Site logo

Bagaimanakah Rasanya Untuk Tidak Memiliki Air Bersih?

Secara ilmiahnya, manusia tidak mampu hidup lebih daripada 8 hingga 21 hari tanpa air[1]. Air merupakan sebuah keperluan dan kita memerlukannya untuk hidup. Akses kepada bekalan air bersih merupakan sebuah hak asasi manusia. Di samping itu, badan manusia mengandungi sebanyak 60% air, menjadikan air sebahagian besar tubuh badan kita.

Air juga merupakan elemen yang sangat penting bagi kemajuan sosio-ekonomi, komuniti bebas-penyakit dan kehidupan manusia.

Source: Unsplash

Itulah kepentingan air, namun masih terdapat masyarakat di seluruh dunia yang tidak mempunyai akses ke sumber air bersih. Di Malaysia, komuniti-komuniti terpinggir iaitu Orang Asli, orang tidak bernegara dan pelarian tidak mempunyai akses yang sepatutnya kepada bekalan air bersih.

Tanpa akses kepada bekalan air bersih, akan tertimbul pelbagai masalah terhadap masyarakat yang terlibat dalam isu ini seperti masalah kesihatan, sanitasi kurang memuaskan, tahap kebersihan yang rendah dan kehilangan pendapatan. Oleh sebab itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengatakan bahawa akses universal kepada bekalan air bersih merupakan salah satu hak asasi manusia dan juga langkah penting yang perlu diambil untuk meningkatkan taraf hidup[2].

Dikelilingi Air Tercemar

Malaysia Timur adalah rumah kepada lebih kurang 800,000 individu tanpa kewarganegaraan dan sebilangan besar dari mereka berasal dari etnik Bajau Laut. Hingga ke hari ini, ada banyak lagi penduduk yang meninggal di rumah perahu dan rumah panggung yang dibina di perairan yang cetek[3].

Source: Archdaily

Ironinya, walaupun mereka tinggal di kawasan perairan didampingi pemandangan laut biru yang luas, komuniti Bajau Laut mempunyai akses minima kepada bekalan air bersih yang boleh diminum serta selamat digunakan. Pulau Berhala di Sandakan, Sabah adalah satu contoh di mana masyarakat tidak bernegara menetap. Dikelilingi dengan sampah sarap, sisa kumbahan dan bangkai haiwan, ketiadaan sistem pengurusan sampah yang betul menjadikan keadaan hidup mereka kurang optimum[3].

Source: Channel News Asia

Tambahan lagi, ramai daripada komuniti ini akan meredah saluran air tercemar, untuk mencari bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, papan kayu dan kepingan logam yang kemudiannya akan dijual agar mereka dapat membeli makanan untuk keluarga mereka. Kebiasaanya, kanak-kanak akan dilihat mengangkut sampah sarap untuk menolong ibu bapa mereka[3].

Kami tidak pernah membiasakan diri dengan bau busuk itu, tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain. – Individu Tidak Bernegara[3]

Memudaratkan Kesihatan

Komuniti Orang Asli merangkumi 0.7% daripada populasi Semenanjung Malaysia, namun didapati bahawa tahap kesihatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada tahap purata nasional. Mereka cenderung untuk dijangkiti parasit dengan kadar setinggi 90% di antara beberapa komuniti dan kadar kematian bayi adalah dua kali ganda daripada angka nasional[4].

orang asli village
Source: Business Today

Punca Penderitaan Mereka? Ketiadaan Air Bersih.

53% masyarakat Orang Asli tidak mempunyai akses ke air paip[5].

Komuniti ini mendapatkan air mereka melalui sumber semula jadi seperti kolam, tasik, sungai, bukit dan kawasan tadahan. Air yang dikumpul dari tempat-tempat tersebut pula akan digunakan untuk memasak, minum, mencuci dan membersih.

Source: Global Peace Foundation

Global Peace Foundation mula bekerjasama dengan beberapa komuniti Orang Asli untuk mengatasi masalah air ini. Inisiatif Communities Unite for Purewater (CUP) dibentuk melalui beberapa bengkel, pemerhatian, dan wawancara sambil mengumpulkan data dan mencari solusi. Hasilnya, penapis air telahpun dipasang dan program pendidikan mengenai kebersihan dan sanitasi juga diadakan dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan orang-orang ini[6].

