Site logo

Bagaimanakah Wanita Orang Asli Menguruskan Haid Mereka Pada Setiap Bulan? 

Pada akhir tahun 2021, belanjawan 2022 yang dibentangkan termasuk pengagihan bulanan kit kebersihan diri percuma (termasuk tuala wanita) kepada 130,000 remaja B40[1]. Walaupun tindakan ini telah dipuji oleh banyak pihak sebagai suatu langkah progresif dalam menangani kemiskinan haid, namun isu ini lebih mendalam daripada hanya menyediakan tuala wanita kepada golongan remaja dalam isi rumah berpendapatan rendah.

Sumber: Astro Awani

Dr Sharifah Fatimah Alzahrah Syed Hussien, seorang pakar sosiologi di Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia menyatakan bahawa kemiskinan haid di Malaysia hanya dilihat daripada satu sudut; iaitu ketidakmampuan untuk membeli produk haid kerana kekangan kewangan.

Sebenarnya, kemiskinan haid juga merangkumi akses kepada pengetahuan dan pendidikan berkaitan dengan haid, akses kepada infrastruktur kebersihan serta privasi untuk menukar tuala wanita. 

Kekeliruan mengenai kemiskinan haid mestilah dirungkai jika kita tidak bersikap serius tentang menangani isu ini, ia akan mengakibatkan suatu krisis kesihatan di kalangan wanita yang akan menyebabkan kesan buruk dalam kehidupan mereka. Dr Sharifah Fatimah Alzahrah Syed Hussien,pakar sosiologi di  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia[2]

Dalam membincangkan kemiskinan haid, nasib para penduduk luar bandar terutamanya kalangan orang asli seperti Orang Asli dan Orang Asal belum menjadi tumpuan umum. Penekanan isu ini sering diberikan kepada isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar dimanakah kebolehcapaian menjadi fokusnya.

Sumber: Malaysiakini

Perempuan yang datang haid dalam masyarakat berbeza mengalami aspek berbeza kemiskinan haid. 

Komuniti berbeza kemungkinan mengalami aspek berbeza kemiskinan haid. Sebagai contoh, masyarakat orang asli kemungkinan menghadapi bukan sahaja ketidakbolehcapaian untuk produk kebersihan, tetapi juga akses kekurangan kepada infrastruktur kebersihan dan kekurangan kesedaran dalam isu haid. – Asrawati Awalina Aslan, penyelidik di All Women’s Action Society (AWAM)[3]

Suatu Pembelian Yang Mahal  

Secara purata, satu pek mengandungi 16 tuala wanita berharga RM10 dan satu pek mengandungi 16 tampon di Malaysia berharga RM28[4]. Ia juga merupakan komitmen bulanan yang boleh mencecah sehingga RM120 setahun[5].

Pada masa yang sama,penggunaan tuala wanita juga bergantung kepada aliran darah. Sesetengah wanita mungkin perlu kerap menukar tuala wanita sepanjang hari.

Pada masa yang sama,penggunaan tuala wanita juga bergantung kepada aliran darah. Sesetengah wanita mungkin perlu kerap menukar tuala wanita sepanjang hari.

Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli,  iaitu sebuah NGO yang menangani nasib belia Orang Asli melalui video-video dan  kandungan kreatif lain yang berumur 22 tahun, berkongsi bahawa sebagai seorang wanita Orang Asli dari suku Jakun, beliau merasa ianya agak sukar untuk mendapatkan akses kepada tuala wanita.

Di kampung saya, ia agak sukar untuk mendapatkan tuala wanita. Walaupun kedai-kedai menjualnya, ianya mahal dan tidak mampu dimiliki. Saya perlu pergi ke kawasan bandar untuk membeli tuala wanita, dan ia memerlukan perjalanan keluar dari kampung-Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Eliana mengharap akan ada alternatif pada masa depan, terutamanya untuk penduduk luar bandar. 

Mungkin alternatif pada masa depan yang boleh dilakukan adalah tuala wanita percuma ataupun meletakkan diskaun ke atas barang tersebut.– Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Ketiadaan tuala wanita serta kekurangan pilihan yang mampu dimiliki merupakan faktor yang menyumbang kepada alternatif yang kurang bersih. 

Maisarah Razali, pengasas bersama MyBungaPads berkongsi bahawa ada yang “kadang-kadang ada yang akan mengorbankan makanan mereka….Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan menggunakan kain lama sebagai alas mereka yang sangat tidak bersih.’’   [6]

Ada yang juga dilaporkan menggunakan bahan lain yang tidak menyerap semasa haid. 

