Site logo

Dapatkan Tunai Cepat: 8 Cara Rakyat Malaysia Mendapatkan Pembiayaan Alternatif

Apabila wabak Covid-19 melanda, banyak isi rumah di Malaysia mula mendapat kesedaran terhadap keadaan kewangan mereka. Sebelum itu, terdapat banyak  dari golongan keluarga berpendapatan rendah dan beberapa keluarga berpendapatan sederhana terpaksa  berdepan dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bergantung kepada pendapatan dari pekerjaan sembilan pagi hingga lima petang adalah tidak mencukupi – terutamanya untuk isi rumah dengan hanya seorang pencari nafkah[1]

Pandemik ini mendedahkan ramai rakyat Malaysia kepada cara baharu untuk memperoleh pendapatan tambahan. Terdapat lapan cara berbeza untuk mendapatkan wang melalui kaedah-kaedah pembiayaan alternatif yang digunakan oleh rakyat Malaysia.

#1: Menggunakan Dana Persaraan

Semasa musim PKP dan lockdown, keputusan awal kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP melalui skim I-Citra telah memberikan bantuan penting kepada keluarga yang hidup di tengah kesengsaraan seperti Ishak, seorang bapa tunggal kepada empat orang anak. 

SEBAGAI PEMANDU TEKSI, SAYA TIDAK MENCARUM SIMPANAN KWSP SEJAK 15 TAHUN LALU. SEBELUM BERKAHWIN, PEKERJAAN AKHIR SAYA ADALAH SEBAGAI PEKERJA KILANG. BAGAIMANAPUN, APABILA KERAJAAN MEMPERKENALKAN INISIATIF I-CITRA PADA TAHUN LEPAS, SAYA MENGELUARKAN KWSP SEBANYAK DUA KALI, RM10,000 UNTUK PERTAMA KALI DAN RM5,000 KEMUDIANNYA. – ISHAK, SEORANG PEMANDU TEKSI DAN BAPA TUNGGAL[2]

Berikutan inisiatif awal ini, kerajaan telah menawarkan dua lagi pengeluaran (i-Lestari, i-Sinar) semasa pandemik Covid-19 dengan tujuan untuk memenuhi keperluan pelbagai pihak. Pengeluaran ini telah menyebabkan sejumlah RM101 bilion diagihkan kepada kira-kira separuh daripada ahli KWSP (lebih daripada 7.4 juta ahli) antara April 2020 dan Februari 2022[3]

Memandangkan banjir kilat yang tidak dijangka berlaku sehingga menyebabkan keluarga yang terlibat mengalami masalah kewangan serius untuk memenuhi keperluan hidup, pengeluaran khas telah diumumkan pada Mac 2022. Para pakar menyuarakan kebimbangan bahawa ramai penduduk perlu bekerja keras sehingga persaraan[4], bagi isi rumah yang berpendapatan rendah – ia akan meringankan beban kewangan mereka. 

KINI, SAYA BOLEH MEMBELI BARANGAN UNTUK RUMAH SAYA DAN MEMBAIKI KERETA SAYA YANG TERJEJAS SEMASA BANJIR DI BETONG KELMARIN. – AZUAN EMBONG, MANGSA BANJIR BARU-BARU INI[5]

Kitaran pengeluaran awal ad hoc oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebuah tabungan simpanan khusus untuk persaraan, telah menerima kritikan dan kebimbangan daripada pakar kewangan dan pakar ekonomi. 

#2: Meminjam Dari Ah Long

Menurut laporan Bank Dunia 2021[6], pekerja-pekerja tidak formal yang telah dikecualikan daripada bantuan untuk pekerja formal seperti skim pengeluaran KWSP memilih kaedah pembiayaan alternatif. Pada masa yang sama, ramai yang mempunyai akses terhad kepada pinjaman daripada institusi kewangan telah terdedah kepada pinjaman tidak rasmi semasa permulaan wabak itu. 

Ini termasuk meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga selain meminta pinjaman daripada Ah Long atau pinjaman tanpa lesen. Persatuan Pengguna Islam Malaysia memaklumkan bahawa kes melibatkan Ah Long telah meningkat sebanyak 30% dengan sekurang-kurangnya 25 kes baharu setiap hari pada peringkat awal wabak itu[7].