Hasilnya juga dicerminkan dalam kesihatan kita. Kami tidak mengalami cirit-birit dan demam seperti sebelumnya. -Orang Asli[6]

Krisis Air Di Bandar

Kira-kira 92% rakyat Malaysia mempunyai akses kepada air minuman bersih sementara 82% mempunyai akses kepada perkhidmatan sanitasi kebersihan[7].

Walau bagaimanapun, Selangor sering mengalami gangguan bekalan air yang sering berlaku secara tiba-tiba. Didiami lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia, seseorang akan berfikir bahawa kemudahan bekalan air mereka adalah yang terbaik dan gangguan bekalan air mengejut tidak kerap berlaku.

Source: Unsplash

Namun begitu, hanya pada tahun 2017, Selangor telah mengalami jumlah gangguan bekalan air mengejut yang tertinggi pada angka 19,061 daripada 61,517 insiden yang berlaku di seluruh negara[8]. Gangguan seperti itu mungkin membawa implikasi kepada kehidupan masyarakat, terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Pemotongan air yang berpanjangan dianggarkan menelan kerugian ekonomi melebihi RM2 bilion, membawa kesan terhadap produktiviti dan sektor-sektor ekonomi[9].

Masyarakat berada hanya perlu berkemas dan menginap di hotel, tetapi mereka yang bergantung kepada gaji harian perlu melakukan apa yang mereka mampu untuk meneruskan rutin harian mereka dengan ketiadaan air[10]. Di samping itu, gangguan ini menjadi sangat kerap, sehingga rakyat Selangor merasa bahawa itu sebuah perkara biasa bagi mereka setiap kali hal ini berlaku. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) juga akan memberi notis kepada penduduk melalui media sosial agar mereka mempunyai masa untuk menadah air[11].

Source: Vulcan Post

Air adalah sangat penting tetapi kebanyakan dari kita sering menganggapnya sebagai tidak penting kerana kita mempunyai kemudahan akses kepada bekalan air bersih. Ramai sering lupa bahawa akses kepada air bersih merupakan sebuah hak asasi manusia disebabkan betapa senang mereka boleh mengakses air bersih. Akses kepada air yang selamat diminum dan cukup untuk menjaga kebersihan diri tidak seharusnya menjadi masalah pada zaman ini.

Secara kebetulan, Hari Air Sedunia adalah pada 22 Mac 2021. Ingatlah, 2.7 bilion orang di seluruh dunia yang sedang mengalami kesukaran untuk mengakses air pada saat anda membuka pili air paip[12]. Pertimbangkanlah penggunaan air anda dan jimatkan penggunaan air jika boleh.

Explore Our Sources: 

  1. P. Kottusch. (2009). Survival time without food and drink. National Library of Medicine. Link
  2. Koshland Science Museum. (2021). Safe Drinking Water Is Essential. Link
  3. Wiki Impact. (2021). Ever Wondered Where Stateless Communities Live? Link
  4. N. E. Fatin. (2016). A tale of two communities: intestinal polyparasitism among Orang Asli and Malay communities in rural Terengganu, Malaysia. National Center for Biotechnology Information (NCBI). Link
  5. Wiki Impact. (2020). Do all Malaysians have access to clean water? Link
  6. E. Rhule. (2018). Clean Water for All: A Case Study of Malaysia’s Orang Asli. Our World. Link
  7. F. F. Loh. (2018). Water for all. The Star. Link
  8. I. Lim. (2019). Klang Valley water disruption: Why does it happen so often? The Malay Mail. Link
  9. M. Abdul Aziz & S. R. Ishak. (2018). Water disruption may lead to billion Ringgit losses. The New Straits Times. Link
  10. N. A. Muhammad. (2020). Water supply disruptions devastating Klang Valley residents. The New Straits Times. Link
  11. N. Foo. (2017). Shah Alam, Subang Jaya folk unfazed by water cuts. The Star. Link
  12. World Wildlife Foundation. (2012). Water scarcity affects 2.7 billion, finds new detailed report. Link

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aida Iliana.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?