Site logo

8 Warga Malaysia Yang Menggunakan Superpower Masing-Masing Bagi Membantu Golongan Miskin

Apabila perkataan ‘superpower’ terlintas di fikiran, imej-imej adiwira yang bertopeng dan berkostum yang terbang di langit dan bertempur dengan penjahat-penjahat akan muncul di fikiran. Walau bagaimanapun, dalam dunia nyata, orang yang memiliki superpower adalah golongan berani dan tabah yang membantu kalangan yang memerlukan pertolongan apabila ditimpa kesusahan.

Rakyat Malaysia terkenal dengan layanan baik serta kemurahan hati mereka. Sikap ramah mesra dan belas kasihan kita akan sentiasa kekal walaupun dalam keadaan kesusahan.

Di bawah merupakan 8 warga Malaysia yang memanfaatkan superpower masing-masing untuk mengumpul dana bagi golongan yang memerlukannya. 

#1: Nish the Fish Memetik Gitar Untuk Tujuan Baik

Apakah yang lebih baik daripada mempelajari sesuatu kemahiran atau hobi baru semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Pemain gitar dan pengajar yoga yang lahir di Malaysia, Nishanth Selvalingam (juga dikenali sebagai Nish the Fish) dan Natasha Anne John menggunakan laman Instagram peribadi mereka untuk mempromosikan bengkel gitar semasa penutupan seluruh negara [1].

With their guitar masterclass held on 20th August thDengan kelas pakar gitar mereka yang diadakan pada 20hb Ogos tahun ini, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM4,177 bagi The Lost Food Project, iaitu sebuah NGO di Malaysia yang memberi bantuan kepada golongan yang ditimpa kesusahan semasa pandemik ini [2]. Sumbangan sebanyak RM20 telah ditetapkan bagi setiap orang untuk menyertai bengkel tersebut. Walau bagaimanapun, mereka juga mengalu-alukan sumbangan umum tanpa jumlah minimum.

Dalam bengkel mereka, para peserta mendapat nasihat serta mempelajari kemahiran yang merangkumi asas teori muzik, penulisan lagu serta cara untuk menjana pendapatan dalam industri muzik daripada Nish yang merupakan ketua kumpulan muzik rock New Age, Matsya, serta sedang menyambung pelajarannya di dalam bidang Associate of Arts dalam Muzik di Los Angeles pada masa yang sama [1].

#2: Sharon Chin: Artis dari Port Dickson Yang Menunjukkan Solidariti Kepada Rakan-Rakan di Malaysia Timur

Sumber: The Star

Pada bulan November 2020, ketika kes-kes Covid-19 di Sabah memuncak, artis tempatan iaitu Sharon Chin telah menggunakan kebolehannya dalam berkarya seni untuk menunjukkan solidariti dengan warga Sabah [3].

Melalui profilnya di laman Facebook, Sharon menjual skaf bandana hasil tangannya dengan cetakan pokok Mahang. Reka bentuk pokok Mahang yang rumit dan berjalin-jalin dicetak sama ada pada kain berwarna biru muda, biru sederhana, putih atau merah – warna-warna bendera negeri Sabah. Artis tempatan ini memilih pokok Mahang atas kebolehannya untuk tumbuh dari tanah yang terganggu atau rosak.

Seperti pokok Mahang, kita semua memainkan peranan penting dalam menyembuhkan kerosakan yang dibawa oleh Covid-19 dan kesan-kesannya. Kita perlu untuk menyahut panggilan untuk membantu melalui segala cara yang kita tahu bagaimana – Sharon Chin [3]

Inisiatif pensendiriannya yang berskala kecil, ‘Ma(Hang) in There, Sabah!’ berjaya mengumpul sebanyak RM3,005 untuk tabung bantuan Covid-19 Borneo Komrad. Borneo Komrad adalah sebuah organisasi akar umbi berpusat di Sabah yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar universiti yang mengendalikan Sekolah Alternatif, iaitu sekolah yang memberikan pendidikan kepada kanak-kanak bukan warganegara dan tanpa dokumen di Tawau, Semporna dan Tuaran. Pada masa ini, Borneo Komrad mengagihkan barang keperluan seperti bungkusan makanan, pelitup muka serta pensanitasi tangan kepada komuniti yang memerlukannya di kawasan pedalaman dan golongan miskin bandar.

