Site logo

Kesusahan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Dari Segi Ekonomi

Pandemik Covid-19 bukan sahaja membawa perasaan takut dan paranoia, tetapi juga cabaran-cabaran yang tidak disangkakan dan kita sebagai masyarakat tidak bersedia untuk menghadapinya. 

Terdapat kepentingan dalam kerja jarak jauh kerana menjaga jarak sosial merupakan salah satu cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran virus. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa situasi ini telah membuatkan semua orang, lebih-lebih lagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), melalui kesukaran dalam hidup.

Orang kurang upaya merupakan golongan minoriti yang besar yang tidak mendapat servis yang sepatutnya dan sering diabaikan oleh masyarakat, hidup dalam keadaan terasing, dalam kemiskinan, keperitan, dan juga kasihan. Antara jenis ketidakupayaan adalah buta, penglihatan yang rendah, penyakit kusta, masalah pendengaran, ketidakupayaan locomotor, terencat akal, dan penyakit mental[1].

Bukan senang untuk mereka yang kurang upaya untuk hidup dalam masyarakat yang masih enggan meringankan beban mereka. Malahan, Akta Golongan Kurang Upaya 2008 mendefinisikan mereka sebagai:

…mereka yang menghadapi masalah fizikal, mental, intelektual atau kemerosotan deria yang menyebabkan mereka sukar untuk bergaul dan berfungsi dalam masyarakat, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran[2].

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 497,390 orang kurang upaya telah didaftar pada Disember 2018[3]. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, lebih kurang 64% berjantina lelaki, dan 36% selebihnya adalah perempuan[4]. Menurut 2020 Population and Housing Census, jumlah keseluruhan sebenar golongan kurang upaya boleh mencecah 4.5 juta, tetapi hanya sebilangan daripada mereka telah mendaftarkan diri[5].

Berdasarkan kadar penyertaan tenaga buruh, lebih kurang 80% daripada jumlah golongan OKU berdaftar tergolongan dalam populasi usia bekerja (15-64 tahun)[3]. Penyertaan mereka merupakan salah satu kelebihan kepada ekonomi Malaysia jika mereka diberi peluang pekerjaan. Berikut merupakan pecahan golongan kurang upaya:

Bantuan Yang Diberikan Kepada Golongan Kurang Upaya

Terdapat beberapa jabatan serta agensi kerajaan Malaysia, contohnya seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Kementerian Sumber Manusia, yang menghulurkan bantuan dan servis kepada golongan kurang upaya[6].

Pada Mac 2021, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan elaun pekerja kurang upaya daripada RM1,2000 kepada RM1,500 sebulan. Selain daripada itu, golongan OKU juga dapat mendaftar bisnes mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia secara percuma[8].

Source: Malay News

Walaupun begitu, masih ada lagi stigma terhadap golongan OKU, dan perkara ini menjadi suatu halangan kepada mereka untuk diberi peluang pekerjaan.

Antara kekangan yang dihadapi oleh golongan OKU termasuk kekurangan sokongan dan motivasi daripada ahli keluarga, keyakinan yang rendah disebabkan oleh ketidakupayaan, ketiadaan akses ke tempat pemulihan yang berjarak jauh, ketiadaan akses kepada pengangkutan ke tempat kerja, dan kekurangan pendidikan dalam potensi pemulihan. – Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz, CEO, Socso[9]

Kesusahan Dalam Kerjaya

Source: Unsplash

Dari segi kerjaya, golongan kurang upaya menghadapi lebih banyak kesukaran kerana mereka berhadapan dengan pelbagai prejudis serta diskriminasi di tempat kerja. Ada juga kes dimana majikan mereka tidak percaya akan kelebihan mereka. Tambahan pula, ramai golongan kurang upaya berasa takut untuk bekerja kerana mereka berasa bahawa mereka tidak sesuai untuk pekerjaan tersebut selepas meneliti skop pekerjaan.

