Site logo

Dari Kemiskinan Hingga Menjadi Juara Muay Thai. Ini Kisah Azwan, Anak ‘Kelante’, Anak Kepada Penoreh Getah.

Azwan Che Wil

Azwan Che Wil adalah juara OneSongchai S1 Muay Thai. Beliau mempunyai kesungguhan dan kemahuan yang kuat dan sikap positif dan ini telah memungkinkan beliau mengatasi kemiskinan mutlak yang menimpa keluarganya.

Hidup Di Kemiskinan Tetapi Sentiasa Positif

Dilahirkan di Manek Urai, Kuala Krai di Kelantan, kedua-dua ibu bapanya adalah penoreh getah yang memperoleh pendapatan RM1,800 sebulan dan dengan itu terpaksa menyara enam anak.

Sumber: Instagram – maj_yu

“Bagi kami, memiliki seragam sekolah baru atau mendapatkan beberapa permainan terpakai terasa mahal. Kami merasa istimewa. Tetapi jika saya melihat balik, itu pasti merupakan masa yang sukar.”[1]

Azwan secara umumnya adalah anak yang baik dan berusaha dalam pelajarannya. Ini berterusan sepanjang masa remajanya dan dia sering menyelesaikan pekerjaannya di sekolah sementara menunggu ayahnya menjemputnya dengan motosikalnya.

Sumber: Instagram – azwanchewil

Tanpa entertainment yang banyak berbanding rakan-rakannya atau anak-anak bandar, Azwan meluangkan masa lapangnya untuk bermain sukan. Dia adalah seorang pemain bola sepak yang baik dan beliau menjadi lebih baik kerana Azwan belajar bermain di ladang yang berlumpur atau berair. Selain itu, dia cemerlang dalam permainan hoki, bola baling dan trek.

Kami mempunyai kira-kira 10 hingga 12 lelaki, semua bermain di lumpur tanpa kasut. Ia sangat menyeronokkan, dan cara yang baik untuk relax setelah habis belajar. Saya seorang atlet terkenal di sekolah.[1]

Seni ‘Eight Limbs’

Ketika berusia 13 tahun, Azwan mendapat tahu tentang Muay Thai melalui TV. Dia melihat seni “eight limbs” dan kemudian mendaftarkan dirinya di gym Muay Thai di bandar.

Sumber: Instagram – azwanchewil

Saya melihat gim ini bernama N41 Manek Urai. Dari luar, saya hampir tidak mengetahui apa tujuan gim ini. Tetapi kemudian terdetik di kepala saya bahawa apa yang saya tonton di televisyen semalam serupa dengan apa yang dilakukan oleh atlet di gim ini.[1]

Azwan memanfaatkan masanya di gim walaupun gim tersebut bukan yang paling lengkap. Dia melakukannya dengan bekerja keras.

 Saya berasal dari kampung yang sangat kecil. Kami juga tidak mempunyai gim yang canggih untuk berlatih. Kadang-kadang, ia hanyalah mempunyai beberapa beg meninju dan peralatan. Latihan cenderung cukup asas.The right mindset itu sangat penting.

Sumber: Facebook – azwan.steady.7

Kerja kerasnya terbayar dan pada usia 18 tahun, dia membawa pulang pingat perak dalam pertandingan SUKMA. Selepas itu, dia terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan di Sweden dan banyak negara lain.

Sumber: Facebook – crossmuaythai

Sikap Azwan ‘NEVER SAY DIE’ bukan hanya mendorongnya untuk menjadi juara tetapi juga mengangkat seluruh keluarganya keluar dari kemiskinan. Melalui pendapatan sebagai pejuang Muay Thai dan dari pelbagai tajaan, Azwan telah mencipta aliran pendapatan yang tetap untuk menyara keluarganya.

Sumber: Instagram – azwanchewil

Saya memberitahu diri saya bahawa saya perlu melakukan yang terbaik – selalu. Tidak kira keadaannya, menyerah bukan pilihan!

Kisah Azwan adalah satu inspirasi bagi kita untuk tidak melihat keadaan kita sekarang sebagai rintangan tetapi cabaran untuk diatasi.

Sumber: Duniasukan.com

Tiga fakta tentang Manek Urai yang kamu mungkin tidak tahu:

  1. Perkampungan lembah di Kelantan ini sering terjejas oleh kitaran banjir tahunan pada musim tengkujuh. Ia adalah pusat banjir tahun 2014.
  2. Jumlah penduduk di Manek Urai adalah 11,697 (DOSM, 2010) dan majoriti penduduk yang tinggal di Manek Urai mencari nafkah sebagai penoreh getah dan nelayan.
  3. Masyarakat di kawasan luar bandar ini tidak mempunyai akses kepada amaran cuaca dan pengumuman untuk mempersiapkan mereka menghadapi cuaca buruk. Apabila cuaca buruk melanda, mereka dibiarkan mengurus diri sendiri. Menurut seorang penduduk: “Saya tinggal di khemah selama hampir setahun menunggu rumah pemerintah. Saya kasihan pada anak-anak kerana mereka masih kecil dan sejuk ketika hujan. Saya rasa ini adalah ujian dari Tuhan kepada kita. Saya terus berdoa kepada Tuhan untuk menguatkan kehidupan”
Sumber: Instagram – farizul_abdullah

Rujukan:

  1. Mohan, C. (2020). How Muay Thai Helped Azwan Che Wil Escape Poverty. One Championship. Link
  2. Ahmad Kamal. (2020). Two Malaysian Muay Thai stars are determined to make their mark in the world of martial arts. New Straits Times. Link
  3. Department of Statistics Malaysia, 2010
  4. Anua and Chan. (2019). Community Resilience Building In The Aftermath Of Flood Disaster. European Proceedings of Social and Behavioural Sciences. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?