#3: SEAGM: Komuniti Permainan Dalam Talian Yang Membantu Golongan Kelainan Upaya Dari Segi Fizikal Dan Mental

Sumber: SEAGM | Facebook

Siapa terfikirkan bahawa penstriman pemain permainan dalam talian yang digemari mampu membantu golongan kelainan upaya?

Kedai permainan dalam talian SEAGM berjaya mengumpul dana sebanyak RM10,543 melalui sebuah perlawanan pertunjukan amal secara atas talian, juga dikenali sebagai #SEAGMGivesBack [4]. TAcara ini dihoskan oleh tokoh esports terkenal, Flava. Pemain-pemain profesional seperti ArrHedge, WildRabbit, Manparang, Bravo, WryDep, Putra and Draxx menyertai acara tersebut pada 31hb Ogos.

Acara ini menyediakan platform bagi pemain-pemain dalam talian untuk memperkasakan diri serta membawa impak perubahan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan melalui permainan [dalam talian] dan e-sukan.“- Tommy Chieng, CEO of SEAGM [5]

CEO SEAGM Tommy Chieng adalah penyokong kuat terhadap tanggungjawab sosial dan bersemangat untuk menyumbang kepada masyarakat sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Dia merasa amat teruja apabila acara penstriman tersebut berjaya memperoleh lebih daripada 2000 sukaan serta 543 penonton serentak [4].

Dana sebanyak RM10,543 telah disumbang kepada Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal di Banting, Selangor. Rumah tersebut menempatkan sebanyak 78 kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan khas yang juga disertakan dengan sebuah pusat perlindungan bagi kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ahli keluarga mereka [6].

#4: Mark Koh Berbasikal Demi Tujuan Yang Dekat Dihatinya

Sumber: Mark Koh’s SimplyGiving webpage

Pada Julai 2021, Mark Koh mengambil keputusan untuk mengumpul dana bagi tujuan-tujuan yang dekat di hatinya. Namun dia ingin mengumpul dana dengan melakukan perkara yang dia gemari iaitu – berbasikal.

Menurut laman web SimplyGiving, Mark berbasikal sejauh 1km bagi setiap RM20 yang disumbang, dengan sasaran minimum 1000km sepanjang 3 minggu. Sasaran awalnya ialah RM20,000. Apabila kempen tersebut bermula pada 7 Julai 2021 dan berakhir sebulan kemudian, Mark berjaya mengumpul dana sebanyak RM22,679 [7].

Seorang pencinta haiwan, dia menyumbang 25 peratus daripada jumlah dana yang diperoleh kepada Second Chance Animal Shelter dan 25 peratus lagi kepada MeeFah Shelter. Kedua-dua tempat perlindungan haiwan ini merupakan tempat perlindungan tanpa bunuh. Baki 50 peratus daripada jumlah dana pula disumbang oleh Mark kepada Inisiatif Ekuiti Kesihatan (Health Equity Initiative), sebuah pertubuhan yang bekerja dengan golongan pelarian dan pencari suaka untuk menerajui kesedaran serta melindungi komuniti marginal tersebut di Malaysia.

#5: Praviin Anandaraman Seorang Pelajar Undang-Undang Yang Berusaha Membantu Golongan Miskin

Sumber: Harian Metro

Sejak zaman sekolah menengahnya, Praviin R. A. Anandaraman menabung duit poket mingguannya untuk membantu golongan miskin [8].


Kini, Praviin adalah seorang pelajar di dalam bidang undang-undang yang berumur 19 tahun dan rakan-rakannya telah menubuhkan Tomorrow Special Plan (TSP) Foundation di mana mereka memulakan sebuah bank makanan (food bank) untuk membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik. Praviin bukan sahaja seorang pelajar undang-undang. Dia juga bekerja secara sambilan di kedai penghawa dingin bapanya di Teluk Kemang dan Port Dickson, di mana dia mendirikan stesen-stesen bank makanan.

Praviin, yang mendapat gaji bulanan sebanyak RM1,000, mengasingkan RM400 daripada pendapatannya setiap bulan untuk mengisi semula bank makanan[9]. Apabila berita tentang inisiatifnya tersebar, orang ramai mula menghubunginya untuk menyumbang bahan makanan serta wang. Sejak Februari 2021, Praviin dan pasukannya telah membantu lebih daripada 200 keluarga dari pelbagai latar belakang serta kaum.