Dari tahun 2019 hingga Oktober 2021, terdapat sebanyak 3,149 buah aduan melibatkan Ah Long  direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia[8]

Keadaan kewangan yang teruk selain kehilangan punca pencarian telah mendorong Aliff dari Kuala Lumpur untuk meminjam daripada seorang Ah Long, tetapi ia tidak berakhir dengan baik[8]. Aliff telah diancam oleh Ah Long yang menuntut bayaran dengan kadar faedah yang amat tinggi. 

ISAYA MEMINJAM RM300. AYAH SAYA MEMINTA BANTUAN SAYA, TETAPI SAYA TIDAK BEKERJA PADA MASA ITU KERANA COVID-19. RAKAN-RAKAN SAYA MENCADANGKAN APLIKASI TELEFON INI DI MANA SAYA BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN. SAYA TERPAKSA MEMBERIKAN SALINAN KAD PENGENALAN SAYA DAN RAKAMAN VIDEO SAYA MENGENAI KEINGINAN SAYA UNTUK MEMINJAM WANG MELALUI APLIKASI. SETAKAT ITU SAHAJA, SAYA MENDAPAT WANG DENGAN CEPAT.– ALIFF, MEMINJAM WANG DARIPADA AH LONG DISEBABKAN KESEMPITAN HIDUP[8]

Semasa pandemik, pemilik-pemilik perniagaan juga bergantung kepada bantuan Ah Long untuk meneruskan perniagaan yang terjejas.

PEMILIK PERNIAGAAN YANG MEMINJAM RATUSAN DAN RIBUAN WANG RINGGIT TERPAKSA MENANGGUNG KADAR FAEDAH YANG TINGGI SEHINGGA TIDAK MAMPU MEMBAYAR. MEREKA TERPAKSA MENJUAL RUMAH, KERETA DAN SEGALA YANG DIMILIKI. – DATUK NADZIM JOHAN, AKTIVIS UTAMA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)[9]

#3:  Pajak Gadai Barang Kemas Untuk Wang Tunai

Kedai pajak gadai menyediakan perkhidmatan kewangan kepada penduduk yang tinggal di pinggir atau kawasan luar bandar. Biasanya, pelanggan utama perkhidmatan pajak gadai datang daripada isi rumah berpendapatan rendah yang telah melaburkan simpanan mereka dalam bentuk emas, barang kemas dan batu berharga. Dalam keadaan kesempitan wang, ia adalah cara terpantas untuk mendapatkan wang tunai dengan menggadiakan emas untuk wang.

Semasa sekatan gerakan di awal pandemik Covid-19, pelanggan telah menghubungi dan meminta pemilik pajak gadai untuk membuka kedai mereka. Ini menunjukkan kesusahan yang dialami oleh isi rumah berpendapatan rendah untuk meneruskan hidup. 

SEMASA TEMPOH PKP, RAMAI PELANGGAN YANG MENELEFON DAN MEMINTA SAYA MEMBUKA SEMULA KEDAI SAYA. MEREKA AMAT MEMERLUKAN WANG TUNAI UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN. – FREEMAN TAN, PEMILIK KEDAI PAJAK GADAI DI PETALING JAYA[10]

Sumber: Yahoo News

Adalah benar bahawa ramai beratur panjang di hadapan kedai pajak gadai apabila sekatan dibatalkan.

Kedai-kedai pajak gadai mendapati ramai pelanggan datang untuk transaksi yang berbeza. Terdapat pelanggan yang ingin memperbaharui tiket mereka atau menuntut barang berharga mereka. Tetapi, kebanyakan mereka membawa emas mereka untuk digadai.

KAMI MEMPUNYAI 140 ORANG PELANGGAN HARI INI, KEBANYAKAN MEREKA MENGGADAI EMAS MEREKA UNTUK WANG TUNAI. MEREKA TELAH KEHABISAN WANG SEMASA PKP DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA MAKANAN. – ENCIK DAVID YEW, PENGURUS SEBUAH KEDAI PAJAK GADAI DI PINGGIR BANDAR KUALA LUMPUR, KEPONG[11]

Salah sebuah keluarga yang menggadaikan barang kemas isterinya bercerita bahawa kedai pajak gadai ialah salah satu pilihan terakhir mereka.  