Dalam keadaan terdesak, ada di kalangan wanita dan perempuan di Malaysia yang telah dilaporkan menggunakan sabut kelapa, daun pisang serta surat khabar untuk menggantikan produk ini. Ia mendedahkan kalangan tersebut kepada beberapa risiko kesihatan dan jangkitan saluran kencing.  Hannah Reshma Jambunathan, bekas pegawai peningkatan kapasiti di Women’s Aid Organisation [7]

Sumber: BBC

Ada yang terpaksa mengandung setiap tahun untuk mengelak daripada membayar kos membeli tuala wanita yang tinggi 

Kebocoran yang Memalukan

Zuraidah Daut, seorang aktivis sosial dan ahli perniagaan wanita yang melancarkan Projek Oh Bulan!, sebuah gerakan untuk memerangi pantang larang yang berkaitan dengan haid dan menghantar kanak-kanak perempuan kembali ke sekolah, mendapati bahawa pelajar perempuan dengan secara berterusan tidak hadir ke sekolah semasa datang haid.

Sumber: Malaysiakini

Projek Oh Bulan! mendapati bahawa 41.8% ataupun 40 daripada 172 pelajar perempuan tidak menghadiri sekolah semasa haid mereka di sebuah sekolah di Kelantan[8]

Ada yang menghadiri sekolah tanpa memakai tuala wanita semasa haid, membawa kepada kebocoran yang memalukan gadis-gadis di sekolah.

Saya mendapati bahawa sebab seorang pelajar perempuan ini ponteng kelas ialah kerana kebocoran haid, dan dia tidak mampu untuk membeli tuala wanita. – seorang aktivis sosial/ahli perniagaan wanita yang melancarkan Projek Oh Bulan![9]

Tanpa akses kepada tuala wanita dan juga ubat penahan sakit, golongan gadis seringnya akan terpaksa berada di rumah semasa haid mereka. Eliana bergantung kepada rehat yang mencukupi dan air minuman panas untuk menghilangkan senggugut. 

Sumber: YouGov

Kalau saya mengalami senggugut, saya akan berehat dan baring. Kadangkala, saya akan minum air minuman panas untuk menguranginya. – Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Kadangkala, dengan ketidakhadiran dari sekolah yang berterusan serta ketinggalan dalam pembelajaran, pelajar perempuan akan berhenti sekolah.

Dalam sesetengah kes, mereka berhenti sekolah dengan sepenuhnya. Ini juga akan memberi kesan kepada kesejahteraan jangka panjang mereka serta status sosioekonomi mereka juga akan terjejas secara negatif dalam kehidupan dewasa mereka, oleh sebab kekurangan pendidikan mungkin menghalang mereka daripada mengejar kerjaya ataupun mencari pekerjaan – pegawai peningkatan kapasiti Women’s Aid Organisation (WAO)[4]

Melindungi Keselamatan dan Maruah Wanita yang Haid

92% daripada penduduk di Malaysia dilaporkan mempunyai akses kepada perkhidmatan air yang diurus dengan selamat dan 82%  kepada perkhidmatan kesihatan yang diurus dengan selamat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta UNICEF Program Bimbingan Bersama pada 2015[10]. Walaupun begitu, terdapat komuniti yang tidak mempunyai akses kepada air bersih dan perkhidmatan air.

Akses kepada air bersih merupakan suatu penghalang bagi komuniti Orang Asli. Para wanita sentiasa ditugaskan untuk mendapatkan semula air dari perigi ataupun sumber air, mengangkat botol berat.  

Kami mempunyai pam yang mengepam air ke dalam tangki tetapi ia hanya bertahan selama seminggu, ia tidak mencukupi. Kami perlu ke parit untuk mendapatkan air. Ia agak sukar.  Kalau anda tidak mempunyai motorsikal, anda perlulah membawa bakul dan berjalan jauh untuk mencari air. – Ayu, wanita Orang Asli di Kg.Sandar, Pahang[11]  

Sumber air yang sama yang perlu dicatukan untuk keperluan domestik yang lain seperti mencuci, minum, penyediaan makanan dan dobi. 

Semasa haid, ada yang akan membasuh tuala wanita mereka di air mengalir yang berhampiran; menjejaskan sumber air komuniti itu.

