Site logo

Di Balik Layar: Hakikat Penderaan Kanak Kanak Di Malaysia 

Pada 16 September 2022, seorang wanita dan suaminya telah ditahan kerana didakwa mendera kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun serta kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun yang merupakan anak saudara wanita tersebut[1]. Penahanan ini dilakukan setelah kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa cuba melarikan dirinya dari pangsapuri kondominium mereka di Jalan Cahaya[2] dan kemudiannya diselamatkan oleh para anggota bomba serta orang awam.  Apabila ditemui, adik-beradik tersebut dipenuhi dengan lebam dan dikatakan tidak dibenarkan bermain dengan budak-budak lain, menurut seorang jiran[3].

Mereka tinggal bersama suspek setelah ayah mereka meninggal dunia. Ibu kandung mereka tidak mahu menjaga kedua-dua mangsa. -Mohamad Farouk Eshak, Ampang Jaya OCPD Asisten Komm[3]

Malangnya, ini hanyalah sebahagian daripada beberapa kejadian penderaan kanak-kanak yang telah berlaku.  Sama ada ianya di tangan ibubapa, penjaga, ataupun pihak berkuasa yang sepatutnya boleh dipercayai, penderaan kanak-kanak merupakan isu yang perlu diberi lebih pendedahan untuk menanganinya. 

Mujurlah, kes ini diakhiri dengan kanak-kanak lelaki dan adik perempuannya menerima bantuan yang diperlukan. Tetapi, bukan setiap kes berakhir dengan penyelamatan kanak-kanak.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat/Sumber: The Vibes


Sebagai contoh, kes penderaan kanak-kanak baru-baru ini; seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Johor meninggal dunia selepas dia dipercayai didera oleh rakan bapanya (seseorang yang sudah mempunyai beberapa rekod jenayah) dan pembantu rumah warga asing[4]. Menurut Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, bedah siasat menemui kesan lebam memenuhi tubuh badan kanak-kanak itu[5].

Malangnya, mangsa dan abangnya diletakkan di bawah penjagaan lelaki itu oleh bapa mereka. Bapa mereka kini bekerja di Singapura dan mempercayai rakannya untuk menjaga kebajikan anak-anaknya selama tiga bulan[4].

Selangor Melaporkan Jumlah Kes Penderaan Kanak-Kanak Yang Tertinggi 

Kes penderaan kanak-kanak di Malaysia telah menunjukkan kadar kenaikan sejak 2019[6]. Separuh pertama tahun  2022 sahaja didapati sejumlah besar kes penderaan kanak-kanak dilaporkan, dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 1,055 kes di seluruh negara dari bulan Januari hingga Jun tahun ini[7].

Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, menambah bahawa penderaan fizikal adalah yang tertinggi dengan 578 kes(57.8%), diikuti dengan penderaan seksual dengan 417 kes(39.6%) dan penderaans secara  emosi pada 60 kes(5.6%). Daripada jumlah tersebut, 706 kes (68%) melibatkan perempuan, manakala 349 kes(33%) melibatkan lelaki[7].

Selangor merekodkan kes penderaan yang paling tinggi di negara ini; dari 2020 to 2022, Selangor mencatatkan  4,256 kes penderaan, diikuti dengan Kuala Lumpur(2,131), Sabah(1,239), dan Johor (1,155)[7].

Manakala, Melaka merekodkan 88 kes penderaan kanak-kanak dari Januari hingga Ogos 2022, dan daripada jumlah itu, 37 melibatkan penderaan seksual[8]. Negeri Perak mencatatkan 689 kes penderaan kanak-kanak direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Perak antara 2020 hingga tahun lepas[9].

Pandemik Memburukan Lagi Kes-Kes Penderaan Kanak-Kanak

Punca penderaan kanak-kanak adalah berbeza-beza seperti jenis-jenis penderaan. Ada yang menyalahkan pertumbuhan ekonomi untuk trend peningkatan ini,manakala ada yang mengaitkannya kepada keadaan ekonomi yang sebaliknya disebabkan pertambahan pengangguran daripada kegawatan ekonomi sebagai faktornya[6].

