Site logo

Bagaimana Orang Asli Bertahan Dengan Pandemik?

Pandemik dari koronavirus telah memberikan impak kepada setiap orang – muda dan tua, setiap komuniti – luar bandar dan bandar dan tidak ada satu pun yang terlepas. Namun impak yang diterima tidak sekata dan bukan semuanya sama. Untuk komuniti yang terdedah dan terasing, cabaran mereka makin teruk dan ketidakadilan yang dihadapi diburukkan lagi dengan pandemik. Salah satu kumpulan ini ialah komuniti Orang Asli, orang terawal Malaysia.

Status mereka yang terasing membuatkan bantuan susah sampai kepada mereka. Komuniti yang tinggal jauh di pedalaman berdepan isu seperti logistik dan jurang data yang menyukarkan lagi usaha-usaha mengesan, mengetahui serta menyebabkan kesukaran untuk bantuan dan pertolongan dalam mengesan, mengetahui serta berjumpa mereka.[1].

Kehilangan Sumber Pendapatan Dan Jaminan Bekalan Makanan 

Di mana semua orang terdedah kepada impak ekonomi dari Covid-19, populasi pribumi dilihat sebagai salah satu kumpulan yang berdepan risiko tertinggi dan satu tahap pengasingan dari segi sosioekonomi[2].  Jaminan bekalan makanan yang tidak menentu dan kehilangan sumber pendapatan merupakan satu lagi halangan bagi komuniti peribumi. 

Ramai Orang Asli masih menjadi pemburu dan peraih dan pendapatan mereka bergantung kepada hasil jualan di pasar. Larangan pergerakan antara daerah menyukarkan mereka untuk menyara kehidupan. 

Center for Orang Asli Concerns meramalkan bahawa 99.29% isi rumah Orang Asli berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan yang mana meletakkan mereka dalam golongan B40[3].

Dengan tiada pendapatan, tiada akses kepada pendapatan alternatif dan tiada sumber makanan yang boleh didapati, mereka kehilangan punca. – Kolektif COVID-19 bagi Orang Asli[3]

Penduduk Kampung Lubuk Perah, sebuah penempatan Orang Asli di Pahang, mempertimbangkan risiko untuk keluar mendapatkan makanan dengan kemungkinan ditahan ataupun dijangkiti. Berdasarkan pelaksanaan PKP, kampung tersebut bekerja sama dengan ladang kelapa sawit yang berdekatan untuk menutup kawasan. Terasing, kekurangan wang dan ketakutan akan jangkitan Covid-19, mereka tiada pilihan selain bergantung kepada bantuan kerajaan dan sumbangan awam untuk bertahan.

Selalunya kami bergantung kepada penjualan getah dan kelapa sawit, tetapi towkay (orang tengah atau pemborong) tidak datang sekarang. Jika kami tidak boleh menjual barang kami, kami tidak akan mendapat wang. Macam mana kami nak beli makanan? – Orang Asli di Kampung Lubuk Perah[4].

Pandemik telah menyekat peluang pendapatan Orang Asli dan menyebabkan mereka kehilangan wang simpanan yang ditabung sebelumnya. Kitaran kemiskinan ini amatlah sukar untuk dihentikan kerana situasi-situasi sebegini.

Kanak-Kanak Dan Pendidikan 

Kanak-kanak dan belia Orang Asli menghadapi cabaran yang besar dari sudut pendidikan kerana jurang bahasa dan sosioekonomi. Kadar berhenti sekolah dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli adalah tinggi jika dibandingkan dengan purata kebangsaan.

Dari 2016 ke 2018, kadar berhenti sekolah kebangsaan adalah 4% tetapi untuk kadar pelajar Orang Asli adalah 17% dan meningkat setinggi 26% pada 2017[5].

Apabila pelajar di kawasan bandar berdepan masalah dari segi penyesuaian dengan pembelajaran dalam talian, pelajar Orang Asli mempunyai akses internet yang sedikit ataupun tiada langsung untuk melakukan pembelajaran dalam talian. Majoriti daripada ibu bapa tidak berpendidikan dan tidak mempunyai pengetahuan IT sebagai permulaan. Hal ini membuatkan pertolongan dari ibu bapa kepada anak-anak mustahil[6].

Enam puluh orang pelajar dari Kampung Orang Asli Batu 6 di Batu Padang, Perak tidak boleh menghadiri kelas dalam talian mereka. Ibu bapa pelajar-pelajar ini khuatir akan ketidakmampuan anak-anak mereka untuk belajar kerana rangkaian internet yang lembab dan tidak stabil di kawasan tersebut[7].