Terdapat kes-kes di mana kalangan perempuan membasuh barang yang diggunakan semasa haid di laut serta di sungai. – Gaayathrey Balakrishnan, pegawai peningkatan kapasiti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)[4]

Di kampung Eliana, mereka perlu membasuh tuala tersebut serta membungkusnya dalam surat khabar dan plastik sebelum membakar dan melupuskannya. Golongan wanita dalam komuniti itu perlu bersusah-payah oleh sebab tiada lori sampah yang memasuki perkampungan mereka untuk pelupusan sisa. 

Dalam kampung saya, kami tidak mempunyai sebuah lori sampah yang datang untuk mengambil sampah. Jadi, saya perlulah memastikan bahawa tuala wanita telah dibasuhkan dan dibungkuskan dalam surat khabar lama. Saya akan membalutnya lagi dalam plastik, membakarnya dan melupuskannya. – Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Tambahan pula, Eliana menerangkan bahawa perkampungannya tidak mempunyai kemudahan tandas yang sesuai. 

Kami tidak mempunyai tandas yang sesuai dan kebersihan agak kurang di kampung ini. – Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Beberapa penempatan Orang Asli telah mendapat manfaat daripada fasiliti tandas sesuai dengan pertolongan beberapa NGOs tempatan seperti Global Peace Foundation. Walaubagaimanapun, ada yang perlu menyelesaikan urusan mereka di luar, ini hanya menjejaskan maruah dan keselamatan para wanita, terutamanya semasa haid.

Arus Yang Kian Berubah

Namun bukan semuanya diliputi kesuraman.

Seiring dengan perkembangan zaman,  para wanita Orang Asli lebih bersedia untuk mendidik anak-anak perempuan mereka tentang akil baligh dan haid. Ibu Eliana mengajar  Eliana tentang haid sebelum dia datang bulan pada kali pertama. 

Saya belajar tentang haid dari ibu saya. Sebelum haid pertama saya, beliau memberitahu saya apa yang dijangka semasa haid, tempoh masanya dan apakah makanan dan minuman yang mesti dielakkan.– Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli

Tetapi suatu ketika dahulu, haid adalah isu sensitif di kalangan masyarakat, dan tiada wanita yang akan berkongsi bahawa dia sedang mengalami haid. Terdapat lebih kesedaran dan penerimaan dalam komuniti itu. 

Pada masa lalu, ia agak sensitif untuk bersuara tentang haid. Para wanita tidak mendedahkannya kepada sesiapa mereka sedang mengalami haid. Tetapi kini, ia sudah menjadi satu norma dan orang lain akan faham apabila seorang wanita sedang mengalami haid ataupun apabila dia sedang mengalami senggugut. Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Walaubagaimanapun, Eliana tetap terkejut apabila mendapat haid pertamanya pada umur 14 tahun.

Saya sedang bersekolah pada masa itu dan sedang menetap di sebuah asrama. Mula-mulanya, saya panik disebabkan saya tidak mempunyai tuala wanita. Namun, saya telah memberitahu rakan-rakan dan ibu saya dan keadaan telah menjadi baik. – Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Ada yang Masih Diselubungi Dengan Pantang Larang dan Stigma 

Namunnya, terdapat beberapa orang di  dalam komunitinya yang masih menganggap bahawa perkara haid merupakan satu jenaka. 

Ada beberapa yang menganggap haid adalah sesuatu yang lucu dan menggunakannya sebagai bahan ejekan. – Eliana A/P Tan Beng Hui, ahli Apa Kata Wanita Orang Asli.

Terutamanya, terdapat beberapa perempuan dalam masyarakat luar bandar yang didiskriminasi atau dikecam daripada menyertai aktiviti ataupun interaksi tertentu semasa haid. Gaayathrey Balakrishnan, pegawai peningkatan kapasiti Women’s Aid Organisation (WAO), menyatakan ianya disebabkan oleh  stigma dan pantang larang berterusan berkenaan perkara haid. 

Apabila budak perempuan dan wanita tidak dibenarkan menyertai dalam aktiviti dan selanjutnya dimalukan oleh kerana stigma dan pantang larang seperti ini, terdapat suatu kehilangan agensi dalam mereka. Ini seterusnya membawa kepada penurunan harga diri yang sering membawa kepada dengan kemurungan dan kebimbangan.  – Gaayathrey Balakrishnan,  pegawai peningkatan kapasiti Women’s Aid Organisation (WAO)[4]

Kekurangan kesedaran dan pengetahuan masih menimpa golongan terpinggir.

