Site logo

Penularan Covid-19 Membuatkan Depresi Dalam Kalangan Golongan Miskin Bertambah Teruk

Mental health depression Malaysia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan satu laporan tentang “impak krisis COVID-19 terhadap golongan wanita dan kanak-kanak daripada penetap bandar berpendapatan rendah di Malaysia” pada Oktober 2020 lepas. (UNICEF dan UNFPA, 2020). Laporan ini merangkumi saiz sampel yang terdiri daripada 500 keluarga dalam 16 pangsapuri murah di Kuala Lumpur.

Low cost flat in Malaysia
Source: Today Online

Satu per lima daripada ketua isi rumah menyatakan bahawa mereka mengalami depresi atau ketidakstabilan emosi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jumlah tersebut lebih tinggi untuk isi rumah yang diketuai oleh wanita.

Keperitan hidup yang nyata

Satu per tiga daripada wanita yang berperanan sebagai ketua isi rumah melaporkan perkara utama yang mencetuskan kebimbangan mereka adalah kekangan kewangan untuk menyara anak-anak mereka. Hal ini tidak megejutkan kerana ianya merupakan perkara biasa naluri seorang ibu untuk memberi keutamaan kepada anak-anak mereka sebelum memenuhi keperluan mereka sendiri.

Children in low cost flats

Perubahan tingkah laku negatif yang baru

Menurut laporan tersebut, 3 daripada 10 isi rumah yang diketuai wanita mengalami tingkah laku negatif yang baru yang mana tidak pernah berlaku sebelum pembatasan pergerakan dilaksanakan. Perkara ini meliputi peningkatan ketegangan hubungan dalam keluarga, simptom depresi yang lebih tinggi, serta kenaikan kadar merokok dalam kalangan mereka.

Kesihatan mental terkesan teruk terhadap golongan yang lemah.

Kesan depresi dan kesihatan mental telah memberikan impak terhadap golongan wanita, penduduk kampung, serta golongan miskin. Menurut National Health and Morbidity Survey 2019, demografik tersebut mempunyai kelaziman yang lebih tinggi terhadap depresi meliputi mereka yang bujang dan golongan yang bercerai/janda. Berdasarkan anggaran jumlah rakyat Malaysia yang mengalami depresi, 

79% adalah daripada golongan B40, 17% daripada golongan M40, dan 4% daripada golongan T20.

Dapatkan nasihat doktor

Jika anda mempunyai simptom-simpton berikut, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan anda untuk menghubungi doktor pakar:

  • kemurungan
  • kehilangan minat dan keceriaan
  • kekurangan tumpuan
  • kurang keyakinan diri
  • kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri/membunuh diri
  • gangguan tidur serta hilang selera makan

Terdapat perkhidmatan sokongan kesihatan mental percuma/murah

Kos terapi mental dikatakan sangat mahal dan hanya untuk mereka yang berada di bandar. Walau bagaimanapun, ianya tidak benar sama sekali. Senarai berikut merupakan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dengan kadar percuma atau di bawah harga RM100.

  • Talian sokongan Mercy Malaysia
  • Befrienders – menyediakan sokongan emosi secara 24/7 melalui talian sokongan dan pusat-pusat mereka.
  • Malaysian Mental Health Association (MMHA) – kadar harga perkhidmatan bermula daripada RM50
  • Mentari – sebuah komuniti pusat kesihatan mental hasil daripada inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Lifeline Association Malaysia – menawarkan perkhidmatan konsultasi percuma secara bersemuka, melalui telefon, ataupun e-mel.
  • SOLS Health – menawarkan bantuan kewangan kepada pelanggan yang layak dan memerlukan perkhidmatan kesihatan mental profesional
  • Relate Malaysia – bermula dengan kadar harga daripada RM45 untuk sesi 50-minit psikoterapi bersama pelatih mereka.  Diskaun istimewa sebanyak 95% buat pekerja barisan hadapan..
  • Cara Cara Mental Fitness – kadar harga terapi bermula daripada RM80
  • Life Line Association Malaysia – sebuah NGO yang memfokuskan kesihatan mental – khusus untuk penutur bahasa Mandarin. 辅导组由一群受过专业培训的义工,透过电话、电邮或面谈,聆听大众倾诉各种生活议题
  • SNEHAM Malaysia – sebuah NGO yang memfokuskan kepada pencegahan membunuh diri, khusus untuk penutur bahasa Tamil.   சிநேகம் – தற்கதற்கொலைகளை தடுக்கும் ஹெல்ப்ன்லைன்
  • Tenaganita – Menyediakan maklumat, nasihat, dan kaunseling untuk pelarian, migran, pekerja domestik, wanita dan kanak-kanak dalam krisis, serta mangsa-mangsa penyeludupan manusia.
  • UNHCR – Menyediakan perkhidmatan talian sokongan untuk pelarian dan pencari suaka dalam penularan COVID-19.Talian sokongan ini dibuka setiap hari daripada 7 pagi sehingga 10 malam.

Hubungi kami untuk memperbaiki senarai di atas.

Rujukan:

  1. UNICEF Malaysia and UNFPA. (2020). Families on the Edge. Mixed methods longitudinal research on the impact of the COVID-19 crisis on women and children in lower income families. Issue 2. Link.
  2. Institute for Public Health. (2020). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy—Key Findings. Link.

Artikel diterjemahkan oleh Mazliana M (LinkedIn | Instagram)
Versi Bahasa Inggeris

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?