Site logo

Makanan yang Diproses, Kemiskinan dan Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Pilihan Makanan Murah

Gurun makanan merupakan sebuah kawasan dimana orang ramai mempunyai akses yang terhad kepada makanan yang berkhasiat dan berpatutan, selalunya kerana berpendapatan rendah ataupun perlu berjalan lebih jauh untuk mendapatkan pilihan makanan berkhasiat[1]. Selalunya, ianya akan menyebabkan kepada orang ramai memilih  jalan keluar yang melibatkan makanan diproses oleh kerana ketersediaan ataupun harga yang murah, diet tersebut akan membawa kepada masalah kesihatan di kemudian hari. 

Dan malangnya bagi  golongan bawahan 40% Malaysia (B40, dikategorikan sebagai isi rumah yang berpendapatan di  bawah RM4,849)[2], kebanyakan mereka hidup dalam pertengahan situasi-situasi seperti itu.

Golongan miskin dikategorikan sebagai mereka yang berpendapatan RM2,208, jadi bolehkah anda bayangkan menetap di Kuala Lumpur dengan harga-harga yang tinggi bagi makanan dan kenderaan? – Datuk Dr Madeline Berma, Akademi Sains Malaysia[3]

Malah, menurut Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), di  Wilayah-Wilayah Persekutuan, lebih kurang 6,100 isi rumah yang dikenal pasti  sebagai miskin (berpendapatan kurang daripada RM2,208 sebulan), dan, 4,500 adalah amat miskin (hardcore poor)  (berpendapatan kurang daripada RM1,169 sebulan)[4]. Semua bergelut dalam mengimbangi perbelanjaan mereka untuk membeli barang keperluan untuk bertahan.Dengan kos sara hidup dan inflasi yang meningkat, ini merupakan sebuah perjuangan yang semakin teruk.

Kita akan menumpu kepada mengapa isi rumah B40 kadangkala perlu mengorbankan pemakanan mereka dan bagaimana pengorbanan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan pada masa depan.

Kenaikan Kos Menjadikan Hidangan Sihat Mahal

Selalunya, kami  makan daging sekurang-kurangnya sekali setiap satu atau dua minggu ketika kami berdua bekerja. Tetapi sekarang, hanya ada pada majlis-majlis khas seperti Deepavali. Ayam atau ikan pun sekali sekala. – Sushila M., suri rumah dan pengasuh[4]

Bagi kebanyakan individu dan keluarga dalam kumpulan B40, makanan merupakan satu keutamaan. Menurut felo Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma, keluarga B40 membelanjakan lebih daripada 40% pendapatan mereka untuk makanan, dengan pengangkutan merupakan perbelanjaan tertinggi yang kedua[3].

Datuk Dr Madeline Berma. Sumber: The Star

Laporan perbelanjaan isi rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa makanan dan minuman yang bukan beralkohol membentuk kumpulan perbelanjaan tertinggi (24.4% sekurang-kurangnya RM763 setiap isi rumah)  dalam isi rumah luar bandar[5].

Segalanya membuatkan isi rumah berpendapatan rendah lagi terdedah kepada ketidakamanan makanan apabila harga ditingkatkan, suatu peristiwa yang telahpun berlaku semasa pandemik Covid-19. Makanan dan minuman asas seperti roti canai dan teh tarik melihat kenaikkan harganya dalam antara 20%-30%[4].

Makan di luar juga lebih mahal, dengan sepinggan nasi campur meningkat [daripada]  50 sen ke  RM2, walaupun tidak ada daging dan lauk yang sangat sedikit. Harga roti (canai) juga meningkat. Minuman seperti kopi atau teh di gerai makan juga meningkat sebanyak 50 sen. Ia mungkin tidak kelihatan seperti seseorang yang kaya, tetapi bagi mereka yang sedang bertahan, ia selalunya bermakna hanya minum air kosong (dari dispenser air kilang). – S. Krishnan, seorang pekerja kilang – S. Krishnan, a factory worker[4]

Pengganti Yang Lebih Murah

Madeline menyatakan bahawa kebanyakan isi rumah B40 bergantung pada kedai yang menawarkan harga rendah dan pembelian secara pukal atau sumbangan untuk bekalan makanan mereka[7]. Dan kebanyakan bahan makanan yang mereka mampu beli atau terima sebahagian besarnya terdiri daripada kanji(cth. nasi), minyak masak, makanan diproses dan ultra-proses (cth. Mee segera, makanan segera, roti dibungkus, minuman ringan, dsb.) ataupun makanan dalam tin(cth. sardin, daging makan tengah hari, sayur masin, dsb).

