Site logo

Hubungan Antara “Fast Fashion” Dan Kemiskinan

‘Fast fashion’ adalah sebuah industri bernilai berbilion-bilion ringgit. Jenama-jenama seperti Shein, Forever 21 dan Zara sentiasa melancarkan pakaian baru pada kadar yang tinggi untuk memenuhi kehendak dan trend terkini. Ditambah pula dengan kemampuan mereka dalam menawarkan harga yang murah, tidak hairanlah kebanyakan jenama ini mempunyai pelanggan dari serata dunia.

Perkara ini kelihatan seperti bermanfaat kepada pengguna. 

Sumber: The Business of Fashion

Namun bila realiti di sebalik industri ini dibongkar, ia tidaklah seindah yang disangka. Industri ‘fast fashion’ berfungsi di atas sistem yang mengeksploitasi para pekerja, di mana ramai di antara mereka yang terpaksa bekerja dalam persekitaran berbahaya dengan gaji minimum.

Pelbagai persoalan telah dibangkitkan berkenaan etika bagi jenama-jenama fesyen ini, serta juga hubung kait mereka dengan kemiskinan. Ketahui lebih lanjut tentang rahsia yang cuba diselindungi oleh industri ini dalam artikel di bawah.

Tiada Akauntabiliti Di Atas Amalan Pembuatan Yang Tidak Beretika

Bagaimana jenama seperti Zara mampu mengeluarkan 20,000 model pakaian setiap tahun, manakala Topshop menampilkan 500 gaya baru setiap minggu[1] Malah, mereka biasanya menampilkan 52 ‘musim’ fesyen dalam setahun[2]

Jenama seperti H&M dan Forever 21 menerima penghantaran pakaian baru setiap hari. Shein, sebuah jenama ‘fast fashion’ yang kini giat berkembang, memiliki ribuan jenis pakaian di laman web mereka, dan masih menambah kira-kira 2,000 stail baru setiap hari[3]

Jenama-jenama ini mampu menghasilkan pakaian pada kadar yang sangat pantas kerana mereka tidak berinteraksi dengan bahagian pembuatan, dan sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada firma pembekal yang berada di negara-negara membangun. Firma-firma ini kemudiannya memberi sub-kontrak kepada pembekal-pembekal tidak bertauliah yang tidak mempunyai kaitan dengan jenama ‘fast fashion’ tadi.

Sumber: Think Sustainability

Tanpa kebenaran ataupun hubungan rasmi, jenama-jenama ini boleh lepas tangan daripada sebarang tanggung jawab untuk memastikan persekitaran kerja terjaga pada rangkaian bekalan mereka. Dan oleh kerana sub-kontraktor ini tidak bertauliah dan tidak berdaftar, mereka boleh beroperasi tanpa kawalan atau penyeliaan kerajaan.

Malah, persaingan untuk menghasilkan bekalan dengan lebih pantas dan lebih murah membawa kepada banyak penyalahgunaan pekerja dan pelanggaran piawai buruh.

PENYALAHGUNAAN PEKERJA ADALAH TERBINA DI DALAM MODEL RANTAIAN BEKALAN YANG DIPERJUANGKAN OLEH GERGASI-GERGASI PAKAIAN INI. – PENELOPE KRYITSIS, PENGARAH KAJI SELIDIK DI KONSORTIUM HAK PEKERJA[4]

Mengeruhkan Kemiskinan Dengan Mengeksploitasi Golongan Yang Memerlukan

Undang-undang buruh sedia ada adalah tidak mencukupi, dan ianya membawa kepada persekitaran kerja yang berbahaya, dan golongan yang paling terkesan adalah mereka yang memerlukan. Ini kerana kilang-kilang ini biasanya mengambil kesempatan terhadap golongan miskin – yang tidak mempunyai pilihan lain dalam menyara keluarga.

Sumber: Labour 411

Ramai buruh yang bekerja selama 14 hingga 16 jam sehari, 7 hari seminggu. Semasa musim-musim kemuncak, ada yang bekerja hingga 2 atau 3 pagi untuk mengejar tanggal akhir[5].Dalam banyak kes, mereka diminta untuk kerja lebih pada saat akhir dan terpaksa patuh. Ini kerana mereka takut dipecat dan hilang satu-satunya sumber pendapatan yang sedia ada[6]

Meskipun mereka melakukan kerja berat, gaji minimum bagi pekerja ‘fast fashion’ hanyalah sekitar separuh hingga satu perlima gaji sara hidup. Ini bermakna, pekerja-pekerja ini dibayar 5 kali lebih sedikit daripada apa yang diperlukan untuk kehendak asas seperti makanan, sewa, kesihatan, dan pendidikan[5]. Di India contohnya, seorang pekerja kilang biasanya hanya dibayar 58 sen sejam, dan di Bangladesh, ianya serendah 33 sen.