Saya rasa lebih baik bagi iklan pekerjaan untuk memberitahu secara terang-terangan jika mereka mengambil golongan kurang upaya untuk bekerja di syarikat mereka daripada meminta maklumat seperti “jantina, SPM, Ijazah Sarjana Muda, dll”. Jika tidak, kami akan rasa terpinggir dan tidak mempunyai keyakinan untuk memohon pekerjaan. – Seorang pekerja persendiriaan dari Kedah[10]

Kebanyakan syarikat ataupun bisnes lebih gemar untuk mengambil pekerja yang bukan kurang upaya kerana mereka percaya bahawa golongan OKU tidak akan menjadi aset yang bagus dalam organisasi mereka[10]. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila berlakunya Covid-19, ramai orang telah kehilangan pekerjaan, maka, tidak hairanlah orang kurang upaya merupakan golongan paling terakhir yang akan dapat diambil sebagai pekerja.

Adakah Mereka Dibayar Secara Adil?

Terdapat beberapa laporan kes dimana golongan OKU dibayar kurang daripada rakan sekerja mereka walaupun mereka mempunyai kelayakan yang sama. Walau bagaimanapun, ada juga kes lain dimana orang kurang upaya berasa tidak selesa kerana mereka diberi layanan istimewa. Sebagai contoh, mereka dibayar lebih walaupun kerja mereka tidak berat. Situasi seperti ini bukan sahaja memberi tekanan kepada mereka tetapi mereka juga akan berasa kurang yakin dalam kebolehan mereka sendiri.

Gaji saya setimpal dengan kelayakan kerana ia berasaskan struktur yang ditetapkan oleh kerajaan, tetapi saya rasa produktiviti saya di tempat kerja sangat kurang berbanding gaji yang saya terima. – Pengawai penyelidikan di Penang[10]

Sukar Untuk Bergerak

Source: The Star

Terdapat banyak kisah yang dikongsi oleh golongan kurang upaya mengenai penderitaan yang dilalui oleh mereka kerana kekurangan fasiliti mesra pengguna OKU.

Sepatutnya ada keseragaman dalam kemudahan di semua negeri dalam Malaysia, bukan sahaja di negeri yang lebih maju seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Terdapat golongan OKU di sini yang ingin keluar dari rumah mereka tetapi tidak mampu kerana sistem pengangkutan yang tidak mesra pengguna. – Seorang kerani di Perlis[7]

Bagaimana Kita Boleh Membantu?

Source: Project DON

Sehingga kini, golongan orang kurang upaya masih lagi tidak mempunyai akses kemudahan yang secukupnya. Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu untuk memberi sokongan dan bantuan kepada mereka. Contohnya, memberi kemudahan yang mesra pengguna OKU.

Orang kurang upaya hanya ingin dilayan seperti orang lain, contohnya seperti dalam situasi bekerja, mereka dibayar secara adil mengikut kelayakan dan kemahiran mereka. Mereka juga ingin diberi peluang yang sama untuk terus maju dalam kerjaya mereka.

Terdapat suatu kepentingan dalam memastikan masyarakat dididik dan diberi kesedaran mengenai golongan kurang upaya supaya dapat menghapuskan stigma dan prejudis. 

Sehubungan dengan itu, organisasi-organisasi yang telah disenaraikan dibawah ini amat berdedikasi dalam menyalurkan bantuan kepada golongan OKU. Hubungi mereka untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh membantu. 

Source: Project DON

Project DON ialah sebuah agensi pengurusan bakat. Fokus utama mereka adalah membantu golongan OKU mendapat peluang pekerjaan sebagai model iklan, kempen promosi, dan lain-lain. Mereka amat meraikan kepelbagaian dan bersifat inklufsif. Dengan cara ini, mereka dapat mengetepikan stigma terhadap golongan OKU dan memberi mereka suara.

