A 1.5. Year ASLI Leadership programme aims to build the capacity of school leaders from Orang Asli schools. The programme was launched by YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Deputy Education Minister 1 in Ipoh, Perak.
Telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Accelerated School Leaders Initiative (ASLI) pada 7 April 2022 (Khamis) anjuran PEMIMPIN GSL dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan I di MH Hotel, Ipoh, Perak.
Program ASLI ini merupakan program kepimpinan selama 1.5 tahun yang membina keupayaan pemimpin sekolah dari sekolah Orang Asli. Visi PEMIMPIN GSL adalah supaya setiap sekolah Orang Asli di Malaysia akan diterajui oleh pemimpin sekolah yang berkesan dan seterusnya memacu keberhasilan murid.
Terima kasih kami ucapkan kepada ECM Libra Foundation atas tajaan yang diberikan, YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas sokongan yang diberikan, serta Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas kerjasama yang diberikan. Kami tidak sabar untuk bersama-sama dengan pentadbir dari 15 buah sekolah Orang Asli membawa impak kepada kemenjadian murid Orang Asli!