Site logo

Kadar Pengangguran Miskin Bandar 2.5 Kali Lebih Tinggi Berbanding Pra-Pandemik

Sejak bermulanya pandemik pada awal tahun 2020, rakyat Malaysia telah membiasakan diri dengan arahan duduk rumah, peraturan yang bertukar-tukar, kawalan pergerakan dan perkara yang sewaktu dengannya. Manakala kanak-kanak bersekolah terpaksa menyesuaikan diri dengan pembelajaran atas talian, orang dewasa terpaksa menghadapi tekanan dan stres akibat kehilangan mata pencarian. Pandemik ini telah membawa sebuah impak negatif kepada sosioekonomi negara serta mengubah kehidupan keluarga – keluarga yang hidup bagai telur di hujung tanduk. Inilah hakikat kehidupan keluarga miskin bandar yang merangkumi 10% daripada populasi negara Malaysia[1].

Pengangguran Adalah Dua Kali Lebih Teruk

Salah sebuah isu penting yang dibawa ke hadapan oleh pandemik ini adalah pasaran tenaga kerja negara ini masih belum pulih ke normal. Laporan ‘Families on the Edge’ yang terkini, keluaran UNICEF, yang dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang tinggal di PPR sekitar Kuala Lumpur mendapati bahawa kadar pengangguran setahun selepas mulanya pandemik berada pada 12%. Angka ini adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi sebelum bermulanya perintah berkurung[1]

Source: Selangor Journal

Kadar pengangguran untuk isi rumah wanita adalah 16%, tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional[1]. Lebih-lebih lagi, kadar pengangguran di kalangan dewasa kanak-kanak (orang yang berumur 18 – 64 tahun dan mempunyai hubungan sebagai anak kepada ketua isi rumah) adalah kedua tertinggi di negara ini dengan kadar 36%, manakala ahli isi rumah yang berkelainan upaya mempunyai kadar tertinggi pada 48.4%[1]

Isi Rumah Berpendapatan Rendah Mampu Bekerja Lebih Masa

Untuk mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan, waktu bekerja mereka telah bertambah baik memandangkan pengangguran merupakan antara salah satu masalah terbesar sewaktu pandemik bermula. Sekarang, jumlah isi rumah yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu telah mula bertambah baik sejak awal tahun lepas. Namun, jumlah ini adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata nasional pada 2019.  Antara yang paling terkesan akibat fenomena ini adalah ketua isi rumah yang berlainan upaya di mana kadar pengangguran meningkat dari 13% ke 23%[1].

Alternatif Kepada Pekerjaan Formal Yang Mengagumkan

Pandemik ini telah memberi pengajaran kepada ramai ketua isi rumah. Ramai di kalangan mereka terpaksa mencari jalan lain untuk menyara hidup mereka dan keluarga mereka. Walaupun majoriti besar ketua isi rumah miskin bandar di Kuala Lumpur merupakan pekerja, jumlah ketua isi rumah yang bekerja bersendirian dalam kalangan wanita dan orang kelainan upaya telah meningkat sejak September 2020[1]

Terdapat peningkatan dalam penyertaan pekerjaan tidak formal dari 23% kepada 34% pada tahun 2019[1]. Statistik ini menunjukkan bahawa isi rumah berpendapatan rendah bersedia menyambar apa jua peluang mata pencarian yang dikemukakan kepada mereka.

Source: Eco Business

Walau bagaimanapun, pendapatan isi-isi rumah ini masih tidak sebanyak pendapatan mereka pra-pandemik. Pada 2019, sebuah isi rumah berpendapatan rendah mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM2,219 sebulan[1].  Pada Mei 2020, angka ini telah jatuh kepada RM1,400 sebulan dan hanya mencapai peningkatan kecil menjelang Mac 2021 dimana jumlah penengah pendapatan hanyalah RM2,117 sebulan. Untuk isi rumah yang diketuai para wanita serta golongan kelainan upaya, angka-angka ini kembali pulih kepada normal tetapi hanyalah sekadar RM1,200 dan RM1,300 masing-masing[1]

Secara keseluruhannya, apakah situasi kewangan golongan miskin bandar setahun ke dalam pandemik?

Dalam istilah kemiskinan mutlak, terdapat peningkatan besar sejak permulaan pandemik dengan angka tersebut jatuh daripada 61% pada Mei 2020 ke hanya 45% pada Mac 2021[1]. Tambahan lagi, isi rumah yang diketuai golongan wanita menunjukkan sedikit peningkatan (76% ke 62%) manakala isi rumah yang diketuai golongan kelainan upaya menurun dari 75% ke 55% dalam jangka masa yang sama[1]

Source: The Star

Dari segi kemiskinan relatif, isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM5,247.50 sebulan di Kuala Lumpur dianggap miskin relatif. Kos ini dihitung berdasarkan kos sara hidup di bandar tersebut. Mereka yang tergolong dalam kategori ini menunjukkan peningkatan yang kecil dimana kemiskinan relatif jatuh kepada 89% pada Mac 2021 berbanding 92% pada 2019[1].

Ketua isi rumah wanita dan golongan kelainan upaya merupakan golongan yang paling terkesan dari segi kemiskinan relatif, dengan 97% dan 90% masing-masing. Namun demikian, isu kemiskinan relatif masih menjadi kebimbangan besar dan jikalau keluarga-keluarga ini berdepan satu lagi kejutan ekonomi, mereka akan terhumban ke dalam kemiskinan mutlak.

Intihanya, kesan-kesan pandemik masih lagi wujud dalam tahun 2021 ini dan akan mengambil masa untuk ekonomi kembali pulih. Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membantu komuniti yang berpendapatan rendah di Kuala Lumpur.

Explore Our Source: 

  1.  UNICEF. (2021). Families on the Edge: Issue 4: Two-Steps Forward, One Step Back: The New Normal for Malaysia’s Urban Poor? Link. 

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?