Site logo

Kisah Pekerja Seks: Kebanyakan Dari Mereka Tidak Memilih Pekerjaan Ini

(Amaran : Artikel ini mengandungi unsur keganasan / keganasan seksual). 


Pekerja seks di Malaysia berada di kedudukan terbawah dari segi kedudukan sosial. Stigma dan diskriminasi yang dilalui oleh pekerja seks adalah tidak berperikerimanusiaan, merendahkan mereka dan tidak sesuai bagi manusia. Mereka sentiasa dibiarkan dan dianggap bahawa mereka berada di darjat terbawah.

Menyebut tentang pekerjaan seks, ia serta-merta memberi tanggapan negatif. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada pekerja seks? Pekerjaan mereka tidak sama seperti pekerjaan normal. Waktu pekerjaan mereka dianggap sebagai ganjil dan tidak dapat dibayangkan oleh kebanyakan orang serta risiko berkaitan pekerjaan ini berpotensi membawa maut.

Walaupun senang bagi orang ramai untuk menuding jari, ramai pihak jarang mempersoalkan sebab seseorang memutuskan untuk menjadi pekerja seks. Terdapat pelbagai punca, namun kemiskinan merupakan pendorong utama kepada pekerjaan seks di Malaysia[1].

Sumber: Hype Malaysia

Pelacuran Meningkatkan Kemiskinan?

Ketika Ros yang berusia 35 tahun berkahwin disebabkan cinta, dia tidak pernah membayangkan bahawa dia boleh menjadi mangsa pengabaian dan seterusnya menjadi pekerja seks. Selepas ditinggalkan oleh suaminya, mertuanya menawarkan bantuan sebagai ganti, dia hendaklah bekerja di dalam bidang tersebut.

Lima tahun sudah berlalu dan pekerjaan seks memberikan Ros yang merupakan seorang ibu tunggal, pendapatan tetap untuk membesarkan anaknya. Untuk melarikan diri daripada kemiskinan, ramai wanita seperti Ros beralih kepada pekerjaan seks apabila kaedah normal berakhir dengan kegagalan[2].

Pandemik dan lockdown menyebabkan mereka terjerumus lebih jauh ke dalam kemiskinan dengan berlipat-ganda peraturan yang mereka perlu patuhi. Pekerja seks terpaksa bergantung kepada kepada dana pakej rangsangan ekonomi yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk meneruskan kehidupan. Mereka yang terjejas oleh pandemik adalah pekerja seks yang berumur kerana menerima pelanggan yang sedikit dan mereka perlu menjaga penampilan mereka untuk tetap bersaing dengan pekerja yang lebih muda. Dengan tiada simpanan dan tidak mampu untuk melanggan insurans, pekerja seks yang lebih tua harus meneruskan pekerjaan mereka walaupun menghadapi masalah kesihatan[2].

Sumber: Free Malaysia Today

Pihak Yang Bersuara Untuk Pekerja Seks

Mengapakah pihak NGO dan aktivitis memperjuangkan hak pekerja seks? Ini kerana ramai daripada golongan ini tidak mengetahui hak asasi mereka dan mereka diletakkan di dalam persekitaran yang merendahkan martabat mereka dimana penghinaan dan diskriminasi sering berlaku.

Apabila pekerja seks ditahan oleh polis, mereka hendaklah meminta pengampunan untuk dibebaskan daripada pihak penggari. Disebabkan mereka kurang  mengetahui hak undang-undang mereka, pekerja seks tidak mempersoalkan sebab mereka ditahan dan mereka tidak mendapatkan bantuan undang-undang yang diperlukan. Kebanyakkan dari mereka mendiamkan diri apabila apabila disoal siasat[3]

SPEKERJA SEKS LAYAK MENERIMA HAK UNTUK HIDUP SEPERTI MANUSIA BIASA TANPA MELALUI DISKRIMINASI DAN PENCELAAN. – ELISHA KOR KRISHNAN, PRESIDEN PERTUBUHAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN UMUM MALAYSIA (PKKUM)[4]

The detained foreign citizens will be held at Semenyih Immigration Detention Centre. — Reuters pic
Sumber : MalayMail

Terdapat beberapa undang-undang yang menentang pelacuran di Malaysia termasuk Seksyen 372: Mengeksploitasi mana-mana orang bagi tujuan pelacuran, Seksyen 372A: Orang yang hidup atas hasil atau perdagangan pelacuran, Seksyen 372B: Mencari pelanggan bagi tujuan pelacuran dan Seksyen 373: Sekatan rumah pelacuran.

