Site logo

Kisah Seorang Pendidik Di Terengganu: Empati Di Dalam Bilik Darjah

Jika saya diberi kuasa untuk melakukan perubahan, saya tidak rasa bahawa saya akan terus menukar polisi. Polisi memerlukan data dan kajian, dan perkara ini tidak dapat melakukan perubahan secara semalaman sahaja. Jika saya diberi kuasa dan sumber, saya akan membuka pusat tuisyen percuma di merata tempat bagi pelajar yang memerlukan.  Cikgu Nakiah

Cikgu Nurul Nakiah Abdullah ialah seorang guru Bahasa Inggeris sepenuh masa yang mengajar di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Selepas diinspirasikan oleh gurunya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, beliau bertekad untuk merantau ke United Kingdom untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan mengajar orang lain. Beliau memperoleh biasiswa untuk belajar di Universiti Warwick dan menghabiskan tiga tahun di UK sebelum pulang ke Malaysia.

Source: SMK Tengku Bariah Blog

Empati terhadap pelajarnya datang sebagai naluri kedua. Cikgu Nakiah sedar bahawa beliau dapat menghubungkait dan berhubung dengan pelajarnya dengan senang. Beliau faham akan keperluan pelajarnya dan dapat meraih kepercayaan mereka dengan mudah. Mungkin, latar belakang dan cara beliau dibesarkan menyebabkannya memiliki sifat empati ini. 

Ibu bapa saya tidak langsung membaca surat khabar. Saya harus meminta sepupu dan ahli keluarga yang lain untuk membelikan surat khabar kerana terdapat pengiklanan biasiswa untuk ke sekolah berasrama penuh seperti MRSM di dalam surat khabar. Hanya saya seorang sahaja dalam keluarga saya yang memohon untuk pergi ke asrama penuh. Saya memohon asrama penuh dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan keluarga saya. Saya beranggapan, jika saya pergi belajar jauh dari rumah, akan berkurangan satu mulut untuk disuap.” 

MENERIMA PANGGILAN UNTUK MENJADI SEORANG PENDIDIK

Semasa perintah berkurung, pelajar di seluruh negara menghadapi pelbagai jenis halangan untuk mengadaptasi dengan pembelajaran dalam talian serta mempunyai masalah dengan menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara bersenderian di rumah.  Cikgu Nakiah juga mempunyai beberapa pelajar yang mempunyai kegawatan kewangan disebabkan ibu bapa mereka yang kehilangan pendapatan ketika pandemik.

Banyak ibu bapa pelajar saya yang merupakan tukang kayu, peniaga pasar malam dan bekerja di dalam sektor perkhidmatan.” 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi impak yang banyak terhadap isi rumah di Malaysia, tambahan lagi mereka yang bekerja dengan industri yang tidak menentu dan juga mereka yang bekerja secara kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Terengganu juga tidak terkecuali. 

Sumber: Gokayu

Jumlah keluarga di Terengganu yang hidup di bawah garis kemiskinan (RM2,208 per isi rumah/bulan) dijangka untuk meningkat dari 11,280 ke 38,859 dari tahun 2020 ke 2021[1].

Cikgu Nakiah mengaitkan kisah seorang pelajarnya yang harus memilih di antara pelajaran ataupun membantu keluarga dari segi kewangan.

“Bahkan sebelum pandemik juga, dia [nama dirahsiakan]  telah mempunyai kehadiran ke sekolah yang teruk, walaupun begitu, dia merupakan seorang pelajar yang menakjubkan. Setiap kali dia hadir ke sekolah, dia dapat mengikuti  mata pelajaran yang diajar. Saya tahu punca dia tidak hadir ke sekolah dengan kerap kalinya kerana saya menghubunginya secara peribadi.” 

Pelajar itu merupakan pelajar lelaki tingkatan lima, dan dia memonteng sekolah supaya dia dapat bekerja secara sambilan di kedai yang berdekatan. Ibu bapanya bekerja secara bersendirian dan mereka telah kehilangan kerja ketika pandemik. 