JIKA PKPB TIDAK DILAKSANAKAN DAN KEDAI PAJAK GADAI MASIH DITUTUP, MUNGKIN SAYA TERPAKSA MEMINJAM WANG DARIPADA SAUDARA MARA. WALAUPUN BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT BALIK KAMPUNG, ISTERI DAN SAYA INGIN MENGGEMBIRAKAN ANAK-ANAK DENGAN PERSIAPAN RAYA SEPERTI MEMBELI BAJU BARU UNTUK MEREKA. – MAHMUD, 44, TUKANG PAIP[12]

#4: Menjual Barangan Pre-loved

Rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah semasa sekatan pergerakan pandemik Covid-19 dan diberi peluang untuk bergotong-royong untuk membersihkan kediaman mereka dan hidup secara sederhana. Ini khususnya telah mempercepatkan pertumbuhan pasaran jualan semula, yang dikenali sebagai recommerce.

PEMBEKALAN DAN PERMINTAAN PASARAN MENINGKAT KERANA RAMAI ORANG MEMPUNYAI LEBIH BANYAK MASA DI RUMAH, JADI MEREKA MENGGUNAKAN PLATFORM RECOMMERCE SEPERTI CAROUSELL UNTUK MEMBANDINGKAN HARGA DAN MELIHAT NILAI YANG BOLEH DIPEROLEH OLEH MEREKA. SELAIN ITU, RAMAI ORANG JUGA MULA MELAKUKAN PEMBERSIHAN ATAU MENGEMAS ALMARI MEREKA DAN MENJUAL PAKAIAN TERGUNA UNTUK SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN. – TANG SIEW WAI, KETUA NEGARA CAROUSELL UNTUK MALAYSIA[13]

Carousell mendapati bahawa barangan rumah, perabot dan peralatan adalah antara barangan yang paling laris di platform mereka. 

KATEGORI BARANGAN YANG MENYAKSIKAN PENINGKATAN JUALAN SEMASA  PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERMASUK BARANG ELEKTRONIK SEPERTI KOMPUTER DAN PERABOT UNTUK PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DAN BEKERJA DARI RUMAH. – TANG SIEW WAI, KETUA NEGARA CAROUSELL UNTUK MALAYSIA[14]

Dalam tempoh PKP, rakyat Malaysia menjana jualan purata RM1,396 di platform dengan lebih daripada 690,000 transaksi untuk barangan terpakai[15]

Pasaran recommerce seperti Carousell dan Mudah.com hanya berkembang apabila pengguna mencari barangan untuk nilai wang dan menggunakan wang sedikit untuk barangan yang diingini. 

BAGI PEMBELI, MEREKA AKAN MEMBELI BARANGAN TERPAKAI KERANA IANYA BERPATUTAN. ADA YANG INGIN MENJIMATKAN WANG DENGAN MEMBELI BARANGAN SERBA BAHARU DI PERUNCIT KERANA KURANG PASTI DENGAN KUALITI BARANGAN BERKENAAN. – TANG SIEW WAI, KETUA NEGARA CAROUSELL UNTUK MALAYSIA[14]

#5: Melancarkan Usaha Niaga Dalam Talian

Industri lain yang menyaksikan sambutan hebat semasa pandemik ialah pasaran perniagaan dalam talian. Lazada Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 120,000 orang peruncit baharu daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mula beroperasi dalam dua tahun yang lalu[16]

Menurut Shopee, satu lagi platform eCommerce yang popular pada tahun 2021, 35.4% daripada penjual mereka bekerja sepenuh masa dan menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan kedua atau ketiga[17]. Fleksibiliti waktu dalam menjalankan perniagaan dalam taliam menjadi tarikan ramai orang untuk menjalankan perniagaan mereka di platform yang tersedia. 


DARIPADA 11,850 ORANG PENJUAL YANG DITINJAU, 5,406 ORANG ADALAH USAHAWAN BAHARU YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN MEREKA 100% DALAM TALIAN. DARIPADA JUMLAH TERSEBUT, 72% ADALAH USAHAWAN WANITA DAN MEREKA MAMPU MENJANA RM3,950 SECARA PURATA SETIAP BULAN. – IAN HO, PENGARAH URUSAN SERANTAU SHOPEE[18]

Platform e-dagang juga telah mengenal pasti penjual yang mampu mengembangkan perniagaan mereka. 80 orang penjual tempatan yang menyertai Shopee pada tahun 2021 telah mencapai jualan lebih daripada RM1 juta[19]. Antara 80 orang penjual itu termasuk Liow Chee Kah, dari Bera, Pahang. 