Queer Lapis, sebuah laman web yang dicipta khas untuk golongan LGBTQI+ mempunyai pelbagai sumber yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti queer. Dalam seksyen berkenaan hal undang-undang, ia menyatakan bahawa terdapat undang-undang menentang pelacuran, namun – bukan semua pekerjaan seks adalah haram[5].

WALAUPUN TERDAPAT BANYAK UNDANG-UNDANG BERKENAAN PELACURAN, MEREKA SENTIASA MENGGABUNGKAN EKSPLOITASI ATAU KERJA SEKS PAKSA DENGAN KERJA SEKS YANG DILAKUKAN SECARA BEBAS DAN PERSETUJUAN DUA BELAH PIHAK. PERBUATAN SEPERTI PELACURAN KANAK-KANAK HENDAKLAH DIJENAYAHKAN TIDAK KIRA WALAU APAPUN KEADAAN KERANA KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MEMPERSETUJUI KERJA SEKS. NAMUN, PERKARA YANG SAMA TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI BAGI HUBUNGAN SEKSUAL YANG MELIBATKAN ORANG DEWASA YANG BERSETUJU DENGAN PERKARA TERSEBUT. – QUEER LAPIS[6]

Mengapakah Pekerja Seks Masih Bekerja Jika Risikonya Begitu Tinggi?

Sewaktu dia berumur 20 tahun, masalah kewangan menyebabkan bekas pasangan Siomey menjual Siomey ke rumah pelacuran. Beliau menjadi pekerja seks sejak kejadian itu dan menanggung penderaan fizikal dan lisan demi anak lelakinya dan ibu bapa yang dijaga olehnya.

KADANG-KADANG, MEREKA MEMINTA KAMI UNTUK MENAWARKAN PERKHIDMATAN TAMBAHAN DAN JIKA KAMI TIDAK MELAKUKANNYA, MEREKA MEMUKUL KAMI. – SIOMEY

Berasal daripada keluarga yang miskin, Siomey** terpaksa melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Dia juga sedar bahawa pekerjaan lain tidak dapat menandingi pendapatan yang diterimanya sebagai pekerja seks kerana dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan pengalaman yang diperlukan untuk pekerjaan kolar putih.

KEBANYAKAN PEKERJAAN DI SEKTOR RUNCIT HANYA  MEMBAYAR SAYA SEBANYAK RM1,500 – SEPARUH DARIPADA JUMLAH YANG SAYA PEROLEHI SEKARANG.– SIOMEY.   

Sebagai seorang ibu tunggal, Siomey memikul tanggungjawab untuk menyara anak lelakinya yang berusia 5 tahun. Siomey tahu bahawa professinya adalah profesi yang tidak beretika, jadi dia berharap untuk berhenti dalam bidang ini suatu hari nanti – namun, buat masa sekarang, Siomey tidak mempunyai pilihan lain[4].

Terperangkap di dalam kemiskinan dan tiada tempat untuk mengadu, wanita seperti Siomey dipinggirkan oleh keluarga mereka kerana memburukkan persepsi masyarakat terhadap mereka, melanggar undang-undang agama dan lain-lain. Perkara ini tidak seharusnya diberikan alasan untuk meninggalkan seseorang di dalam keadaan kemiskinan yang mengerikan, dimana mereka terpaksa menjual tubuh mereka untuk mendapat sesuap nasi.

Berusaha Untuk Melarikan Diri

Dalam pemerdagangan seks secara paksa atau tanpa persetujuan, pekerja seks yang menunjukkan keberanian untuk mendapatkan kembali nafas baru mempunyai pelbagai kisah yang mengagumkan untuk diceritakan.

Ainn** yang berusia 35 tahun telah dirogol dan diganggu secara seksual oleh bapa dan abang tirinya. Dia memerhati kehidupan ibu tirinya yang bekerja sebagai pekerja seks dan tidak lama selepas itu, Ainn dipaksa untuk menceburi bidang yang sama. Dia hendak membebaskan dan melarikan dirinya apabila berpeluang, namun dia ditipu untuk melakukan lebih banyak kerja seks. Setelah menjadi mangsa sebagai ganti rugi untuk kebebasannya, Ainn mendapat tahu bahawa dia positif HIV. Sejak didiagnos, Ainn menetap di rumah perlindungan Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM). Walaupun banyak yang dilalui oleh Ainn, pandangan Ainn terhadap kehidupan berkisar pada penerimaan dan pengampunan[4].

TABAHKAN DIRI DAN JANGAN BENARKAN SESIAPA MEMBAHAYAKAN ANDA. – AINN

Rina** telah bekerja di dalam bidang ini selama 21 tahun. Sewaktu dia berusia 15 tahun, dia disahkan positif HIV. Walaupun dia sudah memaklumkan keadaannya kepada pelanggannya, mereka masih tidak mengendahkan permintaannya untuk menggunakan alat pencegah kehamilan[5]. Akibat ketidakpekaan dan ketidakpatuhan mereka, ramai orang berisiko untuk menjangkiti HIV, penyakit yang masih tidak mempunyai penawar dan memerlukan ubat seumur hidup[7].

Pekerja seks hanya boleh berbuat beberapa perkara berdasarkan tanggungan pelanggan mereka kerana pelanggan bertanggungjawab di atas kesejahteraan pekerja-pekerja ini. Dalam kebanyakan kes, mereka menolak seks selamat walaupun mereka sedar betapa bahayanya penyakit kelamin. Seorang lagi wanita bernama Lily** telah menghidap penyakit teruk itu semenjak berusia 15 tahun dan akibat terlalu banyak bekerja. Dengan keadaan kesihatan sedia ada, Lily telah dirogol oleh bapa kandungnya dan berkahwin dengan seorang penagih dadah yang menjangkiti dia dengan HIV. Dia menganggap tiada cara lain untuk dirinya mencari rezeki kerana keluarganya sendiri sudah tidak menerima kehadirannya dan mengatakan bahawa mentalnya tidak stabil.

HBAGAIMANA SAYA HENDAK MENCARI REZEKI SELAIN DARIPADA PEKERJAAN INI? TIADA SIAPA YANG INGIN MEMBAYAR GAJI ORANG YANG KURANG STABIL MENTALNYA. – LILY

Bekerja di dalam bidang di mana badan wanita dilihat seperti objek dan dipandang rendah, luka yang ditimbulkan sendiri oleh Lily di lengannya membuatkan dia berasa kebas bekerja sebagai pekerja seks[5]

Trend HIV Semakin Meningkat

Data AIDS oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan terdapat 92,000 kes kes positif HIV di Malaysia pada tahun 2020. Trend ini telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan peningkatan ini adalah setara bagi kematian yang melibatkan AIDS[8].
Pada tahun 2020, lebih daripada 3000 kes jangkitan HIV baharu dilaporkan di Malaysia. 94% daripada kes tersebut didapati melalui penularan seksual yang juga merupakan cara penularan utama jangkitan HIV. Sewaktu pandemik, hampir RM100 juta telah diperuntukkan untuk merawat dan mencegah AIDS[9]

Sumber : MalayMail

TERDAPAT STIGMA DAN DISKRIMINASI APABILA MENYENTUH PERIHAL PENYAKIT TERSEBUT DAN MEREKA YANG MASIH HIDUP ATAU MENJANGKITI PENYAKIT INI PERLU BERTAHAN  DENGAN PERSEPSI NEGATIF ​​MASYARAKAT TERHADAP MEREKA SELAIN VIRUS INI. JADI, KITA PERLULAH MEMAINKAN PERANAN. KITA PERLU MENJAUHI DISKRIMINASI DAN MENGHAKIMI MEREKA. – ​​KHAIRY JAMALUDDIN, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA[9].

Apakah Arah Tujuan Kita? 

Baru-baru ini, Yayasan AIDS Malaysia (MAF) mengumpul dana sebanyak RM1.49 juta untuk  Skim Bantuan Perubatan. Program ini bertujuan untuk memberi akses kepada rawatan antiretroviral (ART) bagi pesakit-pesakit kurang bernasib baik yang menghidapi HIV.

KAMI SEDANG MEMPERCEPATKAN MISI MENAMATKAN AIDS KAMI SELEPAS PULIH DARIPADA COVID-19, YANG HANYA MENGINGATKAN KAMI KEPADA REALITI HITAM TAHUN-TAHUN AWAL PANDEMIK AIDS KERANA RAWATAN  UNTUK PENYAKIT INI ADALAH MUSTAHIL.  – PROF DATUK DR ADEEBA KAMARULZAMAN, PENGERUSI MAF[10]


Terdapat beberapa cara yang kita boleh membantu dengan memainkan peranan kita. Mulakan dengan belajar dan mendengar. Fahami apa yang pekerja seks lalui, dan sekiranya anda masih tidak faham, tanya sahaja mereka. Jangan menganggap bahawa anda tahu apa yang mereka perlukan, berkomunikasi dengan mereka dan tanya bagaimana anda boleh bantu. Mulakan atau libatkan diri dalam pengumpulan dana yang memberi bantuan kepada pekerja seks untuk menjelaskan pembayaran bil penguaman kerana Covid-19 turut menjejaskan mereka juga [6].

Memetik kata-kata Hellen Keller, “Bersendirian kita boleh lakukan begitu sedikit, bersama-sama kita boleh lakukan begitu banyak”. Sebagai sebuah komuniti, kita haruslah menggalakkan mereka yang dijangkiti HIV untuk mendapatkan bantuan. Berikut merupakan beberapa sumber yang berguna:

PT Foundation’s Sex Workers Programme menyediakan ruang selamat untuk pekerja seks bagi menangani kebimbangan yang mereka hadapi di Malaysia. Program ini bertujuan untuk mendidik pekerja seks tentang hak asasi manusia, hak sebagai pekerja seks, dan untuk melengkapi masyarakat dengan ilmu pengetahuan bagi melindungi diri mereka daripada HIV dan STI yang lain, selain mengurangkan penularan jangkitan ini.

The Malaysian AIDS Council (MAC) ditubuhkan pada tahun 1992, bertindak sebagai organisasi payung yang menyokong serta menyelaras usaha badan bukan kerajaan dan organisasi lain-lain yang bekerja bagi isu HIV/AIDS di Malaysia. MAC bekerjasama dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan organisasi antarabangsa untuk memastikan tindak balas yang komited dan cekap terhadap isu HIV/AIDS di Malaysia.

Women’s Centre for Change (WCC)  membantu wanita dan kanak-kanak  yang didera, dirogol atau diserang secara seksual. Dapatkan kaunseling secara bersemuka, telefon serta e-mel kaunseling, tempat perlindungan sementara dan nasihat undang-undang. Kesemua kes dijamin sulit dan perkhidmatannya adalah percuma.

The National Human Rights Society, atau lebih dikenali secara tempatan sebagai HAKAM, ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini. HAKAM mempromosi, memelihara dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia. Masyarakat berkempen untuk memansuhkan undang-undang bertentangan dengan hak asasi manusia, menangani aduan tentang pencabulan hak asasi manusia dan mempengaruhi kerajaan untuk mengesahkan instrumen hak asasi manusia antarabangsa dan serantau.

** Semua nama yang tentera telah diubah untuk melindungi privasi individu yang ditemu bual.

Diterjemahkan oleh Nur Aqilah.

Explore Our Sources: 

  1. Asia Pacific Network of Sex Workers. (2020). Nothing About Us Without Us. Link.
  2. Free Malaysia Today. (2021). Sex in the cities – the hidden realities. Link.
  3. Malaysian Bar. (2021). Police & Your Basic Rights. Link.
  4. MalayMail. (2021). ‘Victims of violence’: Malaysian sex workers shed light on harsh realities forcing them into the industry. Link.
  5. Malaysian Bar. (2007). SpotLight: The dark side of sex in the city. Link.
  6. Queer Lapis. (2021). All you want to know about sex work in Malaysia. Link.
  7. World Health Organization. (2021). HIV/AIDS. Link.
  8. UNAIDS . (2021). UNAIDS Data. Link.
  9. MalayMail. (2021). Khairy: Sexual intercourse main mode of HIV transmission in Malaysia, with 76pc infections among young adults. Link.
  10. The Malaysian Reserve. (2021). Malaysian AIDS Foundation raises RM1.5m to help underprivileged HIV patients. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?