Gambar dari AlexAntropov86 Pixabay/Sumber: CodeBlue

Bahan makanan sedemikian lebih berisi, bertenaga tinggi dan tahan lama tetapi juga berkalori tinggi dan kekurangan nutrien penting dan serat makanan. Makanan yang diproses dan ultra-diproses amat tidak berkhasiat kerana ia mengandungi gula tambahan, garam ataupun bahan kimia (cth. pewarna tiruan, perisa atau penstabil) yang menjadikannya  mereka ketagihan.

Menambah kepada masalah ialah apabila mereka kekurangan wang tunai, golongan isi rumah B40 akan mengeluarkan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran daripada perbelanjaan mereka dan menggantikan mereka dengan pilihan yang lebih murah seperti makanan dalam tin untuk mengisi perut mereka dengan cepat sambil juga mengekalkan melalui kenaikkan harga[7].

Sama ada mereka tinggal di bandar atau luar bandar, ibubapa dalam kumpulan B40 akan menumpukan perhatian mereka pada kelangsungan hidup mereka daripada kualiti pemakanan merekal. Sumber karbohidrat utama mereka adalah nasi manakala mereka mendapatkan protein daripada ayam. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, yang harga yang telah dinaikkan merupakan bukan keutamaan bagi mereka. – Prof Dr Ruzita Abd Talib, Universiti Kebangsaan Malaysia[6]

Dan jika mereka terdesak, sesetengah keluarga akan menahan lapar bersama-sama, dengan makan malam menjadi satu-satunya masa makan yang mereka akan makan dalam sehari[8].

Covid-19 telah menjejaskan kehidupan keluarga saya dengan ketara. Memandangkan saya hanya bekerja seminggu sekali, kami terpaksa mengurangkan makanan kami untuk menjimatkan kos. Selalunya kami hanya makan nasi goreng kampung ataupun nasi goreng bawang. Selagi ia boleh mengisi perut, itu sudah memadai. – Mohammad Mahhadir, seorang pemandu lori[7]

Kos Kesihatan Tersembunyi Bagi Kanak-Kanak 

Selepas sekolah, saya tidak makan tengah hari, tetapi ibu saya akan membawa sebahagian makanan dari tempat kerjanya, seperti kari ayam. Jadi saya makan setelah beliau pulang dari kerja selepas jam 5 petang.  Selepas solat Isyak (sekitar 8.30 malam), saya akan makan lagi. – Nur Hayati Elia, pelajar[8]

Dengan mengorbankan kesegaran untuk kemampuan, golongan isi rumah berpendapatan rendah akan meletakkan diri dan keluarga mereka berisiko mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk pada masa depan.

Malah sebelum wabak melanda, Malaysia telahpun mengalami masalah kekurangan zat makanan seperti obesiti, tersusut (wasting), dan anemia. Masalah kesihatan ini amat berleluasa di kalangan kanak-kanak, data daripada Institut Kesihatan Awam (NPH) menunjukkan bahawa kebantutan (stunting) dalam kalangan bawah 5 tahun adalah lebih tinggi daripada kadar purata di negara berpendapatan pertengahan atas yang lain, dan ia terus meningkat daripada 17.7% pada 2015 kepada 21.8% pada 2019[9].

Kenaikkan kos makanan banyak memberi impak kepada golongan miskin dan kualiti hidup mereka (secara fizikal dan mental) kerana ia membawa kepada masalah tekanan ataupun kemurungan. Mensasarkan diet yang seimbang akan menjadi agak sukar, dan kebimbangan lain ialah terbantut dalam kalangan kanak-kanak. Jadi isu utama ialah kesan jangka panjang kekurangan nutrisi dan bagaimana ia menjejaskan perkembangan fizikal dan mental mereka. – Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, Universiti Putra Malaysia[3]

Prof Dr Mohamad Fazli Sabri/Sumber: The Star

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa kadar kelaziman obesiti dan berat badan berlebihan bagi golongan kanak-kanak dari keluarga B40 masing-masing pada 15.6% dan 15.4% secara kasar nya bersamaan dengan kadar bagi kanak-kanak di bandar yang mencapai 15.3% dan 15.4% masing-masing[5].

Dan lebih kritikal, kanak-kanak dari isi rumah berpendapatan rendah seperti Nur Hayati Elia sama ada kurang pengetahuan tentang pemakanan asas, contohnya bahaya gula serta kepentingan makanan berkhasiat, walaupun mereka sedar, mereka juga dikekang oleh keadaan mereka[8].

