Site logo

Empat Jenis Tempat Selamat (Institusi Penjagaan) Yang Memberi Perlindungan Kepada Pelbagai Kelompok Kanak-kanak di Malaysia

chalk house

Sehingga ke hari ini, pandemik di Malaysia telah meragut lebih daripada  28,000 nyawa[1] di mana sebahagian daripada mereka mungkin juga  merupakan ibu bapa kepada kanak-kanak di luar sana. Sekurang-kurangnya, 4,422 kanak-kanak telah menjadi anak yatim piatu dan nasib mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)[2]. Kerumitan yang dihadapi oleh institusi penjagaan semasa pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan tidak banyak ditekankan di media arus perdana.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh UNICEF Malaysia[3], pusat jagaan alternatif menghadapi kekurangan bimbingan dan pengawalan berkenaan penyelenggaraan pusat tersebut sewaktu pandemik. Kebanyakan institusi berada dalam keadaan kesusahan apabila dana simpanan mereka semakin berkurangan. Sesetengah institusi bergantung kepada catuan dana yang diberikan oleh JKM. Dan ada  juga institusi yang tidak mendapat manfaat daripada bantuan JKM, dan meletakkan tekanan kepada pengasuh yang bekerja terlalu keras di mana gaji mereka dibiayai oleh orang awam.

Sumber: Unsplash

Terdapat beberapa fakta tentang institusi penjagaan yang kurang diketahui di Malaysia, dan ianya tidak sahaja menempatkan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa disebabkan perkara yang di luar jangkaan.

  • Pada tahun 2013, sekurang-kurangnya 87% kanak-kanak yang tinggal di institusi ini mempunyai seorang ibu atau bapa yang masih hidup dan 35% daripada kanak-kanak ini mempunyai kedua-dua ibu bapa yang masih hidup[4]. Ini bertentangan dengan tanggapan orang ramai yang merasakan kanak-kanak yang tinggal di institusi penjagaan terdiri daripada anak yatim piatu. Tempat ini juga boleh dianggap sebagai tempat yang selamat untuk kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa tunggal, keluarga yang besar, keluarga yang sudah berpecah-belah, keluarga atau saudara mara berpendapatan rendah di mana mereka tidak mampu memikul tanggungjawab menjaga kanak-kanak ini dengan alasan kemiskinan sebagai punca utama.
  • Masalah institusi penjagaan di Malaysia ialah kekurangan data yang tepat, dan anggaran kasar kanak-kanak yang tinggal di institusi penjagaan sekurang-kurangnya adalah sebanyak 60,000 pada tahun 2017[5]
  • Kanak-kanak lelaki didapati lebih cenderung ditempatkan di bawah jagaan institusi penjagaan.[5].  
  • Sekurang-kurangnya separuh daripada penghuni rumah jagaan adalah kanak-kanak yang kurang upaya[6]
  • Kanak-kanak yang tinggal di institusi yang dikendalikan oleh pihak kerajaan ditetapkan untuk tinggal selama minimum tiga tahun atau sehingga sudah mencapai umur yang sah, iaitu 18 tahun[7]
  • Setiap institusi penjagaan di Malaysia mempunyai sistem yang berlainan kerana setiap institusi diduduki oleh kelompok kanak-kanak yang berbeza dan perlu memenuhi keperluan mereka yang tersendiri.

Berdasarkan laporan Better Care Network[5], kanak-kanak yang kurang dipantau oleh penjaga lebih cenderung untuk berlindung di empat tempat selamat yang berbeza di Malaysia:

1. Pusat jagaan kanak-kanak yang dikelolakan oleh kerajaan negeri/Malaysia

Terdapat tiga jenis pusat yang dikendalikan oleh kerajaan yang disenaraikan di laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu:

  • 15 Rumah Kanak-kanak yang berfungsi untuk melindungi dan menjaga kanak-kanak di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001[8]
  • 9 Rumah Tunas Harapan, rumah jagaan kanak-kanak berasaskan keluarga,  memberi kasih sayang dalam persekitaran kekeluargaan kepada mereka yang dalam keadaan tidak memungkinkan untuk bersama keluarga kandung mereka[8]
  • 2 Rumah Perlindungan (RP) ATIP menerima mangsa yang terlibat dalam pemerdagangan manusia serta penyeludupan manusia[8]

Rumah Tunas Harapan boleh menjadi titik permulaan bagi sistem penyatuan keluarga dan tindak-balas utama sedia ada yang menginstitusikan kanak-kanak yatim piatu atau terabai. Rumah Tunas Harapan mengadaptasi konsep rumah/kotej  dan menempatkan seramai 8 ke 10 orang kanak-kanak dalam jagaan sepasang  atau berbilang pasangan suami isteri dalam lingkungan umur 40 sehingga 60 tahun.

Sumber: Unsplash

2. Pusat jagaan kanak-kanak swasta

Terdapat 90 institusi swasta berdaftar yang menempatkan 4,500 kanak-kanak dan 5,850 kanak-kanak kurang upaya ditempatkan di dalam salah satu daripada 117 institusi berdaftar[9]. Namun, pengetahuan berkenaan pusat swasta adalah terhad, tetapi apa yang diketahui adalah ia dibiayai oleh perbadanan atau syarikat-syarikat swasta dan pusat jagaan kanak-kanak swasta mencari kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat jagaan secara proaktif dengan memberi jaminan kualiti hidup yang baik kepada mereka. Walaupun begitu, prasyarat sektor swasta menetapkan syarat bahawa kanak-kanak ini mestilah tidak mempunyai tingkah laku yang mencabar dan perlu mencapai prestasi akademik yang baik.