Bagi memperoleh RM10-20 setiap hari, pelajar tersebut harus bekerja dengan jangka masa yang lama di kedai. Sebagai anak sulung dalam keluarga, dia menanggung tanggungjawab untuk membiayai makanan, susu dan lampin adik-beradiknya. Hal ini merupakan keperluan yang ibu bapanya tidak dapat menyediakan.

Selepas mendengar pelajar itu berjanji, Cikgu Nakiah tidak dapat menahan idea kehilangan seorang pelajar yang cemerlang disebabkan sumber kewangan yang terhad. Beliau mengambil inisiatif untuk merakam pengajarannya di Google Meet dan memastikan pelajarnya mempunyai peluang yang adil serta peluang yang setara untuk belajar.

“Terdapat perbezaan antara menjadi seorang pendidik dan seorang guru. Pendidik akan meletakkan diri mereka di tempat pelajar. Mereka akan cuba untuk memahami apa yang pelajar mereka lalui dan mereka akan mengadaptasi. Kita perlu menjadi fleksibel. Menjadi seorang guru merupakan pekerjaan. Tangunggjawabnya ialah untuk mengajar, tetapi mendidik ialah perkara yang berbeza.”

Bagi guru seperti Cikgu Nakiah, beliau mampu melihat kebaikan dan keburukan pembelajaran dalam talian semasa tempoh perintah berkurung. Masalah seperti sambungan internet tidak dapat dielakkan dan cabaran untuk mendapatkan perhatian pelajarnya melalui skrin, tetapi terdapat banyak juga kebaikannya. 

“Apabila perintah berkurung dijalankan, saya dapat lihat pelbagai jenis pelajar. “Kiasuism” merupakan satu perkara. Tiada siapa yang mahu kalah, jadi pelajar mengambil inisiatif untuk belajar secara bersendirian. Saya tidak terikat dengan sukatan pelajaran sekolah, jadi saya dapat mengkreatifkan cara pembelajaran seperti mengaitkannya dengan budaya pop dan pembelajaran berasaskan projek untuk membantu pelajar saya mempelajari Bahasa Inggeris.” 

Kebijaksanaan Cikgu Nakiah melangkaui komitmennya dan perkara ini patut dipuji. Pelajaran yang di belajar sewaktu zaman kanak-kanaknya serta waktu beliau berada di UK telah membawa dirinya ke tahap di mana beliau mampu melakukan perubahan dengan cara yang unik.

“Saya tahu cara mengajar saya tidak akan mengubah hidup beratus pelajar dalam satu masa – tetapi, saya dapat bantu pelajar yang saya jumpa, dengan mengimplikasikan kepercayaan saya ke dalam cara mengajar saya. Jikalau saya mempunyai kuasa untuk mengatur polisi pendidikan di seluruh negara, tetapi tanpa implementasi yang sesuai dan pendidik yang bagus, segalanya tidak akan berjaya juga. Saya berazam untuk melakukan perubahan di mana saya berada.”

Jadikan kisah pendidik yang mempunyai usaha yang banyak sebagai inspirasi. Mereka merupakan perwira yang mengubah masa hadapan pelajar di seluruh Malaysia – seorang pelajar di satu masa. Baca kisah Ayu, seorang pendidik Orang Asli, Hamdan, seorang pemotong rumput yang menjadi cikgu, Pendidik sekolah alternatif yang mengajar anak-anak yang tidak ada kewarganegaraan, dan Cikgu Zahir, yang merantau sejauh 100km bersama motorsikalnya untuk menjangkau pelajar-pelajarnya.

Nota khas: Semua gambar yang digunakan kecuali gambar dari sumber merupakan koleksi peribadi daripada Nurul Nakiah Abdullah.

Diterjermahkah oleh: Syakilah Rodzi

Rujukan:

  1. The Edge Market. (2021). ECERDC outlines initiatives to spur economic recovery in Terengganu. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?