“Jangan merungut sangat tentang kerja, nasiblah kamu ada kerja!”
Kami selalu dinasihatkan untuk bersyukur kerana kita ada pekerjaan, terutamanya semasa musim ekonomi yang mundur. Sebagai contoh pada zaman sekarang di mana banyak orang telah kehilangan kerja mereka akibat pandemik.
Walaupun tabiat merungut sudah tentu tidak sihat, namun sesetengah aduan tersebut tidak dapat dilepas pandang. Tempat bekerja yang menyalahgunakan pekerja merupakan sarang yang mendorong berlakunya masalah kesihatan mental.
Topik kesihatan mental semakin dibincangkan pada baru-baru ini, tetapi maklumat perincian tentang tempat kerja yang membuli pekerja di Malaysia masih kurang.
Individu-individu yang dibuli di tempat kerja lebih terdedah kepada masalah kesihatan mental akibat kedukaan psikologi[1]. Kejadian membuli di tempat kerja juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan berkait stres seperti tekanan darah tinggi dan juga boleh membawa impak negatif kepada kerjaya seseorang individu dan hubungan mereka dengan orang lain.
Didapati juga bahawa lebih setengah (50.3%) pekerja dalam kumpulan pendapatan ini pernah atau masih mengalami suatu bentuk membuli di tempat kerja.
Satu kajian juga mendapati pekerja dari kumpulan pendapatan rendah sebenarnya di bawah lebih tekanan untuk hadir bekerja[2]. Mereka mungkin mengalami tekanan yang lebih daripada majikan dan para pekerja untuk kerja dengan baik, di samping mempunyai kurang kuasa untuk mengambil cuti kuasa.
Banyak pekerja dari kumpulan pendapatan rendah tidak mempunyai kemewahan mengambil cuti sakit berbayar dan hari tanpa kerja bermaksud tiada pendapatan.
Kajian juga mendapati bahawa kumpulan yang terjejas lazimnya tidak mencari pertolongan dan sokongan untuk kesihatan mental mereka kerana:
- Mereka tidak mampu membayar kos rawatan kesihatan mental
- Mereka tidak mahu dikecilkan atau diketepikan kerana telah mencari pertolongan psikologi
Terdapat banyak kajian yang membukti kes membuli di tempat kerja boleh mendorong masalah kesihatan mental, dan kumpulan pendapatan rendah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dibuli. Kumpulan pekerja B40 tetap terdedah dan menjadi mangsa kepada tekanan mental jangka masa panjang.
Rujukan:
- Chan, C., Wong, J., Yeap, L. et al. Workplace bullying and psychological distress of employees across socioeconomic strata: a cross-sectional study. BMC Public Health 19, 608 (2019). Link.
- Wee, L., Yeap, L., Chan, C. et al. Anteceding factors predicting absenteeism and presenteeism in urban areas in Malaysia. BMC Public Health 19, 540 (2019). Link.