Sumber: FILADENDRON/GETTY IMAGES

Liow bekerja di sebuah kilang pengeluaran perabot di Pahang. Apabila perniagaan tersebut terjejas semasa pandemik, beliau dan isterinya memulakan perniagaan dalam talian untuk menampung pendapatan isi rumah. Dalam 7 bulan menjalankan Kedai Woohuu, mereka telah mencecah nilai RM1 juta[19].

Sebagai alternatif, suri rumah di Malaysia melangkah ke dunia perniagaan dengan menjadi dropshipper. Fatimah Zaharah Mohd Zahib, seorang suri rumah dari Terengganu mengambil peluang dan menjadi dropshipper dengan jenama, Nurraysa untuk membantu suaminya[20]. Ini membawa perubahan kepada pendapatan isi rumahnya. 

SEMASA ERA PANDEMIK COVID-19 PADA OGOS TAHUN LEPAS, SAYA BERJAYA MENCECAH NILAI RM1 JUTA DALAM MASA SEBULAN. SAYA MENCATATKAN NILAI JUALAN RM7.4 JUTA PADA TAHUN 2021. – FATIMAH ZAHARAH MOHD ZAHIB[20]

#6:  Mempengaruhi Orang Ramai Dengan Pesona Dan Pizzazz Anda

Instagram menjadi platform media sosial pilihan di Malaysia dengan 11,488,00 orang pengguna Instagram[21]. Dengan platform media sosial yang baharu, bilangan pengguna media sosial aktif di platform seperti YouTube dan Tik Tok semakin meningkat dengan merekodkan lebih daripada 4 juta pengguna di Malaysia. 

Memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia beralih ke media sosial untuk berita dan hiburan – strategi pemasaran juga telah dipelbagaikan untuk mendekati pasaran sasaran yang berbeza. Salah satu peralihan termasuk penggunaan pengaruh media sosial atau kandungan digital untuk menjana pendapatan. 

Pada tahun 2018, saiz pasaran influencer bernilai di antara RM280.46 juta dan RM560.91 juta di negara ini[22]. Pendapatan seorang influencer media sosial bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan kerana pendapatan purata mereka mengikut peringkat mereka. 

Sebagai permulaan, seorang influencer nano dengan 1000 orang pengikut atau followers mungkin memperoleh antara RM100 hingga RM300 setiap siaran  atau post manakala influencer mega dengan lebih daripada 1 juta pengikut atau followers akan memperoleh sehingga RM6000 setiap siaran[23]

ANGGARAN KAMI IALAH PENDAPATAN PURATA SEORANG INFLUENCER MEDIA SOSIAL – TERMASUK SEMUA JENIS PENAJAAN PRODUK, GANJARAN TUNAI, BAUCAR DAN SEBAGAINYA – BERJULAT ANTARA RM39,400 HINGGA RM78,700 SETAHUN. – TERRENCE NGU, KETUA PEGAWAI KOMUNITI STARNGAGE[22]

tiktok youth initiative
Sumber: AFP picture, dari  Malay Mail

Terdapat beberapa orang influencer yangtelah mencipta nama dalam bidang ini. Dengan pendapatan yang diperoleh, mereka dapat menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka. Sebagai contoh, Ernalyana Ali, seorang belia yang mula membuat ulasan berbayar atau paid review sejak 15 tahun. Sekarang, dia  telah memiliki banyak pengikut.

SAYA BUKAN BERASAL DARI KELUARGA YANG BERPENDAPATAN TINGGI. IBU SAYA MENINGGAL DUNIA MANAKALA AYAH SAYA SUDAH TUA DAN TIDAK BEKERJA LAGI. MAKA SAYA MENGGUNAKAN PENDAPATAN BULANAN SAYA UNTUK MEMBANTU KELUARGA SAYA. – ERNALYANA ALI, SEORANG INFLUENCER[24]

Satu kisah kejayaan lain ialah Zukie dari Kelantan, hidupnya berubah selepas menyiarkan video lucu dalam talian. Daripada pendapatan RM800 sebulan sebagai penjaga zoo, Zukie kini memiliki sebuah rumah produksi dan membeli Mazda RX8 secara tunai[25].

