Fakta Mengejutkan Tentang Jurang Pendidikan Di Malaysia

https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2020/09/13/human-writes-malaysia039s-education-system-is-failing-young-dropouts

Pendidikan merupakan salah satu pelaburan paling penting yang boleh dilakukan oleh sesebuah negara untuk rakyat serta masa depannya. Ia dilihat sebagai penyama hebat atau ‘the great equalizer’- dan dapat membuka ruang kepada peluang pekerjaan, sumber dan kemahiran yang diperlukan oleh keluarga untuk tidak hanya bertahan tetapi juga berkembang.

Pendidikan berperanan sebagai ejen perubahan yang kuat, meningkatkan taraf kesihatan dan kehidupan serta menyumbang kepada kestabilan sosial dan pemacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Sebagai salah satu hak asasi manusia, pendidikan memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan manusia, sosial dan ekonomi. Namun begitu, hak terhadap pendidikan asas beribu-ribu kanak-kanak di Malaysia masih dinafikan walaupun terdapat kemajuan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kekurangan pendidikan mungkin menjadi salah satu punca utama kemiskinan diwarisi generasi seterusnya.

Diterjermah oleh: Nurul Shaeera

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?