Zaman kanak-kanak adalah  masa yang kritikal apabila keutamaan makanan dan tabiat makanan terbentuk dengan kesan berpanjangan terhadap kesihatan. Kita tahu bahawa jika  kanak-kanak mempunyai berat badan yang tidak sihat pada awal kehidupan , ia boleh melarat  kepada zaman remaja dan seterusnya zaman dewasa. Kita juga tahu bahawa pengambilan makanan ultra-proses yang berlebihan dikaitkan  dengan beberapa isu  kesihatan termasuklah berat badan berlebihan ataupun obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2 dan kanser pada masa depan, jadi implikasinya adalah agak besar. – Dr Eszter Vamos, Pensyarah Kanan Klinikal dalam Perubatan Kesihatan Awam di Imperial College London[10]

Kesan Jangka Panjang Diet Yang Tidak Seimbang 

Bukan sahaja kanak-kanak berisiko menderita masalah kesihatan daripada diet ini.

Sebanyak 89.5% dewasa B40 didapati tidak mengambil jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi. Tambahan pula, 68.1% dilaporkan mengambil minuman bergula  sekurang-kurangnya sekali seminggu, termasuklah minuman sedia untuk diminum secara komersial, minuman sediaan sendiri ditambah dengan gula, dan minuman pracampuran serta 52.9% yang lain mengambil roti dan bahan dipanggang secara komersial sekali seminggu[11].

Dan pengambilan makanan ultra-proses dan minuman secara kerap boleh meningkatkan peluang seseorang untuk menjadi obes, membawa kepada keadaan kesihatan yang semakin teruk di kemudian hari. Malah, banyak penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, penyakit kardiovaskular(cth. serangan jantung), strok dan kanser telah dikaitkan dengan kadar obesiti tinggi dan diet kekurangan nutrien penting[12].

Pemerhatian ini telah disahkan dalam pelbagai kajian, yang [telah] menunjukkan bahawa individu yang mengambil makanan ultra-proses yang lebih tinggi mempunyai kadar obesiti yang lebih tinggi, kualiti nutrien yang rendah dalam diet mereka, pengambilan sodium and gula yang tinggi, pengambilan fiber,bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah. Ini membawa kepada risiko tinggi untuk mendapati kencing manis jenis 2. – Dr Teoh Wei Leng, pakar endokrinologi perunding, Sunway Medical Centre[12]

Dan malangnya, Malaysia telah mendapat gelaran negara paling gemuk di Asia, dengan kira-kira separuh daripada penduduknya obes dalam 30 tahun[13].

Makanan segara ataupun diproses boleh menjejaskan kesihatan kita dalam jangka masa panjang terutamanya apabila diambil terlalu kerap. Oleh sebab makanan tersebut pada umumnya adalah lebih tinggi dari segi kalori, mengambil dengan agak banyak boleh menyebabkan penambahan berat badan, Tambahan pula, ia juga tinggi dengan lemak tepu, karbohidrat dan sodium yang ditapis, iaitu yang boleh selalunya menyebabkan penyakit tidak berjangkit yang lain contohnya hiperkolesterolemia, kencing manis dan darah tinggi. – Darsheka Wanithasan, pakar pemakanan[14]

Diet yang mengandungi makanan diproses dan ultra-proses telah dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan. Ia didapati bahawa individu yang makan makanan ultra-proses dengan kadar yang banyak lebih cenderung untuk melaporkan gejala kesihatan mental yang lemah berbanding dengan mereka yang kurang makan[15].

Kami mendapati bahawa individu-individu yang mengambil jumlah makanan ultra-proses dalam kuantiti tinggi juga melaporkan gejala kesihatan mental yang lebih teruk contohnya kebimbangan dan gejala yang berkaitan dengan kemurungan ringan. Sebagai contoh, diet yang tinggi dalam makanan ultra-proses sering kekurangan nutrien penting serta tinggi dalam kadar gula, yang keduanya dikaitkan dengan dengan simptom kesihatan mental yang buruk.– Dr Eric M Hecht et al., para penyelidik di Florida Atlantic University[15]

Kini kita lebih memahami keadaan yang memaksa golongan isi rumah B40 ke diet yang tidak seimbang dan bagaimana diet tersebut menjejaskan kesihatan mereka, persoalannya, adakah kita melakukan sesuatu untuk membantu? 