Meskipun dengan tempoh kerja yang panjang jauh dari keluarga, pekerja yang menghasilkan pakaian kita masih terperangkap dalam kemiskinan.

Keganasan Dan Ketidaksamarataan Jantina Yang Berleluasa

Perlu ditekankan bahawa majoriti pekerja industri ‘fast fashion’ adalah daripada golongan wanita. Di Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan Sri Lanka, jumlah ini adalah setinggi 80 hingga 95 peratus[7]

Dari segi sejarah, integrasi wanita dalam sektor pekerjaan dianggap sebagai pencapaian penting dalam memperjuangkan kesamarataan jantina. Namun ‘fast fashion’ tidak memainkan peranan mereka dalam mencabar layanan tidak setimpal terhadap golongan wanita, malah mengeruhkannya lagi.

Di kilang-kilang tekstil, wanita selalunya dibayar lebih rendah berbanding rakan sejawat lelaki. Jawatan pengurusan juga selalunya didominasi oleh lelaki yang memburukkan lagi keadaan, kerana ia membentuk struktur kuasa berhierarki yang menyukarkan pekerja wanita untuk membuat aduan bagi salah laku dan aduan itu untuk dilayan secara serius di tempat kerja [8].

Sumber: Planet Aid

Pekerja wanita akhirnya perlu bergantung kepada pihak atasan lelaki yang biasanya menyalahgunakan jawatan mereka. Laporan-laporan daripada Global Labour Justice (GLJ) memperincikan bukti-bukti eksploitasi dan penganiayaan para pekerja di kilang-kilang pembekal buat H&M dan Gap  – termasuklah (namun tidak terhad kepada) penderaan fizikal, gangguan seksual, persekitaran kerja yang teruk, dan paksaan untuk kerja lebih masa.

Dengan kuasa yang terhad dalam membuat keputusan, pekerja wanita dalam industri ‘fast fashion’ tidak dapat memperbaiki keadaan mereka. Malah, ramai yang tidak mempunyai jaringan keselamatan bagi kewangan jika mereka mahu mencari kerja lain[9]

Walaupun mereka boleh bertukar kerja, pekerjaan lain seperti pembantu rumah atau pekerja lombong selalunya mempunyai risiko tinggi bagi gangguan dan persekitaran kerja berbahaya. Realiti yang kelam ini menghantui jutaan wanita di persekitaran kerja yang tidak selamat.

BAGI RAMAI WANITA YANG HIDUP DI NEGARA YANG BERGELUMANG DENGAN KEMISKINAN, PEKERJAAN DI INDUSTRI TEKSTIL ADALAH PILIHAN TERBAIK DALAM SITUASI YANG BURUK. – NADA ELBARHSOUMI, AKTIVIS INDUSTRI FESYEN MAPAN[10]

Memudaratkan Kanak-Kanak Dalam Kemiskinan 

Sumber: UNICEF

Wanita bukanlah satu-satunya mangsa dalam rantaian bekalan ‘fast fashion’. Akibat daripada desakan kemiskinan, kanak-kanak juga terdedah kepada persekitaran kerja yang berbahaya.

Menurut laporan ILO, seramai 170 juta kanak-kanak bekerja dalam industri pakaian pada tahun 2021. Ditipu oleh perekrut yang menjanjikan gaji yang cukup serta makanan tiga kali sehari, kanak-kanak ini boleh dijumpai pada setiap peringkat pembuatan; mengutip kapas, memintal benang dan juga menjahit baju[11]. Walaupun nombor ini sudah berkurangan saban tahun, buruh kanak-kanak kekal menjadi model yang berterusan dalam rangkaian pembuatan pakaian.

Ramai perekrut yang mengaku mencari kanak-kanak kerana mereka dianggap lebih patuh dan taat[12]. Its consequences are harrowing — perkara ini sangat menggangu – tangan yang sepatutnya memegang buku dan pensil, kini bekerja 12 jam sehari, menjahit dan mewarnakan pakaian untuk memenuhi permintaan pengguna global bagi ‘fast fashion’.