Reach Independence & Sustainable Entrepreneurship (R.I.S.E.) ialah program pemerkasaan ekonomi direka untuk membantu golongan OKU dalam meningkatkan pendapatan dan mengajar mereka cara untuk mengurus wang dengan baik. Program ini dibiayai oleh Maybank Foundation dengan kolaborasi bersama perusahaan sosial People Systems Consultancy. Program pengembangan kapasiti yang sangat berstruktur ini menyediakan bimbingan, latihan, sokongan dan pengetahuan dan peningkatan kemahiran yang boleh membantu golongan OKU untuk menubuhkan perniagaan sendiri.

Kiwanis Down Syndrome Foundation (KDSF) menyediakan program campur tangan kritikal awal (Critical Early Intervention Programme – EIP) untuk kanak-kanak sindrom down dari umur 2 bulan sehingga 6 tahun. Antara objektif mereka ialah membantu kanak-kanak tersebut dalam bersiap-sedia untuk pendidikan khas di sekolah kerajaan. Mereka juga melatih cikgu pendidikan khas, memberi nasihat kepada keluarga yang mempunyai anak sindrom down, dan memberi pendidikan dan kesedaran mengenai penyakit sindrom Down’s kepada masyarakat.

Alzheimer’s Disease Foundation of Malaysia (ADFM) mengedalikan seminar, forum, perbincangan, pameran dll mengenai kesihatan otak dan pengesanan awal masalah otak. Mereka juga ada kelas latihan yang mengajar Care Skills (DCS) untuk pengasuh dan pembantu rumah serta mengadakan bengkel latihan kemahiran penjagaan secara profesional kepada pelajar-pelajar kejururawatan dan perubatan, penyelidik, dan lain-lain.

Malaysia Information Network for the Disabled (MIND) ditubuhkan untuk membantu golongan OKU dalam menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai kepada masyarakat.

Malaysian Mental Health Association (MMHA) memberi pendedahan mengenai masalah kesihatan mental dalam komuniti, menyediakan servis atau program pemulihan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, dan memberi bantuan kepada pengasuh dan ahli keluarga.

National Autistic Society of Malaysia (NASOM) menyediakan campur tangan awal, bantuan, dan nasihat kepada keluarga yang mempunyai ahli keluarga autistik. Selain itu, mereka juga mempunyai program-program lain untuk kanak-kanak autistik berumur 0-17 tahun.

National Council for the Blind, Malaysia (NCBM) menyediakan platform kepada wakil-wakil dalam negara untuk berjumpa dan berbincang mengenai isu-isu yang dilalui oleh golongan OKU seperti kerjaya, pendidikan, dll. Organisasi ini juga memberi bantuan kewangan untuk projek-projek serta menjadi sponsor utama untuk kelas-kelas latihan dan kemahiran.

Explore Our Sources:

  1. Suet, L. K., Ling T. T., & Lay, W. L. (2013) Unseen challenges, unheard voices, unspoken desires: experiences of employment by Malaysians with physical disabilities. Universiti Sains Malaysia. Link
  2. Sani, R. (2020). Handicapped and jobless. New Straits Times. Link
  3. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2018). Social Welfare Statistics 2018. Link.
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2018). LAPORAN TAHUNAN MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA (MKBOKU) TAHUN 2018. Link.
  5. Yee Mun, Chin. (2021). Digital Training: Helping PWDs to RISE. The Edge. Link.
  6. MyGov – Online Service Delivery Portal. (n. d.). People with disabilities. Link
  7. Masango, S. (2018). Some of the challenges faced by disabled persons. Link
  8. Astro Awani. (2021). Maximum salary limit for disabled workers allowance increased to RM1,500 – Muhyiddin. Link
  9. Nur Haqikah Malik. (2019). Employment opportunities still low for people with disabilities, says Socso CEO. Malaysian Reserve. Link.
  10. Department of Social Welfare (JKM). (n. d.). HDRF Human Capital Report. Link.

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aliesya Sofea.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?