Site logo

Akses Kemudahan Kesihatan Di Malaysia: Nasib Golongan Pelarian

Golongan pelarian di Malaysia dinafikan hak asas penjagaan kesihatan sedangkan rakyat Malaysia sangat bertuah untuk berada di bawah jagaan salah sebuah sistem penjagaan kesihatan yang paling cekap dan maju di peringkat global. Pada 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan klinik kesihatan mempunyai kepadatan sebanyak 32.72 klinik per 100,000 penduduk di seluruh negara — dan klinik kesihatan swasta adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada klinik kerajaan di kawasan yang lebih ramai penduduk[1]

Dengan sokongan dan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia, sistem perkhidmatan kesihatan telah mengalami penambahbaikan yang besar sepanjang dekad yang lalu – setara dengan negara-negara maju[2]. Namun begitu, bagi golongan pelarian yang tinggal di Malaysia, perkhidmatan kesihatan tidak dijamin, lebih lebih lagi jika mereka tidak mampu untuk membayarnya. 

Harga Yang Tinggi Untuk Tahap Kesihatan Baik

Golongan pelarian dianggap orang asing di negara ini dan mereka tidak mendapat perkhidmatan kesihatan mampu milik yang disediakan oleh pihak kerajaan. Realiti perbezaan ketara ini dapat diperhatikan di pintu masuk hospital — rakyat Malaysia hanya perlu membayar RM1 di mana-mana hospital kerajaan manakala golongan pelarian dikenakan caj dalam anggaran RM100[3]

Kehidupan golongan pelarian di Malaysia sangat susah. Hal ini kerana mereka dianggap warga asing di sisi undang – undang, mereka tidak dapat bekerja dengan sah dan tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan asas.

Thomas Albrecht, wakil UNHCR di Malaysia

UNHCR, Agensi Pelarian UN, merupakan organisasi global yang berperanan untuk melindungi hak golongan pelarian. Mereka mengenal pasti tiga halangan utama yang menyebabkan golongan pelarian tidak mendapat perkhidmatan kesihatan[3].

Khuatir Akan Penahanan Dan Penangkapan

Pelarian yang mampu membayar bil perkhidmatan kesihatan perlu menangani cabaran – cabaran lain. Mereka khuatir ditahan oleh pihak berkuasa semasa mendapatkan rawatan. Akta Imigresen Malaysia menyeru setiap individu untuk melaporkan kehadiran warga asing kepada pihak polis[4].

Tambahan pula, pelarian hanya akan dianggap sah dari segi segi undang- undang  jika mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) tetapi disebabkan jumlah bilangan kemasukan pelarian ke negara ini semakin banyak, proses pendaftaran menjadi sangat perlahan — mengambil masa bertahun lamanya[5].

Source: UNHCR

Namun begitu, memiliki kad pengenalan UNHCR tidak menghalang mereka daripada dihantar pulang ke negara asal. Kad pengenalan tersebut hanya mengurangkan risiko ditahan oleh penguat kuasa undang- undang Malaysia. Kelebihan kad pengenalan UNHCR membenarkan para pelarian untuk mendapat akses servis asas kesihatan yang disediakan oleh UNHCR dan rakan kongsi NGO[6]. Malangnya, disebabkan proses permohonan yang mengambil masa yang terlalu lama, mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan UNHCR tidak mendapat manfaat yang sama.

Source: Aljazeera

Tambahan lagi, akta ini menambahkan beban kepada pegawai perubatan dengan meletakkan mereka dalam dilema berkaitan etika kerana melaporkan pesakit kepada pihak polis adalah bertentangan dengan polisi pegawai perubatan. Apabila ditahan, golongan pelarian ini akan ditempatkan di sebuah pusat tahanan di mana mereka akan menunggu giliran untuk dihantar pulang ke tempat asal mereka.

Para pelarian mempunyai semangat perjuangan untuk kekal hidup. Mereka telah memikirkan cara-cara untuk dapatkan keperluan mereka.

Source: Asia One

Zaria — ibu pelarian kepada empat orang anak — mengatakan dia melahirkan anak ketiganya di sebuah rumah lama dengan bantuan seorang “doktor” dan seorang “bidan” dari kalangan komuniti pelarian. Dia terpaksa melakukan perkara itu selepas tidak diterima di hospital kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap[7].

Beberapa rekod menunjukkan pelarian telah mendapatkan nasihat perubatan dari doktor yang berada dalam komuniti mereka sendiri. Seorang  doktor tinggal bersama dengan pelarian bukanlah sesuatu yang pelik, namun doktor ini mempunyai sumber, bekalan perubatan, dan fasiliti perubatan yang terhad bagi merawat penyakit yang lebih serius.

