Site logo

Apabila Hujan Boleh Dikaitkan Dengan Golongan Miskin

Antara dua dekad yang merangkumi dari tahun 1998 hingga 2018, Malaysia telah mengalami 51 masalah perubahan cuaca / bencana alam – yang berlaku secara semulajadi[1][2]. Pada waktu yang sama, kira-kira lebih dari tiga juta orang telah terkesan dan hampir 300 orang meninggal dunia disebabkan bencana alam semulajadi[2]. Dengan mengambil kira segala kerosakan dan keperluan kos pengurangan, hal ini telah menyalurkan wang sebanyak RM 8 billion dari simpanan negara.

BANJIR MERUPAKAN MASALAH TERBESAR BAGI MALAYSIA HINGGA HARI INI.

Musim Monsun Timur Laut kebiasaannya bermula dari bulan November hingga Februari pada setiap tahun manakala musim Monsun Barat Daya berlaku dari bulan Mei hingga Ogos[3]. Sepanjang lapan bulan dalam setahun, terdapat beberapa kawasan di Malaysia akan menerima purata hujan tahunan secara berterusan, akan tetapi, terdapat segelintir tempat yang berkemungkinan mengalami kebanjiran.

Kawasan Pasir Mas di Kelantan telah ditenggelami air pada 29 Disember 2014. Sumber:Malay Mail

Berdasarkan faktor perubahan iklim, kekerapan berlakunya banjir di Malaysia telah menjadikan keadaan menjadi semakin parah dari semasa ke semasa. Malahan, masalah banjir sahaja telah menjejaskan kira-kira lebih dari 770, 000 orang dan kesannya telah mengakibatkan kerosakan dalam anggaran bernilai RM5.82 bilion pada tempoh dua dekad yang sama[2]. Natijahnya, itu telah menunjukkan sebanyak 73% daripada jumlah keseluruhan kerosakan bernilai RM8 bilion[2].

Setiap banjir yang berlaku pada saban tahun, wang telah dibelanjakan pada peringkat nasional dan peribadi untuk memperbaiki kerosakan seperti kerosakan harta benda dan aset, kehilangan tanah berstatus pertanian dan kehilangan hasil ternakan[4]. Namun begitu, terdapat kerugian yang menyebabkan sumber kewangan tidak dapat dijana / dikumpulkan  – itu adalah kerugian dalam kehidupan.

Sumber: Straits Times

Kebiasaannya, kerosakan banjir dibelanjakan hampir bernilai RM100 juta dalam masa setahun, dengan purata 60 kes kematian pada setiap tahun sejak tahun 1996[5].

Walaupun masalah ini telah memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara, kita mestilah berwaspada / beringat bahawa jumlah sebesar ini merupakan sumber pendapatan bagi ribuan orang. Terdapat juga ribuan orang yangmengalami kehilangan secara menyeluruh atau sebahagian daripada rumah dan sumber pendapatan mereka pada setiap tahun kerana mereka tidak dapat membendung masalah bencana alam – berkenaan dengan masalah yang seumpama dengannya.

DI MANAKAH BANJIR – LEBIH CENDERUNG BERLAKU DI MALAYSIA?

Secara amnya, kawasan yang mempunyai tadahan hujan secara berlarutan lebih cenderung untuk berlakunya banjir. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa punca yang menyebabkan banjir berlaku selain hujan. Banjir biasanya berlaku ketika anak sungai melimpah keluar atau apabila berlakunya saliran longkang yang tersumbat. Selain itu, banjir pantai sebaliknya berlaku apabila berlakunya ribut atau tsunami bah yang boleh mengakibatkan laut melanda kawasan darat[5]. Walaupun fenomena banjir boleh memakan masa selama berjam-jam mahupun berhari-hari untuk dihasilkan, keadaan ini masih boleh berlaku dalam sekelip mata serta meninggalkan waktu yang sangat singkat untuk dipindahkan. 

Sumber: Ministry of Environment and Water

Peta yang tertera di atas menunjukkan tempat yang mudah berlakunya banjir di Malaysia dengan menggunakan indikasi berwarna merah. Syukur atas nikmat Tuhan, Malaysia mampu dan berjaya untuk melengkapkan peta yang terdiri daripada pelbagai zon yang berbeza yang lebih cenderung untuk berlakunya banjir[6]

Kesan kerosakan yang paling besar dilihat sering berlaku di kawasan Pantai Timur, iaitu, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan. Selain itu, terdapat beberapa tempat dimana banjir berlaku akibat sungai yang melimpah seperti negeri Melaka, Seremban, Ipoh dan Kuching. Di kawasan bandar pula, banjir juga boleh berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang lemah dan tempat-tempat seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu mudah terkesan[6].