Sambungan internet tidak cukup bagus. Hal ini memberi kesan kepada pelajaran kanak-kanak dan kemampuan mereka untuk mengikuti e-pembelajaran yang ditetapkan oleh sekolah. Saya merayu kepada kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan untuk lakukan sesuatu bagi masalah ini. Sebagai seorang ibu bapa, saya tidak sanggup melihat anak-anak jauh ketinggalan dalam pelajaran. – Tok Batin Ismail Balah[7]

Nurul Aini Zamri, seorang remaja Mah Meri dari Kampung Orang Asli di Pulau Indah, Klang menyatakan kerisauannya mengenai peperiksaan SPM walaupun telah ditangguhkan ke tahun hadapan. Dia berdepan masalah sambungan internet dan tidak mampu memuat turun latihan ulangan daripada gurunya di WhatsApp. Tambahan lagi, pembelajaran dalam taliannya hanya boleh dilakukan melalui telefon bimbit ayahnya yang menggunakan data.

Kami tidak mempunyai komputer, kami tidak juga mempunyai komputer riba. – Nurul Aini Zamri[8]

Kanak-Kanak Perempuan Kehilangan Masa Hadapan Mereka

Sebuah laporan oleh UNICEF telah menyuluh tiga kes perkahwinan kanak-kanak dalam kalangan komuniti Orang Asli semasa tempoh PKP[6]. Amatlah diketahui umum bahawa ketidakstabilan ekonomi boleh mendorong perkahwinan kanak-kanak sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan keluarga. Perkahwinan kanak-kanak boleh menjadi sebagai mekanisme bertahan hidup untuk keluarga yang berada di ambang kemiskinan tegar[9]

Kajian menunjukkan pendidikan adalah satu langkah berkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada dikahwinkan. Namun, halangan yang dihadapi untuk mendapatkan pendidikan semasa pandemik seperti penutupan sekolah dan sistem pembelajaran dalam talian yang lemah menyebabkan anak-anak Orang Asli tertinggal pelajaran. Faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan ini meningkatkan risiko bagi kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan untuk dikahwinkan awal apabila sekolah bukan lagi menjadi pilihan[10]

Tekanan Keluarga Dan Komuniti

UNICEF juga melaporkan bahawa terdapat peningkatan tekanan dalam kalangan keluarga bagi remaja dan belia kerana perwatakan yang tidak sihat dan tidak bertanggungjawab[7]. Oleh kerana sekatan ‘lockdown’, belia yang selama ini tinggal di asrama terpaksa pulang ke rumah. Kebanyakan daripada mereka tidak mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan tidak mahu menolong dalam membuat kerja rumah, berkebun dan membantu komuniti.

Generasi muda Orang Asli tidak biasa dengan perubahan mendadak dalam persekitaran mereka dan memilih untuk bermain permainan komputer dan melayari internet. Sifat ini mungkin datang dari pergelutan mereka untuk mengikuti kehidupan kampung, yang mana amatlah berlainan dari persekitaran bandar di mana terletaknya asrama ataupun rumah mereka[7]

Takut Akan Orang Luar

Apabila PKP bermula, sebahagian komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia mengenakan sekatan di kampung mereka, takut akan orang luar yang boleh menjangkiti orang kampung[2]. Ada Orang Asli yang hidup di pinggir hutan memilih untuk berpindah ke dalam hutan bukan sahaja untuk mengasingkan diri tetapi juga untuk memperolehi bekalan makanan yang mencukupi[4]

Semasa ‘lockdown’ kedua yang bermula pada Januari 2021, penduduk Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, Perak berdepan kekurangan bekalan makanan. Daripada keluar untuk mendapatkan makanan, penduduk memilih untuk tinggal di kampung kerana mereka takut akan dijangkiti virus dan menyebarkan kepada ahli keluarga mereka[10]

Pada satu tahap, kampung diletakkan sekatan oleh penduduk yang tidak membenarkan orang luar untuk masuk. Hal ini termasuk mereka yang ingin memberikan bantuan tetapi tidak kelihatan biasa bagi ahli komuniti kerana takut membawa virus. Pada masa yang sama, mereka tidak membenarkan sesiapa untuk keluar kerana dikhuatiri mereka yang keluar akan dijangkiti. Sesetengah pekerja komuniti yang berada di sebuah kampung di Perak pada masa ini tidak dibenarkan untuk keluar dan harus tinggal sehingga PKP tamat. Kerja-kerja ‘outreach’ terganggu dan susah kerana berlaku isu dari segi akses.– Staf, NGO yang menolong miskin bandar, kumpulan peribumi dan mereka yang kelainan upaya.[7]

Salah Maklumat Dan Perlindungan Daripada Covid-19

Sebelum ini sebagai ketua komuniti, Tok Batin (ketua kampung) telah diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan memberikan penyelesaian berkenaan kesejahteraan komuniti Orang Asli dari segi aspek adat dan tradisi, perkembangan dan kesihatan[12]. Namun, pandemik yang terjadi menyebabkan mereka untuk bertukar peranan sebagai penggerak komuniti mereka dalam mendapatkan vaksin. Salah faham dan ketakutan berkenaan vaksin adalah biasa, maka mereka hanya akan mendapatkan vaksin apabila mereka menyaksikan sendiri tiada kesan sampingan yang terjadi akibat vaksin[11].