Menyediakan untuk Golongan B40

Untuk sebahagian besar, pihak kerajaan peka terhadap kesusahan golongan B40 dan telah mengambil tindakan pantas[3]. Banyak inisiatif kerajaan bertujuan memperkasakan dan menyediakan bantuan untuk kalangan B40 seperti Bantuan Keluarga Malaysia.

Kebanyakan syarikat telah menyediakan program yang menyediakan bantuan untuk keluarga B40. Sunway sebagai contoh mempunyai inisiatifnya #SunwayforGood Food Bank yang telah mengedar lebih daripada 25,000 kilogram makanan ataupun barangan runcit untuk membantu 2,100 keluarga B40 di seluruh Selangor, Kuala Lumpur , Perak , Penang dan Johor antara tempoh Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia[16]. Air Selangor mempunyai inisiatif Box of Hope yang setakat ini  telah mengagihkan sejumlah 2,455 kotak kepada golongan B40 dan badan amal terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, mengurangkan beban golongan yang berpendapatan rendah[17].

Inisiatif Box of Hope/Sumber: New Straits Times

Dan tentunya ada NGO-NGO seperti Lost Food Project yang berdedikasi untuk ‘menyelamatkan’ makanan dari tapak pelupusan sampah dan mengagihkannya ke golongan B40, memastikan makanan yang berkualiti, berkhasiat bersama bahan lebihan yang lain tidak dibazirkan serta diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Walaupun kumpulan dan program tersebut ini mengagumkan, Dr Mohamad Fazli menyatakan bahawa ia agak sukar untuk benar-benar menentukan keberkesanannya. 

Tetapi ia sukar untuk mengulas tentang keberkesanan semua inisiatif ini kerana tiada sebarang kajian saintifik ataupun empirikal yang telah dijalankan. Itu yang kurang. Terdapat banyak program namun adakah mereka mencapai kumpulan sasaran? Kita perlu melakukan penyelidikan atau tinjauan mudah dalam keberkesanan semua program ini. Kadangkala satu komuniti mungkin menerima lebih daripada yang diperlukan jika terdapat kekurangan penyelarasan. – Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, Universiti Putra Malaysia[3]

Bantuan Yang Lebih Daripada Sekadar Pemberian

Kemungkinan cara yang terbaik untuk membantu komuniti B40 dengan masalah makanan mereka ialah mencari jalan bagi mereka untuk lebih berdikari. 

Madeline menyatakan bahawa penambahbaikkan keselamatan makanan di kalangan B40 adalah kunci untuk memperkasakan dan menyediakan bantuan untuk mereka semasa kenaikan harga. Salah satu projek yang beliau cadangkan adalah menubuhkan komuniti pertanian bandar atau taman kejiranan untuk memberikan golongan isi rumah B40 dengan cara yang berpatutan, boleh dipercayai dan mampan untuk mendapatkan buah-buah dan sayur-sayuran segar[3].

Projek pertanian bandar mesti diperbangunkan lagi untuk menjadikannya mudah diakses dan berpatutan demi golongan B40 untuk bermula dan menguruskannya supaya mereka boleh menjadi lebih berdikari. Bagi yang kurang berada, pihak kerajaan perlu menyediakan kos permulaan pembangunan projek pertanian untuk ditubuhkan di rumah pangsa PPR sebagai contoh. Pihak kerajaan boleh juga memperuntukkan sebidang tanah kecil berhampiran PPR untuk menanamkan makanan. – Datuk Dr Madeline Berma, Akademi Sains Malaysia[3]

Beliau juga mencadangkan supaya menubuhkan bank makanan di rumah pangsa PPR yang diuruskan oleh para penduduk sendiri[3].

Sebagai contoh, setiap rumah pangsa mempunyai suatu ruang penuh dengan barangan makanan diberikan oleh pihak kerajaan untuk permulaan, khususnya nasi, gula, tepung, susu, dan keperluan asas. Para penduduk boleh ‘pinjam’ apa yang mereka perlu tetapi barangan tersebut mesti dikembalikan dengan secara tunai atau barangan. Dan mereka boleh menambah semula barangan selepas itu dengan mendapatkannya daripada seorang pemborong, jadi ia agak lebih murah. Projek itu akan membina sifat amanah di kalangan masyarakat  dan memberi mereka rasa pemilikan terhadap projek itu. Kalau ia tidak diuruskan dengan baik, merekalah yang akan terjejas. – Datuk Dr Madeline Berma, Akademi Sains Malaysia[3]

Sementara itu, Prof Mohamad Fazli menegashkan bahawa golongan isi rumah B40 mesti mempelajari kemahiran baru untuk meningkatkan prospek pekerjaan mereka dan dengan itu kurang bergantung kepada bantuan untuk kelangsungan hidup mereka[3].

