Site logo

8 Organisasi Yang Menyelamatkan Makanan Untuk Memberi Makan Mereka Yang Kelaparan

Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan. Pergilah ke mana sahaja dan anda akan dihidangkan dengan pelbagai makanan untuk memenuhi selera anda. Dengan terdapatnya pelbagai pilihan makanan, timbulnya masalah yang semakin meningkat di rumah, restoran, hotel dan pantri pejabat – sisa makanan.

Data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membazirkan makanan sekurang-kurangnya 16,688 tan makanan sehari. Jumlah ini cukup untuk dihidangkan kepada 2.2 juta orang, tiga kali sehari![1] 

Apabila kita membazirkan makanan, kita juga membazirkan tenaga, air dan sumber yang diperlukan untuk menanam, mengambil, menghantar dan membungkusnya. Apabila sisa makanan pergi ke tempat pengumpulan sampah dan mereput, ia menghasilkan gas metana, satu gas yang lebih bahaya daripada karbon dioksida!

Source: Clean Malaysia

Kebanyakkan daripada kita amat beruntung kerana mempunyai makanan pada setiap hari namun ada sebahagian daripada kita yang perlu memikirkan jika mereka mempunyai makanan nanti. Dilema kelaparan ini amat terdesak sekarang jika dibandingkan dengan sebelum pandemik kerana mereka sedang bergelut untuk mendapatkan semula kestabilan ekonomi apabila mereka hilang pekerjaan, tidak bekerja dan kekurangan simpanan.

Organisasi-organisasi ini bukan sahaja mengambil berat terhadap mereka yang tidak berkemampuan tetapi juga menolong untuk mengatasi masalah sisa makanan dengan menyalurkannya kepada mereka yang kelaparan.

#1: Food Aid Foundation

Food Aid Foundation ialah sebuah bank makanan Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai organisasi kerajaan bukan keuntungan (NGO) di mana pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit, syarikat, atau individu boleh menderma makanan yang tidak digunakan atau tidak diingini mereka. Ia kemudiannya dikumpulkan dan diedarkan kepada rumah kebajikan, organisasi kesejahteraan sukarelawan, pelarian, keluarga miskin, dan orang yang kurang bernasib baik. Secara ringkasnya, mereka menyelamatkan makanan yang berlebihan dari rantaian bekalan dan mengedarkannya kepada mereka yang memerlukan.[2]

Source: How it works – Food Aid Foundation

Setakat 31 Disember 2020, mereka telah mengumpul 1,121,000 kilogram makanan dan diberikan kepada 2,953,000 orang[2]. Bagi membantu usaha ini, anda boleh menderma kepada Food Aid Foundation melalui wang tunai atau bekalan makanan atau menjadi sukarelawan dengan klik di sini.

#2: Green Hero

Source: Green Hero Facebook page

Green Hero ialah satu platform maya yang memberikan tempat untuk menyalurkan makanan yang masih boleh dimakan kepada perusahaan makanan dan minuman, seterusnya mengurangkan sisa dan membantu alam sekitar.

Terdapat tiga cara Green Hero melakukannya; 

  • Food Bank adalah satu platform untuk kafe, restoran dan pengedar makanan dan minuman untuk menyalurkan makanan  mereka yang berlebihan dan masih boleh dimakan kepada kawasan berpendapatan rendah atau organisasi bukan berasakan keuntungan.
  • Hand of Hope adalah satu inisiatif di mana ahli Green Hero boleh menaja seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga sebanyak RM90 dengan menyalurkan makanan yang berlebihan sebagai menu tengah malam atau sarapan.
  • Hope Street by Mushin ataupun dikenali sebagai Street of Hope adalah satu program di mana pelajar universiti dan orang ramai boleh membantu mereka menyelamatkan makanan daripada restoran makanan segera seterusnya mengagihkannya kepada gelandangan.[3]

Ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk perkembangan lanjut. 

