Site logo

Epidemik Yang Tidak Dibicarakan: Kanak-Kanak Adalah Mangsa Kesihatan Mental

Kanak-kanak sepatutnya berasa gembira dan bebas daripada kerunsingan! Hal ini sukar untuk dibincangkan mengenai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental. Namun begitu, hal ini sangat penting untuk mengadakan perbincangan secara terbuka mengenainya.

Isu kesihatan mental semakin meningkat dan serius serta kanak-kanak tidak lagi imun terhadap perkara ini.Hakikatnya, hal ini adalah benar, sama seperti kaki yang patah, luka yang terbuka atau lebam. Jika kita mengabaikannya, secara tidak langsung kita menyangkal pandangan kanak-kanak daripada didengari dan tidak membolehkan mereka untuk menyuarakan masalah mereka. 

Pada tahun 2019, terdapat 424,000 golongan kanak-kanak ditemui mengalami masalah kesihatan mental di Malaysia[1].

  • 8.4% daripada golongan kanak-kanak perempuan telah mengalami masalah kesihatan mental.
  • 8.8% daripada populasi kawasan pedalaman menderita daripada masalah kesihatan mental.
  • 9.2% daripada golongan B40 mempunyai isu kesihatan mental.
  • 9.5% daripada golongan remaja yang menghadapi masalah kesihatan mental adalah berumur antara 10-15 tahun.
Rujukan: National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019

Didapati juga bahawa kanak-kanak yang terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 ke RM1,999 mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental. Namun begitu, hanya 2.3% kanak-kanak yang terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan sebanyak RM10,000 disahkan mengalami masalah kesihatan mental[2].

Bagi membolehkan kita untuk memahami dasar epidemik yang tersembunyi dalam kalangan golongan muda, kita hendaklah memahami rintangan yang perlu dihadapi oleh golongan muda pada masa kini. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 telah menekankan empat faktor yang menjadi punca kepada isu kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. 

FAKTOR #1: MASALAH RAKAN SEBAYA (42.9%)[1]

Salah satu masalah utama rakan sebaya yang dihadapi oleh kanak-kanak  adalah tekanan rakan sebaya. Tekanan rakan sebaya merupakan tekanan secara dalaman atau luaran yang menyebabkan seseorang itu rasa seperti mereka perlu bertingkah laku dengan cara-cara yang tertentu, hal ini boleh membentuk pelbagai struktur sosial kita. 

Apabila tekanan rakan sebaya mendesak kanak-kanak untuk bertingkah laku dengan cara yang tertentu, hal ini boleh mempengaruhi kesihatan mental mereka dengan cara pengurangan keyakinan diri dan membawa kepada prestasi akademik yang lemah, menyebabkan kanak-kanan berjauhan diri dengan ahli keluarga serta rakan-rakannya, atau meningkatkan potensi untuk mereka menghidapi depresi dan kegelisahan. Jika perkara ini tidak diubati, perkara ini boleh mengakibatkan kemudaratan kepada diri atau kecenderungan untuk membunuh diri. 

Selain daripada tekanan rakan sebaya yang dicetuskan oleh interaksi secara bersemuka, ketersediaan dan kegunaan sosial media secara 24/7 mempunyai potensi untuk memperbesarkan perasaan tekanan rakan sebaya. 

Pengarah dan ahli psikologi klinikal SOLS Health, Ellisha Othman menyatakan bahawa komuniti miskin di bandar disyaki sebagai penyebab utama kepada isu kesihatan mental.


Kemiskinan di bandar adalah faktor yang berisiko kepada isu dan penyakit kesihatan mental. Penerimaan daripada rakan sebaya amatlah penting bagi golongan muda dan belia, mereka merasakan bahawa penerimaan daripada rakan sebaya tidak dipunyai oleh sesetengah rakan sekolah mereka. Hal ini kerana, gaya hidup secara bandar yang penuh dengan komersialisme dan materialisme, menyebabkan remaja membandingkan diri mereka dengan rakan yang lebih berkebolehan. – Ellisha Othman, Pengarah dan ahli psikologi klinikal SOLS Health[3]

Rujukan: New Straits Times

Salah satu perkara sosial media yang sering disalah fahami ialah apabila seseorang hanya memuat naik versi terbaik mereka, mewujudkan delusi di dalam realiti. Hal ini dapat membuatkan golongan muda bandingkan realiti diri mereka dengan kehidupan “sempurna” orang lain dan tekanan yang sedia ada akan semakin tinggi. 

