Site logo

Banjir Terburuk Dalam 50 Tahun dan Golongan Miskin Yang Terpaksa Menanggungnya.

banjir B40

Hujan yang berterusan sepanjang hari telah menyebabkan ramai keluarga dan komuniti di Malaysia terpaksa mengharungi air yg semakin menaik- segelintirnya terpaksa bertarung nyawa untuk hidup dan terpaksa menyelamatkan sisa-sisa harta yang tinggal. Di samping menghancurkan kehidupan, banjir juga mengancam nyawa golongan miskin. 

Sumber: Malaysia Reserve

Masuk sembilan hari tahun 2021 dan terpampang tajuk besar di keratin akhbar  “Banjir terburuk dalam 50 tahun- 6 orang meninggal dan 50,000 orang penduduk terpaksa berpindah”[1]. Malapetaka ini telah menambahkan lagi beban disamping pandemik yang sedia ada yang berterusan menganas hari demi hari.

Penduduk di Pahang dipindahkan dengan selamat diatas penggali. Sumber: Malay Mail

Hujan lebat yang bermula awal Januari lalu telah melanda lebih dari 5 buah negeri di negara ini. Pada 8 Januari 2021, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menganggarkan bahawa 11,973 keluarga telah terkesan dengan banjir tersebut (8 kematian) dan 42,945 penduduk telah dipindahkan ke 397 pusat pemundahan di 27 daerah di Johor, Pahang, Kelantan, Selangor dan Perak[2]

Jalan raya di Terengganu telah ditenggelami air. Sumber: The Straits Times.

Angin yang berubah arah dan hujan yang berterusan telah sampai ke Borneo dan menyebabkan paras air naik dengan cepat di Sabah dan Sarawak. Hal ini telah menyebabkan suasana menjadi kritikal. Pada 18 hb Januari lalu, seramai 1,054 penduduk terpaksa dipindahkan dari rumah mereka. Di Sarawak sahaja, lebih dari 3,000 penduduk telah terlantar di 39 buah pusat pemindahan, seperti yang dilaporkan oleh ASEAN Coordinating Centre untuk Humanitarian Assistance bagi pengurusan malapetaka (AHA Centre)[3]

Sumber: CREST Malaysia

Foto rumah kampung yang terkena banjir, sekolah ditenggelami air dan jalan raya yang runtuh telah segera menular disebabkan teriakan dan asakan permintaan pertolongan dan sokongan daripada pihak netizen untuk rakan-rakan di Malaysia Timur.

Jalan raya di Kampung Nibang, Pitas Sabah telah mengalami kerosakan. Sumber: Facebook | Ruddy Awah

GOLONGAN MISKIN DAN LEMAH YANG TERUK MENDERITA 

Komuniti yang tinggal di kawasan yang mudah terkena banjir telah belajar bagaimana untuk hidup bagi mengatasi kecederungan air naik, dengan membina rumah yang tinggi dan meninggikan paras tapak simen serta penghadang untuk menghalang kenaikan paras air. Pada kebanyakan waktu, kaedah ini berjaya, tetapi apabila cuaca semakin teruk, mereka hanya boleh berharap. Malangnya, apabila kita mempunyai bajet yang terhad, pemindahan bukanlah pilihan yang tepat. 

Sumber: Twitter | Ebit Lew

Banjir di kawasan bandar pula memberi dilemma yang berbeza. Mereka yang tinggal di kawasan kecil dan padat penduduk mengalami kesan yang lebih teruk akibat banjir. Hal ini dapat dilihat di Pahang, memiliki jumlah mangsa banjir yang paling tinggi. Walau bagaimanapun, kemudahan bagi mangsa banjir dan kawasan yang mudah dihubungi serta kelengkapan yang mencukupi, pertolongan dapat disegerakan kepada komuniti. Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM11 juta untuk diagihkan kepada keperluan mangsa banjir[4]

Rumah-rumah in Kampung Laut Skudai, Johor. Sumber: The Straits Times

Walaupun begitu, bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mudah terkesan kepada banjir di kawasan pendalaman, kebiasaannya hidup dalam kemiskinan telah menambahkan lagi kelemahan kepada mangsa banjir. Terdapat kelemahan dari segi strategi, perancangan dan pembangunan yang digunakan untuk mengatasi masalah tahunan ini. Akibatnya, komuniti luar bandar miskin terpaksa menanggung lebih derita apabila dibandingkan dengan mangsa banjir di bandar.

APAKAH YANG BERLAKU SETELAH HUJAN BERHENTI?

Usaha memberi bantuan melibatkan kos yang mahal kepada pihak kerajaan dan NGO dan realitinya, kebanyakan keluarga terpaksa berikhtiar mencari duit untuk membayar kerosakan yang disebabkan oleh banjir bagi memulakan rutin hidup selepas berlakunya malapetaka semulajadi.

Kerosakan banjir di Pahang. Sumber: CREST Malaysia.

Bagi segelintir pihak pula, banjir ini merupakan gangguan sementara bagi mengantikan barangan yang rosak, sementara mereka yang lain perlu bimbang untuk membina sepenuhnya rumah kediaman mereka. Terdapat juga segelintir pihak lain tidak dapat menduga tahap kemusnahan yang telah berlaku dalam masa yang singkat.

Sumber: CREST Malaysia

Bukan semua orang mempunyai kebebasan kewangan dengan hanya memetik dan berpindah. Kemungkinan besar beribu orang akan menghadapi masalah yang sama pada tahun hadapan.

