Site logo

Kenali Ridzuan: Juara Emas Paralimpik Yang Menjual Burger & Nasi Lemak Untuk Menjana Impiannya.

Tiada siapa yang lagi bertekad untuk mengorbankan tangan kecilnya dan melakar sejarah pada tahun 2016, dengan menjadi atlet pertama Malaysia setelah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik. Hal ini amat sukar untuk mempercayai, amat sukar untuk mempercayai jumlah cabaran yang dihadapi oleh pemenang pingat emas paralimpik negara kita, Mohamad Ridzuan Mohamed Puzi.

Sumber: Instagram

Diagnosis Perubatan

Pada usia satu tahun, Mohamad Ridzuan telah didiagnosis dengan penyakit cerebral palsy[1]. Ia adalah satu kecelaruan neurologi yang disebabkan oleh kecederaan minda yang tidak progresif atau malformasi yang berlaku semasa otak kanak-kanak tersebut sedang membesar. Keadaan yang tidak dapat disembuhkan ini, walaupun ia tidak mengancam nyawa seseorang, ia akan terutamanya mempengaruhi pergerakan dan koordinasi otot, nada otot, refleks, postur dan keseimbangan. Hal ini turut mempengaruhi kemahiran motor halus, motor kasar dan juga boleh mempengarui kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar dan fungsi motor lisan[1]

Dalam kes-kes yang teruk, keseimbangan, postur, dan koordinasi juga akan dipengaruhi, maka dengan melakukan pergerakkan asas seperti berjalan atau duduk mungkin sukar dan pastinya tidak mudah.

Jadi Bagaimanakah Ridzuan Menjadi Paralympian Kelas Dunia?

Ridzuan bukanlah orang yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hakikatnya, beliau sering ponteng sekolah disebabkan penyakitnya. Disebabkan penyakit yang beliau alami, Ridzuan juga mengalami kesukaran untuk membaca mahupun menulis namanya sendiri. Hal ini telah melumpuhkan semangatnya untuk belajar[2]. Kerana perkara-perkara seperti inilah yang melemahkan motivasi Ridzuan untuk belajar.

Pada masa inilah ayah Ridzuan membuat keputusan untuk menghantar anaknya untuk berlatih dalam pembuatan perabot dengan harapan dia berpotensi untuk memiliki masa depan dalam bidang itu dan pada masa yang sama, menjaga dirinya sendiri[3]. Pusat latihan tersebut telah diadakan di Cuping, Perlis.

Sumber: Astroawani

Pada masa ini juga Ridzuan pertama kali dilihat oleh Affizam Amdan, seorang sukarelawan yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis bagi membantu melatih atlet OKU (orang kurang upaya).

Semasa pencarian bakat yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan di Perlis, Malaysia pada tahun 2004, Jurulatih Affizam berusaha untuk mengubah kehidupan anak muda ini dengan memandu dia ke sana ke mari untuk menjalani latihan sukan.

Beliau juga menggunakan wangnya sendiri untuk mengubahsuai sebuah bilik kecil untuk Ridzuan dan rakan-rakannya agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang sederhana dan selesa. Bilik tersebut mempunyai katil bertingkat, kipas siling, almari kayu langsing, dan televisyen 14 inci.

Bilik Ridzuan. Sumber: WahyuYordan Twitter

Affizam berada di sisi Ridzuan dan terus mengembang dan melatihnya selama enam tahun hingga tahun 2010[2].

Hala Tuju Untuk Menjadi Atlet Kelas Dunia Bukan Murah

Pakaian sukan yang berkualiti, kasut dan makanan yang sihat adalah keperluan asas yang diperlukan untuk berjaya dalam pelbagai sukan. Namun begitu, Ridzuan tidak mampu membayarnya tanpa bekerja. Semasa temu ramah, Ridzuan menyatakan bahawa semasa dia melatih; dia akan bekerja di sebuah gerai nasi lemak tempatan untuk mendapatkan wang tambahan[3]

Ridzuan akan bekerja secara bergiliran, menjual nasi lemak pada waktu pagi dan burger pada waktu malam – sambil melatih sebanyak mungkin setiap hari. Skop pekerjaannya juga termasuk mencuci pinggan mangkuk, dan semua pekerjaan ini akan menghasilkannya sekitar RM15 sehari, kira-kira RM450 sebulan.

Tempat kerja Ridzuan. Sumber: WahyuYordan Twitter

Sepanjang perjalanan, Ridzuan bertemu dengan orang yang berjiwa baik seperti Chuah Heng Oon bermurah hati untuk menaja sepasang kasut yang berharga sekitar RM200 “Pak Cik Heng Oon” kerana dia sangat dikenali oleh Ridzuan adalah seorang pemandu lori di Perlis. Pak cik tersebut terharu dan mengagumi akan kisah Ridzuan dengan kegigihan yang telah beliau lakukan. 

“Pada suatu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan yang berharga RM200, untuk Ridzuan, disebabkan beliau tidak mampu untuk membeli yang baharu. Kasutnya terlalu lama dan usang untuk dipakai. Tidak lama selepas saya memberikan kasut itu, saya mendapat berita bahawa beliau telah dipilih untuk menjadi salah seorang Atlet Nasional,” kata Heng Oon [4].

Memecahkan Halangan Satu Per Satu 

Ridzuan membuat persembahan profesionalnya dalam Sukan Para ASEAN di Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia 2011 dimana beliau merangkul pingat emas dalam pertandingan debutnya[5]. Kemudian, beliau berjaya memecahkan rekod dunia T36 100m di Asian Para Games 2018 di Indonesia.

Slogannya “Fight for Gold” amat sesuai kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi seperti dia[6]. Atlet ini tetap merendah diri dan tidak pernah melupakan mereka yang membantunya. Sebaik sahaja kembali ke Malaysia, beliau menunjukkan penghargaannya, mengucapkan terima kasih kepada Chuah Heng Oon, Affizam danJurulatih Nasional, R. Jeganathan, yang mengasah bakat Ridzuan untuk memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik buat pertama kalinya.

Selepas menangi pingat emas, Ridzuan mengucah terima kasih kepada jurulatih beliau. Sumber: WahyuYordan Twitter

Kini, Ridzuan lebih dikenali sebagai Mr Dash, mempunyai pelbagai kemenangan dan penghargaan di bawah namanya. Setelah mengembara ke seluruh dunia, anak muda dari Perlis ini adalah ikon sukan. Kini beliau menetap di Kuala Lumpur dan mengikuti peraturan latihannya, secara selamat dan sihat.

Sumber: Smasanews

Hingga pada hari ini, beliau kekal menjadi inspirasi kepada semua orang kerana beliau telah membuktikan bahawa situasi apa pun yang anda dapati semasa dilahirkan di dunia ini, ia tidak akan menentukan siapa diri anda sebenarnya. 

Rujukan Kami:

  1. Definition of Cerebral Palsy. Link
  2. T. Ruxyn. (2017). How This Malaysian Went From Being A ‘Nasi Lemak Boy’ To A Paralympic Gold Medallist. SAYS. Link
  3. K. Sekaran. (2017). Dari budak nasi lemak kepada jaguh dunia, kisah inspirasi Ridzuan Puzi viral. Link
  4. Smasa News. (2016). Terima Kasih Ridzuan Buat Pemandu Lori. Link
  5. Wikipedia. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi. Link
  6. International Paralympic.com. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi. Link

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aida Iliana.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?