Site logo

Apa Yang Berlaku Kepada Golongan Bukan Warganegara Apabila Jatuh Sakit?

Bayangkan anda patah tulang bahu dan anda hanya mampu membeli ubat tahan sakit. Tidak mampu untuk pergi ke klinik atau hospital kerana kos pendaftaran sahaja sampai beratus ringgit. Ini adalah kesukaran yang biasa dihadapi oleh golongan bukan warganegara di Malaysia. 

Bayangkan satu-satunya penawar untuk demam tinggi, jangkitan dan lain-lain, adalah ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter yang mungkin ada kesan sampingan jangka panjang jika diambil secara berlebihan dan tidak mengubati penyakit yang lebih serius. Bayangkan ibu yang sarat mengandung terpaksa melahirkan anak di rumah kerana mereka tidak mempunyai ribuan ringgit untuk membayar kos. Walaupun mereka ada duit tersebut, golongan bukan warganegara masih takut dan khuatir jika mereka akan diberkas oleh pihak berkuasa dan dimasukkan ke dalam penjara kerana tidak mempunyai kad pengenalan.

Source: Aliran

Sesiapa yang tidak mempunyai kad pengenalan sah yang menyatakan bahawa mereka warganegara Malaysia dianggap sebagai ‘bukan warganegara’ dan oleh itu harus membayar 24 sehingga 100 kali lebih banyak daripada individu warganegara jika ingin menggunakan kemudahan hospital kerajaan[1]. Ini telah ditetapkan oleh Akta Fi (Perubatan) 1951 yang telah dipinda terhadap pendatang asing pada Januari 2016[2].

Tambahan pula, mengikut Akta Imigresen, masyarakat harus membuat laporan jika terdapat pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen sah. Perkara ini telah mencipta suatu dilema kepada petugas barisan hadapan yang hanya ingin menyelamatkan nyawa. 

Ramai di kalangan kita tidak menghargai sistem perubatan yang telah disediakan. Kita mungkin tidak selalu habiskan ubat yang diberikan oleh doktor secara percuma. Golongan kelas pertengahan dan berpendapatan tinggi pula mungkin akan lebih memilih hospital swasta berbanding kerajaan kerana mereka mempunyai perlindungan insurans. Walaupun begitu, masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan apabila berdepan dengan servis perkhidmatan perubatan. Malahan, Malaysia berada di kedudukan 10 keatas dalam Health Care Index dalam Asia 2021[3], hanya di bawah Thailand and Singapura.

Namun begitu, walaupun mereka tinggal di negara dan patuh pada undang-undang yang sama, orang bukan warganegara tidak mempunyai hak rawatan perubatan dan akses mudah kepada kemudahan perubatan kerajaan atau swasta di Malaysia.

Masalah Yang Dihadapi Bagi Golongan Bukan Warganegara Sejak Dahulu

Salah satu komuniti bukan warganegara yang terkenal ialah Bajau Laut, atau lebih dikenali sebagai “Nomad Laut Sabah”. Ketika zaman pra-Inggeris, kehidupan mereka di laut telah kukuh dalam tamadun mereka dan bukan menjadi masalah dengan masyarakat lain dalam wilayah yang sama. Setelah mereka pulang ke daratan, mereka sudah lagi tidak dianggap sebagai warganegara oleh kerajaan Malaysia.

Disebabkan mereka golongan yang mudah diserang dan senang dieksploitasi, golongan Bajau Laut hanya mampu bertahan dari hari ke hari; mereka tidak mampu membiayai lawatan hospital. Pendapatan utama mereka adalah memancing yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan harian. Oleh disebabkan itu, mereka lebih suka ubat-ubatan tradisional atau tidak menghiraukannya[4].

Source: Archdaily

Anak-anak kepada “nomad laut” juga mudah terdedah kepada jangkitan kulit, cacing kerawit atau luka. Perkara ini mungkin disebabkan oleh sanitasi dan amalan kebersihan yang tidak memuaskan akibat daripada keadaan hidup yang teruk (rumah bot) dan kekurangan bekalan air bersih. Pada masa yang sama, masalah kesihatan yang paling membimbangkan dalam kalangan orang dewasa ialah malaria, kepialu (typhoid), dan batuk kering (tuberculosis)[4].

Source: United Nations | Flickr

Home births and traditional medicine are commonly practised by the Bajau Laut. They generally avoid going to the hospital. Consequently, their children do not have birth certificates. The cycle of statelessness is then passed on to their offspring, who are also not eligible for medical aid. 

