Site logo

Persekitaran Orang Miskin Bandar Di Malaysia: Bahagian 1

PPR in Kuala Lumpur

Apabila bandar-bandar berkembang dan bertambah baik, peluang pekerjaan meningkat dan mula menarik orang ramai untuk berhijrah ke bandar demi mengejar masa depan yang lebih cerah. Namun begitu, masalah mula membelenggu masyarakat apabila arus urbanisasi mula meningkat. Mereka yang hidup sebagai orang miskin di bandar kekal dengan keadaan kewangan yang tiada jalan keluar.

Apa itu urbanisasi?

Urbanisasi berlaku apabila populasi luar bandar bergerak secara beramai-ramai ke kawasan bandar, serta mempengaruhi perubahan terhadap landskap bandar[1]

Pada tahun 2019, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa lebih daripada separuh penduduk dunia (4.2 bilion) kini tinggal di kawasan bandar. Menjelang 2041, angka ini akan meningkat kepada 6 bilion orang[2].

Di Malaysia pula, kadar penghijrahan yang tinggi dari kawasan luar bandar ke pusat-pusat bandar pada 30 tahun ini telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk perumahan mampu milik. Ironinya, hal ini membawa kepada kekurangan drastik dari segi ketersediaan perumahan yang mampu dimiliki oleh semua orang.[3]

Bagaimana rupanya kos perumahan rendah?

Berdasarkan spesifikasi minimum yang ditetapkan piawaian Malaysia, rumah kos rendah harus dibina di kawasan yang mempunyai 550-660 kaki persegi serta dilengkapi dengan ruang tamu, bilik mandi dan dua bilik tidur. Ianya kedengaran seperti urus niaga yang berbaloi jika hanya dilihat pada harga seunit, sehingga bilangan orang yang tinggal di dalamnya diambil kira.

Sumber: Teoalida

Isi rumah di Malaysia biasanya mempunyai lima anggota yang terdiri daripada bapa, ibu dan tiga orang anak. Unit kos rendah ini secara automatik menjadi sesak dan terlalu kecil bagi kehidupan yang selesa dan sihat.

Sumber: Malay Mail

Tambahan pula, rumah bajet rendah seperti ini sering dibelenggu pengurusan yang tidak bertanggung jawab, yang membawa kepada pembinaan yang tidak kukuh. Ini menyebabkan peningkatan kerosakan luaran dalam unit-unit rumah seperti bumbung yang bocor, lantai yang tidak rata, kualiti di bawah piawai, penyambungan paip dan elektrik yang tidak wajar serta pengudaraan yang tidak mencukupi. Di sebalik segala kerosakan bangunan ini, Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness) tetap dikeluarkan kepada penduduk selepas pemeriksaan. 

Sumber: Twitter | Karim Raslan @fromKMR

Penduduk miskin di bandar terpaksa akur dengan keadaan hidup seperti ini kerana mereka tidak mampu membeli tempat yang lebih baik di samping kekurangan pilihan dari segi perumahan yang mampu dimiliki.

Siapakah golongan miskin bandar?

Mereka terdiri daripada golongan isi rumah yang mempunyai pendapatan rendah, keluarga besar, pendidikan rendah, kekurangan peluang pekerjaan dan keadaan perumahan yang buruk. Oleh kerana kos hidup meningkat di kawasan bandar, golongan miskin bandar menjadi semakin terjejas kerana ketidakstabilan kewangan yang perlu ditanggung apabila menetap di bandar.

Sumber: The Star

Mereka lebih terdedah kepada risiko kesihatan kerana mereka hidup dalam persekitaran yang menjejas kesihatan yang berada di luar kawalan mereka. Masalah ini semakin membimbangkan apabila kumpulan-kumpulan berisiko ini tidak mampu membayar kos perubatan sekiranya kesihatan mereka terjejas. Penyelidik telah mendapati bahawa keadaan perumahan sememangnya dikaitkan dengan penyakit kronik[4].

Source: Malaysian Trade Union Congress

Lihatlah perumahan miskin bandar dan kehidupan mereka dengan lebih dekat dalam Persekitaran Miskin Bandar di Malaysia: Bahagian II

Sumber:

  1. Kuddus, MA. et al. (2020). Urbanization: a problem for the rich and the poor?. Biomedcentral. Link.
  2. United Nations Department of Economic and Social Affairs. World Population Prospects 2019. Link.
  3. UNICEF. (2018). Children Without: A study of urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur. Link.
  4. Zainal, NR. et al. (2012). Housing Conditions and Quality of Life of the Urban Poor in Malaysia. Sciencedirect. Link.

Diterjermah oleh: Nurul Shaeera

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?