Sumber: Facebook | Ruddy Awah

Benar, mereka yang mempunyai insuran rumah dan kereta akan mendapat pampasan sebahagian dari pakej penyayang banjir, dimana kita berharap bahawa hal ini sudah cukup bagi kita untuk memulakan kehidupan baharu. Namun, berapa kerat sahaja golongan B40 yang mampu memberi komitment untuk membayar insuran tersebut?

Pihak CREST dengan sukarela ingin membantu bagi menyelesaikan segala huru-hara selepas banjir. Sumber: CREST Malaysia.

Kerosakan berlaku yang disebabkan oleh malapetaka cuaca adalah secara langsung atau tidak langsung. Usaha untuk memberi kelegaan dan membina kembali bukan sekadar bersifat fizikal tetapi juga dari segi emosi dan pemulihan mental. Kita hanya dapat membayangkan kesan emosi dan tekanan untuk hidup setelah melalui malapetaka tersebut.

BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MENOLONG? YA, KITA / KAMU / ANDA.

Pasca banjir, agensi-agensi kerajaan dan NGO akan berterusan memainkan peranan masing-masing bagi membantu mangsa banjir membina kembali kehidupan dan kediaman, tetapi dikala mangsa banjir terpaksa menunggu untuk keluar dari bahaya, ramai yang datang membantu untuk mengurangkan beban mereka.

Penduduk di Kota Belud, Sabah bergerak ke kawasan tanah tinggi. Sumber: Free Malaysia Today

Berikutan senarai di bawah merupakan pihak tukang ubah / bantuan berkenaan yang telah disahkan untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa banjir di seluruh Malaysia. Cuba berhubung dan membantu setakat yang anda termampu. Hal ini dapat membantu mengubah dunia seseorang.

IMARET (IMAM Response & Relief Team)

Mereka merupakan sebuah kumpulan yang disokong oleh pihak Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) bagi menyediakan bantuan pertolongan kemanusian kepada sebarang malapetaka dan program jangkauan komuniti terpinggir.

  • Bantuan yang diperlukan: Bantuan dalam bentuk dana dapat membantu membekal kit pertolongan dan mengerakkan pihak sukarelawan untuk mengagihkan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat banjir. Pihak sukarelawan perubatan IMARET akan dikerahkan untuk menghadapi pertambahan jumlah mangsa banjir di pelbagai penempatan sementara pusat pemindahan banjir.
  • Maklumat Bantuan Dana: Transfer ke Persatuan Perubatan Islam Malaysia | CIMB: 8600 703 709 | Ref: Flood Relief | Swift Code: CTBBMYKL.
  • Maklumat lanjut: https://www.billplz.com/floodrelief

MERCY Malaysia

Mercy Malaysia berperanan untuk mengerahkan pihak sukarelawan ke Johor berikutan banjir kilat yang melanda negeri ini disebabkan hujan lebat. Sepanjang proses pengerahan, mereka merancang untuk mengagihkan hygien kit kepada semua penduduk di negeri itu dan juga negeri lain yang terkesan. Bagi menyokong Jabatan Kesihatan Negeri Johor, MERCY Malaysia telah menghantar pihak sukarelawan perubatan  untuk menghulurkan bantuan perubatan yang amat diperlukan terutamanya di Kluang, Kulai dan Mersing.

  • Bantuan yang diperlukan: Donations and call for volunteers from both medical and non-medical background for assistance down in Johor. 
  • Untuk mendaftar sebagai sukarelawan: Untuk mendaftar sebagai sukarelawan, sila hubungi sukarelawan MERCYMalaysia, Azizan di talian 019 – 3774873. Kediaman, pengangkutan dan makanan akan disediakan.
  • Maklumat Bantuan Dana: ransfer kepada  MERCY Humanitarian Fund | MAYBANK : 5621 7950 4126 | Ref : Malaysia Flood Relief Fund | Swift Code : CTBBMYKL. Semua sumbangan dalam bentuk kewangan kepada MERCY Malaysia adalah bebas tax.
  • Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/MERCYMalaysia

Pitas Flood Relief

  • Lokasi: Pitas, Sabah
  • Bantuan yang diperlukan: Pihak sukarelawan yang mempunyai kenderaan sendiri untuk menyelaras usaha pertolongan. Sumbangan barangan makanan seperti beras, mi Maggi, makanan dalam tin, garam, gula dan sebagainya. Sumbangan  dalam bentuk barangan kesihatan dan barangan sanitari seperti ubatan asas ( panadol, vitamin C), pad sanitri, kelambu dan sebagainya.
  • Nombor talian untuk dihubungi: Mariah: 016 444 0607
  • Maklumat lanjut: @borneospeaks

Bantuan Kilat Pitas 

  • Lokasi: Pitas, Sabah 
  • Keperluan bantuan: Sumbangan bentuk dana untuk menyokong usaha bantuan.
  • Maklumat Bantuan Dana: Transfer kepada CIMB: 703917440 | Joana Binti Ajadap. 
  • Nombor talian lain yang boleh dihubungi: Joana – 010 9373 711, Dairin – 012 864 0115, Paulina – 019 840 0647
  • Maklumat lanjut dari: @iampaulinahenry

Explore Our Sources:

  1. J, Celestial. (2021). Worst flooding in 50 years leaves 6 dead, 50 000 displaced in Malaysia. The Watchers. Link.
  2. International Federation of Red Cross & Red Cresent Society. (2021). Operation Update Report Malaysia: Floods. Link.
  3. Reliefweb. (2021). Malaysia: Floods – Jan 2021. Link.
  4. Malaymail. (2021). Pahang govt allocates RM11m for flood victims. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?