Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja masa bermain Tiktok dan kekal dalam rumah. Bilangan kes COVID makin meningkat dan ketakutan dijangkiti virus kian menjadi. Impak COVID-19 terhadap kumpulan-kumpulan yang berisiko seperti komuniti berpendapatan rendah semakin ketara.
UNICEF telah menjalankan penyelidikan mengenai keluarga kurang pendapatan di kawasan bandar Kuala Lumpur. Inilah hasil penyelidikan mereka:
Bagaimana situasi mereka?
Untuk kebanyakan keluarga, bantuan kewangan yang diberi kerajaan sudah habis diguna. Laporan UNICEF mendapati 68% keluarga tidak mempunyai simpanan kewangan. Situasi ini lebih teruk untuk keluarga yang diketuai wanita dan ketua keluarga yang kurang upaya. Keluarga-keluarga ini terdedah kepada kejutan ekonomi dan kebanyakan daripada mereka masih menjual barangan peribadi sebab terdesak, malah ada yang gagal dalam bayaran pinjaman.
Bagaimana mereka mengharungi keadaan ini?
Setiap ringgit amat bermakna bagi keluarga yang berisiko bankrap. Banyak daripada mereka telah mengambil tindakan untuk menolong keluarga mereka mengharungi situasi ini.
- 3% telah meminta pinjaman wang yang tidak rasmi
- 10% masih perlu meminjam wang daripada kawan dan keluarga lain
- 13% tidak membayar sewa dan pinjaman lain
- 8% ke kedai pajak gadai untuk menjual barangan
- 24% terpaksa mengurangkan makanan harian atau duit belanja
Tetapi semua ini hanya solusi jangka masa pendek.Keadaan ekonomi masih tidak stabil dan keadaan setiap keluarga tidak boleh dijangka kalau masalah ini berlarutan.
Ramalan Masa Depan
Keluarga-keluarga yang berisiko seperti ini tidak mempunyai banyak pilihan disebabkan duit mereka hanya cukup untuk sekadar hidup. Apabila mereka ditanya mengenai situasi kewangan mereka untuk 6 bulan yang akan datang, inilah perasaan mereka:
- 14% percaya bahawa situasi mereka akan bertambah baik.
- 76% lebih pesimis dan meramal situasi mereka hanya akan bertambah teruk, atau akan kekal sama.
- 1 daripada setiap 2 keluarga dengan orang kurang upaya menjangka situasi kewangan mereka untuk bertambah buruk dalam masa 6 bulan yang akan datang.
Terdapat banyak NGO dan pergerakan yang muncul sebagai respons impak negatif pandemik yang berpanjangan. Namun, masih terdapat banyak keluarga yang kabur daripada pandangan umum . Ketika anda membaca ini, berlaku kemunculan ‘kemiskinan baru’ dalam kalangan kita.
Marilah kita semua membantu setakat yang mampu. Sokonglah perniagaan tempatan kecil. Jaga hubungan dengan rakan, keluarga dan jiran anda. Menjadi sukarelawan di sebuah ‘food bank’ (sebagai contoh) atau mungkin mulakan inisiatif sendiri. Kita semua boleh membantu di mana yang perlu.
Lawatilah ‘Changemakers Map’ kita untuk mencari NGO dalam kawasan anda yang sedang membuat perbezaan dalam kehidupan orang miskin.
Sila hubungi kami untuk memperbaiki senarai ini!
Penterjemahan oleh Team Wiki Impact dibantu oleh Maisarah
Sumber
- UNICEF, UNFPA, & DM Analytics. (October 2020). Families on the Edge (Issue 2): Status of the households post-MCO. Retrieved from https://www.unicef.org/malaysia/reports/families-edge-issue-2. Link.