Site logo

Bolehkah Golongan Bukan Warganegara Mencari Perkerjaan?

Menurut Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, fasal 17 berkait tentang status orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan, seseorang individu bukan warganegara mempunyai hak untuk terlibat dalam pekerjaan bergaji. Tambahan pula, fasal 18 menyatakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bekerja secara bersendirian manakala fasal 19 menambah bahawa mereka sepatutnya dibenarkan untuk praktis profesion liberal[1].

Di sebalik semua ketentuan ini, masih menjadi hak prerogatif negara sama ada untuk mematuhi atau mengabaikan perkara di atas.

Manakala di Malaysia, golongan bukan warganegara tidak diberi hak untuk bekerja secara sah. Sebelum ini, komuniti bukan warganegara, Bajau Laut Sabah, lebih fokus terhadap mencari pendapatan menggunakan skil menyelami laut untuk menyara kehidupan harian.

Source: Al Jazeera

Pekerjaan di laut seperti memancing bukan sahaja sumber utama makanan, tetapi ia juga sumber utama bagi pendapatan mereka. Tangkapan harian akan dijual di pasar basah atau dijadikan sistem barter dalam pertukaran makanan seperti nasi dan ubi kayu serta pakaian seperti kain pelikat dan jaring. Walaupun begitu, komuniti Bajau kini telah beralih kepada jenis pekerjaan yang memberi hasil duit[2].

Source: Mark Lehn

Nalvin Dhilon, lelaki bukan warganegara menetap di Kuala Lumpur, telah bekerja sejak umur 15 tahun. Akibat tidak mempunyai nombor IC, dia hanya mampu menggunakan sijil kelahiran semasa membuat permohonan pekerjaan. Beliau mencari kerja sambilan contohnya seperti di kedai makan dimsum dan mencuci kereta secara sambilan. Nalvin dibayar dengan gaji yang rendah. Dia dibayar gaji bulanan secara tunai hanya selepas dia telah bekerja dalam jangka masa yang panjang[3].

Nalvin mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran supaya dapat lebih banyak peluang pekerjaan. Dia telah menamatkan pengajian Diploma Sumber Manusia dan membuat permohonan untuk menjadi pekerja berkolar putih tetapi kesemuanya ditolak kerana dia tidak mempunyai kad pengenalan yang sah. Maka, dia terpaksa kembali kepada industri servis.

Source: The Star

Ibu kawan saya memiliki sebuah kedai makan dan membenarkan saya kerja di sana. Malangnya disebabkan PKP, kedai makan tersebut terpaksa ditutup. -Nalvin Dhillon, individu bukan warganegara

Selepas itu, Nalvin telah mendapat pekerjaan yang tetap di sebuah kedai makan lain dengan pertolongan kawan-kawannya. Dia dapat bekerja atas kebaikan/belas kasihan majikannya, tetapi dia dia tidak berhak mendapat KWSP atau faedah kakitangan lain.

Terdapat juga situasi dimana sesetengah orang daripada komuniti Bajau telah menetap di daratan, berpelajaran tinggi dan bekerja sebagai staf kerajaan, di perniagaan swasta atau membuka perniagaan sendiri. Walaupun begitu, ada juga yang tidak bertuah seperti mereka[2].

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai golongan bukan warganegara mempunyai pendapatan yang lebih rendah berbanding Indeks Kemiskinan Nasional yang hanya bernilai RM2,208.

Ramai yang hidup dari hari ke hari. Mereka hanya mampu tanggung sekadar cukup makan, dan tidak dapat menyimpan duit untuk rawatan perubatan atau membeli barang keperluan asas. Akibat ketiadaan sumber pendapatan yang konsisten, mereka terpaksa meminta sedekah di pusat bandar, kawasan pelancongan atau lampu isyarat untuk meraih simpati daripada pelancong atau pemandu di jalan raya.

Source: The Star

Kanak-kanak dan wanita sering pergi meminta sedekah di sekitar bandar. Perkara ini akan menimbulkan persepsi yang negatif daripada masyarakat Malaysia. Contohnya, mereka akan dipandang rendah kerana mengemis di tepi jalan atau tidak hadir ke sekolah.

Source: Channel News Asia

Pada 2019, satu artikel mengenai kehidupan kanak-kanak bukan warganegara di Sabah menulis tentang tekanan yang dihadapi oleh seorang ibu, Puan Asmida. Suaminya, Mr. Suhidin, bekerja sebagai seorang nelayan yang hanya menjana pendapatan sebanyak RM500 sebulan iaitu kurang dari separuh daripada gaji minimum RM1,100 yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kedua anak lelakinya terpaksa mengutip sampah kitar semula di tapak pelupusan untuk dijual semula di Sandakan jika mereka menghadapi kekangan dari segi perbelajaan makanan[4].

Saya tidak ingin mereka untuk menjadi pengutip sampah. Saya ingin mereka untuk pergi ke sekolah, dapat kerja yang elok di bandar dan tinggal di rumah yang bagus. – Puan Asmida, individu bukan warganegara

Akibat terdesak, komuniti bukan warganegara ini sanggup menolak tepi maruah mereka untuk melanjutkan kehidupan. Perkara yang paling menyedihkan ialah kanak-kanak bukan warganegara tidak diberi pilihan atau kebebasan untuk memilih hala tuju masa hadapan mereka.

Ingin membantu mereka? Berikut merupakan senarai NGOs yang tidak pernah lelah atau penat dalam memberi bantuan kepada komuniti-komuniti bukan warganegara di Malaysia.

Explore Our Sources: 

  1. UNHCR. (1954). Convention Relating to the Status of Stateless Persons. Link.
  2. W. Hassan, W. S., & Peters, D. (2020). The Vulnerability of Bajau Laut As Stateless People In Sabah. Jurnal Kinabalu, 183. Link.
  3. Beep. (2020). Best Friends Of 30 Years Open Cloud Kitchen To Help Chefs Who Lost Jobs During MCO. Link.
  4. A. Yusof. (2019). Living in a sea of trash: Sabah’s stateless children face bleak future. Channel News Asia. Link.

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aliesya Sofea.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?