Site logo

Kesakitan Pandemik: Keganasan Domestik Dan Apa Yang Boleh Anda Lakukan Mengenainya

Bendera putih telah dinaikkan di seluruh Malaysia oleh mereka yang menghadapi masalah kewangan. Mereka mengibarkannya dengan kesal – di tingkap, beranda depan dan balkoni pangsapuri. Oleh kerana gerakan ini, rakyat telah mengambil langkah sendiri dengan memulakan bantuan makanan dan bantuan kemanusian asas. Hasil kemurahan hati rakyat Malaysia, organisasi-organisasi ini mampu mengagihkan makanan, barangan dapur dan keperluan lain kepada keluarga yang memerlukan.

Namun, bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan mengangkat bendera. Di mana dunia menjadi terlalu terganggu dengan pandemik ini, terlalu banyak masalah yang kabur dan kompleks mula memunculkan diri. Masalah-masalah ini menjelma melalui pintu yang tertutup dan ruang virtual – bersama-sama membentuk sesuatu yang lebih buruk di dalam krisis yang sedang berlaku.

Bayang Yang Datang Dengan Pandemik: Keganasan Rumah Tangga Dan Penderaan Kanak-Kanak

Dalam perang melawan COVID-19, kita sering terlupa akan ‘langkah duduk di rumah’ yang menyebabkan ramai wanita dan kanak-kanak mengalami penderaan dan tidak mampu meminta bantuan. Talian bantuan untuk keganasan rumah tangga oleh Women’s Aid Organisation (WAO) telah mendedahkan peningkatan sebanyak empat kali ganda bagi bilangan panggilan yang diterima semasa PKP 1.0[1]. Tambahan pula, sejumlah 4,349 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan dalam 2020 sahaja oleh Kementerian Perkembangan Wanita, Keluarga dan Masyarakat[2]. Angka ini dijangka meningkat lebih lagi kerana tempoh ‘lockdown’ yang dipanjangkan. 

Source: The Borneo Post

Tekanan yang meningkat akibat potongan gaji dan kehilangan pekerjaan membawa kepada strategi ‘coping’ yang negatif. Perkara ini meletakkan isteri dan anak-anak di dalam rumah yang mempunyai ketidakseimbangan kuasa sebagai alat untuk melepaskan kemarahan. Dilema yang amat bahaya muncul: tinggal di rumah dan menerima penderaan yang berterusan ataupun melarikan diri dan mendedahkan diri kepada virus. Apakah yang berlaku jika rumah anda bukan lagi satu tempat yang selamat dan juga kawasan di luar rumah anda? Ke manakah yang anda harus tuju?

Keganasan tidak hanya berlaku di medan peperangan. Untuk ramai wanita dan gadis, ancaman terbesar adalah di tempat yang sepatutnya membolehkan mereka berasa paling selamat – di rumah mereka sendiri. António Guterres (Setiausaha Agung UN)[3]

Source: Free Malaysia Today

Kesan negatif kerana keganasan dan penderaan dari sudut psikologi memberi kesan jangka masa lama. Parut fizikal mungkin boleh sembuh tetapi parut emosi tetap akan menghantui mangsa untuk tahun-tahun yang mendatang. Amatlah penting untuk membawa wanita-wanita dan kanak-kanak ini ke tempat yang lebih selamat dengan secepat mungkin dan melindungi mereka daripada jatuh kembali sebagai mangsa penderaan.

Mereka yang selamat dari keganasan rumah tangga lebih berisiko kerana mereka akan terperangkap di dalam rumah sepanjang hari dengan pelaku. Amatlah bahaya bagi mereka untuk meminta pertolongan kerana pelaku mungkin mengawasi setiap langkah mereka. Apabila kami menerima panggilan sebegitu, kami akan menasihati mangsa dengan langkah-langkah yang boleh diambil untuk pergi dengan selamat. – Tan Heang-Lee, Women’s Aid Organisation (WAO)[4]

Beri Perhatian Kepada Orang Lain 

Dalam waktu yang sukar ini, ingatlah untuk sentiasa memeriksa rakan dan kawan sekerja anda. Anda tidak tahu mungkin satu panggilan adalah apa yang mereka perlukan untuk mendapatkan kekuatan bagi meminta pertolongan. Kita juga perlulah lebih prihatin terhadap jiran-jiran kita. Natasha Dandavati (Ketua Kempen bagi Women’s Aid Organisation) mencadangkan kepada mereka yang mengetahui seseorang yang didera ataupun mendengar jiran mereka didera supaya mengambil langkah dalam memberikan bantuan[4]. Sebagai contoh, anda boleh membantu mereka dengan menghulurkan sekeping kertas yang tertera talian bantuan secara rahsia.

