Menurut Artikel 1 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan Status Orang Tanpa Kewarganegaraan 1954, individu tanpa kewarganegaraan didefinasikan sebagai “individu yang tidak dianggap sebagai warganegara oleh sesebuah negara di bawah undang-undang negara tersebut”.
Bagi seseorang individu yang tidak diiktirafkan sebagai warganegara oleh mana-mana wilayah atau negara, kekaburan identiti ini menjadikan mereka salah satu golongan yang paling rentan di dunia. Hal ini demikian kerana, tiada pihak yang bertanggungjawab secara sah disisi undang-undang untuk menjaga kebajikan mereka.
Sesebuah negara atau pemerintah tidak terikat secara sah dengan individu tanpa kewarganegaraan. Tanpa kewujudaan dokumen kewarganegaraan, pihak kerajaan tidak mempunyai sebarang tanggungjawab terhadap individu tersbut untuk memberikan hak-hak asasi seperti akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, pilihan tempat tinggal mahupun perlindungan. Komuniti-komuniti yang terdiri daripada individu tanpa kewarganegaraan selalunya dianggap sebagai pendatang asing dan diabaikan untuk membela nasib sendiri. Status kewarganegaraan yang sering diambil ringan oleh orang Malaysia sendiri sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang penting untuk kelansungan hidup. Namun, bagi individu tanpa kewarganegaraan, mereka tidak mempunyai kemudahan ini.
Kertas Penyelidikan ini berada di Tahap 2. Ia telah diperiksa fakta. Ketahui apa itu Tahap 2 dan bagaimana anda boleh menolong mencapai Tahap 4 dengan memuat turun kertas penyelidikan ini.