Pada tahun 2019, lebih dari 18 juta rakyat Malaysia telah dilaporkan hidup dalam menanti serangan jantung berlaku.
“Penyakit jantung kardiovaskular merupakan punca utama kematian di Malaysia. Ia menyumbang sebanyak 15 peratus daripada 109, 164 kematian perubatan yang direkodkan pada tahun 2019

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN MENUNGGU SERANGAN JANTUNG UNTUK BERLAKU?
Bagi mereka yang mengalami pelbagai diagnosis perubatan seperti kencing manis (diabetes), hipertensi (tekanan darah yang tinggi) dan kadar kolestrol yang tinggi, mereka mempunyai pertambahan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Sekiranya kondisi perubatan tersebut tidak dikenalpasti atau diubati dari awal, penyakit kardiovaskular akan merebak dari masa ke semasa.

Di Malaysia, terdapat seramai 1.7 juta rakyat yang sedang menghadapi tiga faktor risiko utama (diabetes, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi) dalam hidup mereka dan 3.4 juta orang sekurang-kurangnya mengidapi dua dari tiga penyakit tersebut.[2].

Kajian dari Institut Penyelidikan Khazanah mendapati bahawa kebanyakan yang menghadapi penyakit kencing manis, tekanan darah yang tinggi serta mempunyai kadar kolestrol yang tinggi adalah dihidapi oleh mereka dari golongan masyarakat yang berpendapatan rendah.[3].

Memandangkan penyakit jantung merupakan penyumbang utama kadar kematian di Malaysia, masalah kesihatan ini sewajarnya ditangani dengan berhati-hati dan secara sistematik – dari permulaan pengesanan penyakit dan penglibatan terhadap kesedaran pendidikan terutamanya bagi golongan yang berada dalam kumpulan B40.
Rujukan:
- Department of Statistics, M. (November 2020). Statistics on Causes of Death, Malaysia, 2020. Link.
- Institute for Public Health, M. of H. M. (2020). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy—Key Findings. Link.
- Khazanah Research Institute. (2020). Social Inequalities and Health In Malaysia – The State of Households 2020: Part III. Link.
Artikel diterjemahkan oleh Nur Afiqah & Fariessa Ameer (LinkedIn | Instagram)