Banyak daripada mereka merupakan ibu tunggal, dan beberapa daripada mereka merupakan keluarga di mana pencari nafkah keluarga telah kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik ini. Terdapat juga individu yang berkelainan upaya.Praviin R. A. Anandaraman

Di samping itu, pemuda yang baik hati ini juga telah melakukan kerja-kerja sambilan seperti membasuh kereta bagi menyokong inisiatifnya.

Saya tidak mampu membantu golongan miskin pada skala yang besar, jadi saya hanya melakukan apa yang saya mampu bagi memastikan tiada orang yang kelaparan di Port Dickson.Praviin Anandaraman [9]

#6: Tan Wei Sing Seorang Pemuda Yang Mengumpul Dana Dengan Mengadakan Pertandingan E-Sukan

Sumber: Koleksi peribadi Tan Wei Siang

Apabila Tan Wei Siang, seorang warga Pulau Pinang berumur 20 tahun melihat keadaan keluarga-keluarga yang menetap di pangsapuri kos rendah di Taman Free School yang bersusah-payah untuk memperoleh pendapatan yang mencukupi, dia tahu bahawa dia perlu membantu mereka. Wei Siang dan rakan-rakan kursusnya memulakan sebuah inisiatif pimpinan orang muda yang dipanggil ‘Care For All’ (Jaga Semua).

Oleh kerana permainan dalam talian semakin popular dalam kalangan orang muda pada masa kini, dia mengambil kesempatan ini untuk mengadakan pertandingan e-sukan. Yuran penyertaan yang dikumpul disalurkan untuk membiayai bakul-bakul makanan. Pasukan Care For All telah membeli 800 bakul makanan dan mengedarkannya kepada rumah warga emas dan keluarga-keluarga B40 di sekitar Pulau Pinang.

Apabila MCO dikuatkuasakan lagi pada Januari 2021, Wei Siang dan pasukan sukarelawannya menyasarkan penduduk Taman Free School untuk sumbangan bakul makanan mereka. Dia ingin bertindak lebih strategik dalam usahanya untuk mengurangkan kelaparan dan memenuhi keperluan orang ramai. Kini, Care For All telah membantu 993 keluarga di kawasan Taman Free School sahaja.

Sebelum menderma bakul makanan, kami mengunjungi rumah mereka terlebih dahulu untuk bertanya tentang keadaan masing-masing serta mengetahui keperluan mereka. Saya tidak mampu menahan rasa sedih terhadap keadaan hidup mereka. Seorang mak cik berusia 65 tahun yang tinggal bersendirian perlu membayar bil elektriknya dan telah menjual semua barang kemasnya. Namun, ianya masih tidak mencukupi.” – Tan Wei Siang

Dalam masa terdekat, Wei Siang merancang untuk memperkasakan para penjaja di Taman Free School agar mereka dapat memperoleh kehidupan yang mampan untuk hidup selesa serta menyara keluarga masing-masing. Care For All juga mempunyai rancangan untuk mengadakan lebih banyak pertandingan e-sukan bagi mengumpul dana untuk keluarga B40 di Pulau Pinang.

#7: m/SIX: Berjalan Sejauh 3,534 KM Bagi Ibu-Ibu Tunggal

Sumber: New Straits Times


Apabila agensi media m/SIX menyedari bahawa pandemik COVID-19 menyebabkan kesan-kesan buruk semasa bekerja dari rumah, mereka melancarkan Heart & Sole, sebuah inisiatif yang mengalakkan pekerja m/SIX bersenam dan membantu ibu tunggal dengan kesukaran kewangan menempuhi masa-masa sukar [10].

Para peserta cabaran Heart & Sole mendapatkan bantuan rakan-rakan sekerja, kawan-kawan serta ahli keluarga untuk mencagarkan RM10 bagi setiap kilometer.. Dengan bantuan penyokong serta penaja, m/SIX berjaya mengumpul dana sebanyak RM35,340 dan berjalan sejauh 3,534 kilometer secara keseluruhan. Dana yang disumbang membolehkan 300 pakej penjagaan untuk dihantar kepada ibu-ibu tunggal melalui Malaysian Relief Agency dan Yayasan Chow Kit.