Dengan pusat swasta yang dikendalikan oleh mereka yang beragama Islam, satu isu telah dibangkitkan. Niat mereka yang mengamalkan “amal jariah” dengan menjaga anak yatim/miskin, ini telah menggantikan ikatan kekeluargaan kanak-kanak ini dengan keluarga kandung mereka dan menyukarkan mereka untuk kembali kepada keluarga setelah tamat tempoh mereka di institusi tersebut.

3. Pusat jagaan kediaman komuniti bukan kerajaan

Jumlah pusat jagaan komuniti kanak-kanak bukan kerajaan di Malaysia menunjukkan bahawa landskap kanak-kanak terbiar, terabai dan yatim piatu di Malaysia banyak bergantung kepada pembuat perubahan (changemaker) kita.

LEBIH DARIPADA 33,000 RUMAH KANAK-KANAK NGO YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN KEBAJIKAN; RAMAI YANG DILAPORKAN MENJAGA KANAK-KANAK DI BAWAH USIA 5 TAHUN[5]

Apa yang menyedihkan, kebanyakan NGO bergelut untuk mencari duit dan hanya 207 pusat yang mendapat manfaat daripada geran tahunan yang disediakan, dan ia dikatakan hanya akan diberikan kepada institusi berasaskan keagamaan[5].  Jika mendapat manfaat, jumlah geran juga tidak mencukupi dan kebanyakan NGO bergantung kepada pengumpulan dana dan derma serta penaja swasta. Dalam masa yang sama, institusi keagamaan seperti masjid, biara, gereja terlibat dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak walaupun tiada memperoleh sokongan daripada jabatan kebajikan[10].

4. Pusat jagaan berasaskan keagamaan

Berkait rapat dengan dengan institusi keagamaan dalam menjaga kesejahteraan anak-anak, terdapat sejumlah badan NGO yang memudahkan pusat berasaskan keagamaan dalam masyarakat. Ini termasuk tahfiz, sekolah pondok yang telah acapkali menjadi perbualan hangat disebabkan keselamatan dan peraturan institusi ini. Pada masa yang sama, banyak organisasi Kristian juga yang beroperasi di Malaysia.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan bilangan kanak-kanak yang didaftar di pusat tahfiz dan sekolah Islam integrasi yang memperuntukkan masa yang banyak untuk menghafal al-Quran dan lebih mengutamakan pendidikan keagamaan. Terdapat sekurang-kurangnya 900 tahfiz dan sekolah Islam integrasi sejak 6 tahun lalu[11].  Pusat-pusat ini tidak berdaftar sebagai pusat penjagaan dan kanak-kanak yang kurang berkemampuan sering didaftarkan oleh pusat ini bagi tujuan amal jariah.

Sumber: KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN, diperoleh daripada New Straits Times

Satu pusat yang dikenali, iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) merupakan salah satu persatuan berasaskan keagamaan terbesar di Terengganu yang menempatkan sekurang-kurangnya 4,000 yatim piatu dan kanak-kanak kurang berkemampuan di 54 buah asrama seluruh negara. Persatuan ini ditanggung oleh waqaf (wakaf yang diberikan oleh individu Islam bagi tujuan keagamaan, pendidikan atau amal kebajikan).

This article is the first in Wiki Impact’s series to uncover the landscape of institutional care in Malaysia. The series explores the lesser-known details of institutional care: the distinction of different types of safe spaces housing the children and the voices from the ground of caretakers themselves. Finally, the series will cap off with a look into the future of institutional care and the efforts required to safeguard the children’s future.

Bantulah Institusi Penjagaan Di Malaysia

Diterjemahkan oleh: Nur Aqilah Zaheeda Abd Latif

Explore our sources:

  1. S. A. Noorshahrizam. (2021). Malaysia’s Covid-19 death toll crosses 28,000 after 69 more fatalities. Malay Mail. Link
  2. Palansamy, Y. (2021, September 22). Covid-19: After losing both parents to coronavirus, many such orphans in Malaysia may also lose their future. Malay Mail. Link
  3. UNICEF (2020). Understanding the Impact of Covid on Vulnerable Children and Families in Malaysia. Link
  4. M.Archer (2013). Preliminary Findings of Survey on Children’s Homes: Family disintegration and institutional care of children in Malaysia. Link
  5. K.Madihi and S. Brubeck. (2019). Malaysia Alternative Care Case Study. Better Care Network. Link
  6. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Malaysia.(2017). Lawyerment Web Guide. Link
  7. Child Act (Act 611). 2001.Link
  8. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2021). Perkhidmatan Kanak Kanak. Link 
  9. Lumos (2017). Ending Institutionalisation of Children. Lumos. Link
  10. N. Comas and N.A. Anuarul Perai (2016). The ‘third sector’ in Malaysia is very visible but there is no formal description of the sector. Link
  11. T.Leong. (2017). Private Islamic schools mushrooming in Malaysia. The Straits Times. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?