Terdapat banyak jenis bentuk siber buli serta agresi dalam talian seperti komen berunsur kebencian, cabaran dalam talian yang membahayakan dan budaya troll yang menyumbang kepada tekanan negatif rakan sebaya dalam kalangan kanak-kanak[4].

FAKTOR #2: MASALAH TINGKAH LAKU (15.9%)[1]

CMasalah tingkah laku, atau dikenali juga secara saintifik iaitu conduct disorder, perkara ini merupakan sejenis gangguan perilaku. Ianya apabila kanak-kanak mempunyai tingkah laku anti-sosial[5]. Tingkah laku anti-sosial juga dianggap sebagai kelakuan sosial yang melanggar norma sosial dan kurang pertimbangan dan timbang rasa terhadap orang lain dan mungkin mempersembahakan diri dengan cara tingkah laku sosial yang tidak dapat diterima seperti jenayah,penderaan dan ketagihan[6].

Rujukan: Free Malaysia Today

Apabila orang muda menunjukkan tingkah laku agresif, mereka selalunya menjauhkan diri daripada orang lain, diasingkan atau dilabel sebagai pembuat masalah atau penyibuk. Apa yang kita gagal melihat ialah masalah ini mempunyai kaitan dengan masalah mental .

“Di sekolah, jika anda berasal dari PPR, pihak berkuasa, seperti polis, ibu bapa dan guru, mungkin sudah melabelkan diri anda dalam kategori tertentu atau disebabkan anda daripada PPR akan beranggapan bahawa anda tidak pintar, mungkin seorang yang malas atau pencetus masalah. Hubungan negatif dengan pihak berkuasa juga boleh meningkat dan mempengaruhi keyakinan diri dan identiti diri mereka dan sebagai seorang remaja, identiti diri merupakan perkara yang penting.– Ellisha Othman, Pengarah dan ahli psikologi klinikal SOLS Health[3]

FAKTOR #3: MASALAH EMOSI (8.3%)[1]

Kita melalui pelbagai jenis emosi pada setiap hari. Bagi kanak-kanak yang melalui mengalami peristiwa yang pahit serta mempunyai perasaan trauma yang berterusan, pengalaman itu sukar diproses dan dilupakan. Misalnya, kanak-kanak yang terperangkap dengan keluarga yang bermasalah mungkin akan mengalami emosi seperti kemarahan, keresahan, kekecewaan, kesedihan atau rasa bersalah.

Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan, selalunya menetap di kawasan yang mempunyai risiko yang tinggi, tahap sosio ekonomi yang rendah, dan persekitaran yang tidak selamat. Kanak-kanak yang didera selalunya terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah yang berada dalam pergelutan untuk bertahan dari segi kewangan. Masalah kewangan yang dibawa pulang ke rumah oleh ibu bapa ditambahkan pula dengan keadaan rumah yang tidak menyenangkan terdiri kemarahan, keberangan dan penderaan kanak-kanak[7].

Rujukan: Open University Malaysia

Pada 20 Februari 2019, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah didera oleh ibu kandung serta bapa tirinya hingga dia mengalami kecederaan yang teruk pada seluruh badannya. Kanak-kanak tersebut telah didera menggunakan wayar periuk nasi, dengan beberapa kecederaan yang terkesan pada tubuh badannya. Hal ini dipercayai bahawa bapa tirinya merupakan seorang pemandu bas[8].

Selain itu, terdapat lagi satu kes yang terjadi pada lingkungan masa yang sama dimana seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun juga telah didera dengan teruk. Akibatnya, kanak-kanak itu akhirnya mati disebabkan kecederaan yang dialaminya. Kanak-kanak itu telah didera oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani[7].

