Site logo

Dr Ko Ko Gyi: ‘Abang’ Burma Yang Memberi Bantuan Perubatan Kepada Golongan Yang Terpinggir

Apabila perkataan ‘pekerja migran’ terlintas di fikiran, ramai yang akan memikirkan golongan yang bekerja di industri 3D – dirty (kotor), dangerous (bahaya) dan difficult (susah). Khalayak ramai mungkin juga akan memikirkan golongan yang menyapu lantai, membina pangsapuri bertingkat tinggi dan memasak makanan kita. Pekerja migran sudah menjadi begitu bersepadu dalam Malaysia sehingga kini, sekurang-kurangnya dua juta pekerja migran menetap di sini. Ini menyumbang kepada 15% daripada keseluruhan tenaga kerja [1].

Tidak dapat dinafikan bahawa pekerja migran telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia dan berkewajipan untuk menjaga kebajikan mereka. Namun, apabila anda melangkah ke belakang dan melihat gambaran yang lebih besar, anda akan melihat banyak pekerja dari kalangan ini yang melawan stereotaip pekerjaan yang berkait rapat dengan mereka. Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat pekerja migran yang bekerja di bidang yang memerlukan kemahiran tinggi.

Pelajar Cemerlang Yang Mengatasi Batasan

Dilahirkan di Mandalay, Myanmar, Dr Abdul Rahman Zafrudin dibesarkan di sebuah pekan kecil. Nama kelahiran beliau ialah Ko Ko Gyi – bermaksud ‘abang’ dalam bahasa Burma. Setelah menerima biasiswa atas keputusan peperiksaannya yang cemerlang, ibu bapa beliau mengalakkan beliau untuk mengejar kerjaya dalam bidang perubatan. Namun, pemuda yang cerdik ini mempunyai kebimbangan yang lain selain pembelajarannya dalam bidang perubatan. Sebagai seorang pelajar perubatan, Dr Abdul telah ditindas oleh profesor-profesor dan pensyarah-pensyarah akibat pegangan agama beliau.

Dr Abdul dan isterinya. Sumber: Astro Awani

Dalam blog beliau, Dr Abdul menulis tentang tindakan profesor-profesor yang enggan menganugerahkan belie dengan penghargaan walaupun beliau merupakan antara pelajar yang mencapai markah yang tinggi dalam kelasnya[2]. Beliau teringat akan suatu peristiwa yang berlaku apabila beliau berhasrat untuk menempatkan diri ke dalam program pascasiswazah sebagai seorang pakar perubatan, hati beliau terguris apabila mendapat tahu bahawa ketua program tersebut merupakan seorang anti-Muslim. Tawar hati, Dr Abdul, seorang pemuda pada masa itu, menarik diri daripada program tersebut.

“Saya sendiri pernah mengalami atau banyak menderita akibat profesor-profesor taksub semasa latihan siswazah saya, terutamanya dalam kebanyakan peperiksaan akhir dan sebagai seorang doktor, hanya kerana saya seorang Muslim dan tidak mempunyai apa-apa perhubungan yang menguntungkan mereka” – DR ABDUL RAHMAN ZAFRUDIN [3]

Menyertai Tenaga Kerja Perubatan Malaysia dan Membantu Orang Asli Di Seluruh Negara

Muak dengan sistem perubatan Myanmar yang korup, rasis dan mendiskriminasi, Dr Abdul meletakkan jawatan beliau dan memohon untuk berkhidmat sebagai doktor dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Apabila Dr Abdul tiba di Kuala Lumpur pada tahun 1986, beliau tidak dapat menahan rasa gembira kerana Malaysia merupakan negara demokratik dan yang sedang membangun.

Menggunakan pengetahuan perubatan beliau yang luas dengan sepenuhnya, beliau berkhidmat sebagai seorang mobile doctor dengan PERKIM. Beliau telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia selama tujuh tahun dan, telah menjaga kesihatan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Dr Abdul juga pernah merawat kanak-kanak yang berkelainan upaya di Tasputra-PERKIM.

Sumber: Astro Awani

Doktor Malaysia Tetapi Seorang Penyokong Myanmar

Di samping kerjaya perubatan beliau, Dr Abdul juga memiliki sebuah laman blog dengan lebih tujuh ribu catatan yang ditulis sejak tahun 2015. Di sini, beliau menulis tentang pelbagai subjek yang merangkumi nasihat perubatan hingga kepercayaan politik beliau serta usaha-usaha beliau sebagai seorang aktivis bagi pelarian Rohingya, termasuk kritikan terhadap ketenteraan dan pentadbiran Myanmar atas penindasan mereka terhadap golongan minoriti etnik Burma. 

“Dulu di Myanmar, saya terkenal sebagai seorang aktivis hak kemanusiaan; berjuang terutamanya untuk hak sama rata bagi golongan Muslim di sana, seperti warga Rohingya. Amat menyedihkan untuk berjuang demi hak-hak ini apabila Myanmar pada masa itu selalu mempunyai masalah untuk mendapatkan saliran air bersih, tenaga elektrik yang stabil serta pengangkutan.” – DR ABDUL RAHMAN ZAFRUDIN [3]

Sumber: Astro Awani

Selesa menetap di Malaysia, doktor yang berasal dari Burma ini berhasrat untuk menghabiskan hari-hari terakhirnya di sini, di mana ketiga-tiga anak beliau dilahirkan dan dibesarkan.

“Saya akan bekerja sebagai doktor selagi saya masih mampu. Selain itu, saya sudah semakin mendekati akhir kehidupan saya, jadi saya juga akan fokus terhadap penjagaan diri saya – dengan beramal ibadat; berdoa, berpuasa dan menjadi seorang Muslim yang lebih baik, serta meneruskan kerja dengan sedaya upaya” – DR ABDUL RAHMAN ZAFRUDIN [3]

Ditulis oleh Rachel Tan dan disunting oleh Wiki Impact.

Diterjermahkan oleh: Gabby Chong

Explore Our Sources: 

  1. Lee, Y. N. (2020). Neglect of migrant workers could hurt Malaysia’s economic recovery. CNBC. Link
  2. Zafrudin. (2017, May). Apartheid Burmese or Myanmar medical professors. Dr. Abdul Rahman Zafrudin @ Ko Ko Gyi. Link. 
  3. Izelan, I. (2016). Here, everyone is HAPPY: ORANG kl: Astro awani. ORANG KL | Astro Awani. Link.  

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?