Site logo

Cerita Tentang Kekuatan, Ketabahan Dan Perjuangan Seorang Ibu Tunggal Warga Burma

Tertarik dengan janji tawaran pekerjaan dan pendidikan untuk masa depan yang lebih cerah, beribu orang lelaki, wanita dan kanak-kanak tiba di perairan Malaysia setiap tahun. Kebanyakan masanya, realiti tidak seindah yang dibayangkan. Untuk memperoleh pendapatan yang baik di negara ini, mereka terpaksa menanggung pelbagai risiko. Misalnya, ramai daripada mereka sering ditipu oleh majikan dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat. Ada juga antara mereka yang terpaksa berdiri selama 12 jam atau lebih setiap hari[1]

Jika seseorang pendatang tinggal melebihi had yang ditetapkan oleh sesebuah negara atau masuk tanpa dokumen yang sah, mereka akan berdepan kemungkinan untuk dihantar pulang. Di Malaysia, pendatang asing tanpa izin boleh dipenjara selama tiga ke enam bulan tertakluk kepada undang-undang imigresen negara[2]. Sekiranya ditahan oleh pegawai imigresen Malaysia, pendatang asing tanpa izin bukan hanya dipenjara tetapi juga boleh disebat sebagai hukuman sebelum dihantar pulang ke negara asal[1].

Source: Free Malaysia Today

Terdapat lebih 550,000 pendatang Myanmar yang tinggal di Malaysia. Dari jumlah tersebut, dianggarkan bahawa 250,000 adalah pendatang asing tanpa izin. – U Aung Zaw Min, pegawai buruh, Kedutaan Myanmar

Konflik yang berpanjangan di Myanmar telah menyebabkan rakyatnya mengambil keputusan untuk meninggalkan negara tersebut. Rakyat Myanmar (terutamanya dari etnik minoriti Burma) berdepan diskriminasi yang teruk oleh kerajaan ketenteraan mereka (tatmadaw). Pencabulan hak kemanusiaan yang berleluasa ini telah menimbulkan ketakutan rakyat terhadap risiko dikenakan hukuman. Hal ini menjadi satu penghalang untuk mereka pulang ke negara sendiri[3]

Walaupun begitu, Akta Imigresen Malaysia 1963 tidak membuat satu pembezaan khusus antara pelarian dengan pandatang asing tanpa izin. Tanpa identiti yang sah dan dilindungi, pelarian terdedah pada bahaya untuk ditahan, dipenjarakan dan dihantar pulang. Pelarian juga tidak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang sah, menghantar anak mereka ke sekolah mahupun mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan sosial[4]

Bukan Hanya Statistik

Seorang ibu kepada dua remaja, Dim SC, 40 tahun, telah tinggal di Malaysia sejak 8 tahun lalu. Beliau tersimpang antara kedudukan sebagai pelarian dan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah membesarkan anak-anaknya yang berusia 16 tahun dan 14 tahun secara berseorangan.

Sebelum pandemik, Dim bekerja sebagai pembantu dapur. Namun setelah perintah berkurung dilaksanakan, perniagaan dalam industri makanan merundum dan beliau terpaksa dihentikan kerja oleh majikannya. Pada Julai 2020, laporan menunjukkan bahawa 4,700 pekerja asing telah kehilangan pekerjaan mereka kesan pandemik[5]

Dim is a proud mom of two teenage children. Photo courtesy of Dim.

Tanpa pekerjaan yang tetap dan dokumen yang sah, Dim dan kedua-dua anaknya membuat keputusan untuk berlindung di Combined Mission Centre (CMC), Pudu. CMC telah ditubuhkan pada Disember 2017 sebagai pusat perlindungan untuk pelarian Burma. CMC banyak bergantung kepada sumbangan orang ramai terutamanya daripada pihak gereja untuk menanggung keperluan bulanan mereka.

Apabila Dim bertemu ketua CMC, Vuum Khawl Nuam, beliau menawarkan Dim dan anak-anaknya sebuah bilik yang kecil untuk mereka berteduh dan mendapatkan makanan harian. Dim bersyukur beliau menjumpai tempat menumpang dan komuniti untuk hidup bersama. 

Saya bersyukur kepada dia (Vuum Khawl Nuam). Saya amat tertekan kerana tidak boleh bekerja dan dan menghantar anak-anak ke sekolah. Tuhan kasihanilah kami. – Dim 

Kehidupan Lebih Susah Di Myanmar 

Di negara asalnya, Dim tinggal bersama suami dan anak-anaknya di sebuah perkampungan kecil. Kehidupan amannya berubah secara drastik apabila tentera Myanmar menyerbu kampungnya dan menangkap suaminya. Sehingga saat ini, beliau masih tidak tahu sama ada suaminya masih hidup atau mati, namun terdapat berita bahawa suaminya dibunuh oleh tatmadaw. 

