Site logo

Enam Mahasiswi Berikhtiar Mengajar Anak-Anak Kecil

Versi Bahasa Inggeris


Kemiskinan dan pendidikan merupakan dua faktor yang saling mempengaruhi satu sama lain. Kanak-kanak yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan terdedah kepada pelbagai cabaran di sekolah dan di rumah. Hal ini mengehadkan peluang mereka untuk berjaya dalam pendidikan.

Masalah ini menjadi lebih rumit pula untuk kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga tanpa kewarganegaraan.

“Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat mengesahkan bahawa pendidikan merupakan hak manusia yang asas untuk semua. Ini bermaksud semua orang sepatutnya mempunyai peluang yang sama, akses sebanding dan taraf pendidikan yang berkualiti tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.”

United Nations ‘Universal Declaration of Human Rights’ (UDHR)

Kanak-kanak yang tidak memperolehi peluang pendidikan yang sewajarnya akan mengakibatkan mereka berada dalam kitaran kemiskinan di luar kawalan mereka. Malahan kebanyakan pihak organisasi di Malaysia telah mengambil cabaran ini dan menjadikan misi mereka untuk meningkat kadar literasi kanak-kanak bagi keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah.

Isu ini merupakan isu yang amat ketara. Hal ini menyebabkan mahasiswi Privilad berikhtiar untuk menolong golongan tersebut dan mengubah nasib mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.

Inilah PriviLAD

PriviLAD merupakan projek yang ditubuhkan oleh enam pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan visi untuk mengubah kehidupan kanak-kanak miskin dengan menyediakan pendidikan asas yang berkualiti.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_0565-763x1024.jpg

Idea ini bermula apabila mereka memperolehi dana daripada pihak ‘Khind Starfish Foundation’. Nama Privilad berasal daripada gabungan dua perkataan bahasa Inggeris iaitu “privilege” – (keistimewaan), dan “lad” (anak muda). Mahasiswi-mahasiswi ini sedar betapa untungnya mereka kerana diberi peluang dan kemudahan pendidikan yang berkualiti, dan sekarang ingin berkongsi istimewaan ini dengan kanak-kanak di Kampung Teluk Layang,  Sabah. 

Pentingnya Mengambil Tindakan Susulan

“Terdapat 40,000 kanak-kanak tanpa dokumen dalam lingkungan umur tujuh tahun hingga tujuh belas tahun di Malaysia. 85% daripada mereka buta huruf.”

UNHCR – THE UN REFUGEE AGENCY

Berdasarkan artikel dalam akhbar “The Star” (2018), sebuah kumpulan NGO mendapati bahawa terdapat anggaran lingkungan 800,000 orang tanpa dokumen[1] di Sabah sahaja. Mahasiswi-mahasiswi PriviLAD bekerjasama dengan organisasi Borneo Komrad untuk melaksanakan misi mereka. Mereka melibatkan diri di beberapa pusat pendidikan sedia ada yang juga dikenali sebagai ‘Sekolah Alternatif’, yang telah ditubuhkan khas untuk kanak-kanak tanpa dokumentasi di Teluk Layang, Likas, Sabah.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2020-10-26-at-9.29.01-AM-1024x768.jpeg

Ahli kumpulan PriviLAD melibatkan diri sebagai guru separuh masa kepada kanak-kanak di sekolah alternatif sementara menyelesaikan tahun akhir mereka di universiti. Mereka menjadikan proses pembelajaran lebih seronok untuk kanak-kanak ini dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti permainan dan lagu-lagu. Kanak-kanak tersebut diajar untuk membaca dan menulis, di samping memupuk kemahiran insaniah mereka. Hubungan akrab yang dibina antara PriviLAD dengan kanak-kanak ini meningkatkan tahap keyakinan mereka justeru memberikan mereka kebolehan untuk berkembang sebagai seorang individu. 

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_0562-927x1024.jpg

PENGALAMAN YANG MENYEDARKAN DAN MENUKAR PERSPEKTIF MEREKA

Ahli-ahli PriviLAD telah menerima pengalaman yang tidak terbeli semasa menolong di sekolah alternatif maka telah meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap kehidupan orang tanpa dokumen. Hak asasi manusia komuniti-komuniti ini langsung tidak dihirau dan mereka hidup dalam ketakutan, risau ditangkap oleh pihak berkuasa akan menangkap mereka  pada bila-bila masa.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_0561-900x1024.jpg

Remaja yang tidak mempunyai pendidikan terpaksa mencari pekerjaan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga mereka. Oleh kerana mereka tidak mempunyai identiti kerakyatan, mereka dieksplotasi dan dibayar gaji yang rendah. Natijahnya, majikan-majikan tersebut berisiko ditahan oleh pihak berkuasa apabila mereka mengambil orang tanpa dokumen sebagai pekerja. Hal ini akan menyebabkan kesukaran mendapat peluang pekerjaan.

Kumpulan PriviLAD kerap melihat kanak-kanak menangis dalam kelas kerana kelaparan. Kanak-kanak yang lebih tua sering membawa adik-adik mereka ke kelas kerana perlu menjaga mereka. Tidak pelik untuk menyaksikan kanak-kanak perempuan membuaikan bayi dan menenangkan mereka dengan air dan susu sambil memberi perhatian dalam kelas.

This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_0564-911x1024.jpg

Pengalaman-pengalaman peribadi ini menyedarkan mahasiswi-mahasiswi PriviLAD tentang kepentingan misi mereka iaitu memperbaiki kehidupan orang kurang berkemampuan melalui pendidikan. Kemiskinan merupakan satu cabaran yang tidak patut diharungi semua, terutamanya kanak-kanak. Untuk mereka, pendidikan merupakan satu solusi untuk masalah jangka masa lama ini.

Bagaimana Kami Boleh Menolong?

“Kami berharap memberi inspirasi dan memberi kuasa kepada orang biasa rakyat Malaysia untuk membuat perbezaan.”

PriviLAD menggalakkan semua orang untuk melibatkan diri. Jika bukan sebagai seorang guru, penyebaran kesedaran mengenai keparahan masalah ini sudah mencukupi. Pelbagai sekolah alternatif di merata negara mempunyai misi yang sama dan mengalu-alukan sesiapa yang ingin menolong. 

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2020-10-26-at-9.29.02-AM-1024x768.jpeg

Komuniti orang tanpa dokumentasi patut diterima dalam kalangan masyarakat sebab mereka juga merupakan sebahagian daripada minda masa depan. Selain itu, pertolongan yang ditawar kepada sesiapa yang memerlukannya pasti akan dikenang budi. Aksi-aksi kecil seperti ini merupakan kunci untuk memusnahkan kitaran kemiskinan.

Ikuti perjuangan PriviLAD di Instagram : @privi.lad. Pelbagai organisasi lain yang berjuang mengurangkan kemiskinan boleh didapati di Changemakers Map

Sila hubungi kami untuk memperbaiki senarai ini!

Sumber:

  1. S. Lee, The Star. (2018). No new ICs for stateless people in Sabah. Link.

Diterjemahkan oleh: Fairessa Ameer

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?