Institusi-institusi pendidikan di Malaysia terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi yang sering berubah akibat pandemik. Perdebatan antara kelas fizikal dan dalam talian masih berada dalam keadaan seperti ‘tarik tali’ kerana Menteri Pendidikan sedang mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan para pelajar dan keupayaan mereka untuk mengikuti sukatan pelajaran.
Tindakan untuk bertukar kepada pembelajaran dalam talian secara tiba-tiba pada Mac 2020 merupakan satu perubahan drastik untuk para guru dan pelajar. Bukan semua orang mampu untuk beralih ke e-pembelajaran, yang mengakibatkan ramai pelajar harus berjuang untuk mendapatkan sambungan Internet dan ketersediaan peranti elektronik, di mana guru-guru harus bekerja keras dalam mengekalkan perhatian dan penglibatan pelajar sepanjang masa.
Setahun berada di dalam pandemik, kebanyakan ibu bapa (82.5%) lebih gemar anak-anak mereka untuk kembali ke sekolah, terutama mereka yang berada dalam demografi miskin bandar. Ibu bapa yang risau mendedahkan bahawa anak-anak mereka menghadapi beberapa cabaran dalam e-pembelajaran.
Cabaran lain yang dihadapi oleh para pelajar ini termasuklah kekurangan alat peranti (23%), rangkaian Internet atau Wi-Fi yang tidak stabil (22%), dan minat yang semakin berkurangan dalam pelajaran (14%)[1].
Belajar secara atas talian ini bagus, tapi tidak boleh lawan dengan pergi sekolah. Susah untuk tiga orang kanak-kanak untuk berkongsi satu telefon bimbit untuk belajar… Ia memang sukar. Puan F, 38 tahun [1]
Prema Thiyagu, pengasas bersama organisasi amal kebajikan Hope Selangor, bersetuju bahawa belajar secara atas talian mungkin bukan pilihan terbaik untuk kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah. Beliau telah mengagihkan pek makanan kepada mereka yang menetap di PPR (Program Perumahan Rakyat), dan tempat tinggal kos rendah lain di sekitar Lembah Klang. Dia telah melihat sendiri bagaimana kanak-kanak menghadapi cabaran belajar secara atas talian – mereka sememangnya sedang bergelut dengan situasi tersebut[2].
Mereka (kanak-kanak) perlukan Internet yang pantas dan alat peranti. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu untuk membeli komputer riba atau telefon bimbit untuk semua anak mereka, dan selalunya mereka terpaksa berkongsi satu alat peranti. Mereka juga tidak boleh guna data prabayar. Mereka perlukan sambungan Internet yang stabil untuk menggunakan aplikasi pembelajaran seperti Google Meet dan Google Classroom, jadi mereka perlukan WiFi. – Prema Thiyagu, pengasas bersama Hope Selangor[2]
Pendidikan seseorang kanak-kanak itu adalah kunci penting dalam untuk membuka potensi mereka untuk masa hadapan. Namun, bilangan kanak-kanak yang hilang minat untuk belajar sedang meningkat dalam kadar yang amat merisaukan.
Walaupun terdapat alternatif lain yang diambil seperti EduTV, 4 daripada 10 isi rumah mengakui bahawa kanak-kanak sukar untuk menghadam dan mengikuti sesi pembelajaran tersebut.
Buat masa sekarang, para pelajar sedang menyesuaikan diri secara perlahan-lahan dengan memanfaatkan sepenuhnya situasi yang selalu berubah dan tidak boleh dijangka. Kehidupan dan minat mereka adalah amat penting, dan perlu dijaga. Sepertimana sistem pendidikan di Malaysia bangga dengan kemampuannya untuk memastikan “Tidak ada yang tertinggal”, maka haruslah mentaliti tersebut kekal terutamnya disaat krisis melanda sebegini.