MELALUI RUMAH PRODUKSI SAYA, KASI BIKIN DRAMA SDN BHD, SAYA MENJANA PENDAPATAN DENGAN MEMBUAT VIDEO LUCU PENDEK. PENDAPATAN SEBAGAI SEORANG SELEBRITI MEDIA SOSIAL AGAK BAIK. SAYA BOLEH MEMBANTU IBU DAN ADIK-BERADIK SAYA SETIAP BULAN. – ZUKIE[25]

#7: Artis Memasuki Dunia NFT yang Menguntungkan

Walaupun NFT atau token non-fungible telah mendapat pandangan dan pendapat berbeza, popularitinya sedang melonjak di Malaysia 

DARI SEPTEMBER 2021 HINGGA JANUARI 2022, LEBIH DARIPADA 60,000 NFT TELAH DICETAK DAN KAMI MENGHAMPIRI JUMLAH NILAI JUALAN SEBANYAK ENAM JUTA. – IRSYAD SAIDIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGASAS BERSAMA PLATFORM NFT TEMPATAN PENTAS.IO[26]

Salah satu sektor yang kurang diterokai dan diceburi di Malaysia ialah sektor kreatif. Artis-artis sukar untuk mendapatkan pendedahan pasaran dan menjana pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Dengan pembatalan festival seni dan penutupan galeri seni berikutan pandemik Covid-19, komuniti artis terpaksa keluar dari zon selesa mereka untuk meneruskan kehidupan.  

Faizal, seorang artis berkeperluan khas yang sebelum ini bergantung kepada cara konvensional seperti menyediakan pautan untuk pembeli yang berminat untuk memuat turun ilustrasi. Walau bagaimanapun, pendapatan yang diperolehnya adalah tidak stabil[27].

Dengan dorongan rakannya dan keinginan untuk bertemu bapanya di Pulau Pinang, Faizal mula memuat naik karya seninya di platform NFT, pentas.io. Sehingga hari ini,  beliau telah berjaya menjual sebanyak 9 daripada 36 buah karya seni berharga antara 0.07 dan 3.0 Binance. NFT menggunakan Binance atau BNB sebagai mata wang di mana 1 BNB secara kasarnya bersamaan dengan RM2,000 bergantung kepada nilai semasa[27]

PERTUMBUHAN NFT TELAH MENGUBAH CARA TRADISI ARTIS DI MALAYSIA MENCARI REZEKI – DARIPADA KARYA SENI YANG DITUGASKAN – MENAWARKAN “KEYAKINAN SERTA SUMBER PENDAPATAN YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA PERMINTAAN PELANGGAN, TETAPI LEBIH KEPADA KEINGINAN SEORANG ARTIS UNTUK BERKEMBANG SECARA KREATIF. – MUNIRA HAMZAH (BULAN) MALAYSIA NFT[28]

#8: Rider penghantaran makanan

Pekerjaan yang bermula secara sambilan sehingga berkembang dengan pesat kini. Ia amat membantu mereka yang telah diberhentikan kerja semasa pandemik. Dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran makanan, rider di jalan raya semakin bertambah.

RIDER FOODPANDA TELAH MENINGKAT DARIPADA 13,000 PADA AWAL TAHUN 2020 KEPADA LEBIH DARIPADA 35,000 PADA AKHIR TAHUN 2020 – PENINGKATAN SEBANYAK 169%. – SAYANTAN DAS, PENGARAH URUSAN FOODPANDA MALAYSIA[29]

Seorang rider GrabFood, Muhammad Fakhrullah Harizz Masnawi, 26 bekerja sebagai pereka CAD di sebuah syarikat minyak dan gas. Beliau bekerja sebagai rider secara sambilan, namun kontrak kerja tetapnya tamat apabila PKP yang pertama bermula[30].

Sumber:Malay Mail

SELEPAS KONTRAK PEKERJAAN SAYA TIDAK DISAMBUNG SEMASA PKP DILAKSANAKAN, SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TERUS BEKERJA SEBAGAI RIDER SEPENUH UNTUK MENJANA PENDAPATAN DALAM TEMPOH SUKAR INI. – MUHAMMAD FAKHRULLAH HARIZZ MASNAWI, PENUNGGANG GRABFOOD – Muhammad Fakhrullah Harizz Masnawi, GrabFood rider[30]

Dengan pendapatan tersebut, beliau berjaya bertahan dalam tempoh kesukaran.