Tok Batin Ibrahim Marjeh dari Kuala Betis, Gua Musang menyatakan bahawa orang kampung dalam komunitinya dipengaruhi oleh berita palsu mengenai vaksin pada mulanya menyebabkan mereka berasa ragu-ragu dalam mengambil vaksin.

Mereka memberitahu Orang Asli yang dos vaksin mengandungi bahan yang boleh membahayakan dan membunuh manusia. Mereka juga memberitahu komuniti bahawa vaksin mempunyai kesan sampingan seperti lumpuh dan perkara ini telah diberitahu di dalam media sosial. – Tok Batin Ibrahim Marjeh[11] 

Syukur bahawa berita palsu tersebut telah dibetulkan dan sebagai ketua kampung, beliau melihat komuniti telah beralih arah dan mula mendaftar untuk vaksinasi Covid-19[11].

Sesetengah inisiatif kerajaan telah bermula dalam memastikan masyarakat peribumi divaksinasi. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bertekad untuk menyelesaikan program imunisasi Covid-19 untuk Orang Asli di Johor menjelang Oktober[13]. Namun, hanya empat daripada enam puluh penduduk Kanag dari Kampung Selangi di Kota Tinggi yang hadir ke janji temu vaksinasi pada 25 Jun. 

Kami percaya bahawa mereka tidak ragu tetapi mengambil langkah ‘tunggu dan lihat’. Pada waktu yang sama, mereka ketakutan dan memberi alasan bahawa mereka selamat kerana tinggal di kampung. – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka[14]

Sikap ‘tunggu dan lihat’ dalam kalangan penduduk kampung bukan sahaja akan memperlahankan Program Imunisasi Kebangsaan tetapi juga harapan mereka untuk kembali ke kehidupan asal, mendapatkan semula sumber pendapatan dan jaminan bekalan makanan. 

Ia juga bergantung kepada trend dalam kampung. Jika ada antara penduduk kampung yang bersetuju untuk divaksinasi, yang lain akan mengikut. – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka[14]

Pandemik telah mengingatkan kita terhadap ketidakseimbangan dalam komuniti yang tidak seharusnya dibenarkan wujud. Amatlah mudah untuk kita mengendahkan mereka yang lemah kerana mereka bukanlah majoriti dalam populasi kita. Orang Asli hanya sebilangan kecil dari sektor pekerjaan Malaysia – tetapi mereka adalah orang-orang pertama di negara kita dan tidak seharusnya ditinggalkan di belakang. Kita saling berhubung dan masyarakat kita akan lebih kuat apabila kita bersatu padu.

Ditulis oleh Rachel Tan dan disunting oleh Wiki Impact team.

Explore Our Sources: 

  1. Wong, S. L. (2020). Back to the jungle? The myth of indigenous community resilience. Macaranga. Link.
  2. Khalid, D. H., & Replication-Receiver. (2020). COVID-19 and the most vulnerable among us. UNDP. Link. 
  3. Wong, S. L. (2020). Orang Asli and poverty. Macaranga. Link. 
  4. Tan, V. (2020). Isolated and short of SUPPLIES, Malaysia’s indigenous groups depend on aid to ride OUT movement control ORDER. CNA. Link. 
  5. New Straits Times. (2020). Improve education policies FOR Orang Asli Children: New Straits Times. NST Online. Link. 
  6. Kamarudin, K. (2019). Orang asli’s ICT challenge. The Star. Link.
  7. UNICEF. (2020). Understanding the Impact of COVID-19 on Vulnerable Children & Families in Malaysia. United Nations Children’s Fund. Link. 
  8. Buang, S, et al. (2020). Class is in division: How e-learning leaves some behind. Malaysiakini. Link.  
  9. UNICEF DATA. (2021). COVID-19: A threat to progress against child marriage. Link. 
  10. IWGIA (2021). The indigenous world 2021: Malaysia. Link. 
  11. Abdullah, SM. (2021). Outsiders Tried to Scare Orang Asli From Getting Covid 19 Vaccines. New Straits Times. Link.
  12. Bernama. (2021). Orang Asli leaders to set example by getting Covid-19 jab. Malaysiakini. Link. 
  13. Musa, Z. (2021). Fast-track plan to vaccinate Orang Asli. The Star. Link. 
  14. Zulkifli, S. (2021). Vaksin Covid-19: Orang ASLI masih TUNGGU Dan lihat. Sinarharian. Link. 

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?