Sumber: Medium

Oleh kerana mereka tidak dapat memperoleh pendidikan untuk meningkatkan kemahiran, kanak-kanak ini terperangkap dalam kerja-kerja berpendapatan rendah walaupun mereka meningkat dewasa. Kitaran kemiskinan ini berulang pada generasi seterusnya, di mana sekali lagi anak-anak mereka terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga.

Amalan buruh yang tidak beretika ini menunjukkan kaitan antara ‘fast fashion’ dan kemiskinan. Kitaran penindasan dan eksploitasi berulang, dan industri ‘fast fashion’ memastikan ia berterusan.

Ancaman Pada Maruah Seorang Insan

Oleh sebab ‘fast fashion’ sentiasa mengejar trend terbaru, sasaran bagi pembekalan sentiasa meningkat sehingga hampir mustahil untuk dipenuhi, sekali gus mendedahkan pekerja kepada risiko penderaan fizikal dan emosi.

The facts and figures we’ve explored reveal the heart-wrenching truth: fast fashion relies on globalisation Berdasarkan fakta yang telah kita terokai, ternyata bahawa ‘fast fashion’ bergantung kepada globalisasi, dan ia dijana oleh buruh murah bagi menghasilkan untung yang tinggi pada kos pembuatan rendah. Jenama yang membayar gaji tidak setimpal seperti ini mengambil kesempatan terhadap golongan yang memerlukan, menjadikan mereka terperangkap dalam kemiskinan dan tidak mampu untuk membela diri.

Sumber: Made In America Movement

Penting untuk kita menyedari bahawa gaji sara hidup bukanlah suatu kemewahan mahupun hak keistimewaan – ia adalah hak sejagat manusia bagi setiap pekerja di seluruh dunia, termasuklah yang menghasilkan pakaian kita.

Tiba masanya jenama ‘fast fashion’ komited dalam membayar gaji sara hidup untuk memastikan pekerja mereka boleh hidup dengan bermaruah. Mereka juga perlu membangunkan perancangan yang teliti, telus dan rapi dalam mencapai matlamat ini.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Amalan industri ‘fast fashion’ yang tidak beretika ini memang membimbangkan – pada masa yang sama, kita boleh menggunakan suara dan agensi kita sebagai pengguna.

Kita boleh mengelak dari membeli daripada jenama ‘fast fashion’, dan sebaliknya, menyokong jenama yang beretika dan mapan. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada menyumbang ke arah industri yang menindas dan mengeksploitasi komuniti miskin. 

Di Malaysia, kita ada banyak jenama tempatan yang menghasilkan pakaian secara beretika. Contohnya, syarikat sosial seperti Batik Boutique dan Changgih komited untuk menyediakan pekerjaan kepada komuniti yang memerlukan.

Selain itu, kita juga boleh membeli barangan ‘second-hand’ dan lebih menyayangi pakaian yang sedia ada. Gaya hidup yang sederhana dan tidak mengejar trend terbaru akan dapat mengelakkan budaya pembaziran yang digalakkan oleh industri ‘fast fashion’ ini.

Sumber: Fashion Insider

Kita juga boleh menyebarkan kesedaran akan isu ‘fast fashion’ dengan kawan dan keluarga. 

Jenama-jenama besar ini akan mula mendengar apabila kita bersuara menggunakan dompet kita.

Masalah ini memerlukan penyelesaian yang berkesan dan berkekalan, oleh itu tanggungjawab perlulah digalas oleh jenama-jenama ini sendiri. Pada masa yang sama, kita juga boleh memainkan peranan secara individu atau secara kolektif untuk mendesak syarikat-syarikat ini untuk melaksanakan tanggung jawab dan amanah mereka.

Explore Our Sources

  1. 2018. Green America. Factory Exploitation and The Fast Fashion Machine. Link
  2. 2020. Australian Style Institute. What is fast fashion? Link
  3. 2021. Insider. Here’s how Shein gets consumers to keep spending. Link
  4. 2021. Al-Jazeera. Are your favourite fashion brands using forced labour? Link
  5. Clean Clothes Campaign. Working hours and overtime: 96-hour work week. Link
  6. 2021. SustainYourStyle. Inhumane working conditions. Link
  7. 2018. FastCompany. Why this company is making its factory wages public. Link
  8. 2014. Fashion Revolution. Exploitation or emancipation? Women workers in the garment industry. Link
  9. 2021. Good On You. The impact of fast fashion on garment workers. Link
  10. 2021. Good On You. How fast fashion traps women and girls in poverty. Link
  11. 2020. Medium. Inside the Ugliness of the Fast Fashion industry. Link
  12. The Guardian (sponsored by UNICEF). Child labour in the fashion supply chain. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?