PURATA PENDAPATAN BULANAN SAYA BOLEH MENCAPAI ANTARA RM3,000 HINGGA RM4,000. MALAH, JUMLAH TERTINGGI YANG SAYA PEROLEH ADALAH RM6,000 HINGGA RM7,000 SEBELUM PKP DILAKSANAKAN PADA MAC 2020. – MUHAMMAD FAKHRULLAH HARIZZ MASNAWI, GrabFood rider[30]

Terjemahan oleh: Sally Yeo Yi Tong

Explore our sources: 

  1. World Bank. (2020). Aspirations Unfulfilled: Malaysia’s Cost of Living Challenges. Link
  2. The Star. (2021). Many struggling to survive even after dipping into EPF savings. Link
  3. C.Yeap. (2022).The bad and ugly side of allowing more EPF Account 1 withdrawals. The Edge Markets. Link
  4. A.Yunos. (2022). More EPF withdrawals? You’ll probably work till the day you die, expert says. New Straits Times. Link
  5. I.M.Iskandar. (2022).Mixed feelings over approval for EPF withdrawal. The Star. Link
  6. World Bank Group. (2021). Malaysia Economic Monitor: Staying Afloat. Link
  7. D.Grunebaum. (2021). Pandemic Gives Loan Sharks More Prey. Link
  8. Z.Mohd Yusof. (2022). Ah Long victim in fear as RM300 loan swells to RM45,000. Free Malaysia Today. Link
  9. The Star. (2020). More expected to borrow from loan sharks. Link
  10. Y.W.Xiang. (2020). We Talk To Pawn Shop Operators To Find Out The Truth Behind Viral Photos Of Long Queues. SAYS.com. Link
  11. H.Hassan. (2020). Coronavirus: Rush on pawnshops as cash-strapped Malaysians hock valuables. The Straits Times. Link
  12. BERNAMA. (2020). Ramai ke pajak gadai selesaikan urusan tertangguh – MPBA.Link
  13. A.Hazim. (2021). Pandemic accelerates resale marketplace growth. The Malaysian Reserve.Link
  14. A.Hazim. (2021). Electronics tops second-hand purchases during pandemic. The Malaysian Reserve. Link 
  15. Business Today. (2021). The Carousell Recommerce Index 2021 And Environment-Friendly Purchases. Link
  16. J.Y.Tan. (2020).In the pandemic, Carousell Malaysia evolved to become an e-commerce platform for the people. Digital News Asia. Link
  17. Z.Saieed.(2021).Big jump in retailers heading onto e-commerce. The Star. Link
  18. L.Nathan. (2021). The boom of e-commerce in Covid-19 era. The Malaysian Reserve. Link 
  19. Malaysiakini. (2021). Shopee saw its sellers more than double this year as more Malaysians venture onto e-commerce. Link
  20. Berita Harian. (2022). Nurraysa sedia peluang jana pendapatan. Link
  21. N.Dahodwala. (2021). Malaysia’s Changing Influencer Culture In Malaysia. Link
  22. N.H.Abdul Malek. (2018).Rise of social media influencer. The Malaysian Reserve. Link
  23. N.Aziz. (2019). Social Media Influencers Earn RM5k – RM6k per Post. Confirm Ah? Loanstreet.Link
  24. S.Z.Sahib. (2018). Jana pendapatan sebagai Instafamous. Harian Metro. Link
  25. Z.Mustafa. (2018). Becoming social media influencers. New Straits Times. Link
  26. A.Azuar. (2022). Malaysian art market continues focus on NFTs. The Malaysian Reserve. Link
  27. A.M.Zulkifli. (2022).Behind the NFT craze. MalaysiaNow. Link
  28. M.Ferrarese. (2021). Malaysian artists earn freedom to be creative with NFTs. Al Jazeera News. Link
  29. A.S.Aman. (2021). Foodpanda to help Malaysians who lost full-time jobs. New Straits Times. Link
  30. MStar.(2021).Cerita rakan Grab musim pandemik… kena rajin kerja, baru boleh buat duit.Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?