polio Case Hits Malaysia, Unvaccinated Foreign Sandakan Boy. Code Blue. Link.
  7. WHO. (2020). Going the extra mile to protect children against polio during the pandemic. Link.
  8. K. Batumalai. (2021). Last-Mile Covid Vaccine Delivery Far From Perfect In Sabah, Sarawak. Code Blue. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?