Sumber: New Straits Times

Walaupun banjir yang teruk berupaya berlaku di lokasi yang berbeza, kesan banjir boleh menyebabkan sesebuah keluarga menjadi miskin. Misalnya, tahun 2014, fenomena banjir telah menjejaskan hampir lebih daripada setengah juta orang (541, 896 orang) dengan sebahagian besarnya terdiri daripada Kelantan (319, 156 orang)[7]. Semasa berlakunya banjir ini, terdapat sebanyak 2,076 rumah telah musnah, 6,698 rumah yang mengalami kerosakan, kehilangan harta benda bernilai RM2,85 bilion dan seramai 25 nyawa telah hilang[7]

Berikutan menunjukkan beberapa masalah yang berpunca dari banjir.

3 Risiko Utama Bagi Golongan Miskin Harus Menempuhi Ketika Berlakunya Banjir Bah Besar. 

#1: Kehilangan Kawasan Tempat Tinggal/ Rumah

Pergerakan air dengan tekanan yang kuat dan menyeluruh mempunyai potensi yang tinggi untuk merosakkan jambatan, pokok, kereta dan rumah. Air juga boleh mengakibatkan kerosakan struktur pada bangunan kediaman dan komersial, serta mampu meruntuhkan apa sahaja[8]

Source: Wall Street Journal

Pada tahun 2018, seramai 12,000 orang terpaksa dipindahkan dari rumah kediaman mereka yang mengalami kerosakan akibat banjir yang melanda[9]. Puluhan ribu orang perlu ditempatkan di rumah perlindungan sementara, serta berdoa agar kerosakan rumah kediaman mereka tidak menjadi terlalu mahal untuk dibaiki kelak.

Rumah satu tingkat berstatus tanah mudah terdedah terhadap kerosakan akibat banjir yang berterusan[4].  Disebabkan kebanyakan rumah berada pada kadar harga yang murah, kebanyakan isi rumah tidak mempunyai kestabilan wang untuk mengembangkan rumah kediaman mereka di atas tanah hingga menyebabkan mereka terbiar tanpa belas kasihan apabila kejadian ngeri banjir ini berulang kembali[4]

Sebuah kajian telah dijalankan di Temerloh dan Pekan, Pahang adalah untuk mengenal pasti bahawa sebahagian besar rumah tersebut dibina mengikut reka bentuk tradisional dengan menggunakan kayu sebagai bahan binaan utama[4]. Rumah-rumah ini lebih mudah untuk musnah atau rosak akibat banjir kerana bahan binaannya tidak mampu untuk bertahan dengan tekanan kekuatan banjir. Walaupun rumah di Kuantan dibina dengan menggunakan konkrit, batu bata dan simen, dimana bahan binaannya akan kurang cenderung kepada kerosakan, namun, rumah ini berkemungkinan menghadapi bentuk kerosakan banjir dari aspek lain[4]

Kebiasaannya, kerosakan secara keseluruhan boleh dilihat dengan jelas setelah berlakunya banjir. Selain itu, banjir turut  meninggalkan kesan tanah liat yang banyak di dalam kawasan rumah kediaman[9].Semua jenis bahan yang bahaya dan sampah seperti racun perosak, bahan bakar, bangkai dan kumbahan yang tidak dirawat telah dibawa ke tempat tinggal dan dibiarkan reput[9]. Hal ini juga turut meninggalkan banyak isi rumah dalam keadaan tanpa bekalan elektrik atau sumber air minuman yang bersih selama beberapa hari.

Sumber: Wall Street Journal

Antara berita banjir terkini boleh dilihat berlaku di Beaufort dan Tenom, Sabah. Terdapat seramai 4,832 orang yang telah dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara[10]. ntara kawasan yang terjejas termasuk Stesen Tenaga Tenaga Tenom Pangi yang mengakibatkan seramai 10,000 orang mengalami masalah tanpa bekalan elektrik[10]. Di samping itu, perkara ini amat penting untuk berwaspada bahawa air banjir adalah pengalir elektrik yang baik. Kawasan rumah yang tidak sepenuhnya dinaiki air ketika banjir bakal menghadapi masalah lain – iaitu bahayanya renjatan elektrik. Peralatan elektrik yang mempunyai kelembapan dan bersentuhan dengan air berpotensi untuk memudaratkan keselamatan orang lain[10]

Mangsa banjir di Pahang kebanyakannya tidak mengalami masalah gangguan bekalan air. Namun begitu, terdapat segelintir daripada mereka yang perlu bergerak dengan mengambil masa selama 12 hingga 30 minit ke kawasan bekalan sumber air perigi atau sungai yang terdekat[4].  Walaupun sumber bekalan air bersih tidak menjadi masalah di Temerloh, Pekan, dan Kuantan, namun negeri-negeri ini juga mengalami masalah penyakit yang merupakan kesan banjir atau penyakit yang bahaya[4]

#2: Kesan Banjir Membawa Risiko Terhadap Kesihatan

Selain kecederaan fizikal yang disebabkan oleh banjir atau sampah yang dibawa, banjir juga membawa pelbagai jenis penyakit yang bahaya. Terdapat juga penyakit makanan dan air seperti penyakit kolera, tifoid, disentri, hepatitis dan gastroenteritis yang kritikal[6]. Selain itu, penyakit pernafasan yang kritikal seperti radang paru-paru,  jangkitan secara sentuhan seperti penyakit campak dan meningitis bakteria, tetanus, serta penyakit bawaan vektor utama seperti malaria dan denggi dapat dijadikan contoh[6]