Sebagai contoh, jumlah penduduk yang tidak berdokumen terbesar di Pulau Mabul, Sabah selalunya dikecualikan daripada wacana kemiskinan haid.

stateless in Malaysia
Sumber: Unsplash

Di Pulau Mabul, contohnya, orang ramai tidak mempunyai pengetahuan tentang apa haid sebenarnya.Tiada tandas di sana dan di beberapa kawasan, mereka perlu membeli air untuk mandi. – Fitriyati Bakri, pengasas bersama BUNGA Pads [2] 

Penyelesaian Kukuh Diperlukan

Langkah awal pihak kerajaan menyediakan tuala wanita pertama bulanan bagi remaja perempuan telah mencetuskan perbincangan tentang kemiskinan haid di Malaysia. Adegan yang dialu-alukan kerana isu tersebut sering ditangani oleh para pembuat perubahan yang bekerjasama dengan kalangan perempuan dari golongan terpinggir.

Walaubagaimanapun, isu kemiskinan haid merupakan masalah pelbagai aspek yang memerlukan pendekatan yang lebih mantap berbanding menyediakan bekalan produk kebersihan secara bulanan, terutamanya untuk masyarakat Orang Asli di Malaysia. 

Masyarakat Orang Asli di Malaysia masih jauh daripada pembangunan pesat di bandar, oleh kerana ramai yang masih bergelut untuk mendapatkan air bersih dan kemudahan sanitasi begitu juga dengan akses kepada tuala wanita yang mampu dibeli.

Berunding dengan orang yang dari kawasan luar bandar ataupun yang sedang bekerja secara langsung dengan komuniti-komuniti ini, misalnya NGO dan ahli-ahli akademik, dan bertanya apa yang mereka perlu untuk melalui haid yang bermaruah, mestilah juga menjadi sebahagian penyelesaian. – Asrawati Awalina Aslan, penyelidik di All Women’s Action Society (AWAM)[3]

Kesedaran tentang haid dan amalan kebersihan yang patut dilakukan sedang meningkat di kalangan masyarakat Orang Asli, namun, stigma terhadap haid tidak diasingkan kepada komuniti itu sahaja. 

Mengajar lelaki dan perempuan tentang haid akan membantu mengurangkan stigma dan pantang larang yang berkaitan dengan haid.– Gaayathrey Balakrishnan, pegawai peningkatan kapasiti di Women’s Aid Organisation (WAO)[4]

Kemiskinan haid adalah lebih daripada kekurangan wang, ia menunjukkan kehilangan peluang untuk ramai wanita Orang Asli untuk menjalani kehidupan yang memuaskan. Ramai pada masa lalu telah pun berhenti sekolah, kehilangan peluang untuk menambahbaik hidup komuniti mereka oleh sebab satu proses biologi yang berlaku secara semula jadi.

Mari kita pastikan generasi baru wanita Orang Asli tidak akan terlepas peluang mereka, dengan memberi sokongan kepada para pembuat perubahan yang telah membantu masyarakat melalui pemberian kit kebersihan percuma dan kempen kesedaran tanpa henti seperti:

: Athena Empowers
: Soroptimist Puberty Organising Toolkit (SPOT) Malaysia
: bungapads
: bulansisters
: Projek Oh Bulan!
: Peduli Merah

Gambar muka depan: Forbes

Terjemahan oleh: Sharifah Zaqreeztrina Syed Zamri

Explore our sources:

  1. CodeBlue. (2021). Budget 2022: Free Pads For 130,000 Teens Amid Period Poverty. Link
  2. Bernama. (2021). Jangan ‘tutup mata’ isu kemiskinan haid – Pakar. Astro Awani. Link
  3. J.Ramachandran. (2022).Holistic approach needed to address period poverty, say activists. Free Malaysia Today. Link
  4. S.Indramalar. (2021).What is period poverty and why we must end it. The Star. Link
  5. N.Y.Mubarak. &S.M.Ismail. (2021). Ending period poverty is an equal responsibility. Malaysian Gazette. Link 
  6. T.X.Wei. (2021). Period Poverty: The Real Pain of Menstruation. The City Maker. Link
  7. Kwan, F. (2020). The Painful Reality of Period Poverty in Malaysia. Free Malaysia Today. Link.
  8. Peduli Merah. (2020).PEDULIMERAH: Kemiskinan haid dan apa yang berlaku? Link
  9. Y.Palansamy. (2019).In Kelantan, one woman embarks on a journey to address period poverty.Malay Mail. Link
  10. World Health Organisation & UNICEF (2015). Joint Monitoring Programme. Link 
  11. E.Rhule & A.Thoo. (2018). Clean Water for All: A Case Study of Malaysia’s Orang Asli. Our World. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?