Site logo

Adakah Kemiskinan Mempengaruhi Prestasi Anak-Anak Di Sekolah?

Artikel diterjemahkan oleh Mazliana M (LinkedIn | Instagram)
Versi Bahasa Inggeris


Tekanan kemiskinan mampu mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak sebelum kelahiran. Tempat kelahiran dan cara seseorang individu dibesarkan juga sangat signifikan. Kajian mendapati bahawa keupayaan kognitif kanak-kanak boleh dikaitkan dengan status sosio-ekonomi mereka[1], terutamanya mereka yang dalam keadaan sangat daif. Keadaan hidup dengan tahap stres yang tinggi, kekurangan nutrisi, dan akses kepada pendidikan berkualiti berkemungkinan besar adalah faktor penyumbang.

Selain daripada pendidikan, kanak-kanak yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah mengalami kekurangan dari segi perkembangan fizikal dan kognitif, serta jurang berkaitan akses kepada penjagaan kesihatan dan sumber-sumber utama yang lain. Lagi pula, data menunjukkan pelajar daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah adalah lebih cenderung menggugurkan diri daripada sekolah menengah berbanding mereka yang datang dari keluarga berpendapatan tinggi.[2

Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) menyedari tentang korelasi antara status sosio-ekonomi dan prestasi pelajar. Kekurangan dari segi pendidikan, yang mana jumlah pendapatan ibu bapa pelajar, dan tempat bersekolah anak-anak adalah dua perkara yang saling berhubung kait. Perkara ini tidak berlaku di sini sahaja, malah ianya adalah suatu fenomena global yang dialami oleh sistem pendidikan di merata dunia, menurut PADU.[3] 

Data penerima bantuan kewangan kerajaan KWAPM adalah bukti yang menunjukkan bahawa pelajar daripada keluarga miskin menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan berbanding pelajar yang berasal dari isi rumah berpendapatan sederhana atau tinggi. Sekolah dalam Kelas 1 dan 2 merupakan sekolah berprestasi tinggi dan mempunyai kurang daripada satu per tiga pelajarnya sebagai penerima bantuan kewangan KWAPM. Sebaliknya, lebih daripada separuh jumlah pelajar yang bersekolah di Kelas 6 atau 7 iaitu kategori sekolah berprestasi rendah menerima bantuan kewangan.

Sumber: Malaysian Education Blueprint 2013- 2025

Kitaran kemiskinan ini perlu dihentikan, dan pendidikan kemungkinan merupakan antara satu caranya. Namun begitu, status sosio-ekonomi atau pendapatan bukanlah satu-satunya faktor penentu prestasi seseorang pelajar di sekolah. Terdapat 7 faktor penyumbang utama prestasi pelajar, menurut satu kajian.[4] Mungkinkah lebih banyak usaha yang boleh dipergiat bagi memperbaiki faktor-faktor tersebut untuk memastikan kanak-kanak dari keluarga miskin mempunyai peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Sumber:

  1. SEANUTS Study Group. (2019). Low socioeconomic status and severe obesity are linked to poor cognitive performance in Malaysian children. Link.
  2. Ministry of Education Malaysia. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013-2025. Link.
  3. Ministry of Education Malaysia, PADU. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013-2025. Chapter 3 : Current Performance. Link.
  4. Vivin Vincent Chandran and Caroline Geetha, PROSIDING PERKEM IV. JILID 1, 361-369. (2009). Does Poverty Influence the Performance of Students? A Case in University Malaysia Sabah. Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?