Namun, di sebalik sebab sebenar kes penderaan, sesetengah orang, termasuklah James Nayagam dari Suriana Welfare Society menyatakan bahawa peningkatan kes penderaan kanak-kanak baru-baru ini disebabkan penutupan penuh sektor dilaksanakan untuk membendung penyebaran COVID-19.[10].

Sebelum ini, golongan kanak-kanak boleh meninggalkan rumah mereka dan menjauhi diri mereka daripada pendera, tetapi kini kedua-dua ibu dan anak kadangkala berada di bawah belas kasihan pendera mereka.

Tiada cara bagi mereka untuk meminta pertolongan dengan segara apabila ketegangan di rumah meningkat.– James Nayagam, aktivis hak kanak-kanak di Suriana Welfare Society[10]

Selangor mencatatkan sejumlah 1,910 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak dari Mac 2020 hingga Mac 2021, sekitar kemuncak pandemik. Daripada jumlah itu, penderaan fizikal adalah yang tertinggi, dengan 686 kes, diiringi dengan penderaan seksual(606), pengabaian(555) dan penderaan emosi(63)[11].

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak adalah antara isu sosial yang meningkat akibat pandemik COVID-19 termasuklah indeks jenayah, begitu juga dengan masalah keluarga dan kesihatan mental. – Mazwan Johar, wakil rakyat Sungai Ramai.[11]

Penderaan Dan Sifat Pelbagainya 

Tentulah, penderaan bukan selalunya melibatkan kecederaan fizikal; sebuah video tular  yang terpapar di media sosial menunjukkan akibat seorang bapa yang kurang bertimbang rasa merosakkan barangan anak perempuannya. Video itu, dirakamkan dan dimuatnaik oleh ibu gadis tersebut yang mungkin sebagai cara untuk  meminta maaf, menerangkan reaksi menyayat hati remaja itu apabila melihat segala koleksi K-pop remaja tersebut telah dibakar oleh bapanya di luar rumah mereka[12].

Sesetengah daripada koleksi itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan oleh rakan-rakannya. Kalau kamu tidak bersetuju, kamu sepatutnya bertanya anak kamu untuk menjualnya ataupun memberikannya kepada sesiapa yang mahu.  – @tinybamtyun, seorang pengguna Twitter[12]

Sumber: Hype


Tidak menghairankan, kalangan netizen mengecam bapa itu ( seorang yang dimaklumkan sebagai seorang narsis oleh isterinya) kerana memusnahkan koleksi anak perempuannya tanpa persetujuannya. Ada yang memahami kebimbangan bapa itu tetapi tidak bersetuju dengan kelakuannya manakala yang lain  memberi amaran kepada orang yang menyiarkan video ini untuk tidak terkejut kalau anak perempuan mereka menanam dendam terhadap ibubapa tersebut[12]. Kalangan netizen juga menjelaskan bahawa tindakan betul yang sepatutnya dilakukan oleh bapa itu adalah membincangkan kebimbangannya dengan anak perempuannya serta menetapkan batasan yang jelas.


Penderaan juga bukan sahaja berlaku hanya di rumah, malah di tempat seseorang yang menganggap anaknya selamat dilindungi pun mempunyai kejadian penderaan. Pada tahun lepas dimaklumkan jumlah 217 kes penderaan direkodkan di tempat penjagaan anak, dengan semua kes melibatkan anak di bawah penjagaan pengasuh kanak-kanak[13].


Dalam tempoh masa yang sama, 51 lesen pusat penjagaan kanak-kanak telah dibatalkan dan 19 pusat tersebut telah diberi amaran secara lisan. 4 pusat penjagaan kanak-kanak yang lain telah dikompaun kerana melanggar peraturan. Tiada pengendali didakwa di mahkamah pada tahun lalu. -Siti Zailah Mohd Yusof, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat[13]

Pada Julai  2022, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mona Din menyiarkan beberapa gambar kemungkinan menunjukkan telinga cucunya yang lebam. Beliau mengatakan bahawa seorang rakan Facebook telah memaklumkannya di Whatsapp bahawa cucunya, iaitu seorang pelajar di sebuah kelas pendidikan khas di Permatang Pauh, Seberang Prai,  telinga cucu tersebut telah dipulas oleh seorang guru sehingga anggota badan itu berwarna biru dan hitam.[14].

Seorang guru wanita, dalam usia 30-an, menghampiri kanak-kanak itu menutup telinganya mencuba menenangkan kanak-kanak itu. Oleh akibat kelakuan guru itu, kanak-kanak tersebut mempunyai lebam di kedua-dua telinga serta dihantarkan ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan. – Tan Cheng San, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner[15]

Walaupun para guru dan penjaga telah membantah dakwaan mereka, ini adalah jelas bahawa kita mesti menambahbaik cara profesion sedemikian mengendali kanak-kanak, supaya dapat mengelakkan kematian yang tragis dan boleh di cegah daripada berlaku.

Segi Undang-Undang Dan Apakah Ianya Mencukupi? 

Datuk Siti Zailah Mohd Yusof/Sumber: The Vibes

Kesalahan-kesalahan ini boleh dihukum di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, dan terdapat tiga parti yang sepatutnya membantu dalam kes ini, iaitu pengamal perubatan, penjaga dan pengasuh anak. Mereka diwajibkan melaporkan sebarang kes penderaan. – Siti Zailah Mohd Yusof, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat[7]

Akta Kanak-Kanak 2001,telah membawa perubahan besar kepada undang-undang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak di Malaysia.

Akta ini mengiktiraf kalangan kanak-kanak sebagai ahli masyarakat yang penting dan juga diberikan perlindungan serta penjagaan khas yang diperlukan. Ini juga memastikan bahawa laporan atas penderaan kanak-kanak yang disyaki dilakukan oleh ibubapa dan pihak berkenaan yang lain adalah wajib dan kanak-kanak yang didera akan diletakkan di bawah jagaan perlindungan. 

Namun, masih ada ruang untuk penambahbaikan. 

Untuk kanak-kanak yang tidak boleh dikembalikan ke sistem keluarga, oleh kerana tidak mempunyai keluarga ataupun pihak yang sesuai untuk memberi jagaan dan perlindungan seperti yang dianjurkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak tersebut akan diletakkan di institusi kanak-kanak jabatan. Mereka akan diberikan penjagaan kesihatan, pendidikan serta kemahiran yang diperlukan sehingga berusia 18 tahun apabila mereka boleh menjadi berdikari. – Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat[9]

Institusi yang kukuh dengan dasar-dasar mesra kanak-kanak serta perkhidmatan sosial yang berkualiti akan menyediakan bantuan yang besar dalam penambahbaikkan cara kita mengendali penderaan kanak-kanak. Tetapi untuk menyelesaikan isu-isu tersebut, kita hendaklah bekerjasama untuk mengubah norma budaya dan sosial yang menyebabkan kepada kanak-kanak didera.

Menurut Unicef, antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:

  • Pembangunan kapasiti untuk sistem-sistem mesra kanak-kanak
  • Pastikan terdapat mekanisme untuk kanak-kanak selamat dalam dan luar talian
  • Mengadakan perbincangan dan keputusan dasar melibatkan kanak-kanak
  • Memberi input, data, dan maklum balas kepada kerajaan tentang undang-undang serta dasar-dasar 

NGO-NGO Yang Memerangi Penderaan Kanak-Kanak

Protect and Save the Children: P.S. The Children merupakan organisasi sosial satu-satunya di Malaysia yang bertumpu penuh kepada pencegahan, campur tangan serta merawat mangsa penderaan seksual kanak-kanak. Visi organisasi ini adalah untuk membina masyarakat yang selamat di mana kanak-kanak dilindungi daripada penderaan seksual dan eksploitasi, serta menubuhkan pendidikan pencegahan yang berkesan bagi kalangan dewasa dan kanak-kanak, dan meneguhkan rawatan serta perkhidmatan sokongan, dan menjalin perkongsian bersinergi dalam masyarakat.