COVID-19 Memburukkan Lagi Keadaan Mereka

Baru-baru ini, pandemik COVID-19 telah mendedahkan kekurangan dalam sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan Malaysia turut terlibat. Ketidaksetaraan akses kepada penjagaan kesihatan di Malaysia adalah jelas kerana pelarian kini tersepit antara dua kesulitan.

Seorang pelarian Somalia, Ridwan, memberitahu FMT bahawa pelarian sepertinya akan menolak ujian COVID-19 disebabkan takut akan ditangkap kerana mereka adalah pelarian dan pendatang asing[8]

Source: Free Malaysia Today

Pekeliling 10/2001 yang telah dikeluarkan oleh kerajaan menjadi ugutan kepada pelarian kerana mereka boleh ditahan semasa menerima rawatan. Pada 4 Jun 2020, terdapat 270 kes COVID-19 telah direkodkan membabitkan pelarian di Depot Imigresen Bukit Jalil yang telah menjadikan lonjakan harian tertinggi sejak pandemik bermula[9]. Rasa takut akan penahanan mengakibatkan pelarian komuniti untuk bersembunyi. Akibatnya, kes positif tidak dapat dikesan dan akan menyebabkan virus tersebut tersebar dengan lebih luas[10].

Penyelesaian yang boleh dilakukan adalah dengan membatalkan pekeliling 10/2001 dan mewujudkan akta penjagaan kesihatan bukan warganegara. Melalui perkara ini, golongan pelarian akan mendapat faedah daripada ketersediaan perkhidmatan kesihatan asas di samping berasa selamat untuk mendapatkan rawatan[11]

Bantuan Untuk Golongan Pelarian

Sementara menunggu untuk kerajaan melakukan tindakan, banyak badan bukan kerajaan (NGO) mengambil tanggungjawab untuk memulakan klinik kesihatan pelarian di seluruh Malaysia. Banyak NGO juga bekerjasama dengan UNHCR untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang mencukupi kepada masyarakat pelarian di Malaysia. Antara organisasi yang telah ditubuhkan ialah:

Source: UNHCR
  • Mercy Malaysia menganjurkan klinik pelarian yang menawarkan perkhidmatan kesihatan asas termasuk pendidikan dan kaunseling kesihatan mental.
  • Global Doctors Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bekerjasama untuk menubuhkan Global Doctors Medical Care Centre untuk memberikan khidmat rundingan dan diagnostik percuma (seperti imbasan CT, sinar X, mammogram) untuk semua pelarian yang berdaftar dengan UNHCR. Walaubagaimanapun, kos perubatan bukanlah percuma.
  • Klinik Amar Muhajir yang ditubuhkan oleh Dr. Siti Noraida Habibullah memberikan perkhidmatan perubatan hampir percuma kepada komuniti pelarian. Dengan kadar bayaran minimum RM5, populasi pelarian akan mendapat akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, penjagaan kesihatan ibu dan anak, dan bantuan perubatan untuk menyelamatkan nyawa, pencegahan komplikasi, dan untuk mengelakkan akibat daripada kesihatan awam.
  • Doctors Without Borders (Malaysia) yang lebih dikenali sebagai MSF mempunyai klinik kesihatan utama di Pulau Pinang dan mereka turut menyediakan khidmat kesihatan mental kepada pelarian, khususnya orang Rohingya, yang dikecualikan daripada kerja, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial lain.

Explore Our Sources:

  1. Ministry of Health Malaysia: Putrajaya. (2018). Malaysian Health at a Glance. Malaysian Health Performance Unit. Link
  2. AIA. (2017). 6 Things You Should Know About Healthcare in Malaysia. Link
  3. UNHCR. (2017). Public Health In Malaysia. Link.
  4. The Star. (2020). Proposing a Non – Citizen Health Act for Malaysia. Letters. Link
  5. I. Sayed & J. Choi. (2018). Inside Malaysia’s Living Hell’ for Refugee Children. The New Humanitarian. Link
  6. UNHCR Malaysia. (2020). Registration. Link
  7. Borneo Post. (2016). Rohingya Refugees In Malaysia Remain Stateless. Link
  8. N. Mohsin. (2021). Fear and loathing makes refugees shun Covid-19 tests. Free Malaysia Today. Link
  9. CodeBlue. (2020). MOH Reports 270 Covid-19 Cases At Immigration Detention Depot. Link
  10. Vaisnavi Mogan Rao. (2020). Outdated healthcare policies for refugees, xenophobic decision making put all at risk. Malay Mail. Link
  11. F.F. Loh. (2020). Covid-19: Undocumented migrants still fearful to be screened, says Doctors Without Borders. The Star. Link.

Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aliesya Sofea.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?