Tanpa disangkal, terdapat banyak perkara lain yang perlu kita lakukan. Namun, kita tidak seharusnya membutakan mata terhadap kesusahan wanita dan kanak-kanak. Mengabaikan rintihan mereka hanya akan menyebabkan pelaku berasa kebal untuk melakukan apa-apa sahaja.

Source: Cyber RT

Dapatkan Bantuan Untuk Keganasan Rumah Tangga Dan Penderaan Kanak-Kanak

Jika anda mengalami keganasan rumah tangga ataupun penderaan kanak-kanak di rumah ataupun mengenali sesiapa yang sedang mengalami penderaan di rumah mereka, ini antara sumber yang boleh membantu anda.

Talian Segera Untuk Keganasan Rumah Tangga, Gangguan Seksual Dan Penderaan

  • Talian Kasih: Hubungi 15999 atau Whatsapp ke 019- 261 5999 (24 jam)
  • Talian Women’s Aid Organisation: Hubungi +603 3000 8858 (24 jam) 
  • Think I Need Aid (TINA): Whatsapp ke 018-988 8058 (24 jam)
  • Women’s Centre for Change (WCC): WhatsApp ke 016-448 0342
  • Telinita (Talian Khas Untuk Mangsa Penderaan oleh Women’s Action Society (AWAM)): Hubungi 03-7877 4221 atau 03-7877 0224

Apa Yang Perlu Dilakukan Seterusnya? Hubungi Pihak Yang Bertanggungjawab Dan Mohon Perintah Perlindungan

Dapatkan ‘Emergency Protection Order’ (EPO) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): EPO melarang pelaku dari memasuki tempat perlindungan anda dan menghalang mereka daripada melakukan tindakan keganasan terhadap anda. Anda boleh mendapatkan EPO dengan menghubungi Talian Kasih (15999) atau pergi ke cawangan JKM yang terdekat.

Membuat Laporan Polis dan Memohon ‘Interim Protection Order’ (IPO): Membuat laporan polis dan memberitahu anggota polis yang anda ingin mendapatkan IPO. IPO adalah perintah mahkamah yang menghalang pelaku seperti suami, ibu bapa atau ahli keluarga daripada melakukan keganasan terhadap anda. IPO bersifat sementara dan sah selagi penyiasatan polis berjalan.

NGO Yang Boleh Anda Hubungi Untuk Mendapatkan Khidmat Guaman Percuma Dan Kaunseling

Wanita MCA’s Legal Advisory & Women’s Aid Centre (LAWA) menyediakan konsultasi guaman percuma dan kaunseling untuk wanita yang menderita dari keganasan rumah tangga dan gangguan seksual. LAWA boleh dihubungi dari Isnin sehingga Jumaat pada pukul 8.45 pagi sampai 5.30 petang di 03-2203 3884 dan 012-386 3884.

Sisters in Islam (SIS) menyediakan konsultasi guaman percuma berkenaan undang-undang keluarga Islam. Anda boleh menghubungi mereka dengan menghantar emel kepada telenisa@sistersinislam.org.my or calling them at 03-7960 8802 (Talian TeleNisa).

All Women’s Action Society (AWAM) menyediakan kaunseling kesejahteraan secara percuma untuk mangsa keganasan yang berkaitan jantina dan informasi perundangan berdasarkan keadaan unik mangsa. Hubungi mereka di 016 237 4221 atau 016 228 4221.

Explore Our Sources:

  1. Tengku Nur Qistina. (2020). Community responses to Gendered issues during Malaysia’s fight against COVID-19. The London School of Economics and Political Science. Link. 
  2. Hasbullah, N.E. & Chong, S. (2021). Do more to protect women, children from abuse during lockdown. Malaysiakini Link. 
  3. United Nations. (2020). Gender-Based Violence and COVID-19 – UN chief video message. YouTube. Link. 
  4. Arumugam, T. (2020). MCO Linked Domestic Violence Increases. New Straits Times. Link.
  5. Women’s Aid Organisation.Getting Help For Domestic Violence. Link.
  6. Lai, A. (2020). Wanita MCA to aid abuse victims. The Star. Link. 

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?