Suriana: Suriana Welfare Society merupakan sebuah NGO yang didaftar, ditubuhkan pada tahun 2011 dengan tujuan utama mempromosi dan melindungi hak-hak kanak-kanak yang berada dalam krisis. Menumpu kepada advokasi kanak-kanak sebelum ini, Suriana kini giat meneruskan pembangunan program pencegahan dan pemulihan untuk menangani isu sosial yang membabitkan kanak-kanak kurang bernasib baik dan keluarga mereka. 

The Children’s Protection Society: Berpusat di Penang, The Children’s Protection Society(CPS)  menyasarkan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak berisiko dan menyokong dalam tumbesaran mereka yang sihat. CPD juga berusaha untuk  meningkatkan kesedaran tentang isu-isu berkaitan kanak-kanak berisiko dengan terlibat dalam bengkel latihan serta persidangan, bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membantu membentuk strategi dan matlamat jangka panjang.

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Anda Mengesyaki Penderaan?

Kalau anda mengesyaki bahawa seorang kanak-kanak (kemungkinan anak anda ataupun orang lain) telah didera, ikuti langkah-langkah ini semasa  melaporkan penderaan disyaki: 

  1. Laporkan kepada pihak polis atau maklumkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, melaporkan kes penderaan kanak-kanak oleh golongan doktor, ahli keluarga, dan pengasuh kanak-kanak yang disyaki adalah wajib.
  2. Hantarkan kanak-kanak tersebut ke hospital jika mereka mempunyai kecederaan fizikal yang kelihatan. Selain itu, semua hospital kerajaan menyediakan satu One Stop Crisis Centre yang memenuhi segala kes yang berkaitan dengan penderaan, keganasan dan eksploitasi kalangan dewasa dan kanak-kanak.
  3. Kalau anda ingin kekal tanpa nama, hubungilah the Child Abuse Hotline – Talian Nur – 15999

Ataupun maklumat hubungan agensi-agensi berikut yang boleh membantu anda::

MyHEALTH juga mempunyai garis panduan untuk mencegah penderaan kanak-kanak yang harus diikuti dengan teliti, terutamanya jika anda merancang untuk mengambil seorang pembantu rumah atau pengasuh anak ataupun mencari pusat penjagaan kanak-kanak. 

Secara tuntas, bersedia untuk mendengar rayuan kanak-kanak yang memerlukan bantuan. 

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources:

  1. J. Zack (2022) Woman, husband arrested over abuse of eight-year-old boy. The Star. Link.
  2. J. Zack (2022) Boy attempts to escape from suspected abuser in KL. The Star. Link.
  3. F. Zolkepli & J. Zack (2022) They weren’t allowed to play with other kids, says neighbour. The Star. Link.
  4. Bernama (2022) 3-year-old boy dies after alleged abuse by father’s friend, maid. The Vibes. Link.
  5. Bernama (2022) Post-mortem found signs of abuse on body of boy who died: police. The Vibes. Link.
  6. Child Abuse In Malaysia Is Following An Alarming Trend (2021) Bebas News. Link.
  7. Bernama (2022) Over 1,000 child abuse cases recorded nationwide in first half of 2022, The Vibes. Link.
  8. Bernama (2022) Nearly half of child abuse cases in Melaka involve sexual crime: welfare exco. The Vibes. Link.
  9. Z.M. Arif (2022) 687 child abuse cases in Perak from 2020 – 2021. New Straits Times. Link.
  10. F. Kwan (2021) 1 in 10 children likely to be victim of abuse. FMT. Link.
  11. Bernama (2021) Nearly 2,000 child abuse, neglect cases in Selangor from March 2020 to 2021 — Exco. Selangor Journal. Link.
  12. A. Amin (2022) (Video) Netizens Condemn Father For Burning His Daughter’s K-pop Collection. Hype. Link.
  13. S.M. Abdullah (2022) 217 abuse cases recorded at childcare centres nationwide last year. New Straits Times. Link.
  14. A. Dermawan (2022) Penang police investigating alleged abuse of autistic child. New Straits Times. Link.
  15. A. Dermawan (2022) Alleged abuse of autistic child: Police probing teacher for voluntarily causing hurt. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?