FAKTOR #4: HIPERAKTIF (2.3%)[1]

Hiperaktif, juga dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dapat dikesan melalui pola yang berterusan iaitu kurang perhatian dan/atau hiperaktif-impulsif yang boleh mengganggu fungsi dan perkembangan[9].

Kanak-kanak hiperaktif boleh merasai bahawa diri mereka tidak terkawal. Segelintir orang pula mungkin tidak dapat memahami apa yang kanak-kanak hiperaktif sedang mengalami dan boleh mempunyai tanggapan yang salah bahawa kanak-kanak tersebut sebenarnya bertindak keterlaluan dan tidak mendengar kata, menyebabkan kritikan dan denda yang tidak diperlukan. Hal ini boleh menyebabkan kanak-kanak rasa terpinggir, murung, atau merendahkan keyakinan diri mereka.

Rujukan: The Star

Kanak-kanak hiperaktif mungkin dilabel sebagai leka, mengganggu, atau sukar dikawal, tetapi sebenarnya, mereka mengalami isu kesihatan mental dan perlu didengari.

BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MEMBANTU?

Sukar untuk dibayangkan tahap stres dan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak serta golongan muda pada masa kini. Stres dalam kehidupan, ditambah pula dengan mereka yang sedang mencari identiti diri boleh menjadi sedikit membebankan. Walaupun kita sering beranggapan bahawa kanak-kanak merupakan insan yang gembira dan bebas daripada kegelisahan, namun realitinya mungkin amat berbeza daripada tanggapan kita yang sedia ada.Jadi, bagaimanakah dapat kita membantu?

1. MEWUJUDKAN TEMPAT YANG SELAMAT DAN MENGGALAKAN KOMUNIKASI SECARA TERBUKA.

Kanak-kanak dan golongan muda seharusnya tahu bahawa mereka masih boleh membicarakan tentang isu yang dialami mereka tanpa dilabel dan dinilai. kebanyakan isu kesihatan mental pada zaman kanak-kanak yang dibiarkan begitu sahaja tanpa pengesahan daripada doktor disebabkan kanak-kanak malu atau takut untuk berbicara mengenai perasaan mereka atau mereka tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan perkara tersebut dalam bentuk ayat.[4].

Bagi kanak-kanak yang lebih muda, melukis atau meluahkan perasaan mereka melalui cara yang lain dapat membantu mereka. Golongan ibu bapa dan penjaga perlulah memberi perhatian yang secukupnya. Sebaiknya, ruangan selamat sepatutnya di rumah, namun sekiranya berlaku situasi dimana rumah merupakan ruangan yang tidak selamat bagi orang muda untuk meluahkan perasaan, mereka perlu tahu bahawa terdapat komuniti di sekeliling mereka yang bersedia menjadi pendengar kepada masalah mereka. Guru sekolah, saudara-mara serta, rakan-rakan perlulah memberi perhatian terhadap orang muda yang berada di sekeliling kita.

2. MEMBINA KESEDARAN DAN FAHAMAN MENGENAI KESIHATAN MENTAL

Pendidikan dan kesedaran kepada khalayak umum akan membantu golongan pelajar untuk mengesan dan menghadapi isu kesihatan mental apabila mereka mengalaminya. Pendidikan  dapat memberi kemudahan kepada para guru dan pendidik untuk bercakap secara terbuka mengenai isu-isu ini[10]. Kanak-kanak dan orang muda seharusnya tidak perlu mencari terlalu jauh atau berasa sukar untuk mendapatkan kemudahan bantuan dan kesedaran apabila diperlukan.

Kita perlu meningkatkan pengetahuan golongan remaja mengenai isu kesihatan mental disamping meningkatkan kesedaran mengenai sumber kesihatan mental yang sedia ada. Hal ini penting untuk menguatkan usaha kita bagi mencegah isu kesihatan mental dan kita perlu bekerjasama untuk meningkatkan usaha bagi memperbaiki halangan yang sedia ada supaya perkhidmatan kesihatan mental yang mesra remaja dapat disediakan.” Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga[3], Dr Roslaili Khairudin