#3: OLIO

OLIO adalah aplikasi yang menghubungkan jiran dan perniagaan tempatan supaya makanan berlebihan boleh dikongsi dan bukannya dibuang. Sebagai contoh, makanan yang telah melebihi tarikh lulus jualan di pasar raya tempatan, sayuran-sayuran yang ditanam di rumah, roti, atau barang dalam peti sejuk anda semasa anda tiada di rumah buat masa yang lama.[4]

Source: Tech Crunch

Untuk menyumbang makanan, anda boleh membuka aplikasi OLIO, mengambil gambar dan menambah penerangan mengenai makanan tersebut. Kemudian, tetapkan masa dan lokasi untuk menyerahkan makanan tersebut. Untuk memohon makanan, lihat senarai yang terdapat di sekitar anda, buat permohonan untuk makanan tersebut secara berhemah dan uruskan tentang isu penyerahan melalui mesej peribadi.[5]

Lebih informasi mengenai OLIO dan senarai kawasan yang boleh didapati di Malaysia

#4: Pasar Grub

Pasar Grub, yang dibuka pada bulan November 2019, adalah pasar sosial yang bertujuan untuk menyelamatkan bahan segar dengan memastikan bahan-bahan ini dapat diperoleh secara meluas dan murah untuk orang awam, terutamanya yang tinggal di kawasan PPR Lembah Subang. Pasukan itu telah menyokong usaha untuk menyelamatkan bahan makanan yang akan dibuang begitu sahaja dan telah membantu dalam pengedaran bahan-bahan ini kepada orang-orang yang memerlukan. Mereka serta rakan pengusaha sama-sama membantu secara berterusan kepada lebih seribu keluarga setakat ini, terutamanya semasa pandemik baru-baru ini.[6]

Source: Pasar Grub

Selepas ketua masyarakat di PPR Lembah Subang memberitahu mereka tentang 30 keluarga yang terjejas akibat PKP, Pasar Grub memutuskan untuk melancarkan Grub Bag 2.0 sebagai inisiatif untuk menyokong Mak Cik. Grub Bag 2.0 berfungsi untuk menghantar sayur-sayuran kepada Mak Cik pada setiap minggu selama sebulan. Anda boleh membantu dengan mendermakan satu beg sayur atau membeli dua beg sayur, satu untuk diri sendiri dan satu untuk disumbangkan kepada Mak Cik.[7]

#5: SESO

SESO bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan melalui pelbagai program dan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan makanan pada harga diskaun. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pengurangan makanan sementara juga menguntungkan masyarakat dengan pengurangan kos dan meningkatkan kelestarian. Sukarelawan SESO juga mengumpulkan banyak makanan dari pasar raya, kedai runcit, dan restoran untuk menyediakan makan malam yang berkhasiat. Kemudian, mereka akan menukarkan kawasan komuniti kepada dapur lalu memudahkan mereka untuk mendekati ahli masyarakat yang terjejas teruk untuk menghulurkan hidangan yang baru dimasak dalam suasana yang mesra tanpa prejudis.[8] 

Source: SESO

Baru-baru ini, SESO telah mendapat sumbangan daripada Caketella untuk membeli barang keperluan rumah untuk keluarga yang memerlukan. Sebanyak 78 kotak bantuan makanan telah dihantar sekitar Lembah Klang melalui pengumpulan dana hasil jualan kek. Jumlah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM5000. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai berita ini dengan pergi ke halaman Facebook mereka. 

Jadi sukarelawan SESO dengan klik di sini.  

#6: What A Waste

What A Waste (WaW) adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh satu pasukan yang mempunyai misi yang sama iaitu mengurangkan sisa makanan negara dan memberikannya kepada komuniti marginalisasi. Aplikasi ini membenarkan anda untuk menyumbangkan dan menerima makanan dalam tiga langkah mudah dan anda boleh berhubung dengan mana-mana pembekal makanan. Perusahaan tempatan, perniagaan katering, pembekal, peruncit dan pembuat yang mempunyai makanan berlebih teramatlah dialu-alukan untuk menjadi penyumbang kepada usaha ini.

