Kita semua tahu bahawa air adalah salah satu sumber kehidupan yang penting sebagai keperluan asas untuk setiap manusia. Malah, ia sangat mudah untuk mengambil air bersih, hanya dengan memusing sebuah kepala pili. Malangnya, air bersih masih dikira sebagai satu kemewahan bagi sebilangan rakyat Malaysia, iaitu Orang Asli.
Mereka perlu berjalan kaki ke tempat yang jauh hanya untuk mencari dan mengaut air dari telaga dalam, lopak kotor, kolam, parit ataupun lubang kotor? Kita pula apabila berlakunya pemotongan air, sebilangan besar daripada kita akan mengeluh dan marah kerana dipaksa untuk menghadapi kesukaran tersebut.
Bayangkan, mereka perlu mendidih air yang berwarna coklat dan berdoa supaya air itu selamat untuk diminum dan untuk dimasak. Sebilangan daripada kita pula mempunyai penapis air di rumah. Malah, kita juga tidak perlu berfikir banyak untuk menggunakan air tersebut untuk minum, masak, cuci baju dan lain lagi.
Selain itu, bayangkanlah jika anda perlu membersihkan diri dengan menggunakan baldi yang penuh dengan air keruh atau berendam dalam kolam yang bertakung? Banyak daripada kita tidak sanggup untuk membersihkan diri selagi tidak mempunyai akses ke air yang jernih dan bersih.
Kesimpulannya, air adalah sangat penting untuk kehidupan. Apabila kita kekurangan air atau mendapat air yang tercemar, ia akan meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti jangkitan kulit dan penyakit yang berasal daripada air seperti kolera, kepialu dan cirit-birit.
Orang Asli, atau dikenali sebagai orang pertama di Malaysia, merupakan golongan yang jauh lebih tidak sihat berbanding golongan lain di Malaysia kerana mereka tidak mampu untuk ada akses ke air yang bersih.
Isu ini menyebabkan Global Peace Foundation untuk memulakan inisiatif Communities Unite for Pure Water (CUP) dengan memasang pam air dalam sebuah kampung untuk menyaring air ke setiap rumah dalam kampung tersebut. Inisiatif ini telahpun membantu kampung tersebut untuk mendapat akses ke air bersih dan jernih.
CUP telah menguntungkan seramai 3,000 penduduk kampung yang bersusah payah untuk mencari dan mendapatkan akses ke air yang selamat dan bersih disebabkan oleh lokasi kampung mereka yang terpencil[3].
Keselamatan dan kebersihan air di Malaysia telah bertambah baik sejak sekian lama, tetapi lebih banyak tindakan diperlukan untuk mempastikan akses ke air bersih dapat digunakan untuk semua.
Mendapat akses ke air bersih masih dikira sebagai satu kemewahan, terutama bagi golongan yang tinggal di kawasan luar bandar. Syarikat-syarikat seperti Nestle dan Global Peace Foundation masing-masing bekerjasama untuk mencapai akses untuk semua projek seperti ‘Safe Water, Safe Communities’[4]. Seorang wartawan UN mengemukakan rangka cadangan yang terperinci untuk membantu mengatasi masalah tersebut[5].
Air bersih tidak sepatutnya dikira sebagai benda yang mewah. Air adalah keperluan asas untuk semua.
Rujukan:
- Metro News. (Sept 2020). Committed to bringing clean water to Orang Asli villages. The Star. Link.
- Elyana, FN. et al. (2016). A tale of two communities: intestinal polyparasitism among Orang Asli and Malay communities in rural Terengganu, Malaysia. NCBI. Link.
- Yakawich, N. (April 2018). Global Peace Foundation Partners Collaborate for Clean Water Project in Malaysia. Global Peace Foundation. Link.
- Vijaindren, A. (Sept 2018). Nestle Malaysia, GPF launch Safe Water, Safe Communities project. News Straits Times. Link.
- Heller, L. (2018). Report of the Official Country Visit to Malaysia 14-27 November 2018. UN Human Rights Office Of the High Commission. Link.
Diterjemahkan daripada versi BI oleh Aida Iliana.