Kesejahteraan mental dan fizikal pasukan pekerja m/SIX merupakan keutamaan kami sewaktu masa-masa yang amat mencabarkan ini. Inisiatif ini juga merupakan kaedah yang menyeronokkan serta bermakna untuk menyumbang kepada sesebuah tujuan yang diperjuangkan oleh m/SIX sejak tiga tahun yang lalu.” – Sheila Shanmugam, m/SIX Malaysia managing director.

#8: Encik Lee Memberi Makan Kepada Golongan Miskin Bandar Di Georgetown

Sumber: Koleksi peribadi Mr. Lee Sung Aik

Pemilik kopitiam, Lee Sung Aik, menyedari betapa buruknya kesan COVID-19 terhadap golongan miskin apabila warga emas datang mengemis untuk makanan di kedai kopinya di Georgetown. Bersimpati dengan golongan kurang bernasib baik, Encik Lee memasak 250 bungkusan makanan setiap hari sejak Mac 2020 untuk memberi makan kepada miskin bandar di Georgetown.

Laluan hariannya akan bermula dari terminal bas Komtar ke Tokong Kuan Yin (Goddess of Mercy Temple) di Jalan Kapitan Keling dan berakhir di beberapa hentian beca di Georgetown. Encik Lee mengedarkan bungkusan nasi dengan hidangan sampingan sayur-sayuran serta daging dengan satu pelitup muka. Barisan panjang yang termasuk golongan gelandangan,, warga emas serta pekerja migran akan beratur di belakang trak pikapnya untuk menerima bungkusan makanan.

Walau bagaimanapun, usahanya untuk memberi makan kepada golongan miskin sejak dari mula penuh dengan onak dan duri. Encik Lee tidak memiliki aliran pendapatan yang stabil untuk membeli bahan-bahan bagi menyediakan makanan. Selain itu, Encik Lee melakukan semua kerja bersendirian; dia menyediakan bahan-bahan makanan, memasak dan memandu di sekitar bandar -kesemuanya adalah usaha Encik Lee.

Amat sukar untuk saya meneruskan kerja ini. Saya tidak mampu meneruskan pengedaran makanan jika saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Kadang kala, apabila saya kehabisan bahan makanan, saya akan meminta bantuan sumbangan daripada rakan-rakan saya. Tetapi saya rasa kurang selesa pada masa yang sama. Saya takut orang lain akan mempersoalkan serta meragukan niat saya“- Mr Lee Sung Aik

Harapan Encik Lee bagi masa hadapan ialah pihak kerajaan akan menyediakan bantuan bagi golongan gelandangan serta warga emas.

Saya berharap pada masa depan, kita tidak akan melihat golongan pengemis serta gelandangan merayau-rayau di sekitar bandar lagi. Hati saya akan rasa damai mengetahui bahawa mereka dijaga..”Encik Lee Sung Aik

Artikel ini ditulis oleh Rachel Tan dan disunting oleh Wiki Impact.

Explore our sources:

1. Learn guitar for a cause! 2021, from Link.
2. Learn guitar for a cause, with Nish the fish! SimplyGiving.com. from Link.
3. D. Kumar. (2020). Artist Sharon chin raising Covid-19 funds for Sabah through DIY bandana. The Star. from Link.
4.  Daniel. (2021). SEAGM online charity show match RAISED RM 10,543. SEAGM News. from Link.
5. K, K. &. (2021). SEAGM announces SEAGMGIVESBACK charity online show Match 2021! SEAGM News. from Link.
6. The Sun Daily. (2021). Streaming for a good cause. Retrieved September 23, 2021, from Link.
7. Mark rides for food (for others). SimplyGiving.com. from Link.
8.  M.Teoh. (2021). Malaysian law student helps needy through food bank project. The Star. from Link.
9. S. Looi. (2021). After helping the poor since form 3, this Port Dickson man sets up food banks to feed needy families: Malay Mail. Life | Malay Mail. from Link.
10. New Straits Times. (2021). 3,534 km walk to Raise RM35,3400 for single mothers: New Straits Times. NST Online. from Link.

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?