Site logo

Fakta-Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang BR1M, BSH & Bantuan Kewangan Lain Untuk Golongan B40

village in Dalat, Sibu_instagram_eeyernlee

Ringkasan berikut berdasarkan kepada Aiming High: Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development report diterbitkan oleh World Bank pada tahun 2021.

Tidak kira di mana anda berada di Malaysia, kemiskinan sudah semestinya ada di sana. Negeri yang berpendapatan tinggi tidak bermaksud isi rumah juga turut berpendapatan tinggi. Golongan B40 di negeri-negeri Sabah dan Sarawak merangkumi 12.3% dan 11.7% daripada jumlah isi rumah berpendapatan rendah seluruh Malaysia. Selangor dan Johor juga mempunyai peratusan yang hampir sama dalam perkara ini.

Source: instagram (eeyernlee)

Walaupun golongan Bumiputera mendominasi demografi miskin dan kaya, terdapat sejumlah besar populasi rakyat berbangsa Cina dan India yang termasuk ke dalam golongan B40. Ramai mempunyai persepsi di mana golongan B40 menetap di kawasan pedalaman namum hakikatnya, kebanyakkan golongan B40 sebenarnya menetap di kawasan bandar. Jadi, bagaimanakah Malaysia melindungi golongan yang berisiko ini yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum?

Sebuah kajian yang dilakukan oleh World Bank telah mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki situasi ekonomi Malaysia. Kajian ini juga telah menggariskan kelemahan-kelemahan yang wujud dalam bantuan kewangan sedia ada yang kerap digunapakai selain menilai kebolehan program perlindungan sosial dalam negara ini.

Source: World Bank

10 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang BSH, BR1M Dan Bantuan Kewangan Lain Untuk Golongan B40

  1. Malaysia menggunakan dua jenis program perlindungan sosial. Pertama sekali ialah bantuan social bukan kontributori dimana pihak berkepentingan akan memyumbang bantuan kewangan, bantuan makanan bersasar dan lain-lain. Kedua ialah bantuan sosial kontributori dimana sumbangan pekerja akan menentukan kelayakan mereka. Program-program pencen warga emas dan OKU serta insurans pengangguran merupakan beberapa contoh yang boleh diambil.
Source: Uncle Kentang
  1. Bukan semua pekerja dilindungi di bawah bantuan sosial. Menurut data dari tahun 2016, bantuan sosial Malaysia hanya mencapai 67% rakyat Malaysia tetapi 50% sahaja yang dilindungi insurans sosial (e.g., SOCSO).
  1. 98.2% daripada komuniti B20 Malaysia dilindungi hanya 7.8% daripada program bantuan sosial yang diperuntukkan oleh negara. Hanya sebahagian kecil daripada pendapatan pasca pemindahan negara diagihkan secara meluas di kalangan penduduk majoriti. Dengan liputan yang luas tetapi kadar kecukupan yang rendah, rakyat Malaysia berhadapan dengan program yang lebih terhad tetapi luas pengagihannnya.
Source: Nadi Negara
  1. Bantuan Sara Hidup (BSH), yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) (ditubuhkan pada 2013), merupakan program pemindahan tunai yang berpotensi untuk memudahkan pembangunan modal insan, memanfaatkan simpanan umur tua yang lebih tinggi, serta menyediakan akses kepada pekerjaan rasmi secara aktif.
  1. Setiap satu dalam lapan isi rumah B40 tidak menerima manfaat BR1M. Manakala 93.7% bancian B1 menerima BR1M, hanya 80.9% daripada B4 menerima bantuan. World Bank meramalkan bahawa BSH mempunyai trend yang sama. Secara keseluruhannya, hampir separuh daripada bantuan sosial Malaysia diberikan kepada masyarakat M40 dan T20. World Bank menyatakan bahawa 53.2% bantuan sosial diagihkan kepada B40, 37.2% kepada M40, 9.5% kepada T20.
Source: Sabah Post
  1. Bantuan kewangan tidak diagihkan di antara golongan berpendapatan dengan sewajarnya. Secara keseluruhannya, 63.3% daripada semua isi rumah di Malaysia dilaporkan menerima bantuan kewangan daripada BR1M. Hal ini bermakna walaupun golongan B40 menerima bahagian yang lebih besar, golongan berpendapatan tinggi yang tidak layak untuk menerima bantuan tersebut menjadi orang yang pertama untuk menerimanya. Penyelidikan selanjutnya boleh dilakukan untuk menilai kelemahan dalam sistem ini.
  1. Golongan B40 tidak mendapat perlindungan kewangan kerana mereka tidak menyedari manfaatnya dan beranggapan bahawa proses untuk mendapatkan bantuan hanya menyusahkan mereka. Kajian UNICEF mendapati bahawa golongan B40 yang tidak dilindungi oleh program perlindungan sosial berkemungkinan besar kurang sedar mengenai program-program tersebut dan ramai yang menanggap proses pendaftaran itu membebankan.
  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan sepuluh program untuk golongan berisiko di Malaysia yang menyasarkan golongan tua, kanak-kanak, orang kurang upaya, dan pesakit kronik. JKM mempunyai hampir 500,000 penerima manfaat pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, kira-kira RM1.5 bilion diperuntukkan untuk kesemua sepuluh program, iaitu hanya 22.9% daripada peruntukan BR1M.
women in poverty
Source: Al Jazeera
  1. Manfaat bantuan sosial dan perkhidmatan kebajikan JKM mempunyai peruntukan belanjawan yang rendah. Walaupun program ini menjadi langkah ke arah yang betul dan bertindak sebagai bantuan tambahan kepada BSH, ia mempunyai pembiayaan yang sangat terhad dan liputan yang sangat rendah. Pada tahun 2016, hanya 10.1% daripada B40 dilindungi disebabkan belanjawan yang kecil. Rata-rata waris akan menerima RM263/bulan dari JKM.
  1. Jurang yang sedia ada dalam skim perlindungan sosial Malaysia. Dengan jumlah penerima yang tinggi dan kurang satu pertiga daripada pembiayaan BR1M, komuniti yang terdedah tidak diberikan cukup untuk bertahan melalui program perlindungan sosial JKM & BR1M/BSH. Walaupun skim BR1M/BSH mempunyai peruntukan belanjawan yang lebih tinggi, sistem ini tidak cukup halus untuk menyalurkan bantuan kepada penerima B40 malahan membawanya kepada ahli isi rumah T20 yang menerima bantuan.

Explore Our Sources

  1. World Bank (2021) ‘Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development,’ Country Economic Memorandum, Washington, DC: The World Bank. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?