A photo of Dim and her children in their village home in Myanmar. Photo courtesy of Dim.

Demi menjamin masa depan anak-anaknya, Dim berkahwin buat kali kedua dengan seseorang lelaki untuk memulihkan keselamatan keluarganya. Namun, hanya dalam masa enam bulan, mereka ditimpa nasib yang sama. Tatmadaw kembali untuk menyerbu kampung mereka dan telah menahan suami barunya. Beliau terpaksa melalui pengalaman ngeri tersebut sekali lagi. 

Kami baru berkahwin selama enam bulan dan perkara teruk ini berulang semula. Sekali lagi, saya dan anak-anak ditinggalkan sendirian. – Dim 

Photo only for illustration purposes. The tatmadaw patrolling the streets in Myanmar.Source: Radio Free Asia

Berdasarkan United Nations Human Rights (OHCHR), Myanmar bergelut dengan pencabulan hak asasi manusia oleh pihak tentera berdekad lamanya. Berpuluh ribu nyawa telah terkorban sejak keganasan ini berlaku. Kumpulan dari UN Human Rights telah mengawasi dan mendokumenkan maklumat rakyat yang haknya dicabuli walaupun dirinya tidak bersalah. Misalnya, mereka yang dirogol, didera, dijadikan buruh paksa dan direkrut sebagai askar kanak-kanak[6]

Untuk meneruskan hidup, Dim terpaksa menanam sayuran dan menjual hasilnya di pasar. Secara tidak diduga, Dim terjumpa saudara kepada suami keduanya di pasar tersebut dan beliau diberikan maklumat mengenai cara untuk mencari suaminya. Rupa-rupanya, pasangannya itu telah meninggalkan Myanmar dan sedang menetap di Malaysia. Suaminya telah berurusan dengan seorang ejen untuk membawa Dim dan anak-anaknya ke Malaysia. 

Photo only for illustration purposes. A market in Myanmar. Source: Passport & Pixels

Pelayaran Yang Mendebarkan Merentas Lautan 

Perjalanan dari Myanmar ke Malaysia bukanlah satu pergerakan yang mudah. Dim dan anak-anaknya dibawa oleh ejen dari kampung mereka ke bandar Yangon. Dari situ, mereka menempuh perjalanan selama 10 jam melalui bas ke tiga pagoda.

Mereka menghabiskan masa selama tiga ke empat hari untuk menunggu warga Burma yang lain untuk sampai. Pengalaman itu amatlah menakutkan kerana tatmadaw dan pihak berkuasa sentiasa mengawasi kawasan tersebut. Jika ditangkap, mereka akan dikenakan hukuman berat.

Kami bersembunyi di hutan dan apabila hujan, kami berlari ke longkang untuk bersembunyi. Kadang-kadang mereka memberikan kami makanan, kadang-kadang tidak. Makanan datang sekali atau dua kali dan saya ingat bahawa makanan mungkin ayam atau betik. Kadang-kadang, tiada makanan langsung. – Dim 

Pada hari berikutnya, Dim dan anak-anaknya serta warga Burma yang lain berlepas ke sempadan Thailand melalui kapal. Mereka bergerak pada tengah malam untuk mengelakkan daripada dikesan atau ditangkap. Perjalanan di laut itu amatlah mengerikan bagi Dim keranya nyawanya bergantung kepada kelasi dan keadaan cuaca.

Di dalam kapal, mereka menutup kami dengan kain yang besar dan kapal kami bergerak ke sempadan Thailand pada lewat malam. Ia adalah satu perjalanan yang panjang. – Dim 

Akhirnya setelah meluangkan masa semalaman di sempadan Thailand, Dim dan anak-anaknya menaiki bas dan masuk ke Malaysia. Beliau mengingati bahawa perjalanan yang ditempuh dari Myanmar ke Malaysia amatlah memenatkan. Setelah lapan hari berlalu, Dim akhirnya tiba di Malaysia dan bertemu semula dengan suaminya. 

Pertemuan semula tersebut sangat bermakna namun sekejap. Setelah tahun tinggal di Malaysia, Dim dan suaminya bersetuju untuk berpisah secara aman.

Bertahan Di Negara Baru 

Hidupnya di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah baginya sejak beliau sampai. Oleh sebab Dim masuk ke Malaysia tanpa visa yang sah atau permit kerja, beliau sentiasa takut akan pihak berkuasa. Beliau memohon perlindungan United Nations High Commission For Refugees (UNHCR). Malangnya, walaupun dia mempunyai status sebagai pelarian, UNHCR tidak memberi jaminan untuk perlindungan sepanjang masa. Semasa ditemuduga, Dim menyatakan kebimbangannya untuk dihantar pulang ke Myanmar. 