Oleh itu, kita perlu ‘reskill(melatih semula), upskill(meningkatkan kemahiran) atau cross-skill(kemahiran silang)’ kumpulan B40 tersebut, ia penting kerana penduduk miskin bandar mampu melakukannya. Pada masa yang sama, dalam Pelan Malaysia ke-12, terdapat suatu tumpuan kepada ekonomi gig. Jadi para majikan dan syarikat mesti memberikan keutamaan kepada golongan B40 serta membantu melengkapi mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk penempatan kerja. – Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, Universiti Putra Malaysia[3]

Beliau juga menekankan kepentingan perancangan kewangan pada masa jangka panjang[3].

Rakyat Malaysia kadangkala terlalu fokus atas penggunaan pada masa kini, namun mereka mengabaikan penggunaan pada masa depan contohnya pendidikan anak-anak, yang akan menjadi lebih berharga, ataupun aspek-aspek seperti kesihatan, insurans, dan simpanan kecemasan. Jadi saya rasa bahawa untuk sesiapa yang sedang menerima bantuan, mereka sepatutnya menggunakan dana tersebut dengan berhati-hati dan atas barangan keperluan demi keluarga mereka, dan kemudian menyimpankan yang selebihnya.  Apa-apa sahaja jumlah yang anda boleh simpan, cuma konsisten dalam penjimatan, tidak kiralah RM10 ataupun RM50, jadi celik kewangan juga adalah penting. –  Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, Universiti Putra Malaysia, dekan fakulti ekologi manusia[3]

Penghujungnya, sementara kita menghulurkan  bantuan yang kita mampu kepada golongan isi rumah B40 yang terjejas oleh kenaikan harga baru-baru ini, seperti yang telah ditunjukkan oleh Prof Mohamad Fazli, golongan tersebut tidak boleh bergantung kepada bantuan untuk terlalu lama.

Menyediakan pendidikan bukan sahaja dalam kemahiran dan celik kewangan tetapi juga kesihatan dan diet adalah sama pentingnya diperlukan untuk membantu golongan B40 dengan pemakanan yang sihat sementara masih mempunyai bajet yang cukup untuk keperluan lain.

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources:

  1. What are food deserts, and how do they impact health? (2020) Medical News Today. Link.
  2. H.L. Lim (2020) B40 Nutrition and Watermelons. Abundant Ventures. Link.
  3. W. Li Za (2022) Rising food costs: Equip and empower B40 group, say Malaysian experts. The Star. Link.
  4. W. Li Za & M. Teoh (2022) Urban poor Malaysians forced to skip meals, sacrifice nutrition due to rising food costs. The Star. Link.
  5. Household Expenditure Survey Report 2019. Department of Stastics Malaysia. Link.
  6. Bernama (2022) Food inflation may expose children to obesity risk, say experts. The Malaysian Reserve. Link.
  7. S. Chua (2021) Daily meals a struggle for B40 families after job loss, pay cuts. FMT. Link.
  8. The Malaysian Insight (2018) Plump but malnourished, health of urban poor Malaysian children a ticking time bomb. today. Link.
  9. Addressing Malaysia’s nutrition crisis post-COVID-19: Time for nutrition-focused social protection. Unicef. Link.
  10. Urgent Need To Reduce Childrens’ Ultra-Processed Food Consumption (2021) Technology Networks. Original story from Imperial College London. Link.
  11. C.W. Eng et al. (2022) Dietary practices, food purchasing, and perceptions about healthy food availability and affordability: a cross-sectional study of low-income Malaysian adults. BMC Public Health. Link.
  12. Does Consuming Ultra-Processed Food Increase Your Risk Of Obesity, Diabetes And Cancer? (2022) CodeBlue. Link.
  13. M. Chalil (2021) Cling on to traditional food culture to address fattest nation reputation, UK expert advises Malaysians. Malaymail. Link.
  14. J. Tan (2022) Deliciously Dangerous. The Sun Daily. Link.
  15. N. Schimelpfening (2022) Your Favorite Snacks May Be Causing You to Feel Anxious or Depressed. Healthline. Link.
  16. Sunway Commits National Day Advertising Funds to Help B40 Community (2021) Sunway Stories. Link.
  17. M. Murugesan (2022) #HEALTH: Ensuring good food for B40 families. New Straits Times. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?