Muncul Masalah Kepada Orang Bukan Warganegara Ketika Pandemik

Dengan servis perkhidmatan perubatan dan infrastruktur yang canggih, servis perubatan di negara Malaysia mendapat tajaan kewangan daripada kerajaan. Tetapi tidak semua orang dapat menikmati kemudahan tersebut. Maka, apa yang akan berlaku apabila dunia terpaksa menghadapi ancaman kesihatan secara global? Masyarakat Malaysia yakin mereka akan dijaga. Manakala bagi orang bukan warganegara, jika mereka dijangkiti dengan COVID 19, kos perubatan serta perbezaan dari segi bahasa dan budaya boleh menjadi sebuah halangan kepada mereka untuk mendapat akses kepada servis yang ditawarkan. Mujurlah kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa ujian COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada pendatang asing dan rakyat Malaysia walaupun untuk jangka masa yang pendek[5]

Walaupun begitu, pihak kerajaan tidak menjelaskan sama ada ujian percuma tersebut disediakan untuk pendatang asing tanpa dokumen sah atau mereka yang sakit akan dikenakan ‘fi pendatang asing’ untuk rawatan.

Source: Malaysiakini

Lahad Datu dan Tawau, dua bandar di Sabah dengan populasi bukan warganegara dan migran terbesar, telah merekodkan kes coronavirus yang tertinggi disebabkan oleh sanitasi yang tidak memuaskan, kekurangan bekalan air, dan rumah yang kecil dan sempit.

Source: MyMetro

Pada Februari 2021, pihak Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 Malaysia memberitahu bahawa rakyat Malaysia akan diutamakan dalam pemberian dos suntikan vaksin. Akan tetapi, apabila Putrajaya melancarkan program imunisasi, warga pendatang asing di Malaysia akan diberi suntikan vaksin COVID-19 secara percuma. Walaupun ini berita yang baik, mereka tidak menjelaskan sama ada orang bukan warganegara terlibat dalam program ini atau tidak[6]

Harapan untuk menangani ancaman virus adalah  sangat tipis jika komuniti ini tidak diberi perlindungan semasa pandemik. 

Akta Rawatan Perubatan Warga Asing

Masalah lain yang dihadapi oleh golongan bukan warganegara adalah Akta Imigrasi[7] yang menyebabkan individu bukan warganegara rasa takut untuk pergi ke hospital lokal. Akta tersebut menyeru semua untuk membuat laporan polis jika mendapati kehadiran warga asing tanpa dokumen yang sah. Golongan bukan warganegara yang sakit ini akan ditahan dan dipenjarakan. Justeru itu, doktor-doktor dan staf perubatan harus memilih sama ada mereka ingin menyelamatkan nyawa atau mengikut undang-undang.

Pada 2019, beberapa barisan hadapan perubatan bekerjasama dalam mendesak kerajaan untuk meluluskan Akta Kesihatan Warga Asing supaya mereka dapat hak rawatan perubatan, bermula dengan suntikan vaksin, penjagaan ibu dan rawatan sakit puan, kesihatan kanak-kanak sehingga umur lima tahun dan rawatan bagi penyakit seperti batuk kering (pulmonary tuberculosis)[7]

Source: The Straits Times

Akta tersebut mencadangkan larangan menahan individu yang sedang menjalani rawatan perubatan serta servis-servis perubatan diberi secara percuma atau hampir percuma. Perkara ini memberi peluang kepada doktor-doktor dan jururawat-jururawat untuk melakukan perkara yang betul untuk kebaikan semua pesakit[7].  

Terdapat banyak hujahan yang menyokong akta tersebut untuk diluluskan. Akses kepada perubatan adalah hak asasi manusia dan ibu-ibu serta kanak-kanak merupakan populasi yang senang terdedah dengan ancaman. Komuniti bukan warganegara harus diberi perhatian kerana mereka juga merupakan masyarakat Malaysia.

Pada 2019, Jabatan Statistik Malaysia menanggarkan bahawa terdapat 3.2 juta warga asing yang menetap di Malaysia[8]. Mereka tergolong daripada migran sah dan haram, golongan pelarian, dan komuniti bukan warganegara.

Jika Malaysia masih tidak prihatin terhadap golongan ini, kita mungkin akan dapat melihat berlakunya penularan wabak dan penyebaran penyakit yang semakin luas dalam negara. Secara keseluruhannya, kita bertanggungjawab di atas nyawa yang sepatutnya diselamatkan jika golongan bukan warganegara ini diberi perhatian.

Explore Our Sources: 

  1. Letters. (2020). Proposing a Non-Citizens Health Act for Malaysia. The Star. Link. 
  2. MOH. (1951). Fees Act 1951. Link.
  3. Numbeo. (2021). South-Eastern Asia: Health Care Index by Country 2021. Link. 
  4. W. HASSAN, W. S., & PETERS, D. (2020). THE VULNERABILITY OF BAJAU LAUT AS STATELESS PEOPLE IN SABAH. Jurnal Kinabalu, 183. Link. 
  5. CodeBlue. (2020). Malaysia Tested 73,000 Foreigners For Coronavirus, 3.7% Positive. Link. 
  6. A. Yusof. (2021). Foreigners living in Malaysia to receive COVID-19 vaccine for free. Link. 
  7. MalaysiaKini. (2020). Proposing a Non-Citizen Health Act for Malaysia. Link.
  8. Department of Statistics Malaysia. (2019). Non-citizen population. Link.

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aliesya Sofea.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?