Saya tidak pernah pulang ke Myanmar sejak saya pergi dan saya tidak mahu pulang ke sana lagi.  – Dim

Pandemik telah menguji Dim dari segi kewangannya. Sebelum Covid melanda, Dim biasanya akan memperoleh antara RM1000 sehingga RM1200 sebulan melalui pekerjaannya sebagai pembantu dapur. Tanpa adanya pendapatan yang tetap dan simpanan wang, beliau sentiasa berada dalam keadaan yang sukar. 

Peluangnya di CMC merupakan satu keajaiban tetapi Dim tahu bahawa sejurus beliau mendapat pekerjaan, beliau harus berpindah keluar. Beliau sedang berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik buat anak-anaknya. Pendidikan anak-anak Dim juga terkesan. Anak perempuannya pernah bersekolah di Advancing Children’s Education (ACE) di Pudu, Kuala Lumpur. ACE adalah pusat kesukarelawan yang memberikan pendidikan asas kepada anak-anak pelarian. Apabila kad UNHCR anak perempuannya tamat tempoh, tamatlah pengajiannya. Bagi anak lelakinya yang berusia 14 tahun, dia hanya memiliki ‘soft copy’ kad UNHCR yang dimilikinya dan tidak menerima apa-apa pendidikan baik secara formal mahupun tidak formal. Meskipun kekurangan pendidikan, kedua-dua anaknya mempunyai impian dan aspirasi. 

Photo only for illustration purposes. Source: UNHCR

Anak-anak saya sentiasa bertanya bilakah kami akan pergi ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom atau Australia. Anak lelaki saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan anak perempuan saya mahu menjadi seorang pramugari. – Dim 

Kenalan Dim di Malaysia adalah kecil dan tidak tertumpu. Beliau adalah ahli Zomi Refugees Community (ZRC), organisasi yang berasaskan sukarelawan yang membantu kerja-kerja UNHCR untuk pelarian. Namun, mereka bergelut dengan kekurangan dana. Di luar komuniti ini, Dim tidak mempunyai mana-mana kawan berwarganegara Malaysia.

Realiti Sebenar Hidup Pendatang Di Malaysia 

Malaysia adalah tempat penyinggahan bagi kebanyakan pendatang dengan harapan mereka dapat berpindah ke negara yang lebih maju. Malaysia tidak terikat dengan konvensyen pelarian United Nations, namun rakyatnya bertolak ansur terhadap golongan pendatang kerana mereka diperlukan di dalam sektor pekerjaan, terutamanya bidang buruh yang mana kebanyakan rakyat Malaysia menolak.

Tambahan pula, menurut organisasi hak asasi manusia, pandemik telah mengancam kedua-kedua pihak sama ada pendatang asing yang sah mahupun pendatang asing tanpa izin. Sesetengah daripada mereka kehilangan permit pekerjaan apabila mereka diberhentikan kerja. Ada juga yang kehilangan permit apabila majikan yang tidak bertanggungjawab tidak mahu memperbaharui permit mereka untuk menjimatkan kos[7].

Source: New Straits Times

Sejak pandemik bermula, terdapat 24 kes bunuh diri yang melibatkan pelarian dan pendatang dari Myanmar. Kebanyakan kes bunuh diri melibatkan individu berusia muda yang mati sendirian dan ditanam di Malaysia tanpa pengetahuan keluarga masing-masing kerana jejak mereka tidak dapat kesan[7].

Kerana pekerja Myanmar kehilangan pekerjaan, mereka tidak mampu untuk menyewa rumah dan membayar keperluan asas, Itulah sebab mereka membunuh diri. – San Win, Pengerusi kumpulan masyarakat Myanmar yang membantu pekerja asing[8]

To learn more about the living realities of refugees in Malaysia, baca 10 Things You Must Know About Refugees In Malaysia.

Want to be involved in supporting and helping refugees living in Malaysia? Get the data, maps and list of changemakers providing hope for refugees in Klang Valley.

Explore Our Sources: 

  1. Amnesty International. (2009). Trapped: The Exploitation of Migrant Workers in Malaysia. Link. 
  2. Htwe, Z. Z. (2020). Without Work and Fearing Arrest, Undocumented Myanmar Migrants in Malaysia Take Their Own Lives. The Irrawaddy. Link. 
  3. Mortensen, N. H. (2019). ‘I feel scared going out’: How migrant workers become outlaws in Malaysia’s electronics industry. Danwatch. Link. 
  4. European Resettlement Network. (2013). Burmese refugees in Thailand & Malaysia. Link
  5. Lee, L. (2020). Malaysia to lift limit on hiring of foreign labour. Reuters. Link. 
  6. OHCHR. (2020). Myanmar report details ongoing human rights violations. Link. 
  7. Chew, A. (2021). Mother’s suicide highlights plight of Myanmar refugees in Malaysia. South China Morning Post. Link. 
  8. Lwin, M. T. (2020). Suicide cases among Myanmar workers in Malaysia reached 17. Eleven Media Group. Link. 

Ditulis oleh Rachel Tan dan disunting oleh Wiki Impact.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?