3. DAPATKAN BANTUAN PROFESIONAL

Kadang kala, intervensi secara tidak formal mungkin tidak akan mencukupi dan bantuan secara profesional amat diperlukan. Selain kaedah terapi, pengambilan ubat-ubatan dapat membantu untuk meningkatkan aktiviti neurotransmitter bagi melaraskan emosi dan pola pemikiran. Hospital awam menyediakan perkhidmatan kesihatan mental termasuklah Hospital Permai (Johor Bahru), Hospital Bahagia (Perak), Hospital Bukit Padang (Sabah), dan Hospital Sentosa (Sarawak)[11]

Kos bagi kaedah terapi mental dikatakan mahal dan hanya sesuai bagi golongan yang berkemampuan, tetapi hal ini tidak benar sepenuhnya. Berikutan adalah senarai bantuan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang bermula secara percuma hingga perkhidmatan yang berharga bawah RM100.

  • Mercy Malaysia talian hayat
  • Befrienders menyediakan sokongan emosi secara 24/7 melalui talian hayat dan pusat mereka. 
  • Malaysian Mental Health Association (MMHA) menyediakan perkhidmatan bermula dengan harga RM50
  • Mentari adalah komuniti pusat kesihatan mental yang di inisiatif kan Kementerian Kesihatan, Malaysia. 
  • Lifeline Association Malaysia menyediakan perkhidmatan konsultasi secara bersemuka, melalui telefon atau e-mel dengan percuma.
  • SOLS Health menyediakan bantuan kewangan bagi klien yang berkelayakan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental secara profesional.
  • Relate Malaysia menyediakan perkhidmatan yang bermula dengan harga RM45 bagi satu sesi psikoterapi selama 50minit bersama seorang pelatih. Istimewa, 95% diskaun bagi sesi untuk barisan hadapan.
  • Cara Cara Mental Fitness, sesi terapi yang disediakan bermula dengan harga RM80
  • Life Line Association Malaysia ialah sebuah NGO yang memberi perhatian kepada kesihatan mental – keutamaan bagi penutur Mandarin. 辅导组由一群受过专业培训的义工,透过电话、电邮或面谈,聆听大众倾诉各种生活议题。
  • SNEHAM Malaysia ialah sebuah NGO yang memberi fokus kepada pencegahan bunuh diri, serta memberi keutamaan kepada penutur Tamil.  சிநேகம் – தற்கதற்கொலைகளை தடுக்கும் ஹெல்ப்ன்லைன்
  • Tenaganita menyediakan informasi, nasihat, dan kaunseling kepada emigran, migran dan pekerja domestik, golongan wanita dan kanak-kanakyang berada dalam keadaan krisis dan mangsa pemerdagangan manusia.

Jika anda terlihat perkara yang luar biasa tetapi tidak mempunyai hak untuk campur tangan secara terus, sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp 019-2615999, talian online secara 24-jam yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

TEROKAI SUMBER KAMI:

  1. Institute for Public Health. (2020). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy—Key Findings. Link.
  2. Ministry of Health Malaysia. (2019). National Health and Morbidity Survey 2019 Technical Report – Volume I. Link 
  3. Rajendram, R. (2019). Poor Students Face More Mental Issues. The Star. Link.
  4. Helping teens deal with peer pressure. Children’s Health. Link.
  5. John Hopkins Medicine. Conduct Disorder. Link.
  6. Wikia.org. Antisocial behaviour. Link. 
  7. Abu Baka, N. et al. (2020). Understanding and addressing child abuse: Case Study of B40 Community. Faculty of Applied Social Sciences, University Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia. Link.
  8. Free Malaysia Today. (2019). Parents arrested over abuse of 12-year-old boy. Link. 
  9. Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder. National Institute of Mental Health. Link.
  10. Ibrahim, N. et al. (2020). The Effectiveness of a Depression Literacy Program on Stigma and Mental Help-Seeking Among Adolescents in Malaysia: A Control Group Study With 3-Month Follow-Up. SAGE Journals. Link. 
  11. Malaysian Healthcare Performance Unit National Institute of Health. (2016). Malaysian Mental Healthcare Performance: Technical Report. Link.

Diterjermahkah oleh: Syakilah Rodzi

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?