Sumber: Business Insider

Pada tahun 2014, satu kajian telah mengenal pasti bahawa terdapat sebanyak 659 kes denggi semasa dan selepas berlakunya banjir di Sungai Kelantan[7]. Terdapat juga lebih daripada 800 kes Leptospirosis, 27 kes malaria, 13 kes kepialu dan 4 kes hepatitis[7]

Terdapat satu lagi kajian lain merangkumi kawasan yang terkesan di Pahang. Daerah Temerloh dan Pekan menyatakan bahawa purata jarak ke prasarana kesihatan yang terdekat mengambil masa antara 11 hingga 17 minit. Isi rumah yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan kekangan pengangkutan yang mencukupi telah menghadapi kesukaran daripada mereka yang berada di Kuantan, dimana mereka mempunyai kemudahan pengangkutan untuk pergi ke prasarana kesihatan yang berhampiran[4]

#3: Kekangan Bekalan Makanan

Mangsa banjir sebahagian besar bergantung sepenuhnya kepada sumber bekalan makanan yang diberikan di pusat pemindahan tersebut. Sebahagian besar makanan ini terdiri daripada makanan kering, bungkusan, dan makanan yang siap dimakan seperti biskut dan makanan dalam tin. Mereka yang tinggal dan tidak dapat pergi ke pusat pemindahan tersebut disebabkan pilihan pengangkutan yang terhad menunjukkan bahawa mereka amat memerlukan bekalan makanan. Sepanjang kejadian banjir, mereka memerlukan sumber bekalan makanan yang berkhasiat seperti beras, sayur-sayuran, protein dan minyak. Namun begitu, sekiranya fenomena banjir ini berlaku secara berterusan, mahupun menjejaskan kemudahan jalan raya, hal ini boleh menyukarkan proses pengagihan makanan.

Sumber: Vulcan Post

Bagi mereka yang hidupnya bergantung terhadap sumber pertanian, banjir adalah musuh utama mereka. Banjir tahunan yang tinggi atau rendah akan menyebabkan kerosakan jangka masa yang panjang pada tanaman mereka dimana ia boleh mengakibatkan kekurangan sumber makanan dan pendapatan. Walaupun keluarga ini tidak bergantung sepenuhnya terhadap sumber tanaman mereka sebagai sumber bekalan makanan, namun kehilangan punca pendapatan akan merumitkan keadaan untuk membeli bekalan makanan. Mereka juga harus senantiasa berwaspada bahawa pendapatan mereka tidak lagi mencukupi, sebagai permulaan, isi rumah ini bakal menghadapi kesukaran dengan tidak mempunyai apa-apa sumber bekalan atau simpanan untuk terus hidup dari segi kewangan[5]

Secara konklusinya, bandar atau luar bandar, utara atau selatan, banjir tetap mempengaruhi sebahagian besar bagi rakyat Malaysia. Daerah pesisiran pantai sangat terdedah terhadap kesan yang dibawa. Kehilangan dan kemusnahan bukan sahaja harta benda mangsa banjir tetapi juga sumber pendapatan mereka. Oleh kerana ini adalah perjuangan tahunan, terdapat beberapa buah organisasi yang menyediakan bantuan[5]. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah ini. Namun begitu, berapa lama lagikah mereka yang berpendapatan rendah harus ditinggalkan bagi mengatasinya secara semulajadi?

Lihatlah Rujukan Kami:

  1. IPCC. (n.d). Global Warming of 1.5oC. Link. 
  2. Z. A. R. (2018). Climate-related natural disasters cost Malaysia RM8b in the last 20 years. Malay Mail. Link. 
  3. J. Suhaila, S. M. Deni, W. Z. W. Zin, A. A. Jemain. (2010). Trends in Peninsular Malaysia Rainfall Data During the Southwest Monsoon and Northeast Monsoon Seasons:1975-2004. Link. 
  4. N. D. M. Idris, M. M. Alam, S. Chamhuri. (2021). Community Preparation and Vulnerability Indices for Floods in Pahang State of Malaysia. Link.
  5. CPPS Policy Fact Sheet: Malaysia’s Flood Management. Link
  6. M. A. R. Estrada, E. Koutronas, M. Tahir, N. Mansor. (2017). Hydrological hazard assessment: THE 2014–15 Malaysia floods. Link.
  7. J. H. Hashim. (2015). Malaysian 2014 Floods: Health Impacts and Experiences. Link.
  8. S. F. Zakaria, R. M. Zin, I. Mohamad, S. Balubaid, S. H. Mydin, E. M. Roodienyanto. (2017).The Development of Flood Map in Malaysia. AIP Conference Proceeding. Link 
  9. The Straits Times. (2018). Two dead, nearly 12,000 evacuated in Malaysia floods. Link.
  10. Bernama. (2021). Electricity supply to 10,000 consumers in flooded Beaufort, Tenom disrupted. The Daily Express. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?