Berdasarkan tinjauan 500 isi rumah untuk beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur, pengangguran telah meningkat dua kali ganda antara September dan Disember 2020[1]. Tinjauan yang dilakukan oleh UNICEF dan UNFPA Malaysia menunjukkan bahawa 15% ketua isi rumah telah kehilangan pekerjaan pada bulan Disember 2020 berbanding 7% pada bulan September 2020. Kadar yang membimbangkan ini mungkin akan memberi kesan yang teruk kepada kesihatan dan status sosio-ekonomi keluarga-keluarga ini.
Kadar Kemiskinan Meningkat Semasa PKP
Kajian ini mengenal pasti bahawa kadar kemiskinan bagi keluarga-keluarga ini adalah pada 42%. Sebagai konteks, kejadian kemiskinan mutlak di Kuala Lumpur adalah 0.2% pada tahun 2019[2]. Kadar di kalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita dan isi rumah yang diketuai oleh orang kurang upaya (OKU) lebih membimbangkan dengan kadar kemiskinan masing-masing 60% dan 50%[1]. Ini bermakna 6 daripada 10 isi rumah yang diketuai oleh wanita dan 5 daripada 10 isi rumah yang diketuai oleh OKU berpendapatan di bawah RM2,208 sebulan.
Tiada Penjimatan Untuk Hari Hujan
Keadaan ini bertambah buruk kerana kekurangan simpanan untuk isi-isi rumah ini. Ketika wabak Covid-19 menyerang, didapati bahawa 7 dari 10 isi rumah tidak mempunyai simpanan dan ini lebih buruk bagi isi rumah yang dipimpin oleh golongan wanita dan OKU (8 dari 10)[1].
Oleh kerana itu, 3 dari 5 isi rumah sukar untuk membeli barang keperluan asas[1]. Sekali lagi, ini menjadi lebih sukar bagi isi rumah yang diketuai oleh wanita atau OKU. Lebih daripada 50% tidak dapat membeli makanan dan membayar bil mereka tepat pada waktunya.
Keprihatinan diberikan oleh Kerajaan
. Ini memberikan ruang bernafas yang sangat diperlukan, namun, ia masih menunjukkan perlunya bantuan lebih jauh dan jaring keselamatan sosial, terutama bagi pekerja yang bekerja sendiri perlu diperluas lagi.
Pertolongan dari segi bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia telah menyumbang kepada 16% daripada jumlah pendapatan isi rumah mereka. Kadar ini adalah dua kali ganda berbanding sebelum pandemik[1]. Ini memberikan ruang bernafas yang sangat diperlukan, namun, bantuan yang lebih masih diperlukan dari segi keselamatan sosial terutama bagi pekerja yang bekerja sendiri.
Dari mereka yang ditinjau, 2 dari 3 anggota isi rumah yang bekerja sendiri bekerja di sektor tidak formal; tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan 80% daripada mereka tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan untuk berniaga [1]. Hanya 5% pekerja sendiri yang berdaftar dengan KWSP atau PERKESO [1].
Dari mereka yang ditinjau, 2 dari 3 anggota isi rumah yang bekerja sendiri bekerja di sektor tidak formal; tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan 80% daripada mereka tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan untuk berniaga[1]. Hanya 5% daripada pekerja sendirian berdaftar dengan KWSP atau PERKESO[1].
Gambarajah berikut menunjukkan beberapa cara kerajaan sedang membantu golongan B40.
Changemakers diperlukan di lapangan
Berdasarkan di atas, NGO atau changemakers dapat membantu golongan-golongan yang terjejas ini dari segi:
- Bantuan kewangan segera bagi golongan miskin bandar, terutamanya dari segi makanan dan barang keperluan asas.
- Membantu golongan yang bekerja sendiri untuk menggunakan teknologi bagi perniagaan mereka.
- Untuk jangka masa panjang, pendidikan celik kewangan akan menjadi sangat penting dalam menguruskan hal-hal kewangan terutamanya pada hari hujan di masa hadapan.
Rujukan: