Site logo

9 Organisasi Yang Sedang Giat Menolong Golongan Miskin

Tahun ini merupakan satu tahun yang panjang, dipenuhi dengan ‘lockdown’, penjarakan sosial, pelbagai sekatan dan peraturan, status kewangan yang tidak menentu dan sedikit sebanyak perlu untuk menyesuaikan diri dengan norma-norma baharu. Ramai yang berdepan pengangguran, kewangan yang teruk malah kemiskinan. Biarpun pelbagai kisah telah didengari, kita sentiasa melihat Malaysia bangkit bersama dengan peduli akan satu sama lain, memberikan kata-kata semangat dan saling menolong terutamanya terhadap mereka yang memerlukan.

Senarai ini adalah antara badan kerajaan dan bukan kerajaan, organisasi dan kumpulan yang menghulurkan bantuan untuk membantu mereka yang terjejas kembali bertahan. Sudah lebih setahun dunia dilanda pandemik tetapi mereka masih teguh dalam usaha mereka untuk meringankan beban yang lain. Tahniah dan syabas buat mereka.

#1: Accelerate Global, Sabah

Packaging the pineapple jam

Accelerate Global adalah satu kumpulan yang telah merekrut 43 belia yang tidak mempunyai status penduduk tetap dari komuniti di Sabah (penduduk di Kampung Saga 1, Sepanggar) dan memberi mereka latihan selama empat bulan lalu melengkapi belia-belia ini dengan kemahiran asas dalam bidang keusahawanan, kewangan serta pemasaran. Kemahiran-kemahiran ini amat diperlukan untuk mengubah gaya hidup mereka[1]. Melalui kerja keras mereka, golongan muda ini menggunakan stok nenas yang tidak digunakan dan menjadikannya satu perniagaan yang berjaya.

Accelerate Global juga membantu komuniti ini dengan menghulurkan bantuan kewangan sebagai modal untuk memulakan perniagaan dan kesemua keuntungan diagihkan secara sama rata di antara semua ahli kumpulan “Nanaslab Team”. Satu balang jem nenas dijual pada harga RM25, untuk 180mL, tidak termasuk pos dan mereka telah berjaya menjual hampir 100 balang.

After six months training programme

Accelerate Global juga telah memperkasakan golongan belia yang miskin dengan kemahiran keusahawanan ini. Perniagaan yang dikenali sebagai Chocolah menyalurkan bantuan kewangan untuk membina pusat komuniti bagi para belia yang kehilangan tempat tinggal dan ini membantu mereka menjauhkan diri dari bahaya yang terdapat di persekitaran kawasan bandar [2].

#2: Uncle Tony, Kuala Lumpur

Melalui kumpulan amalnya, Food4U, Uncle Tony dikenali ramai dalam kalangan masyarakat B40 di Kuala Lumpur. Food4U ialah ‘soup kitchen’ yang menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang lapar dan kehilangan tempat tinggal di Kuala Lumpur[3]. Sepanjang pandemik ini, Food4U telah mengunjungi kawasan perumahan orang yang kurang bernasib baik, terutamanya ibu bapa tunggal dan memberikan mereka barangan runcit dan bungkusan makanan[3]

Uncle Tony giving food to the poor

Selepas membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber kewangan bersama, Uncle Tony, rakan-rakan dan keluarganya telah bekerja keras sepanjang tahun lepas untuk inisiatif ini. Malahan, mereka telah dapat memperluaskan skop untuk memberikan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan yang miskin dan memerlukan pekerjaan.[2]

Hubungi Uncle Tony di 0178812666 atau anda boleh menderma ke Public Bank 48260007307[2]

#3: Connect Rakyat, Selangor and Kuala Lumpur

Connect Rakyat giving laptops to B40 students

Pada November 2020, Arus Anak Muda dengan kerjasama Hunger Hurts Malaysia serta Consurv Technic telah mengumpul derma untuk membeli komputer riba dan gajet elektronik bagi pelajar miskin bandar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur[4]

Selepas membuat kajian dan tinjauan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar SMK Sultan Abdul Samad, mereka dapat mengenal pasti bahawa terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran atas talian iaitu tidak mempunyai gajet, perlu berkongsi dengan ahli keluarga yang lain dan perlu bergantung terhadap gajet kepunyaan ibu bapa (yang menjadi masalah jika ibu bapa keluar bekerja). Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai sambungan internet yang lembab atau tiada sambungan Internet di kawasan bandar[4]. Connect Rakyat memahami keadaan dan masalah para pelajar dan telah mengumpulkan sebanyak RM 53,500 (setakat ini). Mereka menyedari bahawa setiap pelajar memerlukan jenis peranti elektronik yang berbeza bergantung kepada penggunaan mereka. Connect Rakyat berniat untuk menyediakan sekurang-kurangnya 100 pelajar dengan komputer riba[4].

Hubungi atau derma kepada Connect Rakyat.

#4: Food Not Bombs, Ipoh

Food Not Bomb Ipoh

Keadaan golongan yang tiada tempat tinggal yang kelaparan semasa ‘lockdown’ di sekitar mereka telah mendapat perhatian sekumpulan rakan dari Ipoh. Mereka menamakan diri sebagai “Food Not Bomb” dan telah mengumpulkan wang untuk membeli bahan makanan bagi golongan yang memerlukan ini[5]

Mereka terus bertindak setiap kali perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan, untuk mencari golongan yang tiada tempat tinggal di bandar Ipoh. Walaupun pada awalnya mereka mendapat banyak komen negatif kerana pakaian mereka yang dikatakan seperti pakaian ‘punk’, namun, niat murni mereka untuk membantu orang yang kekurangan telah mendapat sambutan yang positif[5]. Pasukan sukarelawan ini telah memastikan “Food Not Bombs” di Ipoh terus beroperasi sepanjang pandemik dan mereka tidak menunjukkan sebarang tanda mengalah[5].  

Hubungi atau derma melalui Facebook / Whatsapp

#5: Generasi Gemilang, Sarawak and Klang Valley

NGO tempatan ini telah bekerjasama dengan kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Marudi, Sarawak bertujuan untuk mengasah kemahiran dalam setiap individu bagi mengatasi kemiskinan melalui pendidikan yang berkualiti[6]. Dengan bantuan penaja luar dan pemahaman melalui guru tempatan, Generasi Gemilang ini percaya mereka dapat mengatasi masalah yang kian mendesak dengan adanya pendidikan[6]

Generasi Gemilang

Generasi Gemilang telah mengambil inisiatif untuk memberi sarapan percuma kepada kanak-kanak sepanjang sesi persekolahan selama setahun melalui projek yang dikenali sebagai “Super Sarapan”; memberi kelas Matematik dan Bahasa Inggeris percuma melalui Pusat Bimbingan Pelajar; membiayai impian kanak-kanak untuk melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi; serta mengajar literasi kewangan dari usia muda melalui inisiatif ‘Cha-Ching’[6]

Semasa pandemik ini juga, Generasi Gemilang telah memberikan makanan dan wang tunai secara mingguan kepada keluarga dalam komuniti miskin dari bulan Mac hingga Jun. Mereka juga membantu calon-calon yang mencari pekerjaan untuk memperoleh pekerjaan setelah PKP dilonggarkan[7]. Walaupun kebanyakan inisiatif ini telah tamat; program lain seperti Projek e-Pembelajaran telah dilaksanakan bagi menyediakan peralatan elektronik kepada kanak-kanak di kawasan PPR dan juga projek #MakanSihat yang mensasarkan tabiat makan yang sihat untuk kanak-kanak yang berumur antara 0-6 tahun dan kepada ibu yang mengandung antara inisiatif yang masih diteruskan[7]

Hubungi atau derma kepada Generasi Gemilang 

#6: Somali Refugee Community Malaysia, Kuala Lumpur

Perniagaan ini terkenal dengan makanan yang dipanggang (baked goods) yang disiapkan oleh seorang tukang masak Somalia dari komuniti pelarian mereka di Malaysia. Dana disalurkan terus ke bekalan makanan dan keperluan pelarian Somalia[8]. Komuniti ini telah melalui cabaran pandemik dan bekerjasama dengan UNHCR, klinik bergerak dan juga universiti tempatan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak, ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga tua[8]. Kumpulan ini masih memerlukan sumbangan makanan, alat kebersihan, barangan keperluan rumah dan dana dari segi kewangan[8]

Hubungi atau derma melalui Facebook / WhatsApp

#7: Women Centre for Change, Penang

NGO ini ditubuhkan untuk membantu wanita dan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa penderaan, rogol ataupun penderaan seksual. Biasanya, NGO ini memberikan perkhidmatan kaunseling secara bermuka, telefon dan e-mel. Mangsa diberi perlindungan, tempat tinggal sementara dan nasihat perundangan secara percuma. Semenjak pandemik, mereka telah menghentikan sesi kaunseling secara bermuka dan menyediakan beberapa talian hotline untuk membantu wanita dan kanak-kanak dalam krisis dan memanjangkan waktu bekerja mereka. 

Hubungi mereka di WCC

#8: Pitstop Community Cafe, Kuala Lumpur

Pitstop Community Cafe adalah syarikat sosial yang menangani kemiskinan bandar melalui pendekatan yang berbeza. Bentuk pertolongan utama mereka ialah pengedaran makanan kepada mereka yang tiada tempat tinggal sepanjang PKP iaitu melalui pengumpulan dana dari servis makan malam harian mereka yang dinamakan ‘Feed the Needy’ ataupun lebih dikenali sebagai FTN[9]. Mereka menyasarkan tempat-tempat yang mempunyai ramai orang yang tiada tempat tinggal di KL dan memberi 100 bungkusan makanan yang dimasak dan 80 bungkus bubur sebulan[9]. Buat masa sekarang, mereka menawarkan latihan masakan untuk individu dari komuniti yang miskin berusia antara 15 hingga 39 tahun[9]. Mereka menolong komuniti ini dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dan menawarkan latihan praktikal (internship) dan penempatan pekerjaan di kafe-kafe di seluruh KL. Mereka juga telah membantu ramai individu dan mengurangkan masalah kitaran kemiskinan sepanjang tahun lepas. Makanan dan penginapan pelajar ditanggung sepenuhnya selama ini[9]

Pit Stop juga mempunyai program lain seperti ‘Food Rescue Programme’ yang mengitar semula makanan yang hendak dibuang[9].  

Hubungi atau derma ke Pit Stop Community Cafe atau Pit Stop Community Cafe

#9: Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas

NGO tempatan ini menjaga kesejahteraan golongan orang kurang berupaya dari segi mental dan fizikal[10]. Penganjur pusat jagaan ini sangat berdedikasi dalam menjaga komuniti yang terpinggir ini di mana Penyelaras dan Setiausaha NGO ini iaitu Saraswathy Letchumanan sanggup menggunakan kesemua simpanan KWSP-nya untuk menguruskan pusat jagaan ini serta memastikan segala perbelanjaan dari makanan, penyelenggaraan rumah, ubat-ubatan, lampin dewasa dan gaji kakitangan terjamin[10].

Hubungi mereka di Facebook atau derma ke HONG LEONG BANK: 22800028383

Explore Our Sources:

  1. F. Lee. (2021). Pineapples Were This Sabahan Group’s Last Resort For Food, Now They’re Its Main Income. Vulcan Post. Link. 
  2. T. Jayatilaka. (2021). Change Through Chocolate: How Social Enterprise ChocoLah Is Helping Underprivileged Youth. Generation T. Link.
  3. N. Wong. (2020). Uncle Tony: pensioner who feeds KL’s hungry and homeless. Free Malaysia Today. Link. 
  4. A. Aiman. (2021). Young adults helping poor children get online, too. Free Malaysia Today. Link.
  5. Wiki Impact. (2020). Meet the Punks  Caring for Ipoh’s Homeless. Link. 
  6. J. Hope. (2018). These M’sians Use 4 Simple Methods To Keep Kids In Schools & Impact Thousands Of Students. Vulcan Post. Link. 
  7. Generasi Gemilang. (n.d). Covid – 19 Responses. Link.
  8.  F. Lee. (2021). 10 Fundraisers You Can Donate To During Ramadhan 2021 To Help Feed Malaysia’s Needy. Vulcan Post. Link.
  9.  K. W. Yeng & E. Yep. (2020). 10 initiatives to help those affected by Covid-19 and M’sia’s movement control order. Options: The Edge. Link
  10. J. Ibrahim. (2021). Helping NGOs help the needy. The Star. Link

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?