Source: What a Waste

Mereka yang bekerjasama dengan usaha ini mendapat hak untuk diiktiraf sebagai ‘penyelamat sisa makanan’ dan menarik pengguna untuk memilih mereka jika dibandingkan dengan perusahaan yang lain.[9].

Baru-baru ini WaW telah menderma sebanyak 165 karton makanan ringan dan gula-gula kepada komuniti pelarian, Orang Asli, ‘frontliners’, keluarga yang memerlukan dan rumah kebajikan kanak-kanak. Anda boleh membaca kisah ini dengan mengklik ke halaman Facebook mereka. 

Muat turun aplikasi What A Waste (WaW) dan jadilah seorang perderma makanan.  

#7: The Lost Food Project (TLFP)

The Lost Food Project (TLFP) adalah sebuah badan bukan keuntungan di Malaysia yang ditubuhkan untuk mewujudkan masa depan yang lebih berharga dengan menjaga makanan yang boleh dimakan dan lain-lain komoditi daripada berakhir di tempat pengumpulan sampah. Mereka membahagikan semula makanan-makanan ini kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira umur, agama, jantina atau latar belakang etnik.

The Lost Food Project volunteers hard at work. Source: The Edge

Setiap minggu, mereka menyelamatkan secara puratanya, 10 tan makanan yang berkualiti tinggi daripada tempat pengumpulan sampah. Pasar raya, pembuat, dan pasar borong yang berusaha untuk menghapuskan sisa-sika makanan serta membantu mereka yang kurang bernasib baik telah menyediakan TLFP dengan makanan tambahan dan produk lain. TLFP boleh menyediakan secara puratanya, 33,000 makanan setiap minggu kepada rakan pengusaha mereka dan ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di bawah garis kemiskinan dengan makanan yang telah diselamatkan ini.[10]

Lebih lagi di The Lost Food Project (TLFP).

#8: Graze Market

Graze Market telah bermula pada tahun 2019 apabila menyedari bahawa banyak makanan yang dibuang begitu sahaja kerana tidak memenuhi ciri-ciri estetik untuk dipamerkan di kedai.[11]

Mereka telah memberikan peluang kedua kepada makanan-makanan ini daripada dibuang ke pusat pengumpulan sisa. Produk mereka disasarkan kepada mereka yang tidak memilih makanan dan mahu menyumbang semula dengan cara mengurangkan sisa makanan dalam negara sementara membantu planet ini menyelamatkan sumber yang semakin berkurangan. Berdasarkan situasi ekonomi global semasa, produk mereka adalah untuk individu yang memerlukan makanan yang berpendapatan rendah dan juga mereka yang mengetahui bahawa kita semua sebenarnya sama sahaja![11]

Graze Market’s flagship products using surplus quality ingredients. Source: Graze Market

Baru-baru ini, Graze Market telah menyertai jualan 9.9 di Lazada. Melalui kolaborasi ini, produk Graze Market boleh didapati untuk semua dan bukan sahaja mereka yang berada di Lembah Klang. Lihat Graze Market di Lazada.

Lihat kisah Graze Market dan usaha hebat yang telah mereka lakukan dalam memberi peluang kedua kepada makanan-makanan ini dan membantu mereka yang kelaparan.

EXPLORE OUR SOURCES

  1. Zaki, A. H. (2019, September 29). Waste not, want not – It’s time we get serious about food waste. NST Online. Link.
  2. Food Aid Foundation website. Link
  3. Green Hero website. Link
  4. OLIO website. About. Link.
  5. OLIO website. Link
  6. Pasar Grub website. About Us. Link.
  7. Pasar Grub website. Donate Now. Link.  
  8. SESO website. About Us. Link.
  9. What A Waste website. About Us. Link.
  10. Lost Food Project website. Link.
  11. Graze Market. Our Story. Link.  

Stories You May Also Like